CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 31 August 2008

Harapanku Untuk Kemerdekaan

Assalamualaikum.. 31st Aug tarikh keramat negara kita. Aku percaya,semua rakyat Malaysia menyambutnya,tapi mungkin tidak sama cara sambutan itu. Aku berharap,cara sambutan kita itu tidak melanggar ajaran Islam. Bukan apa,sebenarnya sambutan kemerdekaan ini lebih kepada rasa syukur kita kepada Allah atas kemakmuran dan kebebasan negara kita. So pandai-pandailah kita fikir balik,bagaimanakah caranya kita harus tunjukkan rasa bersyukur kita itu.

Perpaduan Teras Kejayaan. Tema sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke 51. Aku rasa semua orang paham erti ayat tu. Agak simple,tapi bukan senang nak laksanakannya. Tapi insya'Allah, dengan usha yang berterusan dan doa,akan tercapai dan kekalah kemakmuran negara.

Cakap pasal perpaduan ni,terlalu besar maksudnya tu. Mungkin sekali imbas,bagi kita rakyat Malaysia,kita akan terus terfikir pasal perpaduan antara pelbagai kaum di negara kita.Perpaduan antara kaum ni telah lama diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara kita yang terdahulu. Alhamdulillah,bagi aku,isu perpaduan kaum nampak kemantapannya sekarang.

Sebenarnya isu ni kami bincangkan dalam usrah semalam yang diadakan di rumah Alimin. So banyaklah pendapat yang kami kongsikan bersama.
Bagi aku,isu sekarang ni lebih kepada perpaduan lain.Bagi aku, rakyat Malaysia sekarang mula berpecah atas dasar fahaman politik yang berbeza.

Baru-baru ni ketika aku balik ke Malaysia,isu utama terbentang di dada akhbar sekarang adalah senario politik Malaysia. Aku tak berpihak pada mana-mana parti,sebabnya aku sendiri tak tahu hal sebanar politik di Malaysia,sebabnye hidup berjauhan di negara orang. So sumber yang boleh aku dapat pun amatlah limited. Aku tahu,isu politik tu sekarang memang nampak teruk,tapi menjadi kewajipan kita juga untuk mengambil tahu hal berkaitan.

Namun,perpecahan diantara rakyat Malaysia berasaskan politik ni nampak semakin teruk. Sebenarnya,aku mula sedar hal ini since aku sekolah rendah lagi.
Aku pernah menetap di satu kawasan di mana perpecahan politik amatlah ketara. Satu kampung ni,terdapat 2 masjid, di mana jemaah bagi setiap masjid ni adalah berbeza. Yang membeza kan mereka adalah fahaman politik. Kalau lah isu perpecahan ni just berlaku pada solat 5 waktu,may be boleh diterima lagi (dengan alasan rumah mereka yang sama fahaman politik tu berdekatan dengan kawasan masjid yang berbeza). Namun,yang sungguh aku kesalkan bila hari jumaat. Since aku darjah 5,tak pernah masjid yang aku pergi (bukan berasaskan politik,tapi yang diiktiraf JAIM) cukup makmum nya. Kiranya,selepas solat jumaat,kami kene mengerjakan lagi solat zuhur berjemaah. Memang ketara isu ni,dan lebih malang lagi,isu ni diketahui JAIM pada akhirnya. So tak silap aku,bila aku form 2 kot,masjid yang pada mulanya diiktiraf JAIM terpaksa diturun taraf menjadi surau dan tidak dibenarkan melakukan solat jumaat di sana, dengan alasan tidak cukup jumlah jemaah. Sekarang aku dah berpindah ke tempat lain. Alhamdulillah,kejadian seperti itu tak brlaku di tempat aku sekarang. Namun perkara tu mestilah akan aku abadikan dalam ingatan aku. Sanggup kah kita melihat benda yang sama ni berlaku berterusan? Bagi aku, walau kita berbeza macam manapun,namun bersatulah atas nama agama Islam kita. Perpaduan dan rasa cinta sesama umat Islam memang banyak dititik beratkan dalam Islam.

Abu Hurayra Al Ansari reported that Prophet Muhammad s.a.w said:
It is not lawful for anyone to abandon his brother in Islam for more than 3 nights, that when they meet he ignores the other, and the other ignores him, and the better of the 2 is the one who greets the other first.
(Sahih Muslim)

Abu Musa reported that Prophet Muhammad s.a.w said:

A believer to another believer is like a building whose different parts buttress each other.
(Sahih Muslim)

Abu Zarr reported that Prophet Muhammad s.a.w said:
Do not consider any good deed trivial even if it is only that you meet your brother with smile.

(Sahih Muslim)


So aku mengharapkan dan berdoa,moga negara aku Malaysia akan terus aman dan damai dengan erti kemerdekaan dan kebebasan yang sebenar. Insya'Allah perpaduan antara rakyat Malaysia am nya,dan perpaduan sesama Muslim khususnya dapat menjamin erti kemerdekaan yang kita impikan.

Happy Birthday Malaysia!!

Assalamualaikum..

Saturday 30 August 2008

Hepi Besday Gladiator!!

Gladiator-aku-Alimin

30th Aug 2006..satu lagi tarikh yang aku akan sentiasa ingat..besday si Gladiator!! Kiranya sekarang,dah 2 tahun ia berjasa pada aku. Setakat ni,baru sekali ia buat hal,rosak tengah2 jalan..so kene lah aku tolak ia tengah2 panas. Sekali juga kami accident, dilanggar kereta senior. Syukor,tiada apa yang rosak dan aku pun selamat. Sekali juga lah kami disaman oleh polis India ni,sebab kami tak tahu pulak yang jalan tu one way..Banyak kenangan manis mahupun pahit kami lalui..aku bersyukor pada Nya atas 'jodoh' aku dengan Gladiator..pada awalnya ragu2 juga untuk beli,sebab di India, Yamaha bukan lah jenama yang gempak. Tapi lepas aku beli,ramai budak2 Malaysia yang lain ikut,sebab kami yakin dengan Yamaha...disebabkan besday,esok aku akan basuh Gladiator kasi kilat!! (lama dah aku x basuh motor ni)..moga 'jodoh' kita kekal sampailah aku habis study di India ni..insya'Allah

Yamaha family..Halim,aku,Habib

Happy Birthday Gladiator!!

Thursday 28 August 2008

Orang tanyer,kita jawap..tu pun kalau kita tau jawapan lah...

Pernah satu hari, ketika aku keluar jalan-jalan dengan kawan aku, kitorunk borak-borak pasal isu agama. Dia timbulkan satu persoalan. Aku tau jawapan bagi persoalan tu,so aku jawap ah. Lepas tu dia bertanya kat aku dalil bagi jawapan tu. Memang ah berasap satu badan pada mulanya. Yelah,dia yang timbulkan soalan and aku jawap,lepas tu nak pertikaikan pulak. hahaha.

So aku pada mulanya diam je. Lepas tu aku rasa aku perlu bagi tau alasan aku. Memang benar aku tak tahu mana-mana dalil Al-Quran mahupun hadis pasal isu tu. Tapi aku jelaskan bahawa benda tu lah yang diajar dan aku amal ketika aku di sekolah dulu.

Daripada peristiwa tu,aku rasa boleh aku belajar something ah. Jangan lah kita ni beramal sesuatu tapi tak tahu apa alasan atau dalilnya. So nanti korunk tak de lah kene sebijik macam aku tu. Tapi yang lagi penting adalah bagi mengukuhkan keimanan diri kita gak. Sebab kalau kita tahu sebab dan dalil,maka insya'Allah kita akan terhindar dari kesesatan (tak delah ikut je kata2 orang membuta tuli je).

Aku rasa semua orang tahu pasal rukun iman dan rukun Islam. Tapi persoalannya,tau ke asal usul benda ni?? (ni bukanlah persoalan yang sama untuk peristiwa tu k). Terus terang kalau persoalan ni ditanya pada aku,aku sure akan jawap dengan muke ragu2 dan malu yang aku just tau dari guru-guru agama aku since sekolah rendah lagi (hafal untuk exam).

Aku terjumpa satu hadis ni yang diriwayatkan oleh Abu Hurayra (Sahih Muslim)..

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w ketika sedang duduk dengan beberapa orang sahabat,maka datanglah seorang manusia. Dia bertanya pada nabi..
"Apakah itu iman?"
Nabi pun menjawap, Iman itu adalah percaya kepada Allah, Malaikat Nya, kitab-kitab Nya, nabi-nabi utusan Nya, Qada' & Qadar dan hari akhirat.. (rukun Iman lah ni)

Pemuda itu pun bertanya lagi
"Apakah itu Islam?"
Nabi membalas bahawa Islam itu adalah menyembah Allah sahaja dan bukan yang lain (kalimah syahadah), menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu. (rukun Islam lah ni)

Pemuda tu bertanya lagi
"Apakah ibadah yang sempurna (al-ihsan)??"
Nabi menjawap, ibadah yang sempurna adalah menyembah Allah seperti kita melihat Nya ataupun seperti Dia melihat kita.

Kemudian pemuda tu bertanyakan mengenai hari akhirat.Nabi menjawap...
" Sesungguhnya yang menjawap soalan ini tidak mengetahuinya lebih baik dari yang bertanya, tapi saya akan beritahu kamu 5 tanda-tanda bagi hari akhirat"

"Seorang ibu yang melahirkan tuan kepadanya. Mereka yang tidak berilmu dipilih menjadi ketua. Penunggang unta yang bermegah dengan kejayaannya. Manusia berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi. Tanda yang ke-5 hanya Allah yang mengetahuinya.."

"Sesungguhnya Allah, hanyalah pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia lah yang menurunkan hujan,dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(31:34)"

Kemudian pemuda itupun beredar. Kemudian nabi menyuruh sahabat memanggil pemuda itu kembali namun gagal. Kemudian nabi berkata bahawa pemuda itu adalah jelmaan Jibril.

Kira lepas ni kalau orang tanyer,boleh lah gak jawap. Tapi ni cuma satu contoh je. Malah yang lebih penting lagi adalah pengajarannya iaitu beramal dengan ilmu dan pada masa yang sama, ilmu tanpa amal pun tiada gunanya..

Assalamualaikum..

Wednesday 27 August 2008

A Thousand Splendid Suns


Di hari pernikahan akak aku dan abang ipar aku.



Alhamdulillah,semua benda yang dirancang berjalan lancar. Majlis pun meriah dan akak aku pun selamat menjadi isteri orang. Aku pun dipermudahkan selamat sampai ke Malaysia dan sempat hadir dalam majlis akad nikah.

Flight Mangalore-Bangalore aku diubah waktu,awal 8 jam. So aku sampai kat Bangaluru Airport 12 jam
lebih sebelum flight aku ke Singapore. Memang sangap habis,tak tau nak buat apa kat airport tu.



Di CCD,layan kopi n novel, cuba menghiburkan diri yang tengah buhsan

So kat ruang lepak,aku nampak kedai buku. Nampak lak buku 'A Thousand Splendid Suns' by Khaled Hosseini (penulis yang sama untuk The Kite Runner). Best ah buku ni (atau may b sebab aku bohsan sangat). Lepak kat ccd lebih dari 8 jam,layan kopi2 die n bace buku. Akak ccd tu buat muke xpuas hati lak,tapi aku tengok,banyak je seat kosong,so no hal ah kalo aku lepak lame pon..kan?kan? hahaha..so bile dia buat muke je,aku oder ah secawan kopi len..so total 3 cawan aku minom!!! Tak pasal2 segar aku malam tu,tak boleh nak tido and asyik pegi toilet je (diuretic effect).

The Merlion of Singapore (yang tipunyer dalam Changi International Airport)

Sampai je Singapore, aku trus naik MRT pegi Lavender. Dari Lavender station tu aku sesat gak ah mencari bus station. Tanyer2 orang sana,and at last jumpe gak.
Selat Tebrau

Patutnya perjalanan ke Melaka 4 jam je,tapi bus rosak plak kat Ayer Hitam,so trus jadi 6 jam!

Aku sampai Melaka kul 3,and majlis nikah kul 5. Nasib baik sempat sampai gak.Alhamdulillah.



Nak share kat sini ape yang aku dapat dari buku tu. Ni kisah pasal Mariam yang merupakan anak kepada Jalil n Nana.Nana ni isteri Jalil yang ke-3 and bekas servant si Jalil. So Mariam ni diasingkan dari keluarga Jalil yang lain. Mariam duduk dengan ibunya Nana di pondok usang di kawasan asing dipinggir Kabul. So Mariam ni boleh kata hidup malang ah,ayah dia datang sekali seminggu,tapi ayah dia stil support hidup mereka. Nana pulak selalu memburukkan Jalil kerana tidak menjalankan tanggung jawap sebagai seorang suami dan ayah dengan sempurna.Nana selalu berkata yang hidup sebagai seorang perempuan seperti mereka amatlah seksa dan hina. Nana mengelar Mariam 'harami'.Namun bagi Mariam,dia tetap suka dengan ayah dia.
Nana bunuh diri sebab marah kat Mariam yang berdegil mahu pergi melihat rumah ayah dia di kota Kabul. So lepas tu,Mariam duduk dengan ayah nya. Family Jalil yang lain agak tak selesa dengan kehadiran Mariam and merangcang perkahwinan Mariam dengan Rasheed yang mana berusia jauh lebih tua dari Mariam.
Tapi hidup Mariam jauh lebih sempurna selepas perkahwinan dia dengan Rasheed walaupun pada awalnya Mariam tidak suka dengan perkahwinan ni.Dengan Rasheed,Mariam dilayan sebagai seorang wanita yang dihargai sebagai seorang isteri.

Panjang lagi cerita ni,tapi aku suka part mula2 novel ni. Menceritakan tentang kehidupan. Ye lah,kadang2 kita pikir kita ni malang je,dan penuh dugaan hidup,mahupun sebaliknya. Sesungguhnya dugaan hidup ni adalah ujian untuk menguji keimanan kita...

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi
(29:2)

Tapi dengan ketentuanNya,hidup kita boleh je berubah kalau itu ditakdirkanNya.Seperti dalam cerita ni,hidup Mariam berubah menjadi lebih sempurna selepas berkahwin dengan Rasheed.So kita kenelah hadapi semua dugaan hidup dengan sabar..

Hai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
(2:153)


Banyak lagi pengajaran lain yang boleh dapat daripada novel ni. Pendek kata aku memang suke gile buku ni..so sape2 yang berminat nak tau lebih,pegi lah bace..hehehe

Assalamualaikum..

Friday 15 August 2008

Walimatul Urus

Aku nak balik Malaysia dah. Akak aku bernikah on 16th and majlis on 17th. So harap kawan2 doakan lah majlis berjalan lancar sebab ni lah 1st majlis perkahwinan dalam family aku. Kesian parents aku,pening pikirkan semua hal. Aku pulak tak boleh nak tolong sangat,sebab aku sampai Malaysia pun on 16th. Harap2 perjalanan balik aku dipermudahkan,so boleh lah aku hadir dalam majlis akad nikah nanti.

Semoga jodoh mereka kekal sepanjang hayat dan berbahagia sentiasa.Amin~

Walimatul urus Norliyana bt Samion dengan Azizi bin Mohamad


Assalamualaikum..

Tuesday 12 August 2008

Dinner Bersama 'Adik'


18th and 22nd July budak2 junior datang ke sini. Bermula lah hidup diorunk kat bumi India ni. Agak lain kali ni,sebab yang datang on 18th tu merupakan 1st batch yang dihantar oleh JPA untuk course BDS dan yang on 22nd tu course MBBS.



Video yang dibuat oleh Abdul Halim (Pizapoyo)


So malam ni (11th Aug) MSA, Malaysian Student Assosiation, dengan berbesar hati (ye ke?)
menganjurkan dinner rasmi menyambut kehadiran diorunk di Goldfinch Hotel,Mangalore.



Diberitahu sekarang dah 155 Malaysians kat bumi Mangalore,India yang merupakan 3 batch MBBS-05,06 n 08 dan BDS-08.Selain KMC, ade 5 orang buat BDS di A.B Shetty College, Mangalore.

Selain sambut diorunk, dinner ni dibuat sebagai majlis pertukaran organisasi baru MSA. Dulu Alimin (05) jadi pres, now Mahfiz (06) pulak jadi pres. Ok lah tu,lame dah Alimin pegang jawatan ni,dah hampir 3 tahun.


(atas)Alimin memberi ucapan selaku presiden MSA yang lama, di atas stage bersama Dila,Novinth,Eustace n Rhema.

(bawah) Mahfiz,presiden baru MSA dan Hazimah.

Sejarah penubuhan MSA ni agak targis ah. Tengok lah kat video yang aku attach tu,video ni dibuat oleh Abdul Halim Abdullah (penuh aku promote name ko ni). 1st meeting kitorunk dibuat di Pabbas je,dimane pada masa tu Huzaimi dilantik jadi pres. Then, bila Huzaimi pindah college, Azuwairi pulak jadi pres lepastu Alimin.

Cakap pasal dinner bersama 'adik-adik' (Amad)..ok gak ah. Actually budak2 laki batch diorunk sikit je,so dah jumpe dalam usrah sebelum ni,for non-Muslim,aku dah jumpe kat hostel diorunk. So kire malam tu aku n Hanif lebih pada enjoy makanan disitu je.
Lame dah kitorunk tak buat dinner macam ni. Best ah menu yang dipilih penganjur. Layan ayam bbq die pon dah cukop membuatkan aku tersenyum..sedap2! Sambil makan,sambil bergambar. Sebab sekarang kitorunk ade 2 cameramen dgn camera Nikon D40 nyer. Hatta,bile dalam lift n luar hotel pon, pic kami diambik lagi..haish

Bergambar sebelum balik..hujan lebat kat luar tu.


So sekarang dah bertambah le bilangan kami di sini. Moga terus united,baru lah tak mudah ditipu oleh tempe (kes yang lepas2) and yang lebih penting sama2 kita balik ke Malaysia nnt dengan tercapainyer cita2 kita...Insya'Allah


p/s: gambar2 ni diambil oleh Safwan,tu gambar2 lain,click disini

Assalamualaikum..

Monday 11 August 2008

Pulon wei!! Good Luck

Macam aku cakap dalam blog aku yang lepas,aku nak habiskan weekend aku kali ni kat Manipal. Tapi lambat gak aku decide nak pergi sana. Budak2 batch 19 tengah uni. exam and budak2 batch 20 ade test isnin tu. Tapi sebabkan aku nak balik Malaysia jumaat ni,so kene lah melawat diorunk dulu kan..hehehe..harap tak susahkan korunk..

Mula2 plan nak gerak 9 pagi,tapi hujan ah. So kul 10 hujan stop,aku n Habib gerak gi naik bas. Sebabkan hujan,malas nak naik motor. Sampai sana lunch dengan budak2 ni.

Banyak gak aku dapat kat sana. Belajar bahasa Sarawak, Kelantan mahupon Jepun. Paling best belajar cara2 nak bezekan duit palsu India...menarik tu,sapa2 nak tau,msg aku ah..tak boleh bagi tau kat sini atas tujuan keselamatan =p
Masa balik,dalam bas tu aku dapat sms dari Halim. Dia kata ade bus strike. Tapi aku nampak ade je bas kat Manipal,so aku rase Halim saje je tu. Tapi betul ah,tengah2 jalan tu,polis tahan bus kitorunk. Aku pun tak tau pasal ape,malas nak layan perangai tempe2 ni..so aku n Habib ikut je diorunk. Selagi bleh sabar,memang kene sabar dengan tempe ni. Kami diarahkan tuk tukar bas. So lambat ah kitorunk sampai. Sepatutnyer sejam setengah je perjalanan,tapi dah jadi 2 jam setengah..(sabar2).. terpakse asar dalam bas je (sabar2) MEMANG TEMPE!! (dah tak tahan sabar) huhuhu

Last week usrah buat kat rumah aku. Aku diminta ulas pasal buku bertajuk 'Isu2 Fiqh Perubatan Semasa'. Aku pilih persoalan ' Apakah hukum dokter lelaki merawat pesakit wanita?'


Dalam aku baca buku tu. Aku terjumpa ayat Al-Quran ni. Rasa best lak nak share kat sini sebab banyak kaitan dengan hidup kita semasa.

Surah Al-Ahzab bermaksud 'golongan-golongan yang bersekutu. Perang Al-Ahzab berlaku antara orang Islam dengan Yahudi + Musyrikin + Munafik.

Ayat yang aku nak share ni pasal peristiwa yang berlaku dalam perang tu lah. Pada ketika tentera Islam dikepung oleh pihak lawan,sebahagian daripada mereka dah pikir yang Islam akan kalah n give up. Namun sangkaan mereka salah. Allah memnurunkan bantuan Nya dalam bentuk ribut taufan yang akhirnya menyebabkan pihak lawan lari bertempiaran. (rumusan dari 33:9-27)

So ape yang aku nampak,dalam kita hadapi cabaran, tak kisah lah ape pun bentuk cabaran (study ah kalo kite ni pelajar)..so kene ah tabah and yakin akan pertolongan Nya. Sesungguhnya kadang2 kita diuji oleh Allah,nak tengok sama ada kita ni cepat melatah and mengaku kalah (give up). Patut nya kita yakin,tiada apa yang mampu menghalang jika kita ditakdirkan dengan kemenangan mahupun sebaliknya(kun faya kun!). So hanya pada Allah kita meminta pertolongan..(mcm bese je bende2 ni..ala,saje nak ingatkan diri aku n korunk)

So pada kawan2 yang tengah exam sekarang ni,teruskan ah study tu (pulon wei, jangan x pulon, nnt nyesal!). Sambil berusha, jangan lupa diiringi doa. So sama2 doa kejayaan kita berserta niat yang betul..
Insya'Allah..


Assalamualaikum

Tuesday 5 August 2008

Tempe ooOohHhhhHH Tempe!!

Baru balik dari Empire mall, keluar dengan Halim. Nak cita kat sini pasal perangai tempe,yang makin lama buat aku rasa rimas tahap mentibang ni.

Aku mula-mula plan nak beli kemeja baru tuk aku pakai masa majlis perkahwinan akak aku. Sebabkan family aku decide nak pakai baju warna biru, so aku memang aim kat baju biru je ah. So aku masuk ah satu kedai ni kat Empire Mall tu. 1st time aku masuk kedai tu. Kedai tu agak nampak gempak ah dari luar. Banyak jual pakaian formal ke office ah. Sebabkan ade poster besar gile 'sale up to 60%', so teruja gak lah aku nak masuk.

Memang betul ah ade sale,tapi untuk stock yang lame2 je. Tapi aku memang dah agak dah macam tu(masak dengan perangai tempe). So sedang aku rambang mata cari baju warne biru,aku nampak ah kat hujung kedai tu, deretan kain2 ela. So aku pun tanyer ah kat promoter sorang tu, dia kata boleh beli kain,then boleh upah jahit baju kat kedai tu gak. Bila aku tanyer harge total,aku rasa agak o.k ah kalo ade yang aku minat (biru).

Mula2 aku tengok2 kat deretan kain yang warne biru. Tapi tah le,semua nampak sama macam baju2 aku yang lain (aku banyak baju biru). Tiba2 kat hujung deretan kain tu, aku nampak kain warne putih. Teringat lah aku nasihat Ustaz Salam.

Ustaz Salam pernah tegur aku dan kawan2 aku yang lain pasal pemakaian kami ke masjid. Dia tegur lah, kalau boleh jangan lah pakai baju2 yang bewarne cerah ke, gelap ke. Sebab dia ade cerita kisah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, yang mana nabi pernah menegur seorang sahabat yang berpakaian gelap ke masjid. Lalu setelah ditegur,sahabat itu pulang dan membakar pakaian tu. Kemudian nabi tegur kembali sikap sahabat tu, nabi berkata sepatutnya pakaian itu diberikan kepada kaum hawa.

Lebih kurang macam tu lah kisahnya. So aku pun terlintas tuk beli kain putih yang bercorak jalur2 untuk dijadikan kurtha. So aku tanya lah harga kain. Harga agak murah kalau nak compare dengan yang siap. Lagipun aku agak susah nak cari baju kat India ni,sebab aku kurus kot. So lepas tu aku tanya harga upah tempah. Promoter tu pegi lah tanyer si tailor. Tailor tu pon dengan yakin ambik pita ukur and terus ukur labuh kurtha yang aku nak,sebab nak tau berapa panjang kain perlu aku beli.Lepas tu dia bagi tahu yang kos upah adelah Rs&&&. So bila total,harga dia lebih kurang sama dengan harga kurtha yang dah siap (yang elok punyer lah). So aku pun setuju je.

Lepas bayar tuk harga kain,aku disuruh jumpe tailor. Dia ambik ukuran baju lengkap. Lepas tu aku nampak dia buat bil. Terkejut aku,nampak harga yang diletak 2 kali ganda dari harga yang dijanjikan untuk upah jahit. So aku tanyer dia kenapa. Dia kata Rs&&& adalah tuk harga kurtha pendek. So aku pun tersenyum blurrrr....

Tiba2 aku teringat kisah kawan2 aku yang lain. Kisah dimana diorang kene tipu dengan tempe....

1. Kisah kawan baik aku yang disuruh pindah dari rumah yang di sewa. Diberi masa sebulan lebih je tuk cari rumah lain. Malang nya lagi, masa tu dia tengah uni. exam. Lepas uni exam pulak,diorunk ade sesional exam. So dirunk kene ah menumpang rumah kawan2 yang lain.
2.Kisah orang yang sama. Berlaku semalam. Masa diorunk mencari rumah tu,diorunk jumpe dengan satu broker ni. Dia tunjuk ah satu rumah kosong. Lepas tu dia mendiamkan diri. So kawan aku ni cari ah broker yang lain. Pendek kan cerita,broker yang baru ni pun cadangkan rumah yang sama. So sebabkan exam semua,kawan aku ni pon o.k je lah dengan rumah tu. Semalam, broker yang 1st tu ikut kawan aku sorang ni dari kolej sampai ah ke rumah baru dia. Then,dia mintak duit konon2 upah bayaran sebab tolong dia cari rumah tu. Padahal,bukan dia yang uruskan dan kawan aku ni dah bayar kos upah tu kat broker yang lagi satu. Dia mintak Rs7000. Kawan aku gaduh mulut dengan dia,then dia mintak kurang Rs4500. Tapi nasib baik kawan aku ni agak sedar akan sikap tempe,so dia abaikan je tempe tu mengamuk sorang2. Aku puji sikap kawan aku ni.
3.Kami yang tinggal di Maharaja Residency ni kene bayar extra Rs200 untuk maintainance dengan alasan yang kami ni orang luar yang menyewa di apartment tu.

Dengan kisah2 kawan aku tu,aku pun terasa aku kene tipu ni. So aku tak pikir banyak,aku nak dia jelaskan apa yang dia buat ni. Lepas tu dia nak ngamuk2 lak dengan aku. So aku terus jumpe promoter yang aku deal dengan dia awal2 disebabkan aku paham sangat ape yang dia cakap.

Gaduh2 mulut je lah si promoter tu dengan tailor. Aku just bagi tau,yang aku nak bayar dengan harga Rs&&& seperti yang telah dijanjikan mula2. Sebenarnya memang salah si tailor sebab dia menipu bila promoter tu tanyer dia harga upah. Akhirnya si tailor tu pun setuju (terpaksa kot) tuk bagi harga Rs&&&. So aku bayar je lah. Dia mintak balik bil tadi. So aku bagi,bila aku dapat balik bil tu, aku nampak yang dia mengubah tarikh siap baju tu. Aku pun terus je bagi tau si bos,lepas tu tah hape diorunk borak and gaduh,last2 dapat balik tarikh asal.

Sebenarnya bukan lah sebabkan duit tu sangat. Bagi aku,main point dia adalah sikap diorunk yang ingat senang2 boleh tipu kami as foreigners ni?? Diorunk ingat aku baru lagi ke kat sini. Dah agak masak dah dengan diorunk ni.

Tujuan aku buat post ni bukan ah nak meng-aib-kan sapa2. Cuma bagi kawan2 yang kat India ni,jangan bagi muka sangat kat tempe2. Memang kadang2 kita rasa malas nak layan, and ikut je kehendak diorunk...tapi lama2 kene pijak kita nanti (semangat ni)..huhuhu

Assalamualaikum..

Monday 4 August 2008

Rempit Lagi..



Weekend kali ni,kitorunk bdk2 KMC pergi melawat masjid yang baru dibina, Badriya Juma Mosque. Jarak dia dari tempat aku agak jauh,30 minit perjalanan naik motor. Sebenarnya,kitorunk pergi sana untuk menyerahkan duit kutipan sumbangan bagi menampung sedikit perbelanjaan pembinaan masjid tu.
Nur Masjid

Zohor (1 p.m) kami berkumpul di Nur Masjid. Lepas solat,kami bergerak ke rumah pakcik Abas. Ade makan free tu,so macam biasa, mana boleh lepaskan peluang macam ni.Sampai je di rumah pakcik Abas, aku nampak banyak betul makanan,nampak lain betol. Walaupon aku dah 3 tahun lebih kat India,tapi ni baru 2nd time aku makan di rumah orang India. Agak lain ah cara diorang hidang,variety lauk memang banyak.Dengan layanan pakcik Abas yang mesra lagi. Aku hanya mampu tersenyum gembira =p


Pakcik Abas melayan kami sebagai tetamu (haish...baik hati sungguh pakcik ni)


Yang membuatkan aku tersenyum riang....layan2


Makanan special dari Mangalore. Kitorunk suke gile kurma tu, rase ala2 masak lemak cili padi,dimakan dengan kepingan roti dari tepung beras (kot)


Lepas makan, sementara tunggu yang lain habis,aku bermain dengan cucu pakcik Abas, Muhammad. Aku rasa dia ni sebaya dengan adik aku, Saril. Agak lincah and nakal,sama ah perangai dengan adik aku tu. Cuma yang lain,aku tak boleh berkomunikasi sangat dengan dia. Aku kompius gak,nak cakap english ke,kannada atau urdhu (hindi)..last2 aku mix je english and hindi (atau aku reke bahase baru kot).



Pukul 3 p.m kitorunk gerak,mulakan perjalanan ke Badriya Masjid. Jalan yang agak berlubang2 (India mmg mcm ni,dah biase..). Alhamdulillah,kami dipermudahkan Nya, langit mendung,tapi tak hujan, walaupon jalan tu berlubang2, tapi tak de siape yang jatuh.Kami semua 4 motor (7 orang). Aku bawak Zul, Habib bawak Alimin,Halim bawak Mahfiz dan pakcik Abas sorang..(Alimin serik sebab ade pengalaman jatuh motor dengan pakcik Abas)

Kira-kira pukul 3.30, kami sampai. Agak besar masjid ni untuk jemaah kawasan kampung tu. Alhamdulillah, hampir sempurna aku nampak pembinaan rumah Allah ni. Kami mulakan dengan solat tahiyatul masjid. Lepas tu dengar lah penjelasan sikit-sikit pasal masjid tu oleh pakcik Abas. Lepastu aku dan Zul mengambil beberapa gambar untuk simpanan kami.

Pandangan luar Badriya Juma Mosque yang masih dalam pembinaan.


Madrasah yang uzur di tepi masjid,buat masa ni,madrasah ni jadi bengkel pembinaan masjid.


Pandangan dalam masjid yang masih dalam pembinaan


Lepas tu kami asar berjemaah. Then, Alimin menyerahkan duit kutipan kepada wakil jemaah sana. Kami diberitahu bahawa duit sumbangan tu akan digunakan untuk mebeli lampu2,kipas, jam dan beberapa barang dalaman yang lain.

Tak sangka lak,kat luar masjid kami disajikan dengan air kelapa. Sambil minum tu,kami berborak-borak dengan pakcik-pakcik yang ramah sungguh dengan kitorunk.Sebabkan bahasa yang digunakan kami tak paham sangat,macam biasa ah,kepala angguk-anguk je tanda setuju dengan apa yang diorunk cakap. Bila diorang senyum, aku pun senyum. Bile diorunk gelak,aku mule blurr, diorang buat lawak pasal ape ni?? Aku assume sebab dekat kawasan masjid, so semue kate-kate diorunk tu baik-baik ah kot..


Bersalaman sebelum gerak balik


Sambil minum air kelapa, Halim kecoh bercerita pasal magic

Sebenarnya, berdekatan dengan masjid tu ada zoo, tasik dan Manasa water park. So lepas kami bersalam-salaman dengan pakcik2 kat sana, kitorunk pilih tuk melepak di tasik. Ni 2nd time aku sampai kat tasik tu. Tak de ape pon tasik tu,tapi ok lah kalau pergi sana ramai-ramai. Sambil pusing tasik tu,sambil dengar Mahfiz buat lawak..terhibur gak ah.Berjalan-jalan tepi tasik sambil dengar lawak Mahfiz


Habib, Zul, aku, Mahfiz, Alimin

Pukul 6.30, kami gerak pulang ke Nur Masjid tuk maghrib. Lepas solat,kitorunk pegi Bharat Mall tuk dinner. Mula-mule Alimin ajak pegi CCD,tapi nasib baik penuh, tak de seat(mane kenyang makan kat CCD),so kitorunk decide dinner kat food court baru kat atas. Lepas makan,kitorunk gerak pulang..

Seronok ah habiskan weekend macam ni. Tak de ah duduk lepak dalam bilik je kumpul lemak. Sebab kami budak2 KMC cuti cuma on Sunday je,so memang kene guna habis2 ah..next weekend tak de ape2 plan lagi ni...ade cadangan?? manipal kot..

Abu Hurayra reported that Rasulluallah s.a.w said:
If any of you give in charity the equivalent of one date out of money that you earned honestly. Then Allah will take it into His right hand and increase its reward for the one who gives it, in the same way as you raise a young foal, until it increases to the size of a mountain.
(Sahih Muslim)

Sunday 3 August 2008

Two Eyes


Two eyes are best friends
Both see together
Both blink together
Both sleep together
Both cry together
But,when they see a girl,only one blinks


HAPPY FRIENDSHIP DAY!!


p/s: kepade pengirim sms ni,mekasih... =p moral value die pandai2 ah korunk pikir..hehehe and all these juz happen kat normal,perfect eye ah,if squint or other abnormalities, tak bleh gak..


Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah perumpamaan kedua belah tangan,di mana yang satu membasuh yang lain

Friday 1 August 2008

The Dark Knight




Malam lepas aku dan Halim kuar tengok cite batman yang terbaru, The Dark Night. Since movie ni kuar kira2 last 3 weeks kot,so banyak aku dengar komen dari budak2 ni sebelum tu. Macam Nade yang sungguh2 mempromote cite ni kat kami semua, dalam YM n blog die. Kalau masa posting, sementare tunggu prof masuk,boleh je aku dengar diorunk borak2 pasal cite ni,aku tak leh nak join ah,sebab tak tau ape2.

Aku ade je plan nak tengok cite ni masa Ammar, Syahir n Syuk datang,kire2 2 minggu lepas kot. Tapi aku ade klas ah mase tu, diorunk pon singgah kejap je sini. Budak2 KMC len semua dah layan mase 1st day movie ni kuar.

Kitorunk pilih yang kul 10 mlm nyer,sebab waktu lain tak sesuai ah dengan klas and waktu solat.Sebabkan tak sempat nak dinner sebelum tu,kitorunk beli ah macam2 makanan bawak masuk. Macam berkelah dalam cinema hall plak. hahaha

Bagi aku,cita ni ok je. Mungkin sebab aku tengok lambat kot, and dah dengar summary cite dari budak2 lain. Atau may b sebab aku expect sumthing more kot,ye ah,budak2 ni cakap,cite ni full dgn actions yang gempak2..so aku dah leh bayangkan macam2. hahaha


Batman @ Bruce Wayne (Christian Bale)

Nak cakap pasal movie ni,aku suke ah ending die, Lt. James Gordon dgn Batman cakap mase Two Face (Harvey) mati. Yang menarik pasal movie ni ade lah kuase psycho si Joker. Kalau nak ikutkan,main power si Joker adelah ayat2 die tuk hasut orang. Contoh mase ramai orang yang ade dalam 2 kapal berasingan..yang mana Joker suruh mereka meletupkan kapal yang lagi satu,sebelum pukul 12mlm.Kalau tak,die sendiri yang letupkan. Nak jadikan cerita,antare 2 kapal tu xleh nak berhubung plak..so masing2 cuak,same ade nak membunuh orang untuk selamatkan diri,atau berkorban.


Harvey @ Two Face (Aaron Eckhart)

Lagi satu,masa dia hasut si Harvey sehingge ah Harvey jadi jahat (Two Face). So Lt.James dah anggap yang Joker lah yang menang.


Joker (Heath Ledger)


Kalau nak compare dengan batman yang punyerlah canggih alat2 dia,memang nampak sangat ah Joker awal2 lagi akan kalah. Tapi dengan mind power die je,boleh ah die bertahan lama.3 jam tu cite ni semate2 nak tunjuk perangai si Joker and betape liatnyer nak tangkap dia. Pukul 1 pagi baru habis!!

So bleh ah kot nak ambik kat sini,dengan kuasa minda pon kita stil leh 'control' keadaan or orang lain. So same2 kasi asah otak ni,biar power sikit. Tapi bila dah power,jangan lak salah gunekan. Kalau tak,nanti huduh macam si Joker. (macam warning kat budak2 kecik plak).hahaha

Aku yang sempat bergambar dengan Batman... =p