CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

Tuesday, 25 August 2009

House Warming Party + Iftar +Terawih + Birthday Celebration-Alimin

Salam
Alhamdulillah, selamat dah aku dan Habib pindah ke rumah baru,Royal Ascot. So untuk memanjatkan rasa syukor dan sempena menyambut bulan Ramadhan, aku dan habib buat majlis makan-makan. Disebabkan juga tak sempat kami menyambut hari jadi Alimin, kerana perintah berkurung (curfew) time berbuka puasa, maka aku plan nak sambut juga pada hari ini. Tapi malang, birthday boy tak hadir pulak pada masa potong kek. So dipotong oleh Wari..








p/s: kami yang sungguh riang-ria =)



Motor baru Bob--> FLAME!!

Friday, 13 March 2009

Weekend @ Bangaluru

Location : Bangalore /Bangaluru
Date : 7th-8th of March 2009



Topik yang disampaikan oleh Ust. Abdul Halim Abdullah :
1. Diantara Ijazah & Risalah
2. Amal Islami Kita
3. Qaedah Sulbah

*rujukan Ini Jalanku by Ust. Abdul Halim

Friday, 6 February 2009

PERMISI


- 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE MUSLIMS -

" TOWARDS SPIRITUAL ENLIGHTENMENT "



dengan slot bonus :

SEMINAR PENGURUSAN CINTA


tempat :

NALAPAD RESIDENCY, MANGALORE


pada :

20-22 FEBRUARI 2009


Objectives:

1. To strengthen the brotherhood and bonds between the Malaysian Muslim community in India .

2. To increase student's sense of self and motivation towards being a better individual.

3. To produce students who really understand their responsibilities towards him/herself, family, community and country.

4. To shape us towards becoming more versatile to change, more dynamic and more equipped to face challenges ahead.

5. To increase students' ability to cope with daily pressure and tasks effectively.

6. To help navigate students here towards fixing their personal goals and to assist in making sound decisions in life.

7. To strengthen the spiritual quotient of Muslim Students.

8. To equip Muslim doctors with knowledge that is useful both in this world and in the life hereafter.

9. To produce proactive, productive and effective Muslim doctors who will be consistent contributors in development of ummah


Tentatif Program :


Friday, 20th February 2009 (Mangalore students only)

5:00pm – 7:00pm: Registration.

7:00pm – 7:30pm: Maghrib Prayer in congregation.

7:30pm – 8:00pm: Dinner.

8:00pm – 10:30pm: Slot 1.

10:30pm – 11:00pm: Supper.

Saturday, 21st February 2009

12:00pm – 1:30pm: Registration and Lunch. ( Bangalore , Manipal etc.)

1:30pm – 2:00pm : Zohor Prayer in congregation.

2:00pm – 4:30pm : Slot 1 ( Introduction)

4.30pm – 5:00pm: Asar Prayer in congregation and tea.

7:00pm – 7:30pm: Maghrib Prayer in congregation.

7:30pm – 8:00pm: Dinner

8:00pm – 10:30pm: Ice Breaking and Slot 2.

10:30pm – 11:00pm: Supper.

Sunday, 22nd February 2009

4:00am – 5:30am: Qiamullail in congregation.

5:30am – 7:00am: Subuh Prayer in congregation and `Kuliah Subuh'.

7:30am – 8:00am: Breakfast.

8:00am – 10:00am: Slot 3.

10:00am – 10:30am: Brunch (Tea break)

10:30am – 1:00pm: Slot 4.

1:00pm – 2:30pm: Zohor Prayer in congregation and lunch.

2:30pm – 4:30pm: Slot 5.

4:30pm – 5:00pm: Asar Prayer in congregation and tea break.

5:00pm – 7:00pm : Closing ceremony and sharing session.

Tuesday, 30 December 2008

Malpe!!

Assalamualaikum..

Since 25th Dec aku duduk sorunk kat rumah ni. Last practical exam 24th, so esok nya ramai yang gerak balik ke Malaysia. Tapi sebabkan aku cancle tiket jalan-jalan India,so aku kene stay kat sini. Train aku ke Chenai on 31st Dec,and flight dr sana on 2nd Jan. Kira kali ni aku sambut new year dalam train ah (bersama2 tempe)

Agak cuak gak nak pegi Chenai sorunk2. Tak de idea langsung pasal banda tu. Tapi menurut kata kawan-kawan aku, bandar ni standard bandar2 lama India seperti Mumbai dan Delhi..pendek kata padat penduduk dan agak kurang teratur. Compare dengan Bangalore yang merupakan bandar baru India,mestilah Bangalore lebih cool..hehehe..

So dalam mengisi masa cuti sorunk2 di Mangalore ni, aku pun decide nak pergi Manipal je. Kali ni tak de lah aku pergi naik motor,penat ah bawak motor sorunk2 2 jam..so aku naik bus je. Aku kira lucky ah,time macam ni lah kat Manipal ade Lagenda. Lagenda ni kira malam di mana student Malaysia buat persembahan. Lagenda pada malam ahad. Nak dijadikan cerita,nasib aku bertambah best bila budak2 KDU buat party..konon nya membalas open house yang mereka janjikan sejak raya puasa yang lepas.hehhee..tp ok lah..janji makan. Terima kasih semua..

Pagi ahad tu, kira sebelum Lagenda, kitorunk plan pergi Malpe beach..aku,Hafiz, Firdaus, Afiq, Khairil dan Aswan (nama penuh tu..) sebabkan jalan yang sepatutnya tutup, so kene ikut jalan baru. Gerak pukul 7 lebih kot..sejuk gila ah. Tapi best aja,layan sejuk2 di pagi hari. Sampai je sana,kami lepak2 'melayan' tempe yang asyik bermandi-manda. Lepas dah agak bosan, trus je pergi jeti Malpe,beli udang dan sotong untuk dimasak tengah hari nanti. Pergh,manis gile ah udang tu, sebab udang baru kot. Memang layan habis.






Malam Lagenda mula kul 6.30 petang. Tapi kitorunk pergi lepas magrib ah. Actually aku tak delah semangat mana nak layan Lagenda ni,sebab aku rasa benda sama je akan jadi..tarian rakyat Malaysia,fashion show pastu nyanyi. Tapi sebabkan budak2 ni pon masuk sama, dengan menubuhkan Peterfan..so aku kira hadir sebagai memberi semangat je lah. Diorunk bawak 2 lagu Peterpan. ok lah, ada kureng sikit sebabkan kesilapan teknikal..hehehe.. (kan aku cakap,kat Shivam lagi best).

Esok nya,hari isnin diorunk cuti sempena Lagenda tu. Tapi aku kene gerak balik Mangalore dah. Banyak lagi urusan nak buat before balik Malaysia. Tapi pagi isnin tu ade usrah kat Shivam. So ok je join diorunk punyer usrah, lama dah kami budak Mangalore tak adakan usrah sebab sibuk dengan exam. Di ketuai oleh Afiq dan Kerel. Kami mulakan dengan membaca surah Al-Qasas. Kami bincangkan serba sedikit intisari surah ni - kisah nabi Musa (awal surah) dan kisah kaum Qaroun (penghujung surah). Lepas tu Afiq share pulak pasal awal muharam dan kisah-kisah berlaku pada 10 Muharam. Di penghujung tazkirah dia, dia ingatkan kitorunk tuk membuat puasa pada 10 Muharam..so kat sini aku nak share beberapa hadis yang aku jumpa,semoga menjadi panduan dan kekuatan kita untuk melakukan ibadah sunat ini..

Abu Hurayra is reported to have said that Rasulluallah s.a.w said:
"After the month of Ramadhan, the best month to fast is the month of al Muharram, and after the prescribed prayers, the best prayer is the night prayer."
(Sahih Muslim)

It is reported from Hadrat Ayesha that:
"The Quraysh used to fast on the day of Ashura' before the advent of Islam, and the Messenger of Allah s.a.w also used to fast on that day. When he arrived in Medina he fasted on the day of Ashura and enjoined fasting on that day. Later when fasting during Ramadhan became obligatory, he ceased to fast on the day of Ashura' and whoever wished to fast on that day was free to do so and whoever did not,was free not to do so."
(Sahih Muslim)

Ibn Abbas was asked about fasting on Ashura'? He said:
"When you see the new crescent of Muharram, then calculate the days and fast on the ninth day."
He was asked if the Messenger of Allah s.a.w used to observe the fast on that day? He replied in the affirmative.
(Sahih Muslim)

Ibn Abbas is reported to have said:
"the holy Prophet s.a.w came to Madina and saw the Jews fasting on the day of Ashura'. He asked them 'Why do you fast?' They said 'This is a good day, it is the day on which God saved the children of Israel from their enemy, so Moses fasted on this day.' The holy Prophet s.a.w remarked 'I have better claim on Moses than you.' Thereafter he fasted during Ashura and enjoined the Muslims to do the same."
(Sahih Muslim)

It is related that Ibn Abbas was asked about fasting on the day od Ashura, and he said:
"I know of no other day which the Prophet s.a.w favored as the most excellent day to fast than this day, meaning Ashura' and this month, meaning Ramadhan."
(Sahih Muslim)

Harap kita hayati maksud hadis ni and menjadikannya panduan untuk kita melakukan amalan puasa sunat Muharam. (7th January 2009)..

Doakan aku selamat sampai ke Malaysia..bagi rakan-rakan Malaysia,meh ah buat plan jumpa time cuti ni...hehe..

Selamat 'Awal Muharam' dan Happy New Year!!

Thursday, 2 October 2008

Kembara Ramadhan

Assalamualaikum

Habis dah sebulan berpuasa. Banyak juga benda berlaku dalam Ramadhan kali ni,tapi mostly aku dah cerita dalam post aku yang lepas. Cuma untuk kali ni,aku ingat nak share sikit pasal kelainan yang aku cuba buat untuk akhiri Ramadhan kali ni. Tapi tak adalah serius mana,walaupun ayat intro aku kali ni agak skema. ;)

Masa usrah terakhir dalam bulan puasa kali ni,buat di rumah aku. Actually agak silap timing gak,sebabnya Habib berhajat nak join sama, tapi silap tengok tiket flight kot sampai dia terlupa masa usrah tu dia dah balik ke Malaysia. Tak pelah, tahun depan insya'Allah boleh buat lagi. Tapi tulah,dah dia tak ada,kene lah aku handle sorang-sorang pada mulanya. Tapi sebabkan ada je orang yang baik hati dan paham,so ramai je yang tolong. Akhirnya, alhamdulillah, boleh je berjalan agak lancar.

So lepas usrah tu, aku ada borak-borak dengan Abe. Tiba-tiba datang pula idea untuk akhiri Ramadhan kali ni dengan buat something yang lain dari lain. Kami pikir,bagus gak kalau try solat terawikh di masjid-masjid selain dari Nur Masjid.

25th, kami decide pergi ke Kudrali Masjid. Masjid ni merupakan masjid pertama kami pergi tunaikan solat jumaat di India. Sebab ketika tu hostel kami (1st year) di Lalbagh,jauh gak la dari rumah aku sekarang. Area Kudrali ni ada 2 masjid yang jaraknya kurang dari 500 meter. Aku dulu selalu pergi ke masjid yang berada di antara 2 simpang jalan,masjid yang mana nampak lebih usang ketika itu. Tapi sekarang masjid tu dah berubah wajah,tapi masih under construction ah. So malam tu, kami pergi lah ke masjid yang satu lagi. Cakap pasal kelainan masjid ni menunaikan terawikh daripada Masjid Nur adalah bacaan imam nya yang amatlah laju. Tak silap aku, aku tunaikan solat isya' dan terawikh 8 rakaat dalam masa kurang dari 30 minit. Imam masjid tu pun memilih surah-surah lazim untuk setiap rakaat.

26th- aku, Abe, Shauqi dan Alimin berbuka puasa di National Palace. Makan lembu. Disebabkan dah berada di area market road, kami pilih masjid yang berdekatan untuk tunaikan terawikh. Tapi aku lupa pulak nama masjid tu. Sebabkan jalan di Mangalore sekarang ni banyak yang ditutup, so aku letak motor kat kedai tu dan jalan kaki je. Cakap pasal kelainan masjid ni pula,memang ah lain. hahaha..mula-mula sampai je aku nampak papan tanda untuk jemaah perempuan. So dah ada persamaan dengan Nur Masjid.Kiranya masjid ni akan ber-terawikh agak lama (compare dengan Kudrali Masjid). Tapi lepas je isya' ade sorang ustaz berdiri depan dan cakap something. Seperti biasa,aku tak kan paham apa yang dia cakapkan,tapi aku boleh agak-agak sikit,sebab dia mix dengan arab (gila ah,masih paham arab lagi rupa2nya aku ni =p ) Yang aku paham,dia akan buat 8 rakaat je,so aku rasa ok aja,sebab memang niat aku nak buat 8 je. Terawikh start kul 8.30..so aku macam biasalah,cuba dapatkan tempat yang betul-betul bawah kipas. Jemaah kat sini memang amalkan untuk betul-betul rapatkan saf sampaikan jari kaki kami bertemu antara satu sama lain. Sampaikan tak ada ruang untuk duduk tahyat akhir (so aku buat sama macam tahyat awal). Lepas surah Al-Fatihah, imam tu mula baca surah lain. Ayat yang dibaca bukanlah ayat yang aku hafal..so aku rasa masjid ni pun cuba buat 'satu malam satu juzuk'. Tapi kenapa pulak 8 rakaat je?? Rupa-rupanya..punyalah lama untuk imam tu habiskan satu rakaat,aku rasa 4 pages Quran kot dia baca dalam satu rakaat. percaya tak,untuk 2 rakaat pertama tu, ambik masa 3o MINIT untuk habiskan!!! so lepas je 2 rakaat 1st tu,aku jeling kat Shauqi, hahaha..aku nampak dia senyum sinis,tanda untuk terus tabah tunaikan yang selebihnya..hahaha..ok lah tu. Kami selesai terawikh pukul 9.45,balik dengan penuh rasa kagum sebab mampu habiskan juga terawikh di masjid tu yang may be untuk kali pertama dan terakhir kami buat kat situ.


27th-kami berbuka di rumah abang Salam,senior kami di sini. Banyak betul dia masak,udang,sotong,ikan dan nasi lemak! Kenyang habis lah. Lepas makan je,aku,Abe dan Shauqi pergi ke Kankanadi Masjid. Masjid ni aku pernah pergi sekali last year. Tu pun sebab ada majlis gotong rotong di rumah anak yatim yang betul-betul bersebelahan dengan masjid tu. Masjid ni simple aja,tok imam dia baca surah-surah lazim dengan speed yang boleh diterima ;)

OTW ke rumah Dr. Mubashir

28th-kami dijemput untuk berbuka di rumah kawan kami, Dr. Mubashir. Jauh juga rumah dia ni,lebih dari 20 km dari rumah aku. Kami pergi dengan 5 motor (9 orang). Aku bawak Abe, Wari bawak Naim, Halim bawak Alimin dan Joe bawak Mahfiz. Shauqi lak bawak moto naim sorang-sorang. Gerak pukul 4.50 (plan pukul 4.30)..tapi kami sesat. Salah aku juga sebab aku yang jalan depan. Kami menghala ke Kerala (south),padehal sepatutnya ke Bagalore (east). Aku rasa dah lebih dari 15km jalan,baru lah kami perasan,so kena lah patah balik. Kami sampai je betul-betul masa berbuka puasa. Actually kami plan nak ambil daun kelapa untuk dibuat ketupat,tapi dah malam. So balik dengan perut yang penuh je. Sebabkan kami semua ada klas esok paginya,so kami kena balik malam tu gak. Memang lah penat rasa badan seban jalan jauh (sekali dengan sesat punyer pasal). Lepas tu,jalan pulak sangatlah teruk. Lubang kat jalan tu,kalau hujan,ikan pari pon boleh hidup (menunjukkan betapa dalam dan besarnya lubang tu,walaupun aku rasa agak terlebih lah describe). Tapi alhamdulillah,kami selamat sampai.

Itu jelah yang aku lakukan dipenghujung Ramadhan kali ini. Saja,mencari kelainan dan mencari peluang untuk hiburkan hati bila terfikir nak balik beraya kat Malaysia.

Sunday, 28 September 2008

Sheer Korma

Salam Ramadhan semua..

Lama betol aku tak tulis kat blog ni. Saje,malas nak fikirkan sangat,lagipun tak banyak sangat idea yang nak dikongsikan. Setiap hari hampir sama je di bulan puase ni. Since Ramadhan nak habis dah,boleh lah aku cerite sikit Ramadhan aku kali ni secare keseluruhan.

Permulaan Ramdhan yang agak ok. Di India ni,bukan macam Malaysia,duduk depan TV lepas maghrib,menunggu pengumuman bila mula berpuasa. So di sini,dah jadi tanggungjawap kami budak laki pergi masjid bertanyakan pada ustaz-ustaz di sana. Nak jadikan cerita,India ni agak lain. May be sebab besar,so tak boleh diharap sangat dengan bertanya pada kawan-kawan yang study ditempat lain bila mula berpuasa. Contohnya pada tahun ni, rakan-rakan di Bangalore berpuasa lambat sehari dari kami. Kami mula berpuasa pada 1st September,sama dengan Malaysia.

Minggu pertama Ramadhan aku,aku bersahur sorang diri di rumah. Sebab Habib pergi main bola di Tamil Nandu. Sebabkan dah sorang-sorang ni,mestilah susah untuk aku bangun sahur. Nasib baik ada orang yang baik hati tolong gerakkan sahur. Memanglah senang dia gerakkan aku,sebab dia sekarang di Malaysia. India ni lambat 2jam setengah dari Malaysia,so kira dah siang dah di Malaysia ketika aku baru nak bersahur. Anyway, thanx alot ye cik Syikin. =p

Untuk merasakan suasana Ramadhan tu,aku decide untuk berbuka di Nur masjid. So tak delah aku busan berbuka di rumah sorang-sorang. Memang meriah di masjid tu,sama seperti tahun-tahun lepas. Hidangan tidak ah seberapa,tapi cukup lah untuk isi perut ni. Tapi paling aku suka and memang susah nak jumpa ditempat lain adelah minuman yang disajikan itu. Sedap gile,ade gak aku try cuba buat,tapi mestilah gagal.hahaha..nak je aku berguru macam mana buat minuman tu,tapi nanti apelak orang pikir,pergi ke masjid bukan nak berguru pasal agama,tapi pasal minuman. Hahahaha..so pendam je lah dalam hati,ade rezki tahun depan boleh rasa lagi! hehe

Sebabkan Habib tak ada dirumah,lepas buke di masjid,aku keluar lah dinner dengan sesiapa yang sudi. Macam-macam tempat aku pergi. Layan aja semua,tapi itulah,di India ni,pergilah mana-mana aja,rasa makanan dia tetap hampir sama. Rasa 'garam masala' tu memang sure akan aku rase gak lah walau beze mane pun nama makanan tu. Tapi itulah dia bezanya makanan di Malaysia dan di sini kan. So baik ah enjoy selagi aku di sini (walaupun terpaksa sebab tiada pilihan),nanti dah balik Malaysia susah nak rasa.

Bila Habib dah balik, barulah kitorunk prefer dinner kat rumah je. Tapi still berbuka di masjid sebab tak nak lepaskan merasa minuman itu. hehehe.. Namun ditengah-tengah bulan Ramadhan, perkara yang aku sangat-sangat berharap tidak mahu berlaku,terjadi kembali (ape ayat aku ni??). 2 tahun lepas,kami disini melalui Ramadhan dengan kenangan pahit. Ketika itu Hindu di sini bergaduh dengan Muslim. Ketika itu aku tinggal di hostel bersama tempe-tempe. Perintah berkurung tu selama hampir seminggu. So boleh tak korunk bayangkan aku berbuka dengan makanan hostel. Ok,ni bukan Malaysia k,aku dulu di SMAPK ok je berbuka di hostel (tapi masih merungut lah). Kali ni di India,yang mana selalu hidangkan vegetarian! So pernah sekali tu aku ingat lagi,lauk buke aku adalah kacang hijau masak kari berwarna hijau!!! Masa tu dah dihujung riot tu,sebab tu lah telur tak ade di hostel. So kene lah aku longgarkan tekak telan benda-benda tu. Rakan-rakan Malaysia yang lain aku tak sure pulak macam mana. Dengar cerita diorang makan biskut aje. Tapi itulah kisah pengorbanan kami study di sini.

Pada tahun ini pula, Hindu menyerang gereja,yang berdekatan dengan rumah aku. So apelagi, riot lagi lah,even kali ni antara Hindu dan Kristian,tapi since dah riot,semua orang rasa tak aman. Kenelah curfew lagi. Haish..teruk betul. Tapi kali ni aku tinggal di luar,dan alhamdulillah,stok ayam aku masih ada,so tiadalah aku rasa teruk mana,malah enjoy cuti!! hehehe..tapi aku rasa tak best sebab rasa tak selamat untuk pergi ke masjid,so rindulah pada minuman yang aku suke tu. haish..

20th,kawan-kawan manipal aku balik dari Malaysia. So aku ape lagi,pergilah ke Manipal untuk berbuka dengan diorunk. Borak-borak dan tunaikan terawikh di sana. Esok nya,aku bersahur dengan air kosong je,sebab Manipal tak ada kedai yang bukak pagi-pagi buta. Tapi ok lah,Hafiz dah bagi tau awal-awal,so malam tu kami 'moreh' agak berat,kira sekali untuk sahur lah ni. Terima kasih bagi tumpang rumah. Esoknya,aku dapat biskut raya dan coklet dari Syikin. Banyak betul dia bagi. Terima kasih. Ammar pulak belanja aku dvd. Terima kasih gak.

22nd, Habib bergerak balik ke Malaysia. So tinggal sorang lagi. Hahaha. Tapi kali ni agak lain,aku dah mula rasa mood raya datang. 24th usrah buat di rumah aku. Mahfiz (president baru kitorunk n chef berbakat besar) dan Alfian datang kerumah aku awal untuk masak. Lepas tu usrah buat macam biasa selepas kami solat isya' dan terawikh beramai-ramai. Sebabkan berbuka dirumah aku kali ni,tak boleh lah aku merasa minuman itu kali ni..

Sebabkan aku cukup bersemangat sejak Habib balik raya dan ada kuih raya,so aku dan Abe decide nak pergi ke lain-lain masjid untuk berterawikh. Aku namakan Kembara Ramadhan (sbb tu aku letak ayat ni sbg status YM aku). Tapi aku rasa baik aku cerita pasal ni lain kali lah. Sebab masih tak habis mengembara lagi ni. hehehehe..

p/s Name minuman yang aku suke itu- Sheer Korma

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

Assalamualaikum

Thursday, 4 September 2008

Saudara Baru

Hari ni aku berbuka dengan budak-budak Malaysia yang lain. Ni lah iftar aku yang proper sikit. Kalau tak,tinggal sorang kat rumah ni,nak masak pun malas. So makan je ape yang ada. Lepas solat isya' dan terawikh,kami adakan usrah macam biasa. Kali ni kami membaca surah Al-Baqarah dari mula. Diringkaskan cerita, dalam ayat yang kami baca tu,kami bincangkan tentang 3 golongan yang diceritakan. Golongan mereka yang beriman,orang kafir dan munafik. So bagi siapa yang nak tahu lebih,bukak lah tafsir Quran tu yek..hehehe banyak pengajarannya.

Pada mulanya,aku rasa berat hati gak untuk pergi usrah kali ni. Yelah,aku prefer terawikh kat masjid (azam tahun ni nak full terawikh..hehehe). Lagipun Nur Masjid buat setiap hari satu juzuk Quran dibaca oleh imam. So kalau dapat ikut setiap hari,kira khatam Quran bersama imam ah ni. Lagipun aku dapat tahu ramai yang tak dapat hadir usrah kali ni. Tapi alhamdulillah,Dia lebih mengetahui apa terbaik. Bila difikirkan balik,dengan usrah ni,kami bincang tafsir Quran. Memang lah ayat yang kami bincangkan tu cuma 1/5 dari satu juzuk Quran,tapi at least,aku dapat pengajaran dan ilmu dari perbincangan tu. Pendek kata, yang lebih penting adalah fahaman ayat-ayat Al-Quran itu sendiri,bukannya bilangan ayat itu semata-mata.

Aku tertarik nak share 2 ayat dari apa yang aku dapat semalam..

Sesungguhnya orang-orang kafir,sama saja bagi mereka,kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup.Dan bagi mereka siksa yang amat berat.
(6-7:2)

Sebenarnya dari 2 ayat ni membuatkan aku teringat kisah seorang kawan aku kat Manipal. Ketika hampir semua budak Manipal ni balik Malaysia berpuasa dengan family,dia boleh pulak nak stay je kat Manipal. Tah hapa yang menarik kat Manipal,aku pun tak tahu (sorry ah orang Manipal,kutuk sikit-sikit je). Aku ada pelawa dia untuk lepak dengan aku kat Mangalore ni,sebab aku pun sorang je sekarang. Tapi dia tanak datang pulak. Mula-mula aku fikir,apsal lak mamat ni nak sombong gila dengan aku ni..hehehhee..

Tapi selepas dia jelaskan yang dia sekarang ada tanggung jawap lain kat Manipal. Beberapa bulan lepas,alhamdulillah,seorang saudara baru kita hadir. Seorang PG Indian memeluk agama Islam. So sekarang ni, kawan aku tu tengah membantu dia dalam memahami ibadat puasa. So bila kami berborak aritu,dia ada gak cerita yang dia berubah sekarang. Dalam usha dia menunjukkan cara-cara beribadah as a Muslim,dia pun mendapat faedahnya. Kononnya dulu-dulu, kawan aku ni jarang je solat terawikh 20 rakaat BELAKANG imam (dia yang kata lah,nway..ade ke orang solat depan imam??) Pendek kata,kisah ni sama seperti perumpamaan yang aku sering dengar ketika join jemaah kat Mangalore ni. 'Dalam kita berdakwah ni,boleh diibaratkan seperti melontar bola ke dinding. Kita baling bola tu,dia akan pantul kepada kita balik'..kiranya kita laksanakan juga lah apa yang kita dakwahkan tu. Alhamdulillah..moga usha dia mendapat keberkatanNya dan untuk sedara baru kita tu,kita sama-sama panjatkan kesyukuran dan berdoa moga lebih ramai yang akan mendapat hidayah.

Bila difikir balik 2 ayat yang aku nyatakan tadi,memang membuatkan aku terfikir panjang. Aku sebenarnya dulu duduk satu rumah dengan rakan India yang lain..lama gak,setahun lebih. Cuba gak aku tunjukkan cara-cara Islam,tapi tu lah,hidayah Allah itu milikNya,dan Dia maha mengkehendaki. Memberi kita peringatan gak. Jangan lah fikir yang kita sekarang ni menikmati nikmat Islam dan iman akan kekal. Haruslah kita bersyukur dan berdoa agar 2 nikmat terbesar ni kekal dalam diri kita dan kita akhiri hidup kita dengan husnul khatimah. Insya'Allah.

Assalamualaikum..

Wednesday, 23 July 2008

Kisah Malu

Macam hari rabu yang lain,kitorunk adekan usrah lagi. Kali ni di rumah Mahfiz,Goda dan Firamir. Start agak lambat,sebab hujan. Tapi Alhamdulillah,ramai gak yang datang kali ni.
Kali ni giliran Zul bagi tazkirah. Dia bercakap pasal SYUKUR.Dalam tazkirah dia,ade dikongsi beberape ayat Al-Quran yang mana menyebut pasal bersyukur.


Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul,sungguh pun telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik kebelakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
(3:144)


Dalam ayat tersebut,agak jelas maksud dia. Kira dalam konsep bersyukur ni,kita akan mendapat balasan pahala. Namun jika kita tidak bersyukur, kita dikategorikan dalam umat kufur nikmat,yang mana bukan lah memberi kerugian kepada Allah,malah memberi keburukan pada kita. Dalam ayat ni,diceritakan kita patut bersyukur sebagai umat akhir zaman, sebab kita tergolong dalam umat Nabi Muhammad s.a.w dimana banyak kelebihan kita,mahupun dugaan.


Dan (ingatlah juga),tatkala Tuhanmu memaklumkan "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat Ku), maka sesungguhnya azabku sangat pedih.
(14:7)


Dalam ayat ni pula cukup jelas dinyatakan balasan mereka yang bersyukur dimana mereka akan dikurniakan ni'mat yang lebih dari Allah. Lebih harus kita ingat kat sini,balasan kalau kita tidak bersyukur (kufur ni'mat), azab api neraka menanti.
Dalam tazkirah Zul,ade dia share juga pasal cara-cara kita bersyukur.
1.bersyukur dengan hati
2.bersyukur dengan ucapan (kata-kata)
3.bersyukur dengan perbuatan

Cakap pasal bersyukur dengan kata-kata ni,ade dinyatakan dalam ayat Al-Quran..


Dan terhadap ni'mat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)
(93:11)


Kalimah Alhamdulillah mebawa makna segala pujian bagi Allah.Kalimah ni selalu kita sebut sebagai tanda kita bersyukur.


Cakap pasal kalimah ni,teringat pula pasal satu hari ni. Aku berjumpe seorang ustaz,sebab masa tu dia nak join kitorunk dinner,makan seafood tu (susah nak makan seafood,sebab tak pandai buat). So dalam perjalanan ke kedai tu,kami bercakap pasal program yang kami budak Malaysia sini nak anjurkan, lebih kurang macam ceramah ah. Kami plan nak jemput penceramah dari luar (Malaysia).
So ustaz tu tanyer aku, "Bagus ke ilmu penceramah tu?"
Perghh dengar je soalan macam tu buat aku rase rimas. Mula-mula aku pikir,ustaz ni ingat dia bagus sangat ke?? (teruk tul pikiran aku mase tu). Tapi lepastu,bila pikirkan diri ustaz tu yang sungguh pandai menjaga kata-kata,so aku pikir lain pulak. Dia ni rasa kecil hati ke sebab tak jemput dia datang memberi ceramah??
Aku malas pikir banyak. Kalau aku tak jawap,nanti dia pikir aku sombong pula. So dengan senyuman yang agak tak ikhlas (berpura-pura) aku cakap, "Penceramah tu memang handal pon dan power habis ah dalam memberi ceramah." Ayat aku agak simple sebab tak mahu ustaz tu terasa ape-ape.
Habis je ayat yang aku cakap tu,aku lihat ustaz tu tersenyum sinis pulak. Ni apehal pulak dia senyum-senyum ni. Senyum cemburu ke sebab tak jemput dia? Atau dia pun berpura-pura senyum macam senyuman asal aku? Haish~ susah betul!
Ustaz tu tepuk bahu aku sambil mengelengkan kepala. Dia pon berkata, "Dalam kita memuji orang atau makhluk Allah yang lain, hendaklah kita lafazkan kalimah Alhamdulillah terlebih dahulu sebagai rasa kesyukuran kita ke atas ni'mat yang dikurniakan ke atas makhluk Allah itu. Sebab semua kelebihan dan ni'mat di atas muka bumi ni adalah kejadian dan ketentuan Nya. So semua pujian-pujian haruslah ditujukan kepada Maha Pencipta terlebih dahulu sebelum kita memuji makhluk Allah yang lain".
Aku macam biasa ah,cepat-cepat ubah muka jadi sopan santun (innocent),padahal menahan malu. Rupa-rupanya soalan dia hanyalah nak menguji aku. Mula-mula hilang terus mood nak makan sebab malu (ego),tapi bila pikirkan squid masala yang pedas dan sedap,aku layan je..
Dari kisah aku ni dan tazkirah Zul, aku rasa banyak benda yang boleh dapat. Memang ah aku yakin semua orang tahu maksud bersyukur dan erti kalimah alhamdullilah itu sendiri. Cuma kadang-kadang kita terlupa konsep syukur itu dan makna sebenar kalimah alhamdullilah itu. So sebagai peringatan (tazkirah) kepada diri saya terlebih dahulu dan kawan-kawan lain, jadilah kita umat yang bersyukur dan berdoa dan berusha lah kita untuk tidak tergolong dalam mereka yang kufur ni'mat. Sesungguhnya azab Allah itu pedih.
Assalamualaikum..

Friday, 18 July 2008

Usrah

Rabu lepas kitorunk kat sini buat usrah,2nd time ah since start new sem ni. Diadakan di rumah baru Zul n Abid,kononnyer house warming party gak ah ni..tapi macam biasa ah,expectation aku bila dapat tau buat di rumah diorunk mesti ah best,sbb Zul pandai masak. =p
Kitorang bace surah yasin kali ni,sebab 'meraikan' rumah baru tu. Lepas tu,tibe giliran Mapis pulak bagi tazkirah. Die cakap pasal SABAR.
Die sampaikan dalam bentuk cerita daripada hadis Rasullullah s.a.w. Aku xboleh lah nak cerita balik kat sini,sebab aku agak lost time tu,sebab banyak sangat watak yg dia timbulkan dalam cerita tu. Secara ringkasnya,di permulaan cerita,ade keluar watak seorang pemuda (watak utama) yang mana menuntut ilmu dgn seorang guru,pada masa sama ade si raja yang berkuasa di tempat tu. Watak ahli sihir pun ade. Si guru tu beriman orang nya..so lame2 si pemuda tu pon beriman.Nak dipendekkan cerita,ketika si pemuda ni mati (dihukum oleh siraja),dia sempat berdakwah yang mana ramai rakyat di tempat tu pun beriman. So si raja ni pon terus membunuh semua mereka yang tidak akui kekuasaan dia sebagai raja. Ada seorang wanita bersama anaknya (watak baru) disuruh terjun ke dalam lautan api,so si ibu ni mula rasa goyah iman nya,kerana mahu selamatkan nyawa si anak. Si anak yang kecil tu pon berkata, "sabarlah ibu,jika kamu benar,Allah sentiasa bersama orang yang benar". (x sure ah ayat dia ape,tapi pasal sabar ah).Lepas tu nak share sini ayat Al-Quran:


Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu;dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
(47:31)

So tu tazkirah si Mapis,agak panjang cerita tu,tapi ceriata pasal sabar tu ditunjukkan pada watak terakhir,si ibu dan anak.Perasan x,cerita di hujung tazkirah tu agak sama dengan kisah keluarga Sumaiyah,so kitorunk bincangkan gak ah pasal kisah ni bila Joe timbulkan persoalan ni.
Lepas tu giliran Alimin (naqib) pulak bercakap. Dia share dgn kitorunk surah Al-Buruj (bintang2). Ayat yang aku nak share kat sini dari surah yg same :

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang Mukmin laki-laki dan perempuan,kemudian mereka tidak bertaubat,maka bagi mereka azab Jahanam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.
(85:10)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keuntungan yang besar.
(85:11)

Lepas tu Alimin timbulkan persoalan yang dia dapat dari blog kawan dia: Kalau kita diberi pilihan anatara KEMAKMURAN dan KEBEBASAN,mana yang akan kita pilih?
Perghh,sekali dengar soklan ni,macam pening gak. So setiap ahli usrah kene bagi pandangan. Dimulakan dengan Zul,dia pilih kebebasan.Shauqi pulak,dia agak tidak setuju dengan perbandingan tu,bagi dia,durian kene ah compare dengan durian gak,kiranya kebebasan and kemakmuran tu bende yang beza,so xboleh dibandingkan,tapi sebabkan kene buat pilihan gak,dia pilih kebebasan. Abid pun pilih kebebasan,same jugak dengan Mapis dan Naim. Generally bagi kami,kebebasan and kemakmuran ni saling berkait ah,so mmg ah kompius nak pilih mana. Aku pilih kemakmuran. Halim pilih kebebasan. Goda dan Joe pilih kemakmuran gak. Lepas tu Alimin cakap,dia pilih kebebasan dan dia bagi contoh pasal Sultan Johor sebelum terima penasihat British.
Aku suka dengar semua pendapat orang,tapi semua agak lain2. Ni disebabkan,definisi kebebasan n kemakmuran setiap orang berbeza. Aku tak pilih kebebasan sebab aku pikir kebebasan tu boleh buat kita leka,sebab bagi aku ah,konsep kita beragama ni bukan ah bebas,kita dibataskan dengan hukum agama yang mana batasan tu membawa kepada cara hidup yang benar. So kebebasan bagi aku,sama macam apa yang orang barat selalu katakan,bebas dalam berfikir,pergaulan etc. Tapi bagi rakan-rakan usrah aku yang lain fikirkan kebebasan tu lebih kepada kebebasan dalam melakukan ibadah n perkara2 berkaitan agama. So betul jugak ape yang diorang pikir. Cuma tu ah,pada awal2 perbincangan ni,x diterangkan maksud kebebasan n kemakmuran itu sendiri. Sebab masa aku join kursus bahas di sekolah dulu (join kursus je,x pernah berbahas pon),perkara pertama perlu diterangkan adelah definisi tajuk yang hendak dibahaskan,then baru ah bermati-matian kita berbahas. So ape2 hal pon,dengan persoalan ni,mula ah bukak minda kitorunk gak.
Macam biasa,lepas tutup majlis,solat isya' dan diakhiri dengan perkara 'utama'...makan!! lapa gak ah masa tu,sebab hampir2 kul 10. makan nasi goreng n ayam!! layan je~

p/s lepas ni rumah Mapis n Goda pulak..perghh,x sabar lak,sebab dorunk ni memang diakui pandai masak..n junior baru akan join gak.