Majlis Konvokesyen, Sukan & Integrasi- Mangalore [MAKSIMA] 2011
Anjuran MSAI-Mangalore dan JPA


Tuesday, 15 March 2011
Sunday, 13 March 2011
Dia Kawan Aku
Salam..
"Wei, ko nak pindah duduk dengan aku tak..Ada prob dengan tempe ah,so plan nak pindah rumah..tengah carik orang ah ni" aku cakap 3 1/2 tahun lepas.
Berikut bukan aku yang cakap..tapi ayat last tu boleh ah kira aku yang cakap..
You entered, bringing light and life to me,
The vivid colors, painted with a swirl
Of wit and charm, of personality,
With tender care, you added comfort, warmth,
And images that line the now bright walls.
I look upon them fondly, bringing forth
A thankfulness that you walk in these halls
With me; our friendship has become a part
Of my world now; it has its special place,
Within my being, life, and in my heart,
Your name hangs right beside your smiling face.
Remembering just how drab these walls had been,
I have to thank you for the light, my friend.
Happy birthday Bib! Tak jumpa dah kat India ni..good luck bro!
Bill next month n sewa rumah aku xbayar lagi..ko langsai kan ah nanti k.. =)
Saturday, 12 March 2011
Vella Buddies!!
Salam..
1st year @ physio & micro lab
'Apsal harmoni sangat group aku ni..'
'Bajet bagus siot budak ni..'
'Wah! Mana dia tau benda ni..siot ah!'
'Power betul budak ni, kene rapat ni..'
'Hek ele, mentang-mentang boleh jawap tadi, nak tolak orang ketepi pulak..nak sangat duduk depan, pegi ah!!'
'Dah ah sempit, rambut kembang dia ni dah 2 orang punya space dia ambik..'
2nd year @ Wenlock Hospital
'Budak-budak ni banyak dah ke baca?'
'Nasib baik ko pon datang lambat Anahit..'
'OIT! oit!! pergh, nasib baik tak kena penumbuk..yang aku pegi sangap besar2 depan prof cowboy ni ape pasal..budak ni pun,bukan nak sound awal2..'
2nd year @ Attavar Hospital
'Power gila senior2 aku ni..'
'Hek ele, kaki kipas sungguh senior ni...balik sudah ah..lenguh ni kaki nak layan bos..'
'Wah! Lawa gak senior ni sorang..dah ah tahu semua benda'
3rd year @ Wenlock Hospital
"What?! You guys don't wanna come starting on tomorrow.." [ayat bajet bagus]
'Tulah..aku dah cakap, kan dah kene ignored dengan prof..prof ni pun satu,dah ada exam,tak kan ah nak datang posting..emo betul ah..' [ayat ni pun bajet bagus]
4th year @ Wenlock Hospital
" Oh, ya! I TOTALLY agree..we should come in the evening yaar..come on guys..we are final year student now!!" [ayat plan nak kipas prof]
"Nice job Arun! I guess he likes us now...keep it up guys!" [ayat berjaya kipas prof]
Interns @ Facebook
Anahit Kaur "M gona miss u all so bad..ws soooo gud meeting..better come all of u for convo :D"
Arundhati Das "i shld've been thr!! our med unit will always rock! :)"
Wednesday, 9 March 2011
Another 1 month

Salam..
Tepat-tepat lagi sebulan dari detik ni aku akan pulang ke Malaysia for good. Alhamdulillah, matlamat utama aku datang ke sini sudah hampir tercapai. Segala puji-pujian kepadaNya.
Perasaan aku sekarang, aku pun tak tahu. Mestilah rasa happy dan excited nak balik Malaysia dan mulakan hidup baru kat sana. Hidup sebagai orang dewasa, mempunyai kerjaya, rasa lebih bertanggung jawap atas family sebab tinggal lebih dekat dengan mereka, dan insya'Allah akan mula fikirkan kehidupan baru dengan orang tersayang.
Tapi memang tak boleh nafikan juga, kehidupan aku disini selama 5 tahun lebih, bukan lah boleh aku lupekan begitu sahaja. Kalau ikut hukum kira-kira, hidup aku kat sini cumalah 1/5 dr umur aku sekarang. Tapi kalau difikirkan balik, pada usia 20-25 tahun aku kat sini, umur inilah yang buatkan kita kenal dunia sebenar, sedar akan tanggung jawap dll..maka tidak dinafikan life di India sungguh bermakna.
Berapa ramai manusia aku kenal di sini. Bermula dari kawan sebilik, serumah, sekolej mahupun kawan sama tempat kerja [aku tak rasa ada word 'sekerja'..ke ada?].
Berapa banyak ilmu aku dapat di sini,. Dari ilmu perubatan, agama [usrah/jemaah/etc], bahasa [Kannada pun aku dah boleh sekarang ok!], masak [credit to Habib yang cukup2 berbakat besar, walaupon kami mempunyai deria rasa yang agak berbeza], menunggang motor [aku belajar naik motor ada clutch kat sini ah], bergaul atau bersosial [aku dulu pemalu orang nya =) ] mahupun ilmu menguruskan urusan-urusan harian [ bayar bil, bayar insurance, sign agreement rumah, urusan jual beli..yelah,masa di Malaysia, duduk bawah ketiak parents,mana ada chance nak buat benda ni semua]. Tak lupa juga, ilmu tulis blog! [camca dilahirkan di India..tempe ah ko camca!]
Oh! Tak semua benda baik je aku dapat di sini. Tapi aku rasa, benda-benda buruk pernah je aku cakap kat sini, dalam sesi luahan perasaan terhadap tempe. =) Seburuk mana pun benda tu, kalau kita sedar ianya buruk/salah, kira bagus ah. Maksudnya kita boleh belajar dari kelemahan/kesilapan orang mahupun diri.
THANK YOU ALLAH..mentakdirkan aku belajar di sini disamping nikmat-nikmat Mu yang lain.
THANK YOU INDIA..bagi aku peluang dan sudi menerima kehadiran aku [nada sinis].
THANK YOU KAWAN..memberi aku teman mengenali erti kehidupan.
THANK YOU TEMPE..mengajar aku erti kehidupan dan kesabaran.
Saturday, 1 May 2010
my 1st '1st May'
Walaupun aku baru mula berkerja [intern pun dikire kerje lah kan,sbb org dah tak consider aku sebagai student lagi dan dapat gaji ], tapi sejak aku dilahirkan lagi, aku dah anggap tarikh ini sebagai satu hari yang aku akan raikan. " Selamat Menyambut Hari Kelahiran Abah! "
Sebabkan pertama kali aku meraikan Labour Day, aku pun mula tertanya-tanya pasal tujuan ianya diwujudkan. Cara paling mudah dengan merujuk kepada pakcik wiki...
"Labour Day or Labor Day is an annual holiday celebrated all over the world that resulted from the labour union movement, to celebrate the economic and social achievements of workers . The majority of countries celebrate Labour Day on May 1, and it is popularly known as May Day and International Workers' Day , while some celebrate on the first Monday of September.
The celebration of Labour Day has its origins in the Eight-hour day movement, which advocated eight hours for work, eight hours for recreation, and eight hours for rest."
Pergh banyak pula nama lain bagi 1st May...tapi part yang last sekali tu terkecuali lah kat India..pernah je aku kerja 18 jam under surgery posting, but now hanya 2 jam under ophthalmology posting!! hahaha Lain tempat, lain ragam...asalkan dapat cuti,layan~
at Saturday, May 01, 2010 2 kata-kata kawan
labels Family, Friends, India, Interns, Jalan-jalan
Tuesday, 22 September 2009
Eid Mubarak
Assalamualaikum...
Post kali ini lebih kepada pengganti kad raya kepada semua kenalan aku. Aku mahu memohon maaf kepada semua rakan-rakan yang pernah aku kenali. Disepanjang kenalan kita, sudah pasti ada silap dan salah. Maka aku mahu memohon maaf zahir dan batin keatas kesemua kesalahan yang aku pernah lakukan samaada sengaja mahupun tidak.





p/s: kepada sesiapa yang masih tak puas hati and mahu selesaikan masalah sesama kita, sila beri tahu yek..yang aku hutang makan,minum,duit,kata-kata etc..sila jelaskan kepada aku... =)
Sunday, 20 September 2009
Esok Hari Raya
Salam..
Ramadhan tahun ini berlalu sangat pantas. May be sebab di awal Ramadhan, aku busy prepare untuk medicine end posting exam. Tahun ni agak lain keadaan sebelum raya. Memandangkan Malaysia yang dijangka beraya pada hari ahad, so kami semua pun plan buat sambutan raya hari ahad juga. Seperti tahun lepas, aku plan nak masak kuih keria. (walaupon aku pon tak tahu apelah kaitan hari raya dengan kuih keria). So semalam (sabtu), kami pergi ke pasar untuk beli barang-barang buat keria. Sekali peniaga di sana yang Muslim berkata, most probably raya hari isnin. Aku pun dah pelik..dan pada pukul 9 malam barulah semuanya confirm yang raya pada hari isnin.
Pagi tadi,aku call family yang sibuk beraya di rumah nenek Batu Pahat. Biasalah,suasana raya,mula lah adegan ayat-ayat sayu. Ada juga aku mengadu pada ayah aku yang aku rasa kecewa juga sebab apa yang dirancangkan tak jadi. Tapi aku ditegur oleh ayah aku. Dia ingatkan pada aku untuk bersyukur,sebab aku diberikan sehari lebih untuk bertemu dengan Ramadhan...alhamdulillah =)

Itu dia, baju raya sudah digantung! (sila abaikan longgokkan baju atas katil itu)
Hari last berpuasa, kami satu batch berbuka di rumah Wari..antara hidangan yang dia sajikan adalah sate (sedap gile ah) dengan kuah kacang, nasi impit+sup=soto, dan juga kuah lode (gambar bawah). Terima kasih Wari sebab menaja makanan berbuka!!
Selesai berbuka puasa, kami bergerak ke Ecropolis, memulakan misi membuat kuih keria.. sedang ayik menggentel dan membentuk kuih keria (atas) dan digoreng oleh Alimin (bawah).
(aku tak tahu kenapa dia senget,dan tak tahu macam mana nak tegakkan gambar ni) =(
Selesai dengan kuih keria, kami sambung dengan membantu junior membuat kuih jala. Actually, benda yang sama jugalah yang kami buat tahun lepas. Membuat benda-benda ni bukan sahaja sekadar memenuhi tugasan kami, malah lebih kepada untuk mewujudkan suasana dimalam raya. Bak kata mak aku, raya di mana-mana pun sama sahaja,terpulang pada kita macam mana nak membuatkan dia meriah. Bawah menunjukkan cara-cara menebar roti jala yang ditunjukkan oleh Wari =)Akhir kata... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!
Tuesday, 8 September 2009
Asing
Salam..
Hari ini lama juga aku spend masa lepak dalam bilik. Hari ini lecture habis awal dan memandangkan bulan Ramadhan,aku tak tahu nak jalan mana,so terus balik ke rumah. Lepas berbuka,baru sahaja hidupkan motor mahu ke masjid,hujan pula turun dengan lebatnya. Memandangkan kedudukan rumah baru aku yang jauh ke dalam,maka susah untuk aku menahan auto (public transport kat sini). So aku lepak sahaja di bilik. Terasa terasing betul malam ini. Tak ada orang untuk berborak dan melepak.
Dalam aku bosan sorang-sorang kat bilik,tiba-tiba mengingatkan aku balik kisah aku dengan saudari X. Dia bukanlah kawan rapat,yang biasa aku tegur, walaupon kami dalam satu kuliah yang sama. Tapi dijadikan cerita,masa aku 3rd year dulu,satu hari aku datang lambat dan prof sudah mula mengajar. So tanpa fikir panjang,aku duduk sahaja di mana-mana tempat yang kosong, dan ditakdirkan aku duduk di sebelah X.
Selepas selesai mengajar,prof tadi keluar. So kami pun menunggu untuk prof yang lain datang,. Ditentukan pada hari itu,prof yang kedua datang lambat. Banyak juga masa yang ada. Kelas sudah mula bising. Semua orang mula bercerita hal masing-masing. Namun dia senyap sahaja membelek-belek lecture note yang ditulisnya tadi. So aku dengan rasa serba salah menegur dia. Lama juga aku tunggu balasan teguran aku itu. Dengan rasa berat hati,dia membalas teguran aku. Fuh~ lege, berbalas juga teguran aku..Namun kemudian,dia memberitahu aku dia tak suka sangat bercakap dan bergaul dengan orang ramai dan prefer untuk mendiamkan diri. Aku pun berasa pelik,tapi sebabkan rasa nak hormat pendirian dia,aku pun senyap sahaja. Lagipun, aku bukan kenal dia macam mana.
Selesai lecture pada petang tu, aku pun bergerak keluar dari klas. Tiba-tiba aku dengar dia memanggil aku dari belakang dan meminta maaf jika apa yang dia lakukan tadi buat aku terasa. Oh,may be sebab aku TERbuat muka kot dengan kata-kata dia tadi.
Dipendekkan cerita, bagi dia,dengan mengasingkan diri dari orang ramai membuatkan dia lebih selesa. Bagi dia,lagi banyak bergaul dengan orang, lagi banyak ragam yang dia akan jumpa dan menyebabkan lagi banyak hal yang dia akan fikirkan. Lagi banyak dosa yang dia akan buat seperti mengumpat dan mengutuk, dan juga risau akan membuatkan orang lain tersinggung dengan perlakuan dan kata-kata dia.
Sejak dari hari itu, aku hanya memerhatikan dia dari jauh. Aku tak tahu, adekah benar ataupon salah dengan pemikiran dia itu. Adekah ini yang dinamakan kera sumbang?? Atau ini adalah cara dia untuk memperbaiki diri dia menjadi orang lebih sempurna.
Birthday - Joe
Salam..
So malam ni kami satu batch celebrate birthday Joe..merupakan birthday yang last untuk tahun ni among budak lelaki batch kami... Tempat asal nak celebrate kat Sizler Ranch, tapi sebab lupa nak book awal tempat tu dan penuh,so kami bergerak ke tempat lagi cool tapi jauh, The Village, Airport Road. Alhamdulillah, lama dah kami tak kumpul sama-sama satu batch,so malam ni diberi peluang. [tapi aku rasa banyak bincang pasal kisah binatang je..xpe,tu pun ilmu juga =p ]
Terima kasih kepada Ahmad Jauhari aka Joe sebab menaja dinner malam ini..and happy birthday dude! Moga perjalanan hidup akan lebih diberkatiNya..insya'Allah..


p/s: video gelap pulak =)
Sunday, 30 August 2009
Hari Penuh Dengan Pengajaran

Salam.
Awatlah poyo sangat tajuk post kali ni. hahaha mari aku terangkan sebabnya...
Pada hari ini, dimulakan dengan..TERlalu lambat bangun sahur, dengan perasaan badan separuh demam dan tidak sihat. Aku hanya sempat meneguk air kosong di dapur. Sementara tunggu waktu subuh berjemaah di masjid, (pukul 5.20a.m which is 30 minit selepas azan subuh), aku teruskan membaca Kundu. Actually, pada pagi ini, aku ada medicine end posting exam. So sangat lah cuak,ditambah lagi dengan kesihatan yang kurang baik (cuak exam kot). Pada mulanya, study di meja study...tapi aku rasa,aku lagi banyak 'study' facebook dari medicine book, so aku beralih ke atas katil,yang kononnya bertujuan untuk menjauhkan diri dari laptop. Namun,apakan daya...study medicine atas katil+sangat awal pagi+malam tadi tidur lambat+rasa badan tidak sihat+katil dan bantal yang empuk+kipas yang berpusing laju+badan dibaluti selimut= maka jawapannya sangatlah jelas..zzzZZZ
Aku terjaga pada pukul 6 pagi!!! Itupun selepas terdengar dentuman pintu yang ditutup Habib pulang dari masjid. haish~ So bergegas solat dan sambung study balik. Tengok jam,lagi sejam setengah sahaja untuk aku cover Respiratory System dan Cardiovascular system!!! Ape lagi, pengang highlighter dan dengan lajunya mewarnakan page2 yang hitam putih tanpa rasa bersalah sama ada faham atau tidak. [camca:jangan study last minute,tidur awal malam before exam,jangan study atas katil,jangan melengahkan solat]
So pada pukul 7.30 pagi,aku bergerak ke Wenlock Hospital. perut sudah mula berbunyi kelaparan (1st time tak bersahur,so masih tak biasa). Sampai je di hospital,aku lihat wajah2 patients yang agak asing bagi aku. Aku cuma kenal 3 orang daripada 12 orang yang berada di sana. Hadoi! Stress aku!! Perut berasa lagi lapar (sebabkan stress). Meneglupor aku menunggu detik dipanggil angka giliran. Aku mulakan dengan short case, dan aku dapat CVS case. So dengan keadaan meng-control gelabah aku,aku cuba mulakan dengan bertanyakan details pasal patient aku...general examination, aku dapati ada pedal edema..erm,dengan yakin aku tulis. Dalam auscultation pulak,aku dengar mumur,bila aku palpate carotid pulse,aku confirmkan ianya adalah systolic murmur di mitral area..'ooo so pansystolic murmur lah ni'...
Lepas 20 minit berlalu, examiner pon datang. Aku dengan muka berpura-pura-yakin mulakan case presentation aku. Tiba-tiba dia pegang kaki patient aku,lalu picit. Dia kata 'anda yakin patient ni ada edema??' grrrrr aku pun buat-buat yakin dan cakap YES! aku picit kaki patient itu balik,dan alhamdulillah..berlekuk juga kaki dia..'ermm ok,just mild edema'..dalam hati,aku berkata 'hek ele..mild pon,ade gak kan edema!!' tapi senyap jelah,sambil senyum sindir.
Bila part auscultation pulak, dia kata yang ada lagi mumur selain pansystolic di mitral area..erghh betol ke dia ni..betol lah kot. Bila dia tengok aku mengelabah,dia pon kata..'it's ok..continue with your other findings'...abaikan lah... [camca:yakin dengan apa yang dibuat,jika kita yakin kita benar]
Long case aku, aku dapat seorang makcik yang ada masalah respiratory system (history of TB) dan now dah develop cor pulmonale (ada COPD gak now). Masalah betol lah,baru aku perasan,aku tak pernah buat complete case respiratory untuk female patient!!! so 'tersipu-sipu' aku membuat measurement dan auscultate makcik tu. [camca: RV Bhat pernah berkata..untuk menjadi doctor yang berjaya, belajar dari patient tanpa memilih perbezaan antara mereka]
Habis sahaja endposting..aku berasa sangatlah lega. Tapi badan rasa sangat letih sebab lapar dan penat mengelabah. Balik je bilik,tak boleh berehat,sebab kene prepare slides untuk seminar pukul 3!! Aku dapat tajuk Respiratory acidosis-compensation. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. [camca:prepare awal-awal,so tak adalah kalut last minute]
Habis je seminar, aku boleh berehat untuk sejam. Pukul 6 petang,aku dan rakan-rakan KMC lain berkumpul di Maharaja,untuk memulakan perjalanan ke rumah anak-anak yatim Bunder.
Selepas semua berkumpul di sana,kami mulakan perjalanan. Alhamdulillah,semua selamat sampai kira-kira 20 minit sebelum masa berbuka. Pada mula aku sampai di sana,terkejut juga melihat keadaan rumah anak yatim tu yang bagi aku sangat sempurna (di India). Alhamdulillah,masih ramai mereka yang berhati mulia memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.




Kami berbuka di sana sambil ditemani adik-adik yang sangat ramah dan innocent gila muka mereka =)





Selepas berbuka puasa, kami naik ke dewan solat untuk solat magrib berjemaah. Pada masa kami menadah tangan untuk berdoa,tiba-tiba bulu roma aku mula meremang pabila mendengar mereka dengan satu suara yang kuat dan yakin menyebut 'Amin' dan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w..terdetik dalam hati,mengingati betapa sucinya hati mereka. Aku maksudkan, mereka tahu, tiada siapa yang boleh menolong mereka,mereka tiada ibu bapa untuk mengadu...hanyalah Allah tempat mereka memohon dan mengadu nasib...Ya Allah, betapa kuatnya iman mereka kepada Mu, dengan rasa yang bersungguh-sungguh dan satu,mereka memohon padaMu..aku yang selama ini dikirakan bernasib lebih baik dari mereka,mungkin alpa dan leka,hakikat sebenar kekuatanMu dan kepadaMu sahajalah tempat aku memohon...ampuniku ya Allah...


Selepas solat,kami adakan sesi tazkirah. Lepas tazkirah,kami turun kebawah balik untuk dinner.
Pada masa dinner, aku duduk bersama Nasir (antara mereka yang senior di sana-18 tahun). Nasir boleh bercakap dalam English,so agak mudah aku bertukar cerita dengan dia. Seorang budak,paling kecil di sana, berumur 6 tahun duduk disebelah Nasir. Sekali lagi hati aku mula diingatkan kembali,betapa mulianya hati mereka. Aku lihat dengan jelas, Nasir sambil berborak dengan kami, menyedukkan nasi kepada budak 6 tahun itu..dan melayan dia seperti mereka adalah adik beradik. Ya Allah, Kau telah pisahkan mereka daripada ibu bapa mereka, tapi Kau telah kurniakan mereka saudara baru yang sama-sama menjaga dan berasa tanggung jawap sesama mereka. Ya Allah, Kau Maha Adil dan mengetahui apa terbaik untuk hambaMu.

Selepas dinner, kami pergi ke masjid yang bersebelahan dengan rumah anak yatim itu. Selepas menunaikan solat Isya' dan Terawikh, kami mula beransur pulang dengan seribu satu pengajaran dan peringatan atas diri kami...Alhamdulillah
at Sunday, August 30, 2009 1 kata-kata kawan
labels Friends, India, Jalan-jalan, KMC Life, Motor, Picture, Study, Weekend










