CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 11 May 2010

Malu Bertanya..

Salam..

Hari ini aku pergi hospital setelah 3 hari duduk terperap dalam bilik. Walaupun aku tahu,perasaan bosan duduk dalam bilik itu tidak akan berubah dengan kebosanan duduk dalam OPD,opthal..tapi dah tiba giliran aku untuk bertugas,so aku kuatkan diri juga untuk pergi.

Kali ini lain sikit. Buat pertama kali aku dan Dr. Taha [co-intern] dipanggil oleh Dr. Anupama [kalau tak,kami just duduk baca buku atau borak kosong]. Seraya memperkenalkan kepada kami kepada seorang makcik tua, dia menyuruh kami bawa pesakit itu ke bilik FFA. Macam biasa, buat muka yakin dan berkata 'OK mam!'
Sambil berjalan menuju ke bilik yang aku sendiri tak tahu di mana, aku cuba mencari-cari maksud FFA room itu sendiri. Tiba-tiba bahu aku dicuit oleh Taha lalu dia bertanyakan soalan yang bermain-main di dalam fikiran aku. HAHAHAHA adeh~ masalah besar ni. Dengan muka tak-tahu-nak-buat-macam-mana,kami pergi bertanya kembali kepada Dr.Anupama maksud FFA itu sendiri. [malu bertanya,salah bilik nanti] ...FFA-> Fundus Fluorescein Angiography. [Itulah akibatnya kalau pergi posting tanpa ada perasaan untuk study subject yang mana kami belajar 2 tahun yang lepas. ]
Basic info pasal pesakit kali ini, dia merupakan pesakit kencing manis [Diabetes Mellitus] untuk 15 tahun,dan sekarang datang ke ophthalmology opd untuk follow up kes diabetic retinopathy. Makcik ini dikirakan bernasib baik,sebab datang awal ke hospital untuk rawatan mata. Diberitahu kepada kami oleh Dr.Anupama, hampir 90% of DM patients akan menghadapi retinopathy selepas 10 tahun mempunyai kencing manis, yang membezekan hanyalah tahap serius [severity] penyakit itu.





Complications untuk diabetic retinopathy ini adalah seperti vitreous haemorrhage, detachment mahupun buta. Kami dijelaskan management untuk kes ini dan rawatan yang diberikan kepada pesakit ini adelah laser disebabkan ia merupakan jenis proliferative diabetic retinopathy. Sambil melihat Dr.Anupama melakukan laser therapy, dia berkongsi dengan kami tuduhan yang dilemparkan oleh pesakit kepadanya suatu ketika dahulu.

Perlu dijelaskan kepada pesakit bahawa rawatan laser ini hanyalah bertujuan untuk menghalang komplikasi penyakit ini berlaku, maka rawatan ini bukanlah bertujuan untuk menyembuhkan penyakit itu sendiri. Pendek kata, jika rawatan ini diberikan di tahap awal, maka masalah hilang penglihatan dapat dicegah. Rawatan ini juga memerlukan follow up dan mungkin perlu dilakukan berulang kali. Apa yang berlaku, pesakit Dr.Anupama yang pernah dia rawati, menuduh Dr.Anupama penyebab dia hilang penglihatan. Pada hakikatnya, pesakit tersebut hanyalah datang menerima rawatan untuk sekali sahaja, itupun ditahap kritikal [penglihatan sudah terjejas tapi masih tidak buta], dan berhenti menerima rawatan disebabkan tiada perubahan. Akibatnya, penglihatan yang separa terjejas pada mula rawatan menjadi buta dan ini tidak akan berlaku jika pesakit itu faham akan tujuan rawatan yang hanya boleh mencegah dari buta dan bukan untuk mengembalikan penglihatan yang sempurna.

Dokter yang berniat baik menolong pesakit juga boleh dipandang serong. Untuk elakkan ini berlaku lagi, sebagai seorang dokter,kena lah jelaskan betul-betul tujuan rawatan [nasihat yang kami terima]..dan pesakit itu sendiri perlu tanpa rasa segan silu bertanyakan soalan jika tidak faham.[malu bertanya,hilang penglihatan] =p


p/s: esok masuk kampung untuk buat eye camp =p

Saturday 1 May 2010

my 1st '1st May'

Salam..


1st May- Hari pekerja aka Labour Day...aku meraikannya di Goa =)

Walaupun aku baru mula berkerja [intern pun dikire kerje lah kan,sbb org dah tak consider aku sebagai student lagi dan dapat gaji ], tapi sejak aku dilahirkan lagi, aku dah anggap tarikh ini sebagai satu hari yang aku akan raikan. " Selamat Menyambut Hari Kelahiran Abah! "

Sebabkan pertama kali aku meraikan Labour Day, aku pun mula tertanya-tanya pasal tujuan ianya diwujudkan. Cara paling mudah dengan merujuk kepada pakcik wiki...

"Labour Day or Labor Day is an annual holiday celebrated all over the world that resulted from the labour union movement, to celebrate the economic and social achievements of workers . The majority of countries celebrate Labour Day on May 1, and it is popularly known as May Day and International Workers' Day , while some celebrate on the first Monday of September.

The celebration of Labour Day has its origins in the Eight-hour day movement, which advocated eight hours for work, eight hours for recreation, and eight hours for rest."


Pergh banyak pula nama lain bagi 1st May...tapi part yang last sekali tu terkecuali lah kat India..pernah je aku kerja 18 jam under surgery posting, but now hanya 2 jam under ophthalmology posting!! hahaha Lain tempat, lain ragam...asalkan dapat cuti,layan~