CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 18 July 2008

Usrah

Rabu lepas kitorunk kat sini buat usrah,2nd time ah since start new sem ni. Diadakan di rumah baru Zul n Abid,kononnyer house warming party gak ah ni..tapi macam biasa ah,expectation aku bila dapat tau buat di rumah diorunk mesti ah best,sbb Zul pandai masak. =p
Kitorang bace surah yasin kali ni,sebab 'meraikan' rumah baru tu. Lepas tu,tibe giliran Mapis pulak bagi tazkirah. Die cakap pasal SABAR.
Die sampaikan dalam bentuk cerita daripada hadis Rasullullah s.a.w. Aku xboleh lah nak cerita balik kat sini,sebab aku agak lost time tu,sebab banyak sangat watak yg dia timbulkan dalam cerita tu. Secara ringkasnya,di permulaan cerita,ade keluar watak seorang pemuda (watak utama) yang mana menuntut ilmu dgn seorang guru,pada masa sama ade si raja yang berkuasa di tempat tu. Watak ahli sihir pun ade. Si guru tu beriman orang nya..so lame2 si pemuda tu pon beriman.Nak dipendekkan cerita,ketika si pemuda ni mati (dihukum oleh siraja),dia sempat berdakwah yang mana ramai rakyat di tempat tu pun beriman. So si raja ni pon terus membunuh semua mereka yang tidak akui kekuasaan dia sebagai raja. Ada seorang wanita bersama anaknya (watak baru) disuruh terjun ke dalam lautan api,so si ibu ni mula rasa goyah iman nya,kerana mahu selamatkan nyawa si anak. Si anak yang kecil tu pon berkata, "sabarlah ibu,jika kamu benar,Allah sentiasa bersama orang yang benar". (x sure ah ayat dia ape,tapi pasal sabar ah).Lepas tu nak share sini ayat Al-Quran:


Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu;dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
(47:31)

So tu tazkirah si Mapis,agak panjang cerita tu,tapi ceriata pasal sabar tu ditunjukkan pada watak terakhir,si ibu dan anak.Perasan x,cerita di hujung tazkirah tu agak sama dengan kisah keluarga Sumaiyah,so kitorunk bincangkan gak ah pasal kisah ni bila Joe timbulkan persoalan ni.
Lepas tu giliran Alimin (naqib) pulak bercakap. Dia share dgn kitorunk surah Al-Buruj (bintang2). Ayat yang aku nak share kat sini dari surah yg same :

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang Mukmin laki-laki dan perempuan,kemudian mereka tidak bertaubat,maka bagi mereka azab Jahanam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.
(85:10)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keuntungan yang besar.
(85:11)

Lepas tu Alimin timbulkan persoalan yang dia dapat dari blog kawan dia: Kalau kita diberi pilihan anatara KEMAKMURAN dan KEBEBASAN,mana yang akan kita pilih?
Perghh,sekali dengar soklan ni,macam pening gak. So setiap ahli usrah kene bagi pandangan. Dimulakan dengan Zul,dia pilih kebebasan.Shauqi pulak,dia agak tidak setuju dengan perbandingan tu,bagi dia,durian kene ah compare dengan durian gak,kiranya kebebasan and kemakmuran tu bende yang beza,so xboleh dibandingkan,tapi sebabkan kene buat pilihan gak,dia pilih kebebasan. Abid pun pilih kebebasan,same jugak dengan Mapis dan Naim. Generally bagi kami,kebebasan and kemakmuran ni saling berkait ah,so mmg ah kompius nak pilih mana. Aku pilih kemakmuran. Halim pilih kebebasan. Goda dan Joe pilih kemakmuran gak. Lepas tu Alimin cakap,dia pilih kebebasan dan dia bagi contoh pasal Sultan Johor sebelum terima penasihat British.
Aku suka dengar semua pendapat orang,tapi semua agak lain2. Ni disebabkan,definisi kebebasan n kemakmuran setiap orang berbeza. Aku tak pilih kebebasan sebab aku pikir kebebasan tu boleh buat kita leka,sebab bagi aku ah,konsep kita beragama ni bukan ah bebas,kita dibataskan dengan hukum agama yang mana batasan tu membawa kepada cara hidup yang benar. So kebebasan bagi aku,sama macam apa yang orang barat selalu katakan,bebas dalam berfikir,pergaulan etc. Tapi bagi rakan-rakan usrah aku yang lain fikirkan kebebasan tu lebih kepada kebebasan dalam melakukan ibadah n perkara2 berkaitan agama. So betul jugak ape yang diorang pikir. Cuma tu ah,pada awal2 perbincangan ni,x diterangkan maksud kebebasan n kemakmuran itu sendiri. Sebab masa aku join kursus bahas di sekolah dulu (join kursus je,x pernah berbahas pon),perkara pertama perlu diterangkan adelah definisi tajuk yang hendak dibahaskan,then baru ah bermati-matian kita berbahas. So ape2 hal pon,dengan persoalan ni,mula ah bukak minda kitorunk gak.
Macam biasa,lepas tutup majlis,solat isya' dan diakhiri dengan perkara 'utama'...makan!! lapa gak ah masa tu,sebab hampir2 kul 10. makan nasi goreng n ayam!! layan je~

p/s lepas ni rumah Mapis n Goda pulak..perghh,x sabar lak,sebab dorunk ni memang diakui pandai masak..n junior baru akan join gak.

4 kata-kata kawan:

Anonymous said...

kirim salam kat mizerque itu.dini,abid n zul juga.



syazerq

Mohd Izwan Samion said...

insya'Allah..

NuR^QaLBi said...

salam..just drop by here..sbb rs 'menarik' je tajuk utk post ni..which is something i miss most rite now...;)

btw,penah gak dgr psl tazkirah 'sabar' tu..cerite tu psl Ghulam Dakwah kan?...asas yg menarik utk pengukuhan aqidah mad'u..inshaALLAH..

okla..moge kite sentiasa istiqamah dlm kebaikan..ameen..

salam...

Mohd Izwan Samion said...

Thanx Hanim dgn info tu dan komen awak..
Insya'Allah..
salam..