CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 30 July 2008

Puding Roti

Semalam petang,dalam aku tengah lepak2 baring hilangkan penat balik dari lecture,aku teringat lak yg esok ade usrah. Kat rumah Abe plak tu. Aku tau tahap 'kehebatan' Abe memasak..buat milo...perghhhh power habis,care dia didihkan air,sungguh tersendiri. Tapi masak2 bende lain,aku tak sure la plak. So aku ade ah tekad nak sumbang sumthing tuk usrah nanti. Teringat plak puding roti yang Syikin pernah buat...

So aku terus ah mintak list barang2 nak buat puding roti tu. Dapat je list barang,aku terus pegi Nilgris. Tapi aku tak tau lak mana nak dapat agar2 (1st time buat bende2 ni). Thanx kat Nade sebab hafal semue susunan barang2 kat Nilgris tu,aku call tanyer je dia. Sebabkan tak sempat (malas sebenarnyer) nak masak,aku n Habib makan je kat Yo China!


Balik agak lambat. Pukul 10p.m,aku chat dengan Syikin nak tanyer care2 nak buat plak. Sebabkan agar2 tu pelik (bentuk mcm berus kasut),so aku kene fix web cam dulu,nak tunjuk kat die,sebab kalau ikot die,agar2 tu patot mcm bihun.


Dalam pukul 11 aku start masak. Susah wei, tak tipu. Bila dengar dia ajar mule2,rase senang je. Bila masuk dapur je,banyak lak soklan yang timbul. Actually sebab aku tak pandai nak agak sukatan tu kot. Nasib baik ah cikgu masak aku ni baik hati (tapi garang).


Pukul 12 lebih siap 3 ketul agar2 kecik. Tapi mana cukup,ni untuk balas jiran2 aku yg pernah bg sumting (lama tertunggak). So next adunan aku buat sendiri, kali ni agak cepat, 30 minit lebih sikit je dah siap. Hahaha..


Tak tau ah apa rasanya. Esok pagi nyer,aku bleh ah rase,sebab kene sejukkan dalam fridge dulu. Bagi aku sedap aje (puji diri sendiri)..pastu Habib plak rasa..bleh plak Habib yang jujur dan baik hati tu kate.. "lagi sedap dari dia buat..." hahahaha..sorry ah cikgu,nampak gaye,saye ah kene jadi cikgu lepas ni.. hahaha


5 minit lepas tu dapat sms.... "Usrah malam ni ditangguhkan pada hari Jumaat sebab junior ade end posting..."....perghhhhhhh berasap satu badan! habis satu malam aku pulon buat bende ni,last2,makan sorang je...


Tak de ah,sebenarnyer kalo pikir +ve, at least aku skrg dah tau ah buat bende baru.. ilmu gak ni kan..lagipun kalau dah niat baik, tak kemana..tapi may b niat aku kurang ikhlas kut..huhuhu..ok ah tu..


Sebabkan tak de usrah malam ni,so ulasan usrah minggu ni aku buat nanti2 je ah..lagipun baru tadi dapat tau esok ade viva ophthal ma!!!! (mengelupor mode-activated!)

Untuk resepi lengkap


p/s: tuk yang berkenaan..puding tu jangan kasi lebih manis mahupun kurang manis..sesedap rasa yek..hahahaha

Monday 28 July 2008

Bomb!!



Briefcase yang dipercayai ade bom di dalamnya ???!!!


Hari ni aku dapat gak habiskan puasa sunat aku. Alhamdulillah. So untuk meraikan kejayaan aku kali ni, Alimin dengan murah hati nak belanja berbuka puasa. So kitorunk decide nak berbuka di National Palace. So lepas solat maghrib,kitorunk gerak ah ke restaurant tu.


Sampai je kat sana, Alimin tunjuk kat aku sms yang dia terima..

'Hey don't go out anywhere...2 bombs found in mangalore stadium....and 1 in central market!'


Untuk pengetahuan korunk, National Palace tu kat Central Market ah. Kami tak nampak plak orang kat situ kecoh2. So aku pikir tipu je sms ni. Aku pon ajak je Alimin masuk tuk makan. Lapar ah,sebab tadi just telan air kosong je. Lagipun tak kan nak lepaskan peluang makan free!!

Kami oder beef garlic fry, beef coating, 2 veg fried rice dan mushroom manchuri. Ok ah tu,sikit2 dah ah mintak,orang belanja pun, beringat2 ah. Masa makan pun,kami dapat sms yang sama dari kawan2 KMC yang lain.

Lepas makan,kitorunk pergi Nur Masjid, solat isya'. Lepas ta'lim, Alimin berborak dengan kawan tempe dia. Dia cakap, memang betul pon ade bom, tapi dah dimatikan dah. Alhadulillah semua selamat. Aku pun rasa lega ah,syukor tak jadi apa2 masa kitorunk kat Central Market tadi. Ikut sangat kehendak perut,sampai sms mcm tu pon kitorunk abaikan.

Terima kasih pada rakan2 yang bagi sms tu.Dila, Wari, Wendy and Hazimah. Ingat gak korunk yek..tapi tu ah,dah hidup di negara orang,kawan2 sekeliling ah penganti family pun.

Bila balik bilik,aku dapat YM mesej dari Dila. Dia send aku link ni. Korunk bace ah sendiri kalau nak tau pasal berita bom ni.

Aku nak sertakan kat sini pic yang menunjukkan tempat kejadian, Mangla Stadium,Mangalore. Tengok ah sendiri macam mana orang2 sini handle kes bom ni..lawak gak aku tengok,tapi itulah tempe..dalam link yang aku bagi tadi,kalau korunk tengok,ramai je 'tempe2 sedar' yang bg komen lepas tengok pic ni semua.

Tengok ah sendiri berapa ramai orang yang 'menonton' dan berada di tempat kejadian. Diorunk ni tau ke tak yang bom tu meletup??!! Kompius gak aku.. haish~

Yang ni menunjukkan kegagahan polis2 Mangalore. Tak payah pakai apa2 protection pon. Power ah diorunk!!
Bagi sesiapa yang tak tahu,sebenarnya isu bom di India sekarang sudah agak teruk. last 3 days ade 8 letupan bom di Bangalore (ibu negeri dimana kitorunk stay),yang mana melibatkan 2 orang maut. Sehari selepas tu di Ahmadabad, Gujrat yang mana melibatkan ramai orang terkorban dan cedera. Last year di Hyderabad, di perkarangan Makka Masjid,pada masa tu umat Islam sedang melakukan solat jumaat. Kalau di Kashmir (utara India),jangan cakap ah berapa kali kes bom ni.So diharapkan korunk yang berada di mana-mana,doakan ah keselamatan kami. Moga niat kitorunk datang ke sini untuk menuntut ilmu tercapai dan selamat pulang ke tanah air. Amin~
Assalamualaikum..

Sunday 27 July 2008

Kejar Bayang

Weekend kali ni agak lain. Habib ade clas trip,so awal2 pagi dah kuar. Alimin ada ajak pergi join jemaah kat Nur Masjid. Majlis start kul 10 pagi,tapi aku TERbangun lambat plak. So ingat nak join lepas zohor je,tapi setelah diajak oleh Abe,aku pergi gak ah. Sampai masjid kul 11 pagi.
Mula2 sampai tengok banyak betol kereta kat luar masjid.Aku dah mula rasa lain (datang lambat),tapi bila aku nampak Abe yang baru je sampai,trus hilang rasa bersalah. hehe. Rupa2 nya ada orang nikah kat masjid tu. So aku trus pergi ke ground floor sebab diberithu jemaah semua kat sana.
Terkejut habis ah,memang ramai orang. Banyak halaqah (group kecil2) dibuat. So aku terus mencari2 group KMC aku. Lepas tu aku nampak Dr. Ismail pun ade. Lepas berta'aruf sikit2,kami gerak ke main hall masjid tu,sebab ada talk. Penceramah cakap bahasa Urdhu, dan sebelah dia ada translator Malayalam. Both bahasa aku tak tau,so kami buat group asing di belakang and seorang ustaz menjadi translator untuk kami. So kat sini nak share beberapa isi ucapan yang aku dapat dan paham..
1.Diceritakan pada zaman Rasullullah s.a.w berdakwah,ramai orang kafir meminta nabi menerangkan asal usul agama Islam,sebab mereka semua mendapat agama asal mereka yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. So nabi menjelaskan bahawa Islam itu tiada asal usul keturunannya, 'lam yalid walam yulad' atau lebih mudah jika kita refer balik surah Al-Ikhlas.

Katakanlah "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada Nya segala sesuatu. Dan tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"
(112:1-4)
2.Diberi peringatan juga bahawa dalam kita menikmati nikmat di dunia ni, kita jangan lah leka. Kita harus fikir bahawa nikmat yang dikecapi tu asalnya dari Maha Pencipta. Malah kita kena yakin gak,bahawa nikmat tu hanyalah sebahagian daripada kekuasaan Nya. Kalau kita lihat, mukjizat para-para rasul, kita akan kagum, apatah lagi kuasa Allah yang menciptakan sendiri rasul-rasul Nya dan memberi mereka mukjizat. Allah maha berkuasa.
3.Diberi perumpamaan dunia sebagai bayang-bayang. Jika kita berjalan kearah membelakangi cahaya (kebenaran),maka bayang-bayang itu akan menjauhi kita. Dan pabila kita sampai ke tempat yang tiada cahaya,maka akan hilang ah bayang-bayang itu di dalam kegelapan. Namun jika kita berjalan kearah cahaya (ajaran Islam), maka bayang-bayang itu akan ada di belakang kita,ibarat bukan kita yang mengejarnya,malah bayang-bayang itu sendiri yang ikut kita. Maksudnya,jika kita sentiasa membuat usha mendekati agama Islam,maka kita tidak akan lost dalam dunia yang fana ni,malah dunia itu akan ikut kearah hidup kita yang diterangi dengan Islam.
4. Perumpamaan seterusnya, diibaratkan hati kita sebagai tasik, di mana terdapat 4 terusan (canal) mengairi tasik tu. 4 terusan itu adalah percakapan (mulut),pendengaran (telinga), penglihatan (mata) dan pemikiran (akal) kita. Kira jika salah satu terusan ini mengairi didalamnya air yang kotor,maka kotor lah hati kita.
5. Sebagai penutup kepada talk tu, dia menyeru agar semua Muslimin untuk sama-sama teguhkan Iman kita. Iman yang teguh diibaratkan sebagai seketul batu,manakala iman yang rapuh diibaratkan seperti seketul tanah yang keras. Pabila hujan lebat (dugaan di dunia),maka mereka yang mempunyai iman yang teguh akan kekal teguh,manakala jika iman kita rapuh,maka akan hanyut lah kita bersama air hujan yang melimpahi tanah.
Banyak gak lagi isi-isi ceramah tu,tapi sebabkan aku tak mampu salin dan ingat semua (copy gune hs je),so aku kurang yakin dengan isi-isi yang lain. Selepas talk tu,kitorunk Zohor jemaah,kemudian makan!!! Mutton Biryani tu..layan2..sambil makan,sempat berkenalan dengan beberapa sahabat baru yang berkongsi pinggan dengan kami. Lepas makan,kami balik,sebab lepas asar,kami budak-budak Malaysia ada meeting dengan penceramah.Kami diberitahu,penceramah tu mempunyai family di Malaysia.
Bukan untuk bermegah-megah,tapi hanya nak kongsi bersama apa yang aku dapat dari weekend aku kali ni. Insya'Allah moga segala usha kita diberkati Nya.
Assalamualaikum..

Wednesday 23 July 2008

Kisah Malu

Macam hari rabu yang lain,kitorunk adekan usrah lagi. Kali ni di rumah Mahfiz,Goda dan Firamir. Start agak lambat,sebab hujan. Tapi Alhamdulillah,ramai gak yang datang kali ni.
Kali ni giliran Zul bagi tazkirah. Dia bercakap pasal SYUKUR.Dalam tazkirah dia,ade dikongsi beberape ayat Al-Quran yang mana menyebut pasal bersyukur.


Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul,sungguh pun telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik kebelakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
(3:144)


Dalam ayat tersebut,agak jelas maksud dia. Kira dalam konsep bersyukur ni,kita akan mendapat balasan pahala. Namun jika kita tidak bersyukur, kita dikategorikan dalam umat kufur nikmat,yang mana bukan lah memberi kerugian kepada Allah,malah memberi keburukan pada kita. Dalam ayat ni,diceritakan kita patut bersyukur sebagai umat akhir zaman, sebab kita tergolong dalam umat Nabi Muhammad s.a.w dimana banyak kelebihan kita,mahupun dugaan.


Dan (ingatlah juga),tatkala Tuhanmu memaklumkan "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat Ku), maka sesungguhnya azabku sangat pedih.
(14:7)


Dalam ayat ni pula cukup jelas dinyatakan balasan mereka yang bersyukur dimana mereka akan dikurniakan ni'mat yang lebih dari Allah. Lebih harus kita ingat kat sini,balasan kalau kita tidak bersyukur (kufur ni'mat), azab api neraka menanti.
Dalam tazkirah Zul,ade dia share juga pasal cara-cara kita bersyukur.
1.bersyukur dengan hati
2.bersyukur dengan ucapan (kata-kata)
3.bersyukur dengan perbuatan

Cakap pasal bersyukur dengan kata-kata ni,ade dinyatakan dalam ayat Al-Quran..


Dan terhadap ni'mat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)
(93:11)


Kalimah Alhamdulillah mebawa makna segala pujian bagi Allah.Kalimah ni selalu kita sebut sebagai tanda kita bersyukur.


Cakap pasal kalimah ni,teringat pula pasal satu hari ni. Aku berjumpe seorang ustaz,sebab masa tu dia nak join kitorunk dinner,makan seafood tu (susah nak makan seafood,sebab tak pandai buat). So dalam perjalanan ke kedai tu,kami bercakap pasal program yang kami budak Malaysia sini nak anjurkan, lebih kurang macam ceramah ah. Kami plan nak jemput penceramah dari luar (Malaysia).
So ustaz tu tanyer aku, "Bagus ke ilmu penceramah tu?"
Perghh dengar je soalan macam tu buat aku rase rimas. Mula-mula aku pikir,ustaz ni ingat dia bagus sangat ke?? (teruk tul pikiran aku mase tu). Tapi lepastu,bila pikirkan diri ustaz tu yang sungguh pandai menjaga kata-kata,so aku pikir lain pulak. Dia ni rasa kecil hati ke sebab tak jemput dia datang memberi ceramah??
Aku malas pikir banyak. Kalau aku tak jawap,nanti dia pikir aku sombong pula. So dengan senyuman yang agak tak ikhlas (berpura-pura) aku cakap, "Penceramah tu memang handal pon dan power habis ah dalam memberi ceramah." Ayat aku agak simple sebab tak mahu ustaz tu terasa ape-ape.
Habis je ayat yang aku cakap tu,aku lihat ustaz tu tersenyum sinis pulak. Ni apehal pulak dia senyum-senyum ni. Senyum cemburu ke sebab tak jemput dia? Atau dia pun berpura-pura senyum macam senyuman asal aku? Haish~ susah betul!
Ustaz tu tepuk bahu aku sambil mengelengkan kepala. Dia pon berkata, "Dalam kita memuji orang atau makhluk Allah yang lain, hendaklah kita lafazkan kalimah Alhamdulillah terlebih dahulu sebagai rasa kesyukuran kita ke atas ni'mat yang dikurniakan ke atas makhluk Allah itu. Sebab semua kelebihan dan ni'mat di atas muka bumi ni adalah kejadian dan ketentuan Nya. So semua pujian-pujian haruslah ditujukan kepada Maha Pencipta terlebih dahulu sebelum kita memuji makhluk Allah yang lain".
Aku macam biasa ah,cepat-cepat ubah muka jadi sopan santun (innocent),padahal menahan malu. Rupa-rupanya soalan dia hanyalah nak menguji aku. Mula-mula hilang terus mood nak makan sebab malu (ego),tapi bila pikirkan squid masala yang pedas dan sedap,aku layan je..
Dari kisah aku ni dan tazkirah Zul, aku rasa banyak benda yang boleh dapat. Memang ah aku yakin semua orang tahu maksud bersyukur dan erti kalimah alhamdullilah itu sendiri. Cuma kadang-kadang kita terlupa konsep syukur itu dan makna sebenar kalimah alhamdullilah itu. So sebagai peringatan (tazkirah) kepada diri saya terlebih dahulu dan kawan-kawan lain, jadilah kita umat yang bersyukur dan berdoa dan berusha lah kita untuk tidak tergolong dalam mereka yang kufur ni'mat. Sesungguhnya azab Allah itu pedih.
Assalamualaikum..

Tuesday 22 July 2008

Unta




Sedang aku tengok-tengok hard disk yang aku pinjam dari kawan aku,terjumpa pulak video ni. Video ni cerita pasal kebesaran dan kesempurnaan Allah menciptakan makhlukNya yang kita kenali sebagai unta, camel, jamalun, onte (Kannada), uuntt (Hindi), ottakam (Malayalam dan Tamil).
Menarik ah video ni. Sebelum ni,aku tak pernah pun tahu pasal kejadian dan ciri-ciri unta yang membolehkan dia survive kat padang pasir tu. Kebesaran Allah.Kira setiap kejadian tu pasti ade sebabnya tersendiri. Moga sedikit sebanyak,dengan memberi contoh kejadian unta ni boleh ah buat kita rasa takut dengan kebesaranNya dan menjadikan keimanan kita lebih teguh. Insya'Allah.
Aku nak sertakan kat sini gambar kawan-kawan aku yang pernah merasa kebesaran kejadian Allah ni. Kalau tak silap,diorunk pergi ke Rajastan,India. Insya'Allah,jika diberi kesempatan,aku dan budak-budak KMC yang lain akan sampai kesana hujung tahun ni.


Ammar dan untanya di padang pasir di waktu senja.


Hafiz membiarkan untanya minum air sebelum menyambung perjalanan.


Azizul yang ceria menunggang unta.

Sunday 20 July 2008

Sumpah Kutuk Keji dan Hina

Sesungguhnya orang yang terkena zalim itu mendoakan celaka ke atas orang yang menzaliminya sehingga suatu kecelakaan yang dibalakan ke atas orang yang zalim itu melebihi daripada balasan yang patut diterimanya. Maka orang yang pada mulanya zalim tadi (telah menjadi kena zalim pula) lalu ia menuntut haknya pada hari kiamat nanti ke atas orang yang kena zalim yang mendoakan celaka ke atasnya.

Dalam aku sangap2 menghabiskan weekend aku kali ni,aku selak2 ah buku. Terjumpe hadis tu. Agak menarik nak share hadis tu kat sini sebagai panduan dan peringatan diri aku dan kawan2 gak.
Dalam huraian hadis tu,die memberi contoh mereka yang suatu ketika dulu mengutuk Hajjaj bin Yusof As Staqafi. Al Hajjaj ni merupakan seorang gabenor Kufah ketika itu di zaman Bani Umaiyyah.Dia seorang alim tetapi banyak membuat kezaliman.
Ade seorang ulama' zaman tu berkata
"Sesungguhnya Allah akan menyiksa orang yang memaki Al Hajjaj dengan lidahnya seperti Allah menyiksa Al Hajjaj kerana zalimnya kepada orang lain"
So ape yang aku paham dari cerita dan hadis ni,jangan lah kita kutuk dan sumpah2 orang. Sejahat mana pun orang tu,tu cuma pendapat diri kita sahaja dan kita takde hak pon nak label kan dia jahat atau baik. Malah dalam kita perhatikan orang melakukan kezaliman ni,sebenarnya kita patut jadikan dia iktibar pada diri kita. Pernah aku baca gak kisah nabi Isa a.s.
Orang bertanya pada Isa a.s siapa yang mengajar dia adab-adab. Isa a.s berkata "Tidak ada sesiapa yang mengajar adab kepadaku. tetapi apabila aku melihat kejahilan (kezaliman),maka timbullah dalam diriku untuk menjauhkan diri daripadanya."
Kira semua orang ade peranan,yang baik kita contohi,dan mereka yang berlaku zalim n jahil,kita ambil iktibar. Tapi aku tak maksudkan kita patut kecoh2 label kan orang tu baik atau jahat,cume jadi panduan diri kita sahaja. Ni pendapat aku sahaja,moga diperbetulkan kalau salah.
Assalamualaikum

Friday 18 July 2008

Usrah

Rabu lepas kitorunk kat sini buat usrah,2nd time ah since start new sem ni. Diadakan di rumah baru Zul n Abid,kononnyer house warming party gak ah ni..tapi macam biasa ah,expectation aku bila dapat tau buat di rumah diorunk mesti ah best,sbb Zul pandai masak. =p
Kitorang bace surah yasin kali ni,sebab 'meraikan' rumah baru tu. Lepas tu,tibe giliran Mapis pulak bagi tazkirah. Die cakap pasal SABAR.
Die sampaikan dalam bentuk cerita daripada hadis Rasullullah s.a.w. Aku xboleh lah nak cerita balik kat sini,sebab aku agak lost time tu,sebab banyak sangat watak yg dia timbulkan dalam cerita tu. Secara ringkasnya,di permulaan cerita,ade keluar watak seorang pemuda (watak utama) yang mana menuntut ilmu dgn seorang guru,pada masa sama ade si raja yang berkuasa di tempat tu. Watak ahli sihir pun ade. Si guru tu beriman orang nya..so lame2 si pemuda tu pon beriman.Nak dipendekkan cerita,ketika si pemuda ni mati (dihukum oleh siraja),dia sempat berdakwah yang mana ramai rakyat di tempat tu pun beriman. So si raja ni pon terus membunuh semua mereka yang tidak akui kekuasaan dia sebagai raja. Ada seorang wanita bersama anaknya (watak baru) disuruh terjun ke dalam lautan api,so si ibu ni mula rasa goyah iman nya,kerana mahu selamatkan nyawa si anak. Si anak yang kecil tu pon berkata, "sabarlah ibu,jika kamu benar,Allah sentiasa bersama orang yang benar". (x sure ah ayat dia ape,tapi pasal sabar ah).Lepas tu nak share sini ayat Al-Quran:


Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu;dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
(47:31)

So tu tazkirah si Mapis,agak panjang cerita tu,tapi ceriata pasal sabar tu ditunjukkan pada watak terakhir,si ibu dan anak.Perasan x,cerita di hujung tazkirah tu agak sama dengan kisah keluarga Sumaiyah,so kitorunk bincangkan gak ah pasal kisah ni bila Joe timbulkan persoalan ni.
Lepas tu giliran Alimin (naqib) pulak bercakap. Dia share dgn kitorunk surah Al-Buruj (bintang2). Ayat yang aku nak share kat sini dari surah yg same :

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang Mukmin laki-laki dan perempuan,kemudian mereka tidak bertaubat,maka bagi mereka azab Jahanam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.
(85:10)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keuntungan yang besar.
(85:11)

Lepas tu Alimin timbulkan persoalan yang dia dapat dari blog kawan dia: Kalau kita diberi pilihan anatara KEMAKMURAN dan KEBEBASAN,mana yang akan kita pilih?
Perghh,sekali dengar soklan ni,macam pening gak. So setiap ahli usrah kene bagi pandangan. Dimulakan dengan Zul,dia pilih kebebasan.Shauqi pulak,dia agak tidak setuju dengan perbandingan tu,bagi dia,durian kene ah compare dengan durian gak,kiranya kebebasan and kemakmuran tu bende yang beza,so xboleh dibandingkan,tapi sebabkan kene buat pilihan gak,dia pilih kebebasan. Abid pun pilih kebebasan,same jugak dengan Mapis dan Naim. Generally bagi kami,kebebasan and kemakmuran ni saling berkait ah,so mmg ah kompius nak pilih mana. Aku pilih kemakmuran. Halim pilih kebebasan. Goda dan Joe pilih kemakmuran gak. Lepas tu Alimin cakap,dia pilih kebebasan dan dia bagi contoh pasal Sultan Johor sebelum terima penasihat British.
Aku suka dengar semua pendapat orang,tapi semua agak lain2. Ni disebabkan,definisi kebebasan n kemakmuran setiap orang berbeza. Aku tak pilih kebebasan sebab aku pikir kebebasan tu boleh buat kita leka,sebab bagi aku ah,konsep kita beragama ni bukan ah bebas,kita dibataskan dengan hukum agama yang mana batasan tu membawa kepada cara hidup yang benar. So kebebasan bagi aku,sama macam apa yang orang barat selalu katakan,bebas dalam berfikir,pergaulan etc. Tapi bagi rakan-rakan usrah aku yang lain fikirkan kebebasan tu lebih kepada kebebasan dalam melakukan ibadah n perkara2 berkaitan agama. So betul jugak ape yang diorang pikir. Cuma tu ah,pada awal2 perbincangan ni,x diterangkan maksud kebebasan n kemakmuran itu sendiri. Sebab masa aku join kursus bahas di sekolah dulu (join kursus je,x pernah berbahas pon),perkara pertama perlu diterangkan adelah definisi tajuk yang hendak dibahaskan,then baru ah bermati-matian kita berbahas. So ape2 hal pon,dengan persoalan ni,mula ah bukak minda kitorunk gak.
Macam biasa,lepas tutup majlis,solat isya' dan diakhiri dengan perkara 'utama'...makan!! lapa gak ah masa tu,sebab hampir2 kul 10. makan nasi goreng n ayam!! layan je~

p/s lepas ni rumah Mapis n Goda pulak..perghh,x sabar lak,sebab dorunk ni memang diakui pandai masak..n junior baru akan join gak.

Wednesday 16 July 2008

Mencebir Bibir


Bagi sesiapa yang tak paham,ni ah nama nyer mencebir bibir (BM kan??)


Aku tak sure pulak yang 'mencebir' tu perkataan dalam Bahasa Melayu atau lebih kepada loghat tempat aku je. Mencebir bibir,salah satu expression muka ketike sedih.
Nak jadikan cerita,hari ni dalam kelas plastic surgery (h.o.d punyer class tu) kitorunk belajar pasal oral carcinoma (kanser mulot). Most common cancer adelah squamous cell carcinoma.
Macam biasa ah,lecturer ni jenis yang suka tanyer soalan. Nak jadikan cerita,die tanyer..anatara bibir atas dan bawah mane lebih common to develop cancer. Aku n Halim macam biasa,meneka secare rambang (wild guess) tapi senyap2,tak pernah kot kitorunk bangun dan jawap. Kami teke bibir bawah.. Tekaan kami tepat plak tu...
So soalan seterusnya, reason kenapa bibir bawah more common to develop cancer.. ermmm..ermm....aku pandang muke Halim..pastu aku lihat die mencebirkan bibir die.. huhuhu..aku pon terpikir bende sama,tapi, tak kan nak jawap macam tu..
Tekaan kitorunk betol tu..sebab bibir bawah selalu expose kat matehari (UV light). Salah satu care nak expose kan bibir bawah adelah mencebirkan bibir. Tapi banyak lagi sebab lain,salah satunyer merokok,sirih etc.
So,ketika muka sedih,jangan lah cebirkan bibir kite,nanti kene kanser,susah plak.Pendek kate,kurang kan ah mencebir bibir tu,malah selalukan ah senyum,sebab selain dari elakkan kene kanser,senyum tu sedekah paling mudah kita boleh buat,and tenteram hati orang lain tengok muka kita bile senyum...senyum lah yek..jangan sedih2,marah2 mahupon merajuk lame2..pening kepale orang lain pikirkan nnt..hehehe
Assalamualaikum..

Monday 14 July 2008

Amad-di-Mangalore

Pehal aku pilih tajuk macam tu sekali?? Ade kaitan ke dengan Ahmadinejad,president Iran (blog aku yang lepas)...
Tak de kaitan yang zahir pon,cuma nak share kat sini aktiviti aku weekend lepas pabila Amad, Aji dan Faiz datang ke Mangalore..aku pilih Amad sebagai tajuk ni pon bukan sebab die paling best,cume meraikan dia sebagai besday boy mlm tu..



Kek yang ditempah di CCD oleh Aliaa. Disebabkan CCD pon kedai tempe,maka ade kesilapan yang dibuat gak.Letih tol ah.Tu sebab kalau korunk tengok betol2,ade sumthing spoil kat atas kek tu.


Reaksi Amad pabila dikejutkan dengan kehadiran kek. Haish,tapi dalam pic ni tak nampak pulak die terkejut,malah seperti mengharap diraikan plak aku tengok.

Mereka yang hadir malam tu,dari depan(kiri)- Goda,Azizul,Aji,aku,Amad,Faiz,Mapis

Goda,Azizul,Aji,Habib,aku,Amad,Faiz
Upacara potong kek setelah kami beramai-ramai menebalkan muka nyanyi lagu 'Happy Birthday'..haish~ malu aku malam tu...

Rack-of-Lamb,sajian utama kami pada malam tu.Jauh budak-budak manipal datang,semata-mata nak makan bende ni..tapi memang layan pon,cuma dia kambing,so tak boleh makan selalu sangat.
Lepas perot penuh,kami bergegas ke Adlabs, Bharat Mall. Aktiviti seterusnya,menonton wayang- Hancock.
Bak kata Aji,kitorunk ni ahli kelab perot naga.So lepas tengok movie,sambung sumbat perut dengan ice cream kat Temptation, Saibeen Complex.
Bersedia untuk perjalanan pulang ke Maharaja Residency. Ambik gambar sebelom 'rempit'.






Selamat sampai di Maharaja..

Pusingan

Pada hari yang same di India ni 13th July 2008 at 9.15p.m berita baik aku dapat dari Habib (housemate). Habib jadi pakcik hari ni. Alhamdulillah,dengar cerita semua selamat. Seorang bayi perempuan yang setakat ni tiada nama lagi.
Pada malam ni gak, ayah aku beritahu jenazah nenek ku selamat sampai ke Gemas, Negeri Sembilan dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah datuk ku.Alhamdulillah.
Kelahiran dan kematian,jadi lumrah kehidupan,ibarat satu pusingan lengkap manusia. Semoga kita yang berada ditengah-tengah pusingan ni mendapat pengajaran dan berusha mendapatkan 'husnul khatimah' (pengakhiran hidup yang baik) sebab Alhamdulillah, hampir kesemua sahabat-sahabat aku dilahirkan dalam keadaan Islam,kire permulaan yang baik. Harap perjalanan kita ke hujung pusingan ni pon baik. Insya'Allah sama-sama kite berusha..
Assalamualaikum..

It is reported that Uthman heard Rasullullah s.a.w said:
Whoever dies believing that there is no deity but Allah will enter Paradise.
(Sahih Muslim)

Sunday 13 July 2008

Janganlah Begitu..



Tengok lah video ni. Aku suke mesej yang die hendak sampaikan. Insya'Allah memberi kita peringatan pasal tujuan hidup kita di bumi ni. Bersama-sama dengan ni,aku sertakan tafsiran surah At-Takaatsur (Bermegah-megahan)..

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.
Sampai kamu masuk ke dalam KUBUR
JANGANLAH BEGITU,kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan mu itu)
dan JANGANLAH BEGITU,kelak kamu akan mengetahui
JANGANLAH BEGITU,jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin
Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahanam
Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin'
Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)

(102:1-8)

*ainul yaqin - melihat dengan mata sendiri lalu menimbulkan keyakinan.

Maryam binti Ahmed



2 gambar ni je ah yang ade dalam simpanan ku sekarang.Ni pon setelah di-crop dari gambar majlis pertunangan akak aku May lepas.

Assalamualaikum..
Hari ni nenek ku meniggal dunie. Moge ruhnye dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan mereka yang bertaqwa. Insya'Allah
Nak ambik peluang ni untuk minta rakan2 menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah nenek ku. Terima kasih..
Sepanjang hidup die,kami tidak mempunyai hubungan yang rapat.May be disebabkan keluarga belah ayah aku mempunyai ahli yang ramai dan kami sekeluarga merantau,tidak tinggal bersama nenek di kampung. Tapi bile aku pulang ke kampung,aku mesti akan datang urut kaki nenek aku,sebab die selalu kate yang aku ni seorang dokter. Kehilangan die baru buat aku sedar,lepas ni,tiada lagi urutan kaki dan panggilan dokter dari nenek ku. Terasa agak sayu bile fikirkan tak dapat hadir same dalam majlis perkebumian arwah nenek ku sendiri. Tapi aku anggap ni sebagai 'sacrifice' dalam usha aku mencari erti kehidupan (seperti yang aku cakap dlm post ku yg lepas). Tapi,ape2 hal pon,semua yang hidup pasti akan mati,so yang masih hidup ni kene teruskan kehidupan and ambik pengajaran.


Anas ibn Malik reported that Rasullullah s.a.w said:
There are 3 who follow the deceased,2 of them return,while one only remains with him. His family,his wealth and his deeds follow him. His family and wealth return, but his deeds remains with him.
(Sahih Muslim)

Assalamualaikum..

Saturday 12 July 2008

Mahmoud Ahmadinejad



Berucap di Perhimpunan Umum PBB sesi ke-61

Salam..
Ramai kot yg kenal siape die ni..bg yg xtau,ni ah president Iran sekarang..aku tedetik nak cakap pasal ni sebab rase nak buat sumthing lepas bace petikan akhbar dr Berita Harian mengenai isu semase yang berlaku antara tentera Zionis dan Iran.
Dah jadi tanggung jawap kita mengambil tahu hal saudara Muslim yang lain. So bace ah artikel tu yek.
Kat sini gak saye nak share blog Mahmoud Ahmadinejad. Boleh lah kita same2 bace pandangan beliau and bagi sape yang nak tinggalkan komen mahupon idea kat blog beliau pon boleh.
Moga usha kita yang x seberapa ni mendapat rahmat dari Nya. Insya'Allah..

Al Numan ibn Bashir is reported to have related that Rasullullah s.a.w said:
You see the believers as regards their being merciful among themselves and showing love among themselves and being kind,resembling one body,so that, if any part of the body is not well then the whole body shares the sleeplessness and fever with it.
(Sahih Muslim)

Assalamualaikum

Kannige Thondre


Pandangan mereka yg ade diabetic retinopathy.

Ini adelah salah satu complication dr diabetes mellitus (kencing manis). Bukan ah kat sini aku nk bg lecture,cume nk share sini,aritu kitorunk blajar psl bende ni ah. Menarik nak cakap kat sini pasal treatment tuk diabetic retinopathy.
Ape yang aku paham dr lecture tu,konsep treatment adelah sacrifice. Sebab punce masalah dlm diabetic retinopathy ni adelah ischaemia. Kirenyer sbb kan diabetes ni,banyak abnormal blood vessels yg terbentuk,tp since die abnormal,so xcukop ah tuk supply blood ke semue retinal tissue.So dgn treatment ni,die hapuskan beberape retinal tissue,so baru ah cukop untuk limited blood, supply remaining tissue.
Haish~ evn dlm organ yg kecik tu pon (mate),kene amalkan konsep sacrifice. Apetah lagi dlm life kite kat dunie ni yg jauh lg besar n mencabar. Boleh kite pikir mcm ni kot.. mate as diri kite sendiri and diabetes as problem kite. Nak tambah lagi,normal blood vessels tu as Al-Quran and Sunnah, so yg abnormal vessels tu as ajaran2 lain or sumthing yg nampak molek n cool,padehal x bergune tuk jamin kebahagiaan.Malah abnormal blood vessels ni more prone tuk rupture,so causes other complications like hemorrhage and retinal detachment (kire masalah dlm hidup tu jadi more complicated).
So dalam kite tangani masalah kite seharian,kite kene ah sacrifice sumthing to make sure diri kite still bleh survive dlm dunie yg penuh cubaan ni. Sebab sumber kebahagian tu tetap ade pada Al-Quran and Sunnah (normal blood vessels).
Marilah kite sacrifice sumthing tuk pastikan kebahagian hidup di akhirat yg jelas akan ade n kekal abadi.

It is reported on the authority of Hadrat Ayesha that she heard Rasullullah s.a.w said:
On the Day of Resurrection people will be gathered barefoot, naked and uncircumcised.

Then she asked :
O messenger of Allah! Will the men and the women see each other?

Rasullullah said:

Their plight would be so severe that they will not look at each other.

(Sahih Muslim)



Abu Hurayra reported that Rasullullah s.a.w said:
On the Day of Judgement the sweat will cover the land to the depth of seventy cubits and it will reach the mouths of the people, or to their ears.
(Sahih Muslim)



p/s Kannige = eye and thondre = disease , both are in Kannada (as usual) hehehe

Assalamualaikum..

Thursday 10 July 2008

komik cinta













Black Ladu

Wednesday 9 July 2008

Preethi

Pernah dgr x org cakap cinta paling agong adelah cinte seorang hambe dgn Tuhannya?? tp pernah pikir reason knp org ckp mcm tu?? so nak share sini ah ape yg aku paham psl ayat tu.
Kalo kite bercinte,sure kite mengharapkan org tu pon cinte kat kite..bg aku ah,cinte dgn harapan tu bende same kot,x pon saling kaitan. Sebab kite sure mengharap sumthing dr org yg kite cintekan..
Cakap pasal harapan plak,bg aku ade kaitan dgn ambik risiko (risk). sbb dlm ushe kite mengharap sumthing tu,ade chance ah yg harapan kite tu meleset je..satu bende yg xleh nak nafikan kat sini,lagi tinggi kite mengharap,lg tinggi gak ah chance kite tuk telangkop dgn terok (sedih).
So dalam kite bercinte ni,harapan yg kite letakkan tu mmg ah tinggi..and jike malang,mmg terok ah telangkop nyer tu..bukan nak omong kosong,aku ngaku je yg aku pernah bercinte n pastu telangkop..lame gak ah baru nak diri balik..bukan ah kat sini aku nak bukak pekong di dade,tp ok pe,share kisah itam ni kat org lain tuk jadikan tauladan..lg pon,xde ah memalukan aku sgt pon..sempoi ah,bdk2 mude dulu2,sape suroh bercinte mude2..matang pon x lagi..haish~
nak cakap kat sini,mmg ah mase bercinte dgn manusie tu semue nyer indah, ade org kate,kentot die pon wangi..haish...hehehe..tp tu ah,sbb kan asyik bercinte,kite lupe bende lain.tp xsemue mcm tu kot,mcm aku dulu,beriye2 lah aku cube control..tp nak wat mcm ne,telangkop gak akhirnyer..mase bercinte tu,puas ah kite kate kat diri yg die ni lah org yg paling memahami diri kite,saling menyempurnakan sesame kelemahan etc. berani aku cakap kat sini,xde sape pon manusie kat sini yg boleh memahami diri kite 100% evn parents kite sekalipon..kadang2 tu,kite pon x paham diri kite sendiri...haish~
konsep ni pon bukan tuk awek je..bleh gak apply on kawan2.sbb aku rase ah,kawan2 tu lah yg jadi org selalu kite tengok n deal with..so nak atau x,sure kite akn expect sumthing dr die kot..lg akrab kite kawan,lagi tinggi ah kite expect dr die,n bile die betray ke,lg terok ah telangkop tu..
tp Tuhan amat memahami diri kite sangat2.die tau ape yg berlaku mase lepas,now and even in future. so kat sini dah tunjukkan ah sape lagi patot kite cinte kan..sbb Tuhan amat memahami,mengetahui dan menyayangi..so ape lagi yg kite nak?? sebot je sifat2 yg kite harapkan (mengharap je ah,xkan dapat nyer) dr awek kite,semue tu just perfect kat Tuhan kite. so bg lah pure love kite tu just tuk Allah sbb tu lah cinte yang agong..dgn cinte yg agong tu ah nnt,kite akn dapat gak kebahagian cinte dgn hambe2 Die yg lain,jika itu dah ditentukan olehNya.
Sebenarnya,semue harapan atas bende selain Tuhan,amat lah bahayekan diri..sbb ape2hal pon Qada' n Qadar tu xleh sape nak halang or betolkan. So bg aku ah,tuk elakkan kite telangkop dalam mengharapkan sumthing,better kite sandarkan harapan tu pade yg berhak,Allah. contoh paling mudah,bg konsep seorang pelajar adelah harapan dlm study. kalau kite mengharapkan tuk lepas exam,and kalau kite x lepas,sure kite akn telangkop (sedih).tp kalau ah kite mengharapkan keberkatan daripadaNya,kite x kisah pon ape akn jadi..tp yakin ah,Allah tu maha adil and mengetahui..Dia tahu ape yg kite deserve dapat..kire ni bleh dikaitkan dgn konsep tawakal. Mmg mudah aku nak cakap,tp nak buat agak susah..tp kalo kite ushe ke jalan yg benar dgn ikhlas,insya'Allah akn dipermudahkan..

Abu Hurayra reported that Rasullullah s.a.w said:
There are 100 parts of God's mercy and from that,He has sent down 1 part of mercy upon the Jinn and mankind and the insects and it is because of this,they love one another and treat each other kindly, and even the creatures treat their offspring with love,and God has kept 99 parts of mercy with Him with which He will deal with His servants on the Day of Resurrection
(Sahih Muslim)

Abu Hurayra reported that Rasullullah s.a.w said:
On the Day of Resurrection God will say: Where are those who have loved each other for My sake? Today I shall protect them in My shade when there is no other shade but Mine.
(Sahih Muslim)

p/s preethi is love in Kannada =p
Assalamualaikum..

Monday 7 July 2008

The Kite Runner





Ni ah latest movie aku tengok. Best gile..wajip layan cite ni..actually aku xtau pon yg cite ni diadaptasikan (betol ke eje ni) dr novel yg tajuk nyer pon same The Kite Runner-Khaled Hosseini. Buku ni aku x habis bace lagi,baru je dapat dr Ammar,may b next month kot baru habis. Aku mmg slow dlm bab bace buku ni. Haish~
Watak utame cite ni-Amir. Kirenyer cerite ni pade mulenyer flash back ape yg berlaku di Kabul,Afghanistan around 1975. Mase tu Amir tinggal bersame ayah and servant die. Hassan pulak anak kepade servant die,Ali. Hassan n Amir memang rapat habis.Hassan dilahirkan setahun mude dr Amir. Since hidup Amir yang agak terkongkong sbb ayah die org berpengaruh di bandar Kabul,Hassan merupekan sahabat die yang setie.. "for You,a thousand times over" sering die ucapkan tande kesetiaan die kat Amir.
Hassan n Amir punye cite2 tuk menjadi champion dalam annual event di Kabul, kite-fighting tournament. So diorunk ni mmg selalu ah main layang2. (Kite Runner). Nak cakap kat sini,scene diorunk main layang2 memang mantap ah..cool habis..and at last,diorunk berjaye gak jadi pemenang.
Disebabkan kesetiaan Hassan terhadap Amir menjadikan Amir x selese plak..Ade scene yg sedih lah menunjukkan Hassan tu setia gile kat Amir,sampai sanggup dilakukan ape saje tuk jage Amir. Dalam novel ni yg suku baru aku bace,mengatekan pade mulenyer yang Hassan mempunyai ibu yg selalu diejek oleh askar2 di Kabul. Pendek kate,life Hassan mmg agak sedih ah tuk dibayangkan. Friendship Hassan n Amir pon ramai budak2 Kabul x suke,sbb bg mereka Hassan hanye dipermainkan oleh Amir sbb Amir adelah anak tuan ayah die. Selepas satu scene tunjukkan mcm mane Hassan dibuli rakan sebabkan die setie sangat,Amir mule rase incomfortable ah and guilty kot..(aku kompius gak ape yg die rase sebenarnyer). So Amir pon kate Hassan coward (scene yg agak sayu) and at last die plan sumthing tuk fitnah Hassan mencuri tuk biarakan ayah die pecat Hassan n Ali.
Lepas Hassan n Ali kuar dr rumah tu,x lame lepas tu, Russians invades Kabul. Sebab kan bende tu,Amir n Baba pon pergi ke Pakistan then trus hijrah ke San Francisco,USA. Dapat life yang baru n Amir grad lepastu kawin dgn Soraya. Lepas tu ayah Amir,Baba meninggal dunie.Pada mase same,Amir and Soraya gagal mendapatkan zuriat,dikatekan disitu mustahil tuk mereke dapatkan zuriat,tp reason nyer xtau plak.
Tu yg flash back nyer scene. Lepas tu Amir dapat call dr uncle die,Rahim Khan. Rahim Khan suruh Amir selamatkan anak Hassan,Sohrab yang dibawah tahanan Taliban. So scene seterusnyer ni tentang perjalanan Amir dapatkan balik Sohrab. Pendek kan cerite,berjaye je Sohrab dibawe balik ke USA.
Tapi ade byk watak yg aku agak kompius dlm cite ni,sbb tu skrg tgh berushe habiskan bace novel die plak. Watak Baba yg bg aku mcm bi-polar plak..kejap2 aku nampak die ni baik (scene yg mane diorunk nak selamatkan diri ke Pakistan) and pade mase same,pada awal cerite nampak die ni jenis blagak, and ade ah satu kes tu yg mane nampak die ni jahat (Hassan).
Dalam movie ni plak,aku xtau ah ape yg berlaku sebenar kat Afghanistan tu,tp dlm movie ni nampak yg Taliban tu kejam habis. Ade scene tu yg tunjukkan hukuman merejam couple yg dituduh berzina..mmg aku akui aku x pernah nampak pon hukuman ni dilakukan..tp dlm movie ni ah nampak sungguh kejam..sebab tanpa diadili dgn betol and keadaan sekeliling yg menampakkan die lebih kejam. Tapi aku yakin gile,scene ni ade ah ditambah2 nyer,xpon nak ditunjukkan di sini bukan hukuman Hudud tu sendiri,tapi pemerintahan Taliban tu je..sbb pade mase same,ade scene yg mane nampakkan ketenangan Islam tu tercapai apabile Amir selepas selamatkan Sohrab,melakukan solat di masjid di Pakistan..so my purely opinion ah,movie ni just nak tunjukkan yg Taliban tu je zalim,bukan hukuman tu..
Banyak gak pengajaran and bende2 positive bleh dapat dlm movie ni,and pade mase x nafikan ah bende negative nyer..mcm pendapat Baba bout sins..haish~ terok gak,tp pandai2 ah kite berfikir mane baik n terok.
So hopefully summary yg aku buat x seberape ni dapat buatkan korunk tengok cite ni,sbb aku suke gile n bg sape dah tgk,sudi2 le tinggalakn komen yek..
Mane baik ambik buat panduan,yg salah buat sempadan..
Assalamualaikum

Salam

Sunday 6 July 2008

Rempit

"maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali."

mule2 ayat yg terdetik dlm hati aku b4 start motor. Dari semalam aku n Habib decide nak merempit ke Manipal..tp since ade yg 'melarang' so terdetik gak dalam hati ni nak cancle kn je plan tu and juz pergi naik bus. Tapi pagi tadi,bile aku ajak je Habib,die agak bersugguh2 nak merempit,so ade gak rase bersalah sbb dah janji awal2 dgn die..so aku pon gamble je ah,yakin pade ketentuanNya n serah padeNya,aku pon setuju je tuk merempit..dgn niat dlm hati tuk lebih hati2.
kul 8.10 a.m kami gerak (actually plan gerak lepas subuh) Allhamdulillah,cuace baik plak mase kami gerak tu. So tekad tuk berhati2 n tawakal,kami mule kn merempit tu..1st isi minyak lu kasi penuh..bile penuh baru yakin sikit nak jalan..
memang jauh ah Manipal dr Mangalore ni..kalau naik bus 2jam gak ah sampai..aku rase dalam 70km kot..dengan road condition yg agak terok but better ah thn b4..so agak penat ah..bergoncang2 satu badan bile langar lopak2 jalan..lori n bus plak ingat tu jalan tuk diorunk je,berlumbe2 nak cepat,tah hape diorunk nak kejar,aku pon x tau,nak g toilet kot si driver tu..x yah cakap lah habuk byk mane..kasut aku putih tu dah bertambah corak..corak yg x cool ah..kami yg bermotor ni rase sungguh kerdil..hahaha
tapi scene sepanjang jalan tu agak cool..kitorunk lalu 4 jambatan dgn sungai agak besar..pastu dengan sawah padi yg hijau..so rase ah suasane kampung kat Malaysia..nampak gak ah gaye org kampung tempe hidup mcm ne..
actually kami plan mule2 nak stop ah in between sbb nak sejok kan moto,but since rase x sabar nak sampai Manipal,kami trus je jalan..cuace mase tu masih memahami,mendung tp x hujan..
Samapai di Udupi (bandar 10 minit dr Manipal) kire2 kul 9.45a.m actually aku x sure jalan kat bandar tu,so aku plan suroh Ammar jemput kitorunk,tp rase susahkan die plak..so mcm biase..muke kasi yakin,menggunakan bahase isyrat tangan n kaki bertanyer orang2 kat situ jalan ke Manipal..syukor,kami dipermudahkan..
Betol2 sampai kat kawasan Manipal,hujan mule turun dengan lebat gile..basah yg agak kuyup ah,so stop ah sat kat kedai makan ape tah..tunggu hujan rede sikit,kitorunk redah je..so Alhamdulillah,sampai gak kami ke destinasi- SHIVAM 10.10a.m
So mcm biase ah,jumpe bdk2 ni,Ammar,Aji,Syahir n Azizol, borak2 kosong n kacau mereke yg nak exam tu..pastu rase bersalah plak..tp since diorunk ni sempoi je,may b sbb 'melayan tetamu' kot..
Lepas call semue orang,kami ramai2 lunch kat (lupe lak name tempat tu)..so jumpe ah Apiz,Afiq,Amad n Zaki..habis kn mase kat sane je..pastu balik solat n rehat..penat tu..merempit jauh2..
3p.m g balik tempat same..makan eskrem n berjumpe pemilik Pupu yg baru..huhuhu..ingat kan eskrem tu sedap ah sangat..rupe2nyer, die pon x habis makan..haish~ membazir tol..seb baik ah aku ni jenis yg bleh je sumbat selagi mampu..so telan je ah..(actually sedap gak eskrem tu)..so thanx ah kenal kan kedai tu..bleh gak ah rase eskrem TERSEDAP di Manipal yek..hehehe..kongsi2 lawak n 'meranjau' 'mereka' hahaha..tu je ah yg kami buat sambil mkn eskrem..
Balik ke Shivam and makan puding roti yg diberi..sedap2..tp mcm aritu gak,sebab kenyang sgt,so mkn sikit je..btw,thanx ek dgn puding tu! =p lepas solat,aku n Habib get ready balik Mangalore..sebab langit pon dah gelap tu..jauh lagi perjalanan balik..hehehe..
Gerak balik kul 5.10p.m n sampai Mangalore 6.40p.m kitorunk masuk je area Mangalore,hujan pon turun,kali ni mmg lebat betol2...basah kuyop gak ah..
So thanx kat semue yg terlibat..
Shivamian-Ammar,Amad,Aji,Azizol n Syahir cz menaje tempat
Syikin (Pupu's),Syidah,Dayana,Izan cz share lawak..n etc..
Apiz,Zaki,Afiq

So skrg ni aku juz duk minom kopi kat Mangalore ni,menanti rxz Ammar,pulsar Apiz n Amad, Aji n Azizol jejak ke Mangalore..ape gune ade motor kalo x jalan wei! hehehehe..rempit pon rempit gak,tu juz perkataan,asalkan dengan niat n tujuan yg molek,insya'Allah akan dipermudahkan gak..

p/s:pehal color font aku berubah yek?? tolong ckit bg tau..pening2

Saturday 5 July 2008

Tele Novu

Tele=kepale and novu=sakit
Ni semue dalam bahase Kannada,local language here. Patutnyer kene tau ah bahase ni,sbb tiap2 kali kene ambik case,nak deal dgn patients kat sini,so kene ah tau bahase ni. Tapi mcm biase,aku just tau beberape words je,yg lain,tangan n kaki ku memainkan peranan selaku bahase isyarat. Boleh ah survive tuk simple case,kalo masuk case2 yg pelik,aku tarik je nurse2 kat situ.
Sebenarnyer nak cite kat sini aku tgh tele novu skrg. dah seminggu kot.mule2 sakit kat depan (frontal area) pastu since smlm kene kat belakang plak (occipital area). sakit tu,pulsating type,berdenyut2 tu..so aku pon plan ah nak g jumpe dokter pagi tadi.
mcm biase ah,since nak jumpe dokter ni,kene ah 'prepare' sumthing. at least kene tau ah pasal semue symptoms yg aku tgh rase skrg ni,and differential diagnosis..sbb 4sure ah akn kene tanyer dengan dokter tu..ubat2 pon kene gak tau,so bukak gak ah buku pharmac Tripathi aku tu.
aku lupe lak harini sabtu,so hari ni kat OPD adelah unit medicine aku yg lepas.tapi nak wat mcm ne,dah smp baru aku ingat,so aku request tuk jmp Dr. Alam Nawaz,sbb die sorang ni je ah yg sempoi dlm unit tu.Malang tol,die dah tukar unit plak and lagi malang,aku kene jumpe Dr. Vishal Garg. Perghhhh,bg sape2 yg kenal die,sure akan patah balik ah dr jumpe dgn die..tp nak wat camne,kepale ni sakit sgt. At least aku nk tau ape sbb,sbb xkan nak telan penadol je,evn aku tau selamat je ubat tu (NSAID).
Tengah2 tunggu die panggil masuk,tibe2 jumpe plak bdk batch aku yg tgh posting kat unit tu.Adoi ai,malu ma,tp nak wat mcm ne,aku dtg sebagai patient kali ni.Ade plak tu yg arap2 aku kene admit ward,so bleh ah diorunk ambik case dgn aku je,sbb senang sikit,bleh gune malay instead of kannada yg pening tu. Agak kurang hajar,tp sempoi je,nak je aku sepok,tp sakit kepale ni buat aku lebih sabar kot.huhu.lagipon aku x breakfast td,so agak rase nausea gak ah,and diorunk pon kate aku pucat time tu.
So bile masuk je bilik Dr. Vishal,trus terimbau kembali satu mase yg mane aku pernah kene halau sebab dtg lambat seminit. Perghhh,bengang gak pikir balik,tp nak wat mcm ne,die tu cikgu aku. Sabar2. Tapi kali ni die lain plak,mule2 masuk je,die senyum plak tu. pastu dengan nada sopan nyer tanyer ape prob aku..wa,aku rasekan seperti bukan bercakap dgn die. aku rase may b die dah lupe aku kot,sbb tu xde rase ape2 jumpe aku or may b die mmg baik hati mcm tu dgn patient..bagus ah mcm tu.
So lepas die tanyer sikit2 soklan,die x kate ape2 lak..so aku dgn selambe tambah info sendiri.aku bg tau aku ade h/o migraine (ni hasil aku prepare nak jmp dokter ah ni)..so die pon kate tuk skrg die xleh buat ape2,so die just bg analgesic drug Dynapar. Aku dah agak dah,sbb tu aku malas nak g jmp dokter mule2..tp die kate,kalo still sakit even after 2 days,baru ah nak mule investigation semue. ok gak kot,sbb kalo x,xpasal2 kene ambik blood n x-ray kepale aku ni.
So dr ape yg berlaku ni,aku rase,aku patut puji kot kat Dr. Vishal tu. care die layan kitorunk as student and patient amat ah lain. may b die tegas as a lecturer sbb kalo x,sure kene 'pijak' dgn kitorunk..tp as doctor,he becomes so cool ah,sbb kan die cool,aku rase more comfortable nak cite semue symptoms n ape2 je ah,so baru ah bleh dapat history yg gempak.. so bagi sape2 yg bengang dgn cikgu mcm aku ni,kene ah paham2 kan sikit tugas diorunk n sebab kenape diorunk behave mcm tu..
Assalamualaikum

Friday 4 July 2008

Intro..

Assalamualaikum..
ala,ni bukan ah 1st time aku blog pon..tp xmakne aku power n minat sangat ber-blog,cuma bila orang lain ade blog,aku pon nak ade gak ah. So ni 2nd blog aku,ingat nak maintain kan yang satu kat friendster je,tp nampak gaye,kat sini lagi molek n cool,so aku prefer cni kot. Kalau lepas ni tengok kosong je blog aku,makne nyer aku dah give up ah tu a.k.a malas nak ber-blog...at least aku try, kan? kan?
So nak kenal kan diri aku sikit,so x de ah nnt sape2 yg x kenal aku ni lost bace post2 aku nnt. Aku skrg kat India,tgh struggle gile ni nak survive kat sini. Life kat sini ok je,xde beze dgn kat mesia,tp biase ah,jauh dr family,so kene ah pandai2 bawak diri. Kat sini pon aku kene deal tiap2 hari dgn tempe..tempe a.k.a TEMPatan (local ppl here)..kitorang bg name ni,so senang ah nnt nak 'ngumpat' or bincang pasal mereka..hehehe..pade mase same,aku tgh struggle gak dgn study aku ni (ye ke??) ok ah,at least mlm b4 exam,aku mengelupor tahap mentibang ah sebab kalau x exam,malas sungguh tuk study..rase nyer semue orang pon buat bende same. Aku buat medic kat sini,so may b life budak medic lain sikit kot dgn yg lain,tp sorry ah,aku xperasan,sbb budak2 kat sini yg tiap2 hari aku jumpe semue nyer budak medic..may b bdk2 lain selalu kate bdk medic bosan ah etc..tp kitorang pon masih mampu buat lawak..cume kadang2 tu kitorunk perasan gak,lawak tu berunsurkan medic gak..haish~ memalukan gak..tp biase ah,layan je..sebab ape2 hal pon,kite ni manusia biasa gak..cuma gaye tu lain2 ah.kalo semua sama,bosan gile hidup ni..huhu

Assalamualaikum..