CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 30 April 2010

....surgery.....

Salam..

Hari last aku dipandang sebagai seorang surgeon di mata-mata pakcik dan makcik di Hospital Wenlock. OPKOS aku masih tak layak mendapat title itu, tapi aku layan je setiap kali aku dipanggil doctor oleh mereka tatkala aku menukar balutan luka mereka, mencucuk jarum kedalam salur darah mereka dan berulang-alik masuk keluar dari dewan bedah.
Terlalu banyak benda aku pelajari dari unit aku. Lagi buatkan aku rasa bersyukur,sebab tidak semua rakan sejawatan aku mendapat peluang yang sama. Tapi aku yakin,ada juga kelebihan mereka di unit yang lain =)


Berdiri belakang - Dr.Hanif [co-intern], Dr.Sandeep [PG], Dr.Ranjeet [ass.prof II], Dr.Izwan [aku ah tu]
Duduk depan - Dr.xxx [prof unit lain] =) , Dr.Sunil [ass.prof I]


Dr. Sandeep [PG] - dia memang cool habis, sabar layan aku yang terkapai-kapai belajar benda baru. Tapi bila aku dah boleh buat,dia terus lepas tangan,maka ringanlah kerja dia. Tapi bagus je, kedua-dua pihak dapat untung..aku dapat ilmu dan skill, dia pula dapat meluangkan masa lebih lama dengan ibu dia yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan.

Dr. Sunil dan Dr.Ranjeet - Dua orang prof yang sungguh tulus menjalankan tugas. Dr.Sunil agak mesra dan ramah dengan aku, tapi sebabkan masalah susah nak faham perbualan KAMI, maka agak terbatas. Tapi aku anggap mereka sebagai idola aku, berasaskan kerjaya lah tapi. Mereka sungguh ramah dengan pesakit [ciri yang paling aku kagum], ikhlas dalam melakukan kerja dan punctual gila!!


Dr. JP Rao [gambar atas,duduk]- Big Boss aku ni!! Walaupun jarang mewujudkan diri di hospital, dan sangatlah mempunyai jam-dari-planet-yang-lain, tapi dia masih diperlukan sebagai rujukan. Seorang surgeon yang sungguh berpengalaman, yang membezakan dia dengan prof aku yang lain. BRAVO!!

Monday 12 April 2010

Air Teh Suam-Suam Panas

Salam..

Kini baru aku paham maksud kata-kata Dr. RV Bhat masa aku medecine posting dulu [UG]..

"Pesakit adalah 'tuhan'..so kene hormat dia sebab daripada dialah kita belajar untuk menjadi doctor" [prof aku di sini sentiasa gunakan word 'god' untuk menunjukkan rasa hormat dia keatas sesuatu..so harap maklum]

Masa minggu pertama aku sebagai intern, aku dapat satu kes terbakar [burns case]....*apsal pelik sangat bunyik nyer ha 'kes terbakar??' kes melecur disebabkan terbakar ke? * so kali ini aku namakan dia Atan. Kes si Atan merupakan MLC case [medico legal case]. Mengikut cerita nurse di ward aku, dia dituduh membakar isteri dia. Ketika Atan menolak isterinya ke dalam api, isteri dia sempat menarik sama tangan kiri si Atan. Isteri si Atan mati dalam perjalanan ke hospital,disebabkan melecur seluruh badan. Si Atan pula melecur teruk seluruh tangan kiri dan separuh badannya. Diceritkan juga, si Atan pernah cuba melarikan diri terjun melalui tingkap burns ward itu. Akibatnya, kaki Atan digari dan ditambat di tiang katil.
Kali pertama aku masuk bilik si Atan, kembang habis hidung menangkap bau busuk. Aku cuba buat-buat cool tahan bau busuk itu,sampai aku rasakan hidung aku mulai rasa panas. Sebab aku pernah dimarah prof forensic aku,masa 1st autopsy [drowning] case disebabkan aku menutup hidung. Ini bertujuan untuk tunjuk rasa hormat kepada mayat,apatah lagi kes si Atan yang masih hidup ini.



Dibuka bulatan tangan si Atan. Perghhh!! masa itu aku dah bertekad tak nak makan daging untuk sebulan [tapi esok malamnya aku layan gak rack of lamb]. Ini kes deep burns,jadinya memang habis semua kulit tangan kiri Atan terbakar. Sedang aku tenung dan cuba fahami perasaan si Atan menahan sakit, aku ditegur oleh PG aku. Dia suruh aku ambil darah untuk dibawa ke makmal. Aku pun cuba cari vein di tangan kanan si Atan,tapi tak jumpa [ada kesan melecur juga disebelah kanan]. Aku pandang muka PG aku dengan harapan dia akan mengantikan tempat aku. Tapi PG aku yang cool itu memusingkan arah pandangan dia kearah peha si Atan seraya memberi arahan untuk ambil darah dari femoral vein. Dalam hati aku berkata.."WOW!! benda baru ni!!".

Selesai ambil darah, PG aku suruh aku buat catheterisation, kiranya memasukkan tube kedalam salur air kencing. Sebelum ini memang banyak kali aku lihat PG aku buat,tapi tak pernah pula try,so hati aku pun terus berkata "WOW!! benda baru lagi!!" Ketika aku memegang zakar si Atan untuk memasukkan tube itu,aku dapat rasakan gerakan-yang-tidak-diingini berlaku. 'DANG!!KO JANGAN NAK BUAT KACAU PULAK ATAN OIT!' Aku cuba buat cepat-cepat sebelum terlambat,tapi apakan daya,itu adalah 1st catheterisation aku...maka akhirnya...dapatlah aku melihat tangan aku dibasahi 'air teh suam-suam panas' dengan derasnya~

Tapi pada hakikatnya, walaupun dia dipandang serong oleh orang lain disebabkan jenayahnya dan walaupon aku dikencing kaw-kaw nyer oleh si Atan,namun aku tetap 'hormat' dia dan berterima kasih, sebab aku belajar 2 perkara baru clinically dan juga cuba belajar erti bersabar dalam menuntut ilmu LOL =)

--> sekarang Atan dah baik dan hormat kami..sebab kami sahajalah 'pelawat' yang datang bertanya khabar setiap hari [padehal aku tak paham pun ape yang dia cakapkan] =)


Sunday 11 April 2010

Nangka Busuk

Salam..

Dengan alasan busy dengan exam dan enjoy cuti di Malaysia, aku mulakan balik blog aku ni...
Alhamdulillah, banyak benda manis [pahit pun ade gak] yang berlaku dalam tempoh 4 bulan yang sudah berlalu ini. Paling buat aku happy dan syukor adalah dengan melihat nama aku sekarang sudah panjang dengan kehadiran dua huruf 'keramat' ..hehehe


Aku pun rasa,aku nak ubah rentak tulisan blog aku mulai dari detik ini. Pendek kata cari angin baru lah pulak. Aku nak share pengalaman aku sepanjang aku menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi India ini. Sebelum tu,meh aku cakap sikit, aku ada setahun sahaja lagi di sini [YES!] untuk buat internship, sebelum mendapat semula kewarganegaraan Malaysia 100%. =)
1st posting aku adalah surgery, unit F di hospital kerajaan, Wenlock. Kalau diukur dari kelengkapan hospital, mestilah Wenlock ini jauh ketinggalan. Tapi kalau dibandingkan dengan ilmu dan pendedahan yang boleh aku dapat, Wenlock sangat lah jauh lebih bagus daripada private hospital kolej aku, KMC hospital. Kira aku nak cakap rezki aku murah lahni aka lucky, alhamdulillah =)
Kalau korunk pelik,kenapa baru sekarang aku nak menghadap lap top dan bukak page selain facebook dan meng-up-date blog aku...hari ini adalah hari bersejarah bagi aku. Aku dapat conduct operation for the 1st time. OK,walaupun simple, just amputation and debridement, tapi bagi aku,dah cukop baik lah tu,diberi kepercayaan untuk aku memotong 2 jari kaki [great and 2nd toes]. Serba sedikit pasal kes pakcik ini, Abu [bukan nama sebenar] =)...ia adalah kes kencing manis yang tidak terkawal tahap gula dalam darah [uncontrolled diabetes mellitus]. Sebab si Abu datang ke hospital adalah dengan kehadiran ulat [maggots] di dalam kaki dia yang nampak sudah rapuh dan busuk.





Bila dibuka balutan kaki [bandage] si Abu, kelihatan ulat itu berusaha keluar dari celah-celah kumpulan daging yang dah busuk. Bila aku letak iodine, makin banyak yang keluar [korunk bayangkan macam nangka busuk]. Opkos aku rasa geli pada mulanya, tapi at the same time aku rasa excited and 'bersyukor' sebab dapat kes,yang bagi aku baru dan mencabar. Bermula dengan misi memburu ulat,aku dapat keluarkan kira-kira 10 ulat dengan jayanya.haha. Lepas itu,misi membuang kumpulan daging busuk bermula disusuli dengan misi meng-expose 2 tulang metatarsal. Kemudian, dihulurnya kepada aku gunting gergasi yang digunakan untuk memotong 2 tulang itu [bone cutter] . Pergh,itu adalah part paling cool! Lepas dah buang ape yang patot termasuklah ulat-ulat, kaki si Abu dibalut kembali dan dihantar ke post-op ward.

p/s: kurangkan gula dalam kuali,
kalau tak nak ulat di kaki =)