CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 31 July 2009

Summer @ Europe - Percutian Bermula

Salam



Mangalore Airport


Alhamdulillah, merujuk pada post yang lepas, aku ada cakap pasal plan aku nak melawat ke negara orang. So perjalanan bermula lepas 2 jam habis exam. So memang agak kalut selepas menjawap paper medicine (ke tak boleh nak focus pon menjawap exam even since 1st paper??).. So flight aku ke Mumbai berlepas pukul 8.30 pm (delayed dari 7.45 pm). Aku agak cuak mulanya, sebab takut miss flight ke Dubai. Syukor, walaupon lambat, flight tetap ada dan sempat naik flight ke Dubai.


Bak kata pakcik sebelah aku, "apa punya Kingfisher lah..sempit!" sambil bercakap melalui telefon lalu dimarahi oleh tempe-sedar yang lain yang pada ketika flight kami sedang berlegar-legar menunggu masa untuk mendarat di Mumbai.


Ketika mahu mendarat ke Mumbai dari Cochin (Mangalore to Mumbai via Cochin), ambil masa sejam lebih berlegar-legar di atas awan. Masa tu cuaca sangat buruk, hujan lebat. So kami berlegar-legar di atas dengan keadaan yang bergoyang-goyang. Ada 2 kali aku rasa punggung aku terangkat dari seat (free fall). Dalam hati aku cuma berdoa dan berzikir, memohon pertolongan dari Nya. Pada masa yang sama, aku boleh dengar sayup-sayup orang disebelah aku berdoa dalam bahasa dan cara dia sendiri. Ini merupakan pengalaman paling burok aku berada dalam flight. Tapi alhamdulillah, semuanya berakhir dan kami selamat sampai ke Mumbai walaupon lambat 3 jam daripada waktu asal.

Sampai di airport Mumbai, aku sangat terkejut. Terasa macam asing pula tempat ni walaupon sudah 2 kali aku ke airport Mumbai. Rupa-rupanya ini adalah airport Mumbai yang berwajah baru. Mantap gak, bagi aku, adelah rupa international airport. Membuatkan aku teringat pasal airport-airport lain di India yang sedang giat dinaik taraf, sebab mahu menyambut tetamu sukan Komenwell tahun hadapan.

So dari domestic airport tu, aku naik shuttle bus ke international airport. Sampai je di sana, aku comfuse sebab terlalu banyak gate mengikut airline yang datang ke Mumbai. Aku cuba cari nama Emirates, tapi tak jumpa. Tiba-tiba datang seorang pakcik dengan muka yang senyum manis bertanya aku apekah airline aku. Aku pun degan senyuman ragu-ragu menjawap. Dia pun terus mengambil beg aku dan cuba menariknya sambil berkata yang dia akan tunjukkan jalan ke gate Emirates. Aku sangat masak dengan perangai tempe, so aku pun menolak 'pertolongan' dia itu. Dengan nada yang bengang, dia pun menoleh 180* lalu menunding jari kearah gate seraya berkata gate number 1. Aku tiba-tiba rasa bersalah pulak, sambil berkata 'Thank you bos' (aku biasakan tempe di sini dengan panggilan bos).

Dengan tanpa rasa doubt aku pun menuju ke gate 1 dari gate 3(centre gate). Tiba-tiba aku perasan ada seorang yang bertudung putih dan jubah hijau gelap mengulangi balik aksi aku dengan tempe sebentar tadi. Tersenyum sinis aku, "Hahaha tempe, sorry lah, kami dah faham sangat dengan perangai korunk yang mahukan duit kami dan tipu kami"....

Aku menarik beg aku dengan 'gigih' sambil mengelak orang ramai yang tidur dan duduk di atas lantai. Aku menjeling ke atas, gate 2 aku dah lepas, so tinggal lagi 1 gate je lagi....

Ok dah sampai gate 1, aku pun beratur dalam Q yang agak panjang dan tempias hujan lebat yang buatkan hujung seluar aku basah. Sampai sahaja di depan gate 1, aku baca, tak de pun Emirates!!!! Yang aku nampak Kenya airline, KLM etc....OK, AKU DI TIPU TEMPE LAGI!! Aku cuba melupakan dan mententeramkan diri, aku nampak perempuan bertudung tadi berada betul-betul di belakang aku. Aku tanpa rasa malu-malu tegur dia sambil berkata yang kite ditipu KAU-KAU nyer dengan tempe. Bila aku bertanya kepada guard gate 1, dia berkata Emirates di gate 5!!! which is the other end of d airport!!! Bila aku tengok jam, aku cuma ada 2 jam lagi before berlepas, maknenya sejam lagi before gate untuk check in tutop!! Aku pun terus bergegas ke gate 5. Tapi kesian pula melihat sahabat-kene-tipu-dengan-tempe aku menolak beg dia yang besar. So kami tukar beg,so barulah agak laju kami bergerak (elelellelele).

Alhamdulillah, kami sempat check in tanpa masalah. So kami menunggu flight sama-sama sambil introduce diri masing-masing. Aku fikirkan dia dari dubai, rupa-rupanya dia adalah NRI dari Kenya. Pada mula,kami bincangkan pasal 'kebodohan' kami di tipu tempe walaupon sudah lama berada di India (dia adalah student dentistry di Manipal). Tapi rasa macam tak ada guna pula cakap pasal topik tu,so aku mula banyak bertanyakan pasal life dia di Kenya, selaku puak minoriti Muslim di negara yang bagi aku sangat asing. Banyak benda yang aku dapat tahu dari perbincangan kami, alhamdulillah ada hikmah juga aku ditipu tempe!! hahaha.

Selepas kira-kira 2 jam lebih delayed, akhirnya kami berlepas dari Mumbai dengan selamat. 1st time aku masuk flight Emirates, sangat mantap!! Food dia memang meletop habis ah!! (lebih2 plak). Tapi malang, seat aku detengah-tengah mereka yang berbadan besar. So nak makan pun susah,apatah lagi tidur. So sepanjang perjalanan tu, aku layan movie aja, ulang balik cerita Slumdog Millionaire.



Dubai International Airport.

Disebabkan delayed flight from Mumbai, aku sampai Dubai kira-kira 15 minutes before flight Dubai-London. Berlari aku kat airport Dubai,macam orang mabuk (sebab baru bangun tidor). Akhirnya berjaya gak aku sampai ke gate 5 minutes before berlepas. Sekali, orang tu tak benarkan aku masuk, dengan alasan,even aku sempat kejar flight tu,tapi check-in luggage aku tak sempat. Perghhhh terlepas peluang aku nak merase A380!!! tak pelah,tak de rezki..(cesss!!) So dengan hanpa and cuak aku pergi ke kounter transit, tukar flight seterusnya. Nasib baik ade flight ke London 2 jam selepas flight tadi. So sempatlah aku kejar flight ke Paris. Yang lebih cool, dia bagi aku front seat,dengan alasan aku boleh bergerak keluar lebih cepat,untuk kejarkan bus yang aku dah tempah awal dari Heathrow airport ke Luton airport. So dalam flight yang paling lama perjalanan aku pernah naik itu (7 jam lebih) ditemani makcik-makcik dan anak-anak mereka yang bergilir-gilir menagis. Tapi ok aja, pasang earphone,layan movie dan cuba abaikan diorunk.

Aku sampai di Heathrow airport kira-kira sejam sebelum bus aku bergerak. Takdelah mantap pon airport yang dikatakan antara ter-busy di dunia tu, Mumbai lagi mantap kot (bangge tempe kalo dia paham ayat aku ni). Tapi sangat bersih and kemudahan yang mantap lah. Berlari lagi aku dalam airport, kali ni seiap dengan luggage yang besar gak ah. Huhuhu..lantak ah, bukan diorunk kenal aku pun, hahaha...alhamdulillah, sempat juga aku catch bus ke Luton. Ni semua dengan pertolongan orang-orang London yang ramah and sangat baik ingin membantu. Cayalah!!



Sedang menunggu bas ke Luton airport di Heathrow airport.


Perjalanan ke Luton sangat lawa kot (1st time sampai London,so semue benda lawa). Tapi sebabkan sudah puas berlari dalam airport, aku rasa sangat letih. Dalam masa aku nak terlelap, aku ada memberitahu orang sebelah aku tolong kejutkan aku bila dah sampai Luton (orang sana baik-baik) hehe. Dalam aku baru je nak tutop mata, orang sebelah aku (lagi sorunk) mula berdengkur~ ces!! tak lena aku tidur. Memang lunyai habis lah aku rasa masa tu. So dengan rasa tak ikhlas mana, aku cuba menikmati pemandangan lebuh raya di London.




Pemandangan perjalanan ke Luton airport.


Sampai je di Luton, rakan aku Ezri sudah menunngu aku. Aku rasa sangat bersyukur, akhirnya semua yang di-plan-kan setakat ini berjalan lancar walaupon banyak sangat dugaan aku harungi. So aku mula rasakan percutian aku bermula,hilang terus rasa ngantuk dan penat.



Luton airport- percutian kami bermula!! Menunggu flight ke Paris.

Wednesday 15 July 2009

Kenduri

Salam...
Sangat lama aku tak tulis kat sini. Sebenarnya banyak je yang berlaku dalam masa aku mendiamkan diri ni. Banyak yang aku alami dan aku pelajari. Ujian demi ujian aku hadapi, alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk hadapinya...kejayaan aku itu melibatkan banyak benda. 1st mestilah petunjuk daripadaNya. Juga support dan doa daripada family dan rakan-rakan sekeliling.

Pada masa yang sama juga, aku diberi kesempatan untuk buat plan pergi berjalan-jalan ke Eropah. Tapi tak lama pun,memandangkan cuti yang ada hanyalah 10 hari. So sempat cover 3 cities sahaja. Cukop lah untuk masa yang terhad ini,apatah lagi kewangan yang terhad juga ;)

Disebabkan banyak sangat benda yang berlaku, banyak nikmat yang Allah berikan, aku memang rasa teramat bersyukur "Alhamdulillah..." Aku pun tak tahu macam mana nak tunjukkan rasa berterima kasih aku kepada rakan-rakan semua di sini, maka aku dan Habib plan buat kenduri..Pada asal nya tak tahu apa tujuan kenduri ini..cuma terlintas di kepala aku pasal kenduri ni bila Habib berkata "Lama gak tak buat makan-makan..", Pada masa itu,aku memang tak tahu nak balas apa dengan ayat dia tu..apelah yang dia maksudkan ni..Tapi bila fikir balik, Habib memang suka masak-masak semua dan ditambah dengan sikap pemurah dia, maka aku faham lah kot maksud ayat dia tu sekarang.

So pada 5th July, kami buatlah majlis..lebih kepada majlis kesyukuran + majlis doa selamat nak berjalan ditempat orang yang sangat asing bagi aku + majlis untuk batch aku yang nak exam...fuh~ sekali aku gabung banyak benda dalam satu majlis tu..

Di sini juga nak cakap terima kasih kat Cik Kiah kerana sekali lagi menjadi penaja makanan sampingan-sup lembu yang mantap! Terima kasih juga kat orang manipal yang sudi tolong masak ;) Terima kasih juga kat rakan-rakan yang sudi datang makan dan memeriahkan majlis...tidak dilupakan juga terima kasih kepada Mahfiz dan Goda dengan hidangan lepas majlis nya ;)

Sini aku share sikit beberapa gambar yang diambil oleh Cik Kiah..



Juadah yang simple aja..


Ini dia Encik Habib kita! Taniah ah dapat pegang jawatan biro kerohanian MiSAI (Malaysian Student Association-India)




So diharapkan majlis ini mendapat berkatNya..insya'Allah..doakan aku selamat pergi dan pulang berjalan-jalan k!! hehe ;) Selamat pulang ke tanah air bagi rakan-rakan yang balik Malaysia!!
(tapi.......kita ade exam kan esok untuk seminggu...haish~)