CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, 1 May 2010

my 1st '1st May'

Salam..


1st May- Hari pekerja aka Labour Day...aku meraikannya di Goa =)

Walaupun aku baru mula berkerja [intern pun dikire kerje lah kan,sbb org dah tak consider aku sebagai student lagi dan dapat gaji ], tapi sejak aku dilahirkan lagi, aku dah anggap tarikh ini sebagai satu hari yang aku akan raikan. " Selamat Menyambut Hari Kelahiran Abah! "

Sebabkan pertama kali aku meraikan Labour Day, aku pun mula tertanya-tanya pasal tujuan ianya diwujudkan. Cara paling mudah dengan merujuk kepada pakcik wiki...

"Labour Day or Labor Day is an annual holiday celebrated all over the world that resulted from the labour union movement, to celebrate the economic and social achievements of workers . The majority of countries celebrate Labour Day on May 1, and it is popularly known as May Day and International Workers' Day , while some celebrate on the first Monday of September.

The celebration of Labour Day has its origins in the Eight-hour day movement, which advocated eight hours for work, eight hours for recreation, and eight hours for rest."


Pergh banyak pula nama lain bagi 1st May...tapi part yang last sekali tu terkecuali lah kat India..pernah je aku kerja 18 jam under surgery posting, but now hanya 2 jam under ophthalmology posting!! hahaha Lain tempat, lain ragam...asalkan dapat cuti,layan~

Sunday, 20 September 2009

Esok Hari Raya

Salam..

Ramadhan tahun ini berlalu sangat pantas. May be sebab di awal Ramadhan, aku busy prepare untuk medicine end posting exam. Tahun ni agak lain keadaan sebelum raya. Memandangkan Malaysia yang dijangka beraya pada hari ahad, so kami semua pun plan buat sambutan raya hari ahad juga. Seperti tahun lepas, aku plan nak masak kuih keria. (walaupon aku pon tak tahu apelah kaitan hari raya dengan kuih keria). So semalam (sabtu), kami pergi ke pasar untuk beli barang-barang buat keria. Sekali peniaga di sana yang Muslim berkata, most probably raya hari isnin. Aku pun dah pelik..dan pada pukul 9 malam barulah semuanya confirm yang raya pada hari isnin.

Pagi tadi,aku call family yang sibuk beraya di rumah nenek Batu Pahat. Biasalah,suasana raya,mula lah adegan ayat-ayat sayu. Ada juga aku mengadu pada ayah aku yang aku rasa kecewa juga sebab apa yang dirancangkan tak jadi. Tapi aku ditegur oleh ayah aku. Dia ingatkan pada aku untuk bersyukur,sebab aku diberikan sehari lebih untuk bertemu dengan Ramadhan...alhamdulillah =)


Mood raya aku bermula pabila menerima kad raya daripada dia =) Siap ada duit raya (RM1 je ke??)




28 Ramadhan, (sabtu), aku dapat pula butang baju melayu. Ingatkan dah tak sempat sampai. Alhamdulillah, sampai juga dalam keadaan yang baik.



Beberapa hari sebelum raya, dapat 'beraya' dengan Asyraf =) Tak pernah lagi sentuh Asyraf..tapi ok lah, dapat tengok dia pun sudah cukup bagus.


Persiapan memulakan proses buat kuih keria!! ho yeah!!!


Kemas rumah yang tak pernah dikemas oleh aku sejak pindah =)


Itu dia, baju raya sudah digantung! (sila abaikan longgokkan baju atas katil itu)

Hari last berpuasa, kami satu batch berbuka di rumah Wari..antara hidangan yang dia sajikan adalah sate (sedap gile ah) dengan kuah kacang, nasi impit+sup=soto, dan juga kuah lode (gambar bawah). Terima kasih Wari sebab menaja makanan berbuka!!



Selesai berbuka puasa, kami bergerak ke Ecropolis, memulakan misi membuat kuih keria.. sedang ayik menggentel dan membentuk kuih keria (atas) dan digoreng oleh Alimin (bawah).

(aku tak tahu kenapa dia senget,dan tak tahu macam mana nak tegakkan gambar ni) =(


Selesai dengan kuih keria, kami sambung dengan membantu junior membuat kuih jala. Actually, benda yang sama jugalah yang kami buat tahun lepas. Membuat benda-benda ni bukan sahaja sekadar memenuhi tugasan kami, malah lebih kepada untuk mewujudkan suasana dimalam raya. Bak kata mak aku, raya di mana-mana pun sama sahaja,terpulang pada kita macam mana nak membuatkan dia meriah. Bawah menunjukkan cara-cara menebar roti jala yang ditunjukkan oleh Wari =)


.

Akhir kata... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

Sunday, 5 October 2008

Eid Mubarak






Selamat Hari Raya semua..

Walaupon dah raye ke-4, tapi ok je kan nak beraya lagi. Bagi aku,puasa sebulan,so raya pun kasi sebulan lah. Hahaha.. Actually saja aku letak gambar-gambar raya ni untuk memenuhi permintaan akak aku. Hari ni hari jadi akak aku! Happy birthday akak! Sure lain nyer cara sambutan birthday kali ni kan. Yelah,sebab sekarang dah bergelar isteri orang! hahaha Nak lagi best,kali ni birthday akak disambut dengan family di Melaka sekali,sebab dia baru je balik dari Perak (1st raya di rumah family suami). Dan paling best, 'hadiah' yang akak terima daripada Nya, alhamdulillah...tak sabar pulak rasa untuk menunggu detik itu nanti. Angah doakan yang terbaik untuk akak dan suami ;)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Wednesday, 27 August 2008

A Thousand Splendid Suns


Di hari pernikahan akak aku dan abang ipar aku.



Alhamdulillah,semua benda yang dirancang berjalan lancar. Majlis pun meriah dan akak aku pun selamat menjadi isteri orang. Aku pun dipermudahkan selamat sampai ke Malaysia dan sempat hadir dalam majlis akad nikah.

Flight Mangalore-Bangalore aku diubah waktu,awal 8 jam. So aku sampai kat Bangaluru Airport 12 jam
lebih sebelum flight aku ke Singapore. Memang sangap habis,tak tau nak buat apa kat airport tu.



Di CCD,layan kopi n novel, cuba menghiburkan diri yang tengah buhsan

So kat ruang lepak,aku nampak kedai buku. Nampak lak buku 'A Thousand Splendid Suns' by Khaled Hosseini (penulis yang sama untuk The Kite Runner). Best ah buku ni (atau may b sebab aku bohsan sangat). Lepak kat ccd lebih dari 8 jam,layan kopi2 die n bace buku. Akak ccd tu buat muke xpuas hati lak,tapi aku tengok,banyak je seat kosong,so no hal ah kalo aku lepak lame pon..kan?kan? hahaha..so bile dia buat muke je,aku oder ah secawan kopi len..so total 3 cawan aku minom!!! Tak pasal2 segar aku malam tu,tak boleh nak tido and asyik pegi toilet je (diuretic effect).

The Merlion of Singapore (yang tipunyer dalam Changi International Airport)

Sampai je Singapore, aku trus naik MRT pegi Lavender. Dari Lavender station tu aku sesat gak ah mencari bus station. Tanyer2 orang sana,and at last jumpe gak.
Selat Tebrau

Patutnya perjalanan ke Melaka 4 jam je,tapi bus rosak plak kat Ayer Hitam,so trus jadi 6 jam!

Aku sampai Melaka kul 3,and majlis nikah kul 5. Nasib baik sempat sampai gak.Alhamdulillah.



Nak share kat sini ape yang aku dapat dari buku tu. Ni kisah pasal Mariam yang merupakan anak kepada Jalil n Nana.Nana ni isteri Jalil yang ke-3 and bekas servant si Jalil. So Mariam ni diasingkan dari keluarga Jalil yang lain. Mariam duduk dengan ibunya Nana di pondok usang di kawasan asing dipinggir Kabul. So Mariam ni boleh kata hidup malang ah,ayah dia datang sekali seminggu,tapi ayah dia stil support hidup mereka. Nana pulak selalu memburukkan Jalil kerana tidak menjalankan tanggung jawap sebagai seorang suami dan ayah dengan sempurna.Nana selalu berkata yang hidup sebagai seorang perempuan seperti mereka amatlah seksa dan hina. Nana mengelar Mariam 'harami'.Namun bagi Mariam,dia tetap suka dengan ayah dia.
Nana bunuh diri sebab marah kat Mariam yang berdegil mahu pergi melihat rumah ayah dia di kota Kabul. So lepas tu,Mariam duduk dengan ayah nya. Family Jalil yang lain agak tak selesa dengan kehadiran Mariam and merangcang perkahwinan Mariam dengan Rasheed yang mana berusia jauh lebih tua dari Mariam.
Tapi hidup Mariam jauh lebih sempurna selepas perkahwinan dia dengan Rasheed walaupun pada awalnya Mariam tidak suka dengan perkahwinan ni.Dengan Rasheed,Mariam dilayan sebagai seorang wanita yang dihargai sebagai seorang isteri.

Panjang lagi cerita ni,tapi aku suka part mula2 novel ni. Menceritakan tentang kehidupan. Ye lah,kadang2 kita pikir kita ni malang je,dan penuh dugaan hidup,mahupun sebaliknya. Sesungguhnya dugaan hidup ni adalah ujian untuk menguji keimanan kita...

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi
(29:2)

Tapi dengan ketentuanNya,hidup kita boleh je berubah kalau itu ditakdirkanNya.Seperti dalam cerita ni,hidup Mariam berubah menjadi lebih sempurna selepas berkahwin dengan Rasheed.So kita kenelah hadapi semua dugaan hidup dengan sabar..

Hai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
(2:153)


Banyak lagi pengajaran lain yang boleh dapat daripada novel ni. Pendek kata aku memang suke gile buku ni..so sape2 yang berminat nak tau lebih,pegi lah bace..hehehe

Assalamualaikum..

Friday, 15 August 2008

Walimatul Urus

Aku nak balik Malaysia dah. Akak aku bernikah on 16th and majlis on 17th. So harap kawan2 doakan lah majlis berjalan lancar sebab ni lah 1st majlis perkahwinan dalam family aku. Kesian parents aku,pening pikirkan semua hal. Aku pulak tak boleh nak tolong sangat,sebab aku sampai Malaysia pun on 16th. Harap2 perjalanan balik aku dipermudahkan,so boleh lah aku hadir dalam majlis akad nikah nanti.

Semoga jodoh mereka kekal sepanjang hayat dan berbahagia sentiasa.Amin~

Walimatul urus Norliyana bt Samion dengan Azizi bin Mohamad


Assalamualaikum..

Sunday, 13 July 2008

Maryam binti Ahmed



2 gambar ni je ah yang ade dalam simpanan ku sekarang.Ni pon setelah di-crop dari gambar majlis pertunangan akak aku May lepas.

Assalamualaikum..
Hari ni nenek ku meniggal dunie. Moge ruhnye dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan mereka yang bertaqwa. Insya'Allah
Nak ambik peluang ni untuk minta rakan2 menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah nenek ku. Terima kasih..
Sepanjang hidup die,kami tidak mempunyai hubungan yang rapat.May be disebabkan keluarga belah ayah aku mempunyai ahli yang ramai dan kami sekeluarga merantau,tidak tinggal bersama nenek di kampung. Tapi bile aku pulang ke kampung,aku mesti akan datang urut kaki nenek aku,sebab die selalu kate yang aku ni seorang dokter. Kehilangan die baru buat aku sedar,lepas ni,tiada lagi urutan kaki dan panggilan dokter dari nenek ku. Terasa agak sayu bile fikirkan tak dapat hadir same dalam majlis perkebumian arwah nenek ku sendiri. Tapi aku anggap ni sebagai 'sacrifice' dalam usha aku mencari erti kehidupan (seperti yang aku cakap dlm post ku yg lepas). Tapi,ape2 hal pon,semua yang hidup pasti akan mati,so yang masih hidup ni kene teruskan kehidupan and ambik pengajaran.


Anas ibn Malik reported that Rasullullah s.a.w said:
There are 3 who follow the deceased,2 of them return,while one only remains with him. His family,his wealth and his deeds follow him. His family and wealth return, but his deeds remains with him.
(Sahih Muslim)

Assalamualaikum..