CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 27 August 2008

A Thousand Splendid Suns


Di hari pernikahan akak aku dan abang ipar aku.



Alhamdulillah,semua benda yang dirancang berjalan lancar. Majlis pun meriah dan akak aku pun selamat menjadi isteri orang. Aku pun dipermudahkan selamat sampai ke Malaysia dan sempat hadir dalam majlis akad nikah.

Flight Mangalore-Bangalore aku diubah waktu,awal 8 jam. So aku sampai kat Bangaluru Airport 12 jam
lebih sebelum flight aku ke Singapore. Memang sangap habis,tak tau nak buat apa kat airport tu.



Di CCD,layan kopi n novel, cuba menghiburkan diri yang tengah buhsan

So kat ruang lepak,aku nampak kedai buku. Nampak lak buku 'A Thousand Splendid Suns' by Khaled Hosseini (penulis yang sama untuk The Kite Runner). Best ah buku ni (atau may b sebab aku bohsan sangat). Lepak kat ccd lebih dari 8 jam,layan kopi2 die n bace buku. Akak ccd tu buat muke xpuas hati lak,tapi aku tengok,banyak je seat kosong,so no hal ah kalo aku lepak lame pon..kan?kan? hahaha..so bile dia buat muke je,aku oder ah secawan kopi len..so total 3 cawan aku minom!!! Tak pasal2 segar aku malam tu,tak boleh nak tido and asyik pegi toilet je (diuretic effect).

The Merlion of Singapore (yang tipunyer dalam Changi International Airport)

Sampai je Singapore, aku trus naik MRT pegi Lavender. Dari Lavender station tu aku sesat gak ah mencari bus station. Tanyer2 orang sana,and at last jumpe gak.
Selat Tebrau

Patutnya perjalanan ke Melaka 4 jam je,tapi bus rosak plak kat Ayer Hitam,so trus jadi 6 jam!

Aku sampai Melaka kul 3,and majlis nikah kul 5. Nasib baik sempat sampai gak.Alhamdulillah.



Nak share kat sini ape yang aku dapat dari buku tu. Ni kisah pasal Mariam yang merupakan anak kepada Jalil n Nana.Nana ni isteri Jalil yang ke-3 and bekas servant si Jalil. So Mariam ni diasingkan dari keluarga Jalil yang lain. Mariam duduk dengan ibunya Nana di pondok usang di kawasan asing dipinggir Kabul. So Mariam ni boleh kata hidup malang ah,ayah dia datang sekali seminggu,tapi ayah dia stil support hidup mereka. Nana pulak selalu memburukkan Jalil kerana tidak menjalankan tanggung jawap sebagai seorang suami dan ayah dengan sempurna.Nana selalu berkata yang hidup sebagai seorang perempuan seperti mereka amatlah seksa dan hina. Nana mengelar Mariam 'harami'.Namun bagi Mariam,dia tetap suka dengan ayah dia.
Nana bunuh diri sebab marah kat Mariam yang berdegil mahu pergi melihat rumah ayah dia di kota Kabul. So lepas tu,Mariam duduk dengan ayah nya. Family Jalil yang lain agak tak selesa dengan kehadiran Mariam and merangcang perkahwinan Mariam dengan Rasheed yang mana berusia jauh lebih tua dari Mariam.
Tapi hidup Mariam jauh lebih sempurna selepas perkahwinan dia dengan Rasheed walaupun pada awalnya Mariam tidak suka dengan perkahwinan ni.Dengan Rasheed,Mariam dilayan sebagai seorang wanita yang dihargai sebagai seorang isteri.

Panjang lagi cerita ni,tapi aku suka part mula2 novel ni. Menceritakan tentang kehidupan. Ye lah,kadang2 kita pikir kita ni malang je,dan penuh dugaan hidup,mahupun sebaliknya. Sesungguhnya dugaan hidup ni adalah ujian untuk menguji keimanan kita...

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi
(29:2)

Tapi dengan ketentuanNya,hidup kita boleh je berubah kalau itu ditakdirkanNya.Seperti dalam cerita ni,hidup Mariam berubah menjadi lebih sempurna selepas berkahwin dengan Rasheed.So kita kenelah hadapi semua dugaan hidup dengan sabar..

Hai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
(2:153)


Banyak lagi pengajaran lain yang boleh dapat daripada novel ni. Pendek kata aku memang suke gile buku ni..so sape2 yang berminat nak tau lebih,pegi lah bace..hehehe

Assalamualaikum..

3 kata-kata kawan:

shAiNe.aLi said...

saya baca buku tu last year.sampai menangis-nangis.if u read The Kite Runner (also by the same author),boleh rasa kehidupan di afghanistan.kabul is a beautiful city though.

NuR^QaLBi said...

Salam'alaik..saje drop by...cantek kakak awk..=)..moge ALLAH limpahkan rahmat dan berkat dlm hidup mereka dan mengumpulkan mereka dlm kebaikan...inshaALLAH..

kakak dah sudah...adiknye xlame lagi la kot..;)

barakALLAHu fiik...

Mohd Izwan said...

Shaine: waa,penghayatan anda memang mantap! hehe..'kite runner' bace suku je,sebab dah tengok movie die..beli 'a thousand splendid suns' pon sbb author yang same ah..n mmg best pon..

Hanim:mekasih..amin..saya pun mendoakan yang terbaik untuk mereka..nway,sy lame lagi KOT..hahaha