Salam..
Hari ini aku pergi hospital setelah 3 hari duduk terperap dalam bilik. Walaupun aku tahu,perasaan bosan duduk dalam bilik itu tidak akan berubah dengan kebosanan duduk dalam OPD,opthal..tapi dah tiba giliran aku untuk bertugas,so aku kuatkan diri juga untuk pergi.
Kali ini lain sikit. Buat pertama kali aku dan Dr. Taha [co-intern] dipanggil oleh Dr. Anupama [kalau tak,kami just duduk baca buku atau borak kosong]. Seraya memperkenalkan kepada kami kepada seorang makcik tua, dia menyuruh kami bawa pesakit itu ke bilik FFA. Macam biasa, buat muka yakin dan berkata 'OK mam!'
Sambil berjalan menuju ke bilik yang aku sendiri tak tahu di mana, aku cuba mencari-cari maksud FFA room itu sendiri. Tiba-tiba bahu aku dicuit oleh Taha lalu dia bertanyakan soalan yang bermain-main di dalam fikiran aku. HAHAHAHA adeh~ masalah besar ni. Dengan muka tak-tahu-nak-buat-macam-mana,kami pergi bertanya kembali kepada Dr.Anupama maksud FFA itu sendiri. [malu bertanya,salah bilik nanti] ...FFA-> Fundus Fluorescein Angiography. [Itulah akibatnya kalau pergi posting tanpa ada perasaan untuk study subject yang mana kami belajar 2 tahun yang lepas. ]
Basic info pasal pesakit kali ini, dia merupakan pesakit kencing manis [Diabetes Mellitus] untuk 15 tahun,dan sekarang datang ke ophthalmology opd untuk follow up kes diabetic retinopathy. Makcik ini dikirakan bernasib baik,sebab datang awal ke hospital untuk rawatan mata. Diberitahu kepada kami oleh Dr.Anupama, hampir 90% of DM patients akan menghadapi retinopathy selepas 10 tahun mempunyai kencing manis, yang membezekan hanyalah tahap serius [severity] penyakit itu.
Complications untuk diabetic retinopathy ini adalah seperti vitreous haemorrhage, detachment mahupun buta. Kami dijelaskan management untuk kes ini dan rawatan yang diberikan kepada pesakit ini adelah laser disebabkan ia merupakan jenis proliferative diabetic retinopathy. Sambil melihat Dr.Anupama melakukan laser therapy, dia berkongsi dengan kami tuduhan yang dilemparkan oleh pesakit kepadanya suatu ketika dahulu.
Perlu dijelaskan kepada pesakit bahawa rawatan laser ini hanyalah bertujuan untuk menghalang komplikasi penyakit ini berlaku, maka rawatan ini bukanlah bertujuan untuk menyembuhkan penyakit itu sendiri. Pendek kata, jika rawatan ini diberikan di tahap awal, maka masalah hilang penglihatan dapat dicegah. Rawatan ini juga memerlukan follow up dan mungkin perlu dilakukan berulang kali. Apa yang berlaku, pesakit Dr.Anupama yang pernah dia rawati, menuduh Dr.Anupama penyebab dia hilang penglihatan. Pada hakikatnya, pesakit tersebut hanyalah datang menerima rawatan untuk sekali sahaja, itupun ditahap kritikal [penglihatan sudah terjejas tapi masih tidak buta], dan berhenti menerima rawatan disebabkan tiada perubahan. Akibatnya, penglihatan yang separa terjejas pada mula rawatan menjadi buta dan ini tidak akan berlaku jika pesakit itu faham akan tujuan rawatan yang hanya boleh mencegah dari buta dan bukan untuk mengembalikan penglihatan yang sempurna.
Dokter yang berniat baik menolong pesakit juga boleh dipandang serong. Untuk elakkan ini berlaku lagi, sebagai seorang dokter,kena lah jelaskan betul-betul tujuan rawatan [nasihat yang kami terima]..dan pesakit itu sendiri perlu tanpa rasa segan silu bertanyakan soalan jika tidak faham.[malu bertanya,hilang penglihatan] =p
p/s: esok masuk kampung untuk buat eye camp =p
Tuesday, 11 May 2010
Malu Bertanya..
Monday, 12 April 2010
Air Teh Suam-Suam Panas
Salam..
Kini baru aku paham maksud kata-kata Dr. RV Bhat masa aku medecine posting dulu [UG]..
Kali pertama aku masuk bilik si Atan, kembang habis hidung menangkap bau busuk. Aku cuba buat-buat cool tahan bau busuk itu,sampai aku rasakan hidung aku mulai rasa panas. Sebab aku pernah dimarah prof forensic aku,masa 1st autopsy [drowning] case disebabkan aku menutup hidung. Ini bertujuan untuk tunjuk rasa hormat kepada mayat,apatah lagi kes si Atan yang masih hidup ini.

Dibuka bulatan tangan si Atan. Perghhh!! masa itu aku dah bertekad tak nak makan daging untuk sebulan [tapi esok malamnya aku layan gak rack of lamb]. Ini kes deep burns,jadinya memang habis semua kulit tangan kiri Atan terbakar. Sedang aku tenung dan cuba fahami perasaan si Atan menahan sakit, aku ditegur oleh PG aku. Dia suruh aku ambil darah untuk dibawa ke makmal. Aku pun cuba cari vein di tangan kanan si Atan,tapi tak jumpa [ada kesan melecur juga disebelah kanan]. Aku pandang muka PG aku dengan harapan dia akan mengantikan tempat aku. Tapi PG aku yang cool itu memusingkan arah pandangan dia kearah peha si Atan seraya memberi arahan untuk ambil darah dari femoral vein. Dalam hati aku berkata.."WOW!! benda baru ni!!".
Selesai ambil darah, PG aku suruh aku buat catheterisation, kiranya memasukkan tube kedalam salur air kencing. Sebelum ini memang banyak kali aku lihat PG aku buat,tapi tak pernah pula try,so hati aku pun terus berkata "WOW!! benda baru lagi!!" Ketika aku memegang zakar si Atan untuk memasukkan tube itu,aku dapat rasakan gerakan-yang-tidak-diingini berlaku. 'DANG!!KO JANGAN NAK BUAT KACAU PULAK ATAN OIT!' Aku cuba buat cepat-cepat sebelum terlambat,tapi apakan daya,itu adalah 1st catheterisation aku...maka akhirnya...dapatlah aku melihat tangan aku dibasahi 'air teh suam-suam panas' dengan derasnya~
Tapi pada hakikatnya, walaupun dia dipandang serong oleh orang lain disebabkan jenayahnya dan walaupon aku dikencing kaw-kaw nyer oleh si Atan,namun aku tetap 'hormat' dia dan berterima kasih, sebab aku belajar 2 perkara baru clinically dan juga cuba belajar erti bersabar dalam menuntut ilmu LOL =)
--> sekarang Atan dah baik dan hormat kami..sebab kami sahajalah 'pelawat' yang datang bertanya khabar setiap hari [padehal aku tak paham pun ape yang dia cakapkan] =)
Sunday, 11 April 2010
Nangka Busuk
Salam..
Dengan alasan busy dengan exam dan enjoy cuti di Malaysia, aku mulakan balik blog aku ni...
Alhamdulillah, banyak benda manis [pahit pun ade gak] yang berlaku dalam tempoh 4 bulan yang sudah berlalu ini. Paling buat aku happy dan syukor adalah dengan melihat nama aku sekarang sudah panjang dengan kehadiran dua huruf 'keramat' ..hehehe
Aku pun rasa,aku nak ubah rentak tulisan blog aku mulai dari detik ini. Pendek kata cari angin baru lah pulak. Aku nak share pengalaman aku sepanjang aku menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi India ini. Sebelum tu,meh aku cakap sikit, aku ada setahun sahaja lagi di sini [YES!] untuk buat internship, sebelum mendapat semula kewarganegaraan Malaysia 100%. =)
1st posting aku adalah surgery, unit F di hospital kerajaan, Wenlock. Kalau diukur dari kelengkapan hospital, mestilah Wenlock ini jauh ketinggalan. Tapi kalau dibandingkan dengan ilmu dan pendedahan yang boleh aku dapat, Wenlock sangat lah jauh lebih bagus daripada private hospital kolej aku, KMC hospital. Kira aku nak cakap rezki aku murah lahni aka lucky, alhamdulillah =)
Kalau korunk pelik,kenapa baru sekarang aku nak menghadap lap top dan bukak page selain facebook dan meng-up-date blog aku...hari ini adalah hari bersejarah bagi aku. Aku dapat conduct operation for the 1st time. OK,walaupun simple, just amputation and debridement, tapi bagi aku,dah cukop baik lah tu,diberi kepercayaan untuk aku memotong 2 jari kaki [great and 2nd toes]. Serba sedikit pasal kes pakcik ini, Abu [bukan nama sebenar] =)...ia adalah kes kencing manis yang tidak terkawal tahap gula dalam darah [uncontrolled diabetes mellitus]. Sebab si Abu datang ke hospital adalah dengan kehadiran ulat [maggots] di dalam kaki dia yang nampak sudah rapuh dan busuk.
Bila dibuka balutan kaki [bandage] si Abu, kelihatan ulat itu berusaha keluar dari celah-celah kumpulan daging yang dah busuk. Bila aku letak iodine, makin banyak yang keluar [korunk bayangkan macam nangka busuk]. Opkos aku rasa geli pada mulanya, tapi at the same time aku rasa excited and 'bersyukor' sebab dapat kes,yang bagi aku baru dan mencabar. Bermula dengan misi memburu ulat,aku dapat keluarkan kira-kira 10 ulat dengan jayanya.haha. Lepas itu,misi membuang kumpulan daging busuk bermula disusuli dengan misi meng-expose 2 tulang metatarsal. Kemudian, dihulurnya kepada aku gunting gergasi yang digunakan untuk memotong 2 tulang itu [bone cutter] . Pergh,itu adalah part paling cool! Lepas dah buang ape yang patot termasuklah ulat-ulat, kaki si Abu dibalut kembali dan dihantar ke post-op ward.
kalau tak nak ulat di kaki =)
Sunday, 30 August 2009
Hari Penuh Dengan Pengajaran

Salam.
Awatlah poyo sangat tajuk post kali ni. hahaha mari aku terangkan sebabnya...
Pada hari ini, dimulakan dengan..TERlalu lambat bangun sahur, dengan perasaan badan separuh demam dan tidak sihat. Aku hanya sempat meneguk air kosong di dapur. Sementara tunggu waktu subuh berjemaah di masjid, (pukul 5.20a.m which is 30 minit selepas azan subuh), aku teruskan membaca Kundu. Actually, pada pagi ini, aku ada medicine end posting exam. So sangat lah cuak,ditambah lagi dengan kesihatan yang kurang baik (cuak exam kot). Pada mulanya, study di meja study...tapi aku rasa,aku lagi banyak 'study' facebook dari medicine book, so aku beralih ke atas katil,yang kononnya bertujuan untuk menjauhkan diri dari laptop. Namun,apakan daya...study medicine atas katil+sangat awal pagi+malam tadi tidur lambat+rasa badan tidak sihat+katil dan bantal yang empuk+kipas yang berpusing laju+badan dibaluti selimut= maka jawapannya sangatlah jelas..zzzZZZ
Aku terjaga pada pukul 6 pagi!!! Itupun selepas terdengar dentuman pintu yang ditutup Habib pulang dari masjid. haish~ So bergegas solat dan sambung study balik. Tengok jam,lagi sejam setengah sahaja untuk aku cover Respiratory System dan Cardiovascular system!!! Ape lagi, pengang highlighter dan dengan lajunya mewarnakan page2 yang hitam putih tanpa rasa bersalah sama ada faham atau tidak. [camca:jangan study last minute,tidur awal malam before exam,jangan study atas katil,jangan melengahkan solat]
So pada pukul 7.30 pagi,aku bergerak ke Wenlock Hospital. perut sudah mula berbunyi kelaparan (1st time tak bersahur,so masih tak biasa). Sampai je di hospital,aku lihat wajah2 patients yang agak asing bagi aku. Aku cuma kenal 3 orang daripada 12 orang yang berada di sana. Hadoi! Stress aku!! Perut berasa lagi lapar (sebabkan stress). Meneglupor aku menunggu detik dipanggil angka giliran. Aku mulakan dengan short case, dan aku dapat CVS case. So dengan keadaan meng-control gelabah aku,aku cuba mulakan dengan bertanyakan details pasal patient aku...general examination, aku dapati ada pedal edema..erm,dengan yakin aku tulis. Dalam auscultation pulak,aku dengar mumur,bila aku palpate carotid pulse,aku confirmkan ianya adalah systolic murmur di mitral area..'ooo so pansystolic murmur lah ni'...
Lepas 20 minit berlalu, examiner pon datang. Aku dengan muka berpura-pura-yakin mulakan case presentation aku. Tiba-tiba dia pegang kaki patient aku,lalu picit. Dia kata 'anda yakin patient ni ada edema??' grrrrr aku pun buat-buat yakin dan cakap YES! aku picit kaki patient itu balik,dan alhamdulillah..berlekuk juga kaki dia..'ermm ok,just mild edema'..dalam hati,aku berkata 'hek ele..mild pon,ade gak kan edema!!' tapi senyap jelah,sambil senyum sindir.
Bila part auscultation pulak, dia kata yang ada lagi mumur selain pansystolic di mitral area..erghh betol ke dia ni..betol lah kot. Bila dia tengok aku mengelabah,dia pon kata..'it's ok..continue with your other findings'...abaikan lah... [camca:yakin dengan apa yang dibuat,jika kita yakin kita benar]
Long case aku, aku dapat seorang makcik yang ada masalah respiratory system (history of TB) dan now dah develop cor pulmonale (ada COPD gak now). Masalah betol lah,baru aku perasan,aku tak pernah buat complete case respiratory untuk female patient!!! so 'tersipu-sipu' aku membuat measurement dan auscultate makcik tu. [camca: RV Bhat pernah berkata..untuk menjadi doctor yang berjaya, belajar dari patient tanpa memilih perbezaan antara mereka]
Habis sahaja endposting..aku berasa sangatlah lega. Tapi badan rasa sangat letih sebab lapar dan penat mengelabah. Balik je bilik,tak boleh berehat,sebab kene prepare slides untuk seminar pukul 3!! Aku dapat tajuk Respiratory acidosis-compensation. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. [camca:prepare awal-awal,so tak adalah kalut last minute]
Habis je seminar, aku boleh berehat untuk sejam. Pukul 6 petang,aku dan rakan-rakan KMC lain berkumpul di Maharaja,untuk memulakan perjalanan ke rumah anak-anak yatim Bunder.
Selepas semua berkumpul di sana,kami mulakan perjalanan. Alhamdulillah,semua selamat sampai kira-kira 20 minit sebelum masa berbuka. Pada mula aku sampai di sana,terkejut juga melihat keadaan rumah anak yatim tu yang bagi aku sangat sempurna (di India). Alhamdulillah,masih ramai mereka yang berhati mulia memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.




Kami berbuka di sana sambil ditemani adik-adik yang sangat ramah dan innocent gila muka mereka =)





Selepas berbuka puasa, kami naik ke dewan solat untuk solat magrib berjemaah. Pada masa kami menadah tangan untuk berdoa,tiba-tiba bulu roma aku mula meremang pabila mendengar mereka dengan satu suara yang kuat dan yakin menyebut 'Amin' dan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w..terdetik dalam hati,mengingati betapa sucinya hati mereka. Aku maksudkan, mereka tahu, tiada siapa yang boleh menolong mereka,mereka tiada ibu bapa untuk mengadu...hanyalah Allah tempat mereka memohon dan mengadu nasib...Ya Allah, betapa kuatnya iman mereka kepada Mu, dengan rasa yang bersungguh-sungguh dan satu,mereka memohon padaMu..aku yang selama ini dikirakan bernasib lebih baik dari mereka,mungkin alpa dan leka,hakikat sebenar kekuatanMu dan kepadaMu sahajalah tempat aku memohon...ampuniku ya Allah...


Selepas solat,kami adakan sesi tazkirah. Lepas tazkirah,kami turun kebawah balik untuk dinner.
Pada masa dinner, aku duduk bersama Nasir (antara mereka yang senior di sana-18 tahun). Nasir boleh bercakap dalam English,so agak mudah aku bertukar cerita dengan dia. Seorang budak,paling kecil di sana, berumur 6 tahun duduk disebelah Nasir. Sekali lagi hati aku mula diingatkan kembali,betapa mulianya hati mereka. Aku lihat dengan jelas, Nasir sambil berborak dengan kami, menyedukkan nasi kepada budak 6 tahun itu..dan melayan dia seperti mereka adalah adik beradik. Ya Allah, Kau telah pisahkan mereka daripada ibu bapa mereka, tapi Kau telah kurniakan mereka saudara baru yang sama-sama menjaga dan berasa tanggung jawap sesama mereka. Ya Allah, Kau Maha Adil dan mengetahui apa terbaik untuk hambaMu.

Selepas dinner, kami pergi ke masjid yang bersebelahan dengan rumah anak yatim itu. Selepas menunaikan solat Isya' dan Terawikh, kami mula beransur pulang dengan seribu satu pengajaran dan peringatan atas diri kami...Alhamdulillah
at Sunday, August 30, 2009 1 kata-kata kawan
labels Friends, India, Jalan-jalan, KMC Life, Motor, Picture, Study, Weekend
Monday, 20 April 2009
Dia Bersari Merah
OBG seminar
Preoperative Evaluation & Postoperative Management
20/4/2009
KMC Attavar Hospital, Mangalore, India
1st presenter, cuak gila untuk mulakan seminar. Makcik-sari-merah boleh pulak letak mic kat depan lecturer bagi memudahkan lecturer aku menyampuk kalau-kalau aku tersalah cakap. Nasib baik lecturer aku cool, tak pandai menyampuk, kalau tak,dari seminar bertukar jadi viva (grand viva!!).
2nd presenter, Hanif (Abe) ..sorry ah Abe,budak-budak semua dah ngantuk dengar aku cakap tadi. hahaha
Thursday, 19 March 2009
Susu
Salam..
Baru selesai posting pediatric. Best jugak posting ni. Main dengan budak-budak sambil tunggu prof yang datang pukul 11.30 (paling awal), padehal patut start pukul 9.30....
Tak pulak aku tau nama budak ni. Tapi ni lah yang paling comel kat dalam wad tu. Sebab badan dia berisi. Yang lain semua kecil-kecil dan kurus sebab tak cukup bulan (pre-term baby) tak pun tak cukop makan (malnutrition) etc.
Tadi aku ade baca pasal pre-term baby under tajuk breastfeeding. Menarik sungguh..air susu yang dihasilkan ibu yang melahirkan anak pre-term ni lain dari yang term (cukup bulan). Susu untuk preterm mengandungi lebih protein, lactose dan semua benda yang diperlukan baby secukupnya untuk dia catch-up pertumbuhan selepas lahir (post-natal catch-up growth). Ini lah hukum alam, yang ditentukan olehNya. Sungguh sempurna meliputi semua aspek.
Dulu aku pernah curi-curi dengar perbualan ustazah aku di sekolah rendah...
"Tak takut ke beranak banyak-banyak ni, susah kan nak jaga, lagi-lagi dengan perbelanjaan seharian mereka....."
Ustazah aku yang anak banyak pun jawap... "setiap anak yang dilahirkan ada rezki dan bahagian mereka masing-masing.."
Dulu aku tak paham sangat jawapan ustazah aku ni. Now, alhamdulillah, boleh lah paham sikit-sikit.
p/s: 'su su' kat sini maksud dia kencing aka buang air kecil.. ;)
salam..
Wednesday, 11 March 2009
Bangun Awal
banGGa aku hari ni. Aku berjaya bangun pagi dan pergi kelas pediatrics!! Bukan senang aku berjuang untuk bangun pagi seawal ni. ;)
So tadi belajar pasal hypothyroidism. Sebabkan pediatrics, lebih bincang pasal congenital hypothyroidism, pendek kata, penyakit yang disebabkan kekurangan hormon thyroid sejak dari lahir lagi. Actually, disebabkan kekurangan hormon ni, pertumbuhan badan terbantut dari segi fizikal mahupun mental. Tapi, alhamdulillah, zaman sekarang hormon ni boleh diberi kepada pesakit dari luar (replacement therapy). Tapi itulah, kalau hormon ni diberi lambat, maka segala pertumbuhan minda dan mental sebelum rawatan akan terganggu. Kira kalau dapat diberi seawal selepas lahir, maka boleh lah membesar dengan normal.
Dalam lecture tadi, ada ditunjukkan gambar mereka yang berjaya dalam rawatan mahupun yang gagal mendapat rawatan awal. So mereka yang gagal ni datang dalam keadaan bantut dan terencat. Mostly, diorunk ni orang miskin yang duduk di pendalaman...ataupun parents mereka kurang kesedaran tentang isu ini.
So ape yang aku pelajari, keadilan tu kadang-kadang susah dilaksanakan betul-betul. Kadang-kadang, penindasan seperti ni boleh berlaku disebabkan keadaan sekeliling (kemiskinan, kawasan pedalaman). Disamping itu, kepentingan ilmu pengetahuaan pun penting. Seperti kisah tersebut, rawatan penyakit itu available je di India ni, tapi sebabkan kemiskinan dan kejahilan parents, maka anak mereka 'tertindas' untuk mendapatkan rawatan sepatutnya. Dalam isu ini, siapa yang boleh disalahkan?? Hahaha, (jadi bangau yang kurus). Inilah nasib, bukan mahu salahkan nasib, tapi Allah lebih mengetahui siapa dikalangan hambaNya mampu menerima ujian tertentu.
Salam.
Sunday, 1 March 2009
D-Unit Medicine
Dr. Ramesha, Dr. RV Bhat, Dr. Alam NawazNext posting paediatric..ni 2nd posting paed aku,frankly say,aku x enjoy sangat dulu posting bende ni..tp tengok je lah nanti..
Sunday, 7 December 2008
riCKeTtSial..
Assalamualaikum..
Actually aku tengah exam sekarang ni. Tapi ade gap 2 hari untuk hari ahad dan raya haji. So macam biasa lah,dah diberi kelonggaran masa ni,mula lah rasa malas balik nak study walaupun sedar masih ada lagi 2 paper (ENT n ophthal). 5th n 6th aku ade commed ppr. Nak cakap sikit lah pasal ppr ni.
Pada kebiasaannya, mestilah ppr 1 akan lebih mudah dari ppr2. Sama lah dengan commed ni SEPATUTNYA. So macam biasa,bila 2 hari lagi nak start ppr 1, aku fokus habis kat ppr ni. Actually ppr ni banyak topik nya,tp yang main nyer untuk essay questn adelah Epidemiological study dan satu lagi pasal communicable diseases. Yang menarik nak cakap kat sini part communicable dss ni lah. Sebabkan dalam buku Park (text book) tu terdapat kira2 30 lebih kot jenis dss,so lazim nya mengikot logik akal yang tak seberapa ni,agak tak larat tuk aku hafal semua dss tu. Sebabnya tajuk ni (communicable dss) cumalah cover 30% ppr1..so aku pilih je dss yang pernah keluar past year sekali dengan dss yang ade dalam question bank. Tu pun dah banyak,adelah dalam 10 lebih dss sekali dengan National Programme die sekali.
Mengikut kajian aku yang tak seberape ni, dss yang selalu ditanyer adelah seperti typhoid,cholera,chicken pox, TB, leprosy, AIDS, STD, malaria, chikengunya, brucellosis, anthrax, rabies dan beberape dss yang lain. Memandangkan banyak lagi topik-topik lain yang kene bace, aku just tumpu dan study kat dss ni je lah. Sekali yang kuar adelah RICKETTSIAL DSS!!!!!!!!!!!!!!!!
so faham2 lah ape yang aku cuba buat. Tak perlulah nak cakap kat sini. hehehe... ok lah tu, dah macam tu kehendak keadaan...terima je dengan hati terbuke (ayat pasrah). Moga aku lepas sudah le. So kat sini aku dan rakan-rakan KMC lain sama-sama memerlukan doa korunk tuk permudahkan urusan kami dan diberi kejayaan khususnya kat ppr 1 commed tu dan seterusnya untuk paper yang lain-lain.
Pengajaran nya, bak kata Anor, "kite tak boleh salahkan pembuat soalan tu 100% pun,sebab ape2 hal pun tajuk tu ade je dalam buku Park yang agak tebal tu." Ade betul gak kate2 die tu, kalau kite jenis mencari alasan, tak kemane lah kita,kekal di takuk lama lah jawap nya. So bagi mereka2 yang akan mengambil ppr commed (harap2 semua budak batch aku lepas dan tak perlu ulang ppr ni), khususnya batch KMC '06...selamat menghapal semua penyakit-penyakit dalam buku park itu dengan GIGIH sekali dgn national (India) prgrm dia sekali ok..tak ketinggalan tajuk2 yang lain!!! Insya'Allah sama-sama doa agar semua urusan kita dengan niat yang betul akan dipermudahkan. GAMBATE!!!
Kesempatan ni gak nak ucap selamat hari raya haji kat semue yang meraikannya. Moga kita sama-sama fahami makna perayaan ini sendiri...dan jangan lupa doakan kejayaan aku dan kawan-kawan KMC yang lain...
Assalamualaikum..
p/s:otak dah sampai Malaysia..
Saturday, 18 October 2008
Commed n Medicine
Assalamualaikum..
Lama dah tak jengok kat sini. Sibuk gak lah dengan study sekarang ni. Lagipun sekarang tengah medicine posting, so banyak yang kena dibaca sebelum pergi posting,kalau tak,hangus lah aku kena salai dengan prof. Harini 3rd day aku posting medicine. Kali ni aku dapat unit A Wenlock Hospital. So far,aku rasa ni lah posting medicine paling best if nak compare dengan 2 posting sebelum ni (3rd n 5th sem). May be sebab aku dah 7th sem kot,so banyak gak lah aku dah tau sikit-sikit pasal medicine,so tak delah blurrrrr je datang posting (seperti 3rd n 5th sem). Tapi aku rasa lebih semangat sebab unit aku kali ni, prof die sangat lah baik hati. Bukanlah maksud aku yang prof sebelum ni jahat, cuma kalini aku lebih suka sebab diorunk jarang tanya soalan (kalau tanyer pun,sure aku tak tau jawap nyer) dan diorunk suke ambil kelas,so banyak lah benda baru yang aku dapat. Kira berbaloi ah pergi posting dan taklah rasa pergi semata-mata untuk attandance je.
Unit kali ni, o.p.d die hari isnin,so isnin petang tu kenelah aku pegi hospital ambik case. Hari sabtu lak,kami akan ade seminar,so batch aku kene present,bergilir-gilir. Hari-hari lain,present case dekat prof. Tu serba sedikit lah pasal posting untuk sesiapa nak tau. hahaha..
Last posting aku adelah commed (community medicine). Ni subject utame 3rd year. Tapi sangatlah bosan pada mulanya. Ye lah,sebab kene belajar pasal community kat India ni (bukan Malaysia,tapi yang lagi leceh,ade gak prof yg suruh cari data pasal Malaysia,so kene lah surf internet). Tapi biasalah, prof aku selalu ingatkan yang subject ni sangat penting,sebab akan diajar skil untuk apply medicine kat community level. Aku pun angguk saja kepala. Tapi, lama-lama,aku rasa best lak posting commed kali ni. Sebab kami diagih-agihkan kedalam group yang kecil, 12 orang. Lepas tu kami disuruh buat chart or ape-ape je model untuk diletakkan dalam muzium commed KMC. Kami dapat tajuk Bioterrorism. So kami semua decide nak cakap pasal 4 main diseases je under topic ni..anthrax,plague,small pox and botulism. Rancang punya lah rancang, lepas tu bila jumpa our guide yg 1st,dia kurang setuju,so kami ubah sikit,ikut idea dia. Esoknya, guide kami tu tak datang lak,so kami kena jumpe yang lagi satu,dia pun tak puas hati dan ubah lagi idea tu. At last,aku rasa dah macam kapal angkasa lak model kami. Actually kami plan nak siapkan awal,sebab due date dia pada raya ke-3. So kami plan nak siapkan sebelum raya lagi. Tapi susah lah macam tu dengan idea yang berbeza-beza, tapi alhamdulillah..dipermudahkan juga urusan kami..and non-Muslim group members aku sempoi,malam raya tu,diorunk cuba habiskan (Muslim lain sibuk masak untuk jamuan raya). Bagus gila dapat member yang paham keadaan ni. Thanx guys!!
Gambar- dalam usha menyiapkan projek kami..




Itu adelah last commed posting aku. Syukur,at last aku enjoy juga subject ni. Sebab dalam subject ni ade juga belajar maths balik (statistik). Mula-mula jenuh gak mengingat kembali formula-formula yang pernah aku belajar dulu,tapi syukur, dapat juga lah ingat balik. End posting test dia pulak ade spoters,viva and theory questions. Aku ingat lagi, dalam viva aku,lepas aku present case diabetes, examiner tanya aku soklan maut... "Tell me about your project.. your guide happy with it?" (sambil menggoyangkan kepala)...aku pun dengan senyuman, menggoyangkan kepala juga tanda "Yes!" =p Kesimpulannya bagi aku posting comed kali ni aku dah buat yang terbaik dan enjoy gila..
Assalamualaikum..










