CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Sunday, 30 August 2009

Hari Penuh Dengan Pengajaran


Salam.

Awatlah poyo sangat tajuk post kali ni. hahaha mari aku terangkan sebabnya...

Pada hari ini, dimulakan dengan..TERlalu lambat bangun sahur, dengan perasaan badan separuh demam dan tidak sihat. Aku hanya sempat meneguk air kosong di dapur. Sementara tunggu waktu subuh berjemaah di masjid, (pukul 5.20a.m which is 30 minit selepas azan subuh), aku teruskan membaca Kundu. Actually, pada pagi ini, aku ada medicine end posting exam. So sangat lah cuak,ditambah lagi dengan kesihatan yang kurang baik (cuak exam kot). Pada mulanya, study di meja study...tapi aku rasa,aku lagi banyak 'study' facebook dari medicine book, so aku beralih ke atas katil,yang kononnya bertujuan untuk menjauhkan diri dari laptop. Namun,apakan daya...study medicine atas katil+sangat awal pagi+malam tadi tidur lambat+rasa badan tidak sihat+katil dan bantal yang empuk+kipas yang berpusing laju+badan dibaluti selimut= maka jawapannya sangatlah jelas..zzzZZZ

Aku terjaga pada pukul 6 pagi!!! Itupun selepas terdengar dentuman pintu yang ditutup Habib pulang dari masjid. haish~ So bergegas solat dan sambung study balik. Tengok jam,lagi sejam setengah sahaja untuk aku cover Respiratory System dan Cardiovascular system!!! Ape lagi, pengang highlighter dan dengan lajunya mewarnakan page2 yang hitam putih tanpa rasa bersalah sama ada faham atau tidak. [camca:jangan study last minute,tidur awal malam before exam,jangan study atas katil,jangan melengahkan solat]

So pada pukul 7.30 pagi,aku bergerak ke Wenlock Hospital. perut sudah mula berbunyi kelaparan (1st time tak bersahur,so masih tak biasa). Sampai je di hospital,aku lihat wajah2 patients yang agak asing bagi aku. Aku cuma kenal 3 orang daripada 12 orang yang berada di sana. Hadoi! Stress aku!! Perut berasa lagi lapar (sebabkan stress). Meneglupor aku menunggu detik dipanggil angka giliran. Aku mulakan dengan short case, dan aku dapat CVS case. So dengan keadaan meng-control gelabah aku,aku cuba mulakan dengan bertanyakan details pasal patient aku...general examination, aku dapati ada pedal edema..erm,dengan yakin aku tulis. Dalam auscultation pulak,aku dengar mumur,bila aku palpate carotid pulse,aku confirmkan ianya adalah systolic murmur di mitral area..'ooo so pansystolic murmur lah ni'...

Lepas 20 minit berlalu, examiner pon datang. Aku dengan muka berpura-pura-yakin mulakan case presentation aku. Tiba-tiba dia pegang kaki patient aku,lalu picit. Dia kata 'anda yakin patient ni ada edema??' grrrrr aku pun buat-buat yakin dan cakap YES! aku picit kaki patient itu balik,dan alhamdulillah..berlekuk juga kaki dia..'ermm ok,just mild edema'..dalam hati,aku berkata 'hek ele..mild pon,ade gak kan edema!!' tapi senyap jelah,sambil senyum sindir.

Bila part auscultation pulak, dia kata yang ada lagi mumur selain pansystolic di mitral area..erghh betol ke dia ni..betol lah kot. Bila dia tengok aku mengelabah,dia pon kata..'it's ok..continue with your other findings'...abaikan lah... [camca:yakin dengan apa yang dibuat,jika kita yakin kita benar]

Long case aku, aku dapat seorang makcik yang ada masalah respiratory system (history of TB) dan now dah develop cor pulmonale (ada COPD gak now). Masalah betol lah,baru aku perasan,aku tak pernah buat complete case respiratory untuk female patient!!! so 'tersipu-sipu' aku membuat measurement dan auscultate makcik tu. [camca: RV Bhat pernah berkata..untuk menjadi doctor yang berjaya, belajar dari patient tanpa memilih perbezaan antara mereka]

Habis sahaja endposting..aku berasa sangatlah lega. Tapi badan rasa sangat letih sebab lapar dan penat mengelabah. Balik je bilik,tak boleh berehat,sebab kene prepare slides untuk seminar pukul 3!! Aku dapat tajuk Respiratory acidosis-compensation. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. [camca:prepare awal-awal,so tak adalah kalut last minute]

Habis je seminar, aku boleh berehat untuk sejam. Pukul 6 petang,aku dan rakan-rakan KMC lain berkumpul di Maharaja,untuk memulakan perjalanan ke rumah anak-anak yatim Bunder. Selepas semua berkumpul di sana,kami mulakan perjalanan. Alhamdulillah,semua selamat sampai kira-kira 20 minit sebelum masa berbuka. Pada mula aku sampai di sana,terkejut juga melihat keadaan rumah anak yatim tu yang bagi aku sangat sempurna (di India). Alhamdulillah,masih ramai mereka yang berhati mulia memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Kami berbuka di sana sambil ditemani adik-adik yang sangat ramah dan innocent gila muka mereka =)

Selepas berbuka puasa, kami naik ke dewan solat untuk solat magrib berjemaah. Pada masa kami menadah tangan untuk berdoa,tiba-tiba bulu roma aku mula meremang pabila mendengar mereka dengan satu suara yang kuat dan yakin menyebut 'Amin' dan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w..terdetik dalam hati,mengingati betapa sucinya hati mereka. Aku maksudkan, mereka tahu, tiada siapa yang boleh menolong mereka,mereka tiada ibu bapa untuk mengadu...hanyalah Allah tempat mereka memohon dan mengadu nasib...Ya Allah, betapa kuatnya iman mereka kepada Mu, dengan rasa yang bersungguh-sungguh dan satu,mereka memohon padaMu..aku yang selama ini dikirakan bernasib lebih baik dari mereka,mungkin alpa dan leka,hakikat sebenar kekuatanMu dan kepadaMu sahajalah tempat aku memohon...ampuniku ya Allah...

Selepas solat,kami adakan sesi tazkirah. Lepas tazkirah,kami turun kebawah balik untuk dinner. Pada masa dinner, aku duduk bersama Nasir (antara mereka yang senior di sana-18 tahun). Nasir boleh bercakap dalam English,so agak mudah aku bertukar cerita dengan dia. Seorang budak,paling kecil di sana, berumur 6 tahun duduk disebelah Nasir. Sekali lagi hati aku mula diingatkan kembali,betapa mulianya hati mereka. Aku lihat dengan jelas, Nasir sambil berborak dengan kami, menyedukkan nasi kepada budak 6 tahun itu..dan melayan dia seperti mereka adalah adik beradik. Ya Allah, Kau telah pisahkan mereka daripada ibu bapa mereka, tapi Kau telah kurniakan mereka saudara baru yang sama-sama menjaga dan berasa tanggung jawap sesama mereka. Ya Allah, Kau Maha Adil dan mengetahui apa terbaik untuk hambaMu.

Selepas dinner, kami pergi ke masjid yang bersebelahan dengan rumah anak yatim itu. Selepas menunaikan solat Isya' dan Terawikh, kami mula beransur pulang dengan seribu satu pengajaran dan peringatan atas diri kami...Alhamdulillah

Wednesday, 15 July 2009

Kenduri

Salam...
Sangat lama aku tak tulis kat sini. Sebenarnya banyak je yang berlaku dalam masa aku mendiamkan diri ni. Banyak yang aku alami dan aku pelajari. Ujian demi ujian aku hadapi, alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk hadapinya...kejayaan aku itu melibatkan banyak benda. 1st mestilah petunjuk daripadaNya. Juga support dan doa daripada family dan rakan-rakan sekeliling.

Pada masa yang sama juga, aku diberi kesempatan untuk buat plan pergi berjalan-jalan ke Eropah. Tapi tak lama pun,memandangkan cuti yang ada hanyalah 10 hari. So sempat cover 3 cities sahaja. Cukop lah untuk masa yang terhad ini,apatah lagi kewangan yang terhad juga ;)

Disebabkan banyak sangat benda yang berlaku, banyak nikmat yang Allah berikan, aku memang rasa teramat bersyukur "Alhamdulillah..." Aku pun tak tahu macam mana nak tunjukkan rasa berterima kasih aku kepada rakan-rakan semua di sini, maka aku dan Habib plan buat kenduri..Pada asal nya tak tahu apa tujuan kenduri ini..cuma terlintas di kepala aku pasal kenduri ni bila Habib berkata "Lama gak tak buat makan-makan..", Pada masa itu,aku memang tak tahu nak balas apa dengan ayat dia tu..apelah yang dia maksudkan ni..Tapi bila fikir balik, Habib memang suka masak-masak semua dan ditambah dengan sikap pemurah dia, maka aku faham lah kot maksud ayat dia tu sekarang.

So pada 5th July, kami buatlah majlis..lebih kepada majlis kesyukuran + majlis doa selamat nak berjalan ditempat orang yang sangat asing bagi aku + majlis untuk batch aku yang nak exam...fuh~ sekali aku gabung banyak benda dalam satu majlis tu..

Di sini juga nak cakap terima kasih kat Cik Kiah kerana sekali lagi menjadi penaja makanan sampingan-sup lembu yang mantap! Terima kasih juga kat orang manipal yang sudi tolong masak ;) Terima kasih juga kat rakan-rakan yang sudi datang makan dan memeriahkan majlis...tidak dilupakan juga terima kasih kepada Mahfiz dan Goda dengan hidangan lepas majlis nya ;)

Sini aku share sikit beberapa gambar yang diambil oleh Cik Kiah..



Juadah yang simple aja..


Ini dia Encik Habib kita! Taniah ah dapat pegang jawatan biro kerohanian MiSAI (Malaysian Student Association-India)




So diharapkan majlis ini mendapat berkatNya..insya'Allah..doakan aku selamat pergi dan pulang berjalan-jalan k!! hehe ;) Selamat pulang ke tanah air bagi rakan-rakan yang balik Malaysia!!
(tapi.......kita ade exam kan esok untuk seminggu...haish~)

Tuesday, 12 May 2009

Jubli Perak

11/5/2009
Sizler Ranch, Mangalore
Hanif 25th birthday







Birthday boy








camca: happy birthday Abe!! moge pengalaman hidup suku abad ini menjadikan anda lebih sempurna dalam menjalani liku-liku kehidupan ;)

Sunday, 5 April 2009

Lepak @ CCD


Salam.

Malam tadi, aku singgah sebentar kat Empire Mall untuk solat magrib selepas 'berlari-lari'. Lepas solat, alang-alang dah ada kat sana, aku pun fikir untuk singgah di Nilgris, tengok-tengok makanan yang aku berselera untuk makan malam nanti. Tiba-tiba aku terserempak dengan seseorang. Dia bukanlah kawan aku pun,kami sebelum ni hanyalah hi-hi & bye-bye je. Tapi selamba je lah tegur. Dia beri tahu aku yang dia sedang mencari-cari hadiah untuk hari jadi kawan dia. Aku tengok,tiada siapa yang aku kenali disekeliling dia,so aku tanya dengan siapa dia datang. Dia beri tahu yang dia datang sorang-sorang sahaja.

Aku terus menuju ke Nilgris, tapi bila tengok ramai sangat orang kat dalam,aku terus batalkan hasrat untuk masuk. Dalam bergerak balik, aku nampak lagi mamat tu,so aku pun ajak dia melepak di CCD. Memang kekok pada mulanya untuk mulakan bicara dengan orang yang kita tak rapat, lagi-lagi bahasa yang digunakan bukanlah bahasa ibunda. Tapi lama-lama ok je.




Dalam aku berusha mencari modal untuk berborak, tiba-tiba boleh pulak aku tanyakan kenapa aku biasa nampak dia berjalan sorang-sorang. Lepastu dia mula bercerita life dia dengan kawan dia. Dipendek kan cerita, dia beritahu yang dia tidak suka dengan life kawan-kawan dia yang lain yang suka minum arak, clubbing dll. Lepas tu timbul persoalan dalam hati aku, apa yang buatkan dia memilih untuk tidak melakukan benda itu sedangkan tiada larangan dalam agama yang dia ikuti. Lama-lama aku tak tahan,TERkeluar juga soalan itu. Ok,aku tak expect pun yang dia akan jawap, and expectation aku betul. Dia hanya senyum. Aku hanya membalas dengan berkata yang aku nak tahu jawapan dari dia, sebab bagi aku, aku nak tahu pandangan mereka yang berlainan agama dengan aku. Aku turut jelaskan yang agama Islam melarang untuk melakukan benda-benda tersebut.

Sebelum kami beredar, dia beritahu aku yang bagi dia, perbuatan yang kawan-kawan dia buat itu salah bagi pandangan dia, dan dia pilih untuk hidup dengan lebih bermoral.

Namun malangnya, dia juga beritahu aku dalam ramai-ramai kawan yang dia sebutkan tadi (yang minum dan ber-clubbing) ada seorang yang Muslim.

Friday, 13 March 2009

Weekend @ Bangaluru

Location : Bangalore /Bangaluru
Date : 7th-8th of March 2009



Topik yang disampaikan oleh Ust. Abdul Halim Abdullah :
1. Diantara Ijazah & Risalah
2. Amal Islami Kita
3. Qaedah Sulbah

*rujukan Ini Jalanku by Ust. Abdul Halim

Friday, 6 February 2009

PERMISI


- 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE MUSLIMS -

" TOWARDS SPIRITUAL ENLIGHTENMENT "



dengan slot bonus :

SEMINAR PENGURUSAN CINTA


tempat :

NALAPAD RESIDENCY, MANGALORE


pada :

20-22 FEBRUARI 2009


Objectives:

1. To strengthen the brotherhood and bonds between the Malaysian Muslim community in India .

2. To increase student's sense of self and motivation towards being a better individual.

3. To produce students who really understand their responsibilities towards him/herself, family, community and country.

4. To shape us towards becoming more versatile to change, more dynamic and more equipped to face challenges ahead.

5. To increase students' ability to cope with daily pressure and tasks effectively.

6. To help navigate students here towards fixing their personal goals and to assist in making sound decisions in life.

7. To strengthen the spiritual quotient of Muslim Students.

8. To equip Muslim doctors with knowledge that is useful both in this world and in the life hereafter.

9. To produce proactive, productive and effective Muslim doctors who will be consistent contributors in development of ummah


Tentatif Program :


Friday, 20th February 2009 (Mangalore students only)

5:00pm – 7:00pm: Registration.

7:00pm – 7:30pm: Maghrib Prayer in congregation.

7:30pm – 8:00pm: Dinner.

8:00pm – 10:30pm: Slot 1.

10:30pm – 11:00pm: Supper.

Saturday, 21st February 2009

12:00pm – 1:30pm: Registration and Lunch. ( Bangalore , Manipal etc.)

1:30pm – 2:00pm : Zohor Prayer in congregation.

2:00pm – 4:30pm : Slot 1 ( Introduction)

4.30pm – 5:00pm: Asar Prayer in congregation and tea.

7:00pm – 7:30pm: Maghrib Prayer in congregation.

7:30pm – 8:00pm: Dinner

8:00pm – 10:30pm: Ice Breaking and Slot 2.

10:30pm – 11:00pm: Supper.

Sunday, 22nd February 2009

4:00am – 5:30am: Qiamullail in congregation.

5:30am – 7:00am: Subuh Prayer in congregation and `Kuliah Subuh'.

7:30am – 8:00am: Breakfast.

8:00am – 10:00am: Slot 3.

10:00am – 10:30am: Brunch (Tea break)

10:30am – 1:00pm: Slot 4.

1:00pm – 2:30pm: Zohor Prayer in congregation and lunch.

2:30pm – 4:30pm: Slot 5.

4:30pm – 5:00pm: Asar Prayer in congregation and tea break.

5:00pm – 7:00pm : Closing ceremony and sharing session.

Tuesday, 30 December 2008

Malpe!!

Assalamualaikum..

Since 25th Dec aku duduk sorunk kat rumah ni. Last practical exam 24th, so esok nya ramai yang gerak balik ke Malaysia. Tapi sebabkan aku cancle tiket jalan-jalan India,so aku kene stay kat sini. Train aku ke Chenai on 31st Dec,and flight dr sana on 2nd Jan. Kira kali ni aku sambut new year dalam train ah (bersama2 tempe)

Agak cuak gak nak pegi Chenai sorunk2. Tak de idea langsung pasal banda tu. Tapi menurut kata kawan-kawan aku, bandar ni standard bandar2 lama India seperti Mumbai dan Delhi..pendek kata padat penduduk dan agak kurang teratur. Compare dengan Bangalore yang merupakan bandar baru India,mestilah Bangalore lebih cool..hehehe..

So dalam mengisi masa cuti sorunk2 di Mangalore ni, aku pun decide nak pergi Manipal je. Kali ni tak de lah aku pergi naik motor,penat ah bawak motor sorunk2 2 jam..so aku naik bus je. Aku kira lucky ah,time macam ni lah kat Manipal ade Lagenda. Lagenda ni kira malam di mana student Malaysia buat persembahan. Lagenda pada malam ahad. Nak dijadikan cerita,nasib aku bertambah best bila budak2 KDU buat party..konon nya membalas open house yang mereka janjikan sejak raya puasa yang lepas.hehhee..tp ok lah..janji makan. Terima kasih semua..

Pagi ahad tu, kira sebelum Lagenda, kitorunk plan pergi Malpe beach..aku,Hafiz, Firdaus, Afiq, Khairil dan Aswan (nama penuh tu..) sebabkan jalan yang sepatutnya tutup, so kene ikut jalan baru. Gerak pukul 7 lebih kot..sejuk gila ah. Tapi best aja,layan sejuk2 di pagi hari. Sampai je sana,kami lepak2 'melayan' tempe yang asyik bermandi-manda. Lepas dah agak bosan, trus je pergi jeti Malpe,beli udang dan sotong untuk dimasak tengah hari nanti. Pergh,manis gile ah udang tu, sebab udang baru kot. Memang layan habis.






Malam Lagenda mula kul 6.30 petang. Tapi kitorunk pergi lepas magrib ah. Actually aku tak delah semangat mana nak layan Lagenda ni,sebab aku rasa benda sama je akan jadi..tarian rakyat Malaysia,fashion show pastu nyanyi. Tapi sebabkan budak2 ni pon masuk sama, dengan menubuhkan Peterfan..so aku kira hadir sebagai memberi semangat je lah. Diorunk bawak 2 lagu Peterpan. ok lah, ada kureng sikit sebabkan kesilapan teknikal..hehehe.. (kan aku cakap,kat Shivam lagi best).

Esok nya,hari isnin diorunk cuti sempena Lagenda tu. Tapi aku kene gerak balik Mangalore dah. Banyak lagi urusan nak buat before balik Malaysia. Tapi pagi isnin tu ade usrah kat Shivam. So ok je join diorunk punyer usrah, lama dah kami budak Mangalore tak adakan usrah sebab sibuk dengan exam. Di ketuai oleh Afiq dan Kerel. Kami mulakan dengan membaca surah Al-Qasas. Kami bincangkan serba sedikit intisari surah ni - kisah nabi Musa (awal surah) dan kisah kaum Qaroun (penghujung surah). Lepas tu Afiq share pulak pasal awal muharam dan kisah-kisah berlaku pada 10 Muharam. Di penghujung tazkirah dia, dia ingatkan kitorunk tuk membuat puasa pada 10 Muharam..so kat sini aku nak share beberapa hadis yang aku jumpa,semoga menjadi panduan dan kekuatan kita untuk melakukan ibadah sunat ini..

Abu Hurayra is reported to have said that Rasulluallah s.a.w said:
"After the month of Ramadhan, the best month to fast is the month of al Muharram, and after the prescribed prayers, the best prayer is the night prayer."
(Sahih Muslim)

It is reported from Hadrat Ayesha that:
"The Quraysh used to fast on the day of Ashura' before the advent of Islam, and the Messenger of Allah s.a.w also used to fast on that day. When he arrived in Medina he fasted on the day of Ashura and enjoined fasting on that day. Later when fasting during Ramadhan became obligatory, he ceased to fast on the day of Ashura' and whoever wished to fast on that day was free to do so and whoever did not,was free not to do so."
(Sahih Muslim)

Ibn Abbas was asked about fasting on Ashura'? He said:
"When you see the new crescent of Muharram, then calculate the days and fast on the ninth day."
He was asked if the Messenger of Allah s.a.w used to observe the fast on that day? He replied in the affirmative.
(Sahih Muslim)

Ibn Abbas is reported to have said:
"the holy Prophet s.a.w came to Madina and saw the Jews fasting on the day of Ashura'. He asked them 'Why do you fast?' They said 'This is a good day, it is the day on which God saved the children of Israel from their enemy, so Moses fasted on this day.' The holy Prophet s.a.w remarked 'I have better claim on Moses than you.' Thereafter he fasted during Ashura and enjoined the Muslims to do the same."
(Sahih Muslim)

It is related that Ibn Abbas was asked about fasting on the day od Ashura, and he said:
"I know of no other day which the Prophet s.a.w favored as the most excellent day to fast than this day, meaning Ashura' and this month, meaning Ramadhan."
(Sahih Muslim)

Harap kita hayati maksud hadis ni and menjadikannya panduan untuk kita melakukan amalan puasa sunat Muharam. (7th January 2009)..

Doakan aku selamat sampai ke Malaysia..bagi rakan-rakan Malaysia,meh ah buat plan jumpa time cuti ni...hehe..

Selamat 'Awal Muharam' dan Happy New Year!!