CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 25 March 2009

Kisah Seorang Pak Guard

Salam

Bob (bukan nama sebenar) baru habis PMR. Malangnya,result yang dia dapat bukanlah gempak. Dia merupakan anak Dato' dalam kawasan yang dia tinggal. Ayah dia memiliki sebuah syarikat baru. So ayah dia dalam usha mencari calun untuk memegang jawatan pegawai pentadbiran syarikat barunya itu. Jauh dalam sudut hati ayah dia, mahu sahaja dia berikan jawatan itu kepada anaknya. Namun, selepas memikirkan perangai anaknya yang sentiasa membunag masa, tidak mendengar kata, lemah, sentiasa melakukan kesalahan dan paling penting, tidak berkelayakan (setakat PMR je); maka si ayah mula sangsi. Namun selepas dipujuk oleh anaknya, yang mengatakan dia mahu berkerja untuk tampung diri, si ayah pun memberi jawatan sebagai pak guard (mengikut kelayakan si anak). Si anak berasa sedih dengan jawatan itu. Namun si ayah menjanjikan gaji yang lumayan, even gaji yang lebih daripada gaji pengarah, membuatkan si anak mula happy dan sudi bekerja.



Pada hari pertama Bob bekerja, dia bersemangat, datang awal dan berpakaian smart. Pada waktu petang, pabila si ayah pulang kerja, keluar dari syarikat itu dan melepasi pintu keluar, kelihatan si anak berdiri segak menjalankan tugas di pondok guard. Hati si ayah berasa sayu, namun ditelannya sahaja di dalam hati. Si anak melambai-lambai tangan pabila melihat si ayah melepasi dirinya. Di dalam hati Bob berkata, "Tak apa, satu hari akan ku buktikan yang aku layak memegang jawatan pegawai pentadbiran itu".

Selepas beberapa bulan sahaja, si anak sudah mampu memiliki kereta mewah Audi R8. Apabila ayah dia melepasi pintu pagar, si anak melambai-lambai tangan kepada si ayah sambil berkata. "Lihat, saya sudah ada kereta sendiri. So berilah saya jawatan pegawai pentadbiran itu ayah". Si ayah dengan nada sayu berkata, "Bukan itu yang melayakkan kamu memegang jawatan itu. Sambung study, dapatkan ijazah yang berkaitan, maka ayah pasti akan memilih kamu untuk memegang jawatan itu".

Si anak mula sedar dan menyahut cabaran si ayah. Apabila si ayah melepasi pintu pagar syarikatnya, diperhatikan anaknya sedang asyik membaca buku. Di dalam hati si ayah,berasa sungguh gembira melihat PERUBAHAN anaknya itu.......

camca: Kenapa bukan Muslim sendiri yang 'mentadbir' dunia ini?

~Bob=Muslim

~syarikat=dunia

~kereta mewah=bangunan tinggi-tinggi, negara paling banyak minyak etc.(nikmat atau kejayaan yang diperolehi setelah melakukan kebajikan atau usha, selain daripada nikmat atau kejayaan mentadbir dunia)

~PMR=lemah, tidak berupaya melawan musuh

~ijazah=kuasa mentadbir, berani menjalankan 'amal makruf nahi munkar'

~perubahan=????










Idea daripada ceramah Ust. Abdul Halim

Thursday 19 March 2009

Susu

Salam..

Baru selesai posting pediatric. Best jugak posting ni. Main dengan budak-budak sambil tunggu prof yang datang pukul 11.30 (paling awal), padehal patut start pukul 9.30....





Tak pulak aku tau nama budak ni. Tapi ni lah yang paling comel kat dalam wad tu. Sebab badan dia berisi. Yang lain semua kecil-kecil dan kurus sebab tak cukup bulan (pre-term baby) tak pun tak cukop makan (malnutrition) etc.

Tadi aku ade baca pasal pre-term baby under tajuk breastfeeding. Menarik sungguh..air susu yang dihasilkan ibu yang melahirkan anak pre-term ni lain dari yang term (cukup bulan). Susu untuk preterm mengandungi lebih protein, lactose dan semua benda yang diperlukan baby secukupnya untuk dia catch-up pertumbuhan selepas lahir (post-natal catch-up growth). Ini lah hukum alam, yang ditentukan olehNya. Sungguh sempurna meliputi semua aspek.

Dulu aku pernah curi-curi dengar perbualan ustazah aku di sekolah rendah...
"Tak takut ke beranak banyak-banyak ni, susah kan nak jaga, lagi-lagi dengan perbelanjaan seharian mereka....."
Ustazah aku yang anak banyak pun jawap... "setiap anak yang dilahirkan ada rezki dan bahagian mereka masing-masing.."
Dulu aku tak paham sangat jawapan ustazah aku ni. Now, alhamdulillah, boleh lah paham sikit-sikit.

p/s: 'su su' kat sini maksud dia kencing aka buang air kecil.. ;)
salam..

Saturday 14 March 2009

Party @ Disel cafe

Location : Diesel Cafe, Mangalore

Date : 13th of March 2009 (birthday Habib)




p/s : Happy birthday to Faiz Halim gak (14/3)..

Friday 13 March 2009

Weekend @ Bangaluru

Location : Bangalore /Bangaluru
Date : 7th-8th of March 2009



Topik yang disampaikan oleh Ust. Abdul Halim Abdullah :
1. Diantara Ijazah & Risalah
2. Amal Islami Kita
3. Qaedah Sulbah

*rujukan Ini Jalanku by Ust. Abdul Halim

Wednesday 11 March 2009

Bangun Awal

banGGa aku hari ni. Aku berjaya bangun pagi dan pergi kelas pediatrics!! Bukan senang aku berjuang untuk bangun pagi seawal ni. ;)

So tadi belajar pasal hypothyroidism. Sebabkan pediatrics, lebih bincang pasal congenital hypothyroidism, pendek kata, penyakit yang disebabkan kekurangan hormon thyroid sejak dari lahir lagi. Actually, disebabkan kekurangan hormon ni, pertumbuhan badan terbantut dari segi fizikal mahupun mental. Tapi, alhamdulillah, zaman sekarang hormon ni boleh diberi kepada pesakit dari luar (replacement therapy). Tapi itulah, kalau hormon ni diberi lambat, maka segala pertumbuhan minda dan mental sebelum rawatan akan terganggu. Kira kalau dapat diberi seawal selepas lahir, maka boleh lah membesar dengan normal.

Dalam lecture tadi, ada ditunjukkan gambar mereka yang berjaya dalam rawatan mahupun yang gagal mendapat rawatan awal. So mereka yang gagal ni datang dalam keadaan bantut dan terencat. Mostly, diorunk ni orang miskin yang duduk di pendalaman...ataupun parents mereka kurang kesedaran tentang isu ini.


Congenital Hypothyroidism

So ape yang aku pelajari, keadilan tu kadang-kadang susah dilaksanakan betul-betul. Kadang-kadang, penindasan seperti ni boleh berlaku disebabkan keadaan sekeliling (kemiskinan, kawasan pedalaman). Disamping itu, kepentingan ilmu pengetahuaan pun penting. Seperti kisah tersebut, rawatan penyakit itu available je di India ni, tapi sebabkan kemiskinan dan kejahilan parents, maka anak mereka 'tertindas' untuk mendapatkan rawatan sepatutnya. Dalam isu ini, siapa yang boleh disalahkan?? Hahaha, (jadi bangau yang kurus). Inilah nasib, bukan mahu salahkan nasib, tapi Allah lebih mengetahui siapa dikalangan hambaNya mampu menerima ujian tertentu.

Salam.

Friday 6 March 2009

Bangau Yang Kurus

"Bangau oh bangau kenapa engkau kurus, macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul........"

Nilah antara lagu jadi bahan siulan aku masa kecil-kecil. Masa tu aku pikir, comel dan sedap lagu ni. Agak unik lah.So aku boleh hafal lagu ni dengan lancar (dulu lah).

Aku teringat gak, masa kecil-kecil aku nyanyi lagu ni bersama kawan-kawan aku, ramai orang dewasa (ibu bapa) bertepuk tangan sambil tersenyum. Mereka happy kot tengok kitorunk happy. Biasalah, naluri ibu-bapa kan macam ni.

Dah besar sikit, masa mula belajar sains, aku mula perasan penggunaan lain lagu ni. Bak kata cikgu sains aku, untuk fahamkan rantai makanan atau siratan makanan, ambil contoh dari lagu ni.

Baru-baru ni, kawan aku nyanyi balik lagu ni. Bila aku dengar je,aku pun terus join sama nyanyi. Lepas tu,bila masuk penghujung lagu tu, kitorunk mula fikir lain. "Macam mana lah orang melayu nak maju kalau dibesarkan dengan lagu macam ni," kata kawan aku. Aku pun bertanya sebab dia berkata macam tu. Menurut kawan aku, lagu ni seolah-olah mengajar kita menyalahkan orang / benda lain..kira tak terima kelemahan diri lah ni.
"OOooo ok"

Pendek kata, tidak semua benda akan difahami dengan cara yang sama untuk generasi yang berbeza.


Semalam Abe memperkenalkan lagu zaman kecil-kecil yang kini diubah suai jadi lagu lebih rancak. Best juga lagu ni. Layan aja....

Tuesday 3 March 2009

Hi Hi Bye Bye

Jamuan perpisahan Ahmad Firdaus (Abg Daus) dan Radzi (Aji), yang ditaja Faridah (lol)

Salam..

Habis je bulan February, maka habislah sesi pembelajaran budak-budak MMMC batch 19 di Manipal. So diorunk mula beransur balik Malaysia dan menyambung lagi 2 tahun setengah kat Melaka. Terasa gak kehilangan diorunk,kira selepas ini kalau pergi Manipal, kuranglah tempat aku boleh melepak. Tapi masih ada lagi rumah Rasyid dan Ammar.

Aku pun terfikir balik pasal alkisah berkenal dan berpisah. Dulu-dulu masa aku habis belajar di SMAPK, aku rasa sayu juga lah tinggalkan sekolah. Macam-macam lah benda yang budak-budak kelas aku buat sebelum berpisah. Jamuan, tulis buku biodata dengan kata-kata nasihat dan lain-lain. Ni kira nak buat something lah sebelum berpisah. Puas lah kitorunk bertukar email, fon number dan alamat. Bila dah keluar SMAPK, senyap pula semua orang.. kadang-kadang ‘hi-hi and bye-bye’ sahaje ah dalam friendster tak pun facebook.

Rakan-rakan SMAPK 4 Musytari 2001

Bila zaman KMPP pula, jumpa lagi kawan-kawan baru. Tapi sebabkan aku dapat tawaran JPA,so aku stay sana untuk 3 bulan sahaja. Tak ramai sangat kawan baru yang sempat aku jumpa,selain dari budak praktikum H3P1 dan budak lama SMAPK, adelah sikit-sikit kawan lain yang sempat aku kenal. So bila nak berpisah,buat benda-benda yang sama gak. Keluar outing Bukit Mertajam and Gurney Plaza..ambik email and fon number. Pastu, bila dah keluar, facebook and friendster gak le yang kitorunk guna untuk berhubung.

Zaman KDU, lebih kurang sama. Budak UNSW yang keluar awal dari kami budak A-Level, sempat lah wujudkan friendster sebelum keluar. So takde lah mintak email and fon number lagi, sebab aku dah tau sangat,last2 benda tu gak yang akan kitorunk guna.

So benda sama yang berlaku di zaman dulu2 terjadi kembali. Sebab tu aku terasa nak tulis pasal benda ni. Erm, tapi yang aku perasan lah kan, tak de lah rasa sayu aku sekarang ‘sepower’ perasaan sayu masa mengakhiri zaman SMAPK dulu. May be sebab aku dah ‘jemu’ kot dengan hal berjumpa-berpisah ni. Kira sekarang aku lebih faham ah,adat pertemuan,mesti ade perpisahan. (bagi dia yang menangis dalam klas meratapi pemergian diorunk, harap bersabar lah yek..)

So dalam mood mengimbau kembali persahabatan kami, aku terpikir, ape pandangan Islam dalam hal persahabatan ni. So aku pun buka kembali buku-buku yang ade (membersihkan habuk2 yang melekat terlebih dahulu)…

“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
(49:10)

“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,….”
(3:103)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(9:71)

Bagi rakan-rakan MMMC batch 19, wish all of u best of luck dalam study dan new life kat Melaka..insya'Allah, ade rezki jumpa di sana.

Sunday 1 March 2009

D-Unit Medicine

D-Unit medicine, Wenlock Govern. Hospital, Mangalore, India

PGs and UGs


Sem kali ni, aku mulakan dengan medicine posting..kire ni posting 2nd last b4 final exam. So agak pressure bile pikir pasal ni,sebab kire agak suntuk ah untuk aku mantapkan diri dalam medicine. Alhamdulillah, kami dapat D-Unit..bagi aku,ni unit paling mantap, dan insya'Allah,kami akan dapat unit yang sama untuk next sem,which is d last one,sebelum final exam. Diketuai oleh Dr. RV Bhat dan dibantu oleh Dr. Ramesha dan Dr. Alam Nawaz. Abang2 PGs pon sempoi...selalu buat extra clas untuk kitorunk, especially Dr. Sham. So semalam,last day kitorunk..so kitorunk buat end-posting party..simple je..beli kek,Alimin buat puding,dan kad...

Dr. Ramesha, Dr. RV Bhat, Dr. Alam Nawaz

UGs- Anahit Kaur, aku, Maizatul Aliaa, Muhammad Hanif, Arundhati Das and (Alimin)

Next posting paediatric..ni 2nd posting paed aku,frankly say,aku x enjoy sangat dulu posting bende ni..tp tengok je lah nanti..