Salam..
Tepat-tepat lagi sebulan dari detik ni aku akan pulang ke Malaysia for good. Alhamdulillah, matlamat utama aku datang ke sini sudah hampir tercapai. Segala puji-pujian kepadaNya.
Perasaan aku sekarang, aku pun tak tahu. Mestilah rasa happy dan excited nak balik Malaysia dan mulakan hidup baru kat sana. Hidup sebagai orang dewasa, mempunyai kerjaya, rasa lebih bertanggung jawap atas family sebab tinggal lebih dekat dengan mereka, dan insya'Allah akan mula fikirkan kehidupan baru dengan orang tersayang.
Tapi memang tak boleh nafikan juga, kehidupan aku disini selama 5 tahun lebih, bukan lah boleh aku lupekan begitu sahaja. Kalau ikut hukum kira-kira, hidup aku kat sini cumalah 1/5 dr umur aku sekarang. Tapi kalau difikirkan balik, pada usia 20-25 tahun aku kat sini, umur inilah yang buatkan kita kenal dunia sebenar, sedar akan tanggung jawap dll..maka tidak dinafikan life di India sungguh bermakna.
Berapa ramai manusia aku kenal di sini. Bermula dari kawan sebilik, serumah, sekolej mahupun kawan sama tempat kerja [aku tak rasa ada word 'sekerja'..ke ada?].
Berapa banyak ilmu aku dapat di sini,. Dari ilmu perubatan, agama [usrah/jemaah/etc], bahasa [Kannada pun aku dah boleh sekarang ok!], masak [credit to Habib yang cukup2 berbakat besar, walaupon kami mempunyai deria rasa yang agak berbeza], menunggang motor [aku belajar naik motor ada clutch kat sini ah], bergaul atau bersosial [aku dulu pemalu orang nya =) ] mahupun ilmu menguruskan urusan-urusan harian [ bayar bil, bayar insurance, sign agreement rumah, urusan jual beli..yelah,masa di Malaysia, duduk bawah ketiak parents,mana ada chance nak buat benda ni semua]. Tak lupa juga, ilmu tulis blog! [camca dilahirkan di India..tempe ah ko camca!]
Oh! Tak semua benda baik je aku dapat di sini. Tapi aku rasa, benda-benda buruk pernah je aku cakap kat sini, dalam sesi luahan perasaan terhadap tempe. =) Seburuk mana pun benda tu, kalau kita sedar ianya buruk/salah, kira bagus ah. Maksudnya kita boleh belajar dari kelemahan/kesilapan orang mahupun diri.
THANK YOU ALLAH..mentakdirkan aku belajar di sini disamping nikmat-nikmat Mu yang lain.
THANK YOU INDIA..bagi aku peluang dan sudi menerima kehadiran aku [nada sinis].
THANK YOU KAWAN..memberi aku teman mengenali erti kehidupan.
THANK YOU TEMPE..mengajar aku erti kehidupan dan kesabaran.
double special
7 years ago
6 kata-kata kawan:
owh....blog ko masih idop .tak sangke. heheee..
nway.all the best! pasni jupe kat msia la pulak.
eceh. ade ucapan2 selamat tinggal lak. gile syahdu :P
sila keep in touch ye selepas balik malaysia..
banyak soalan nak tanya nnt..
p/s : kawen jemputtttt!
haha..deria aku dah berubah..cuma rendah sket dr ko je..btw.. masakan ko the 'best' ah.. especially ayam merah tuh (x tau la name ape)
This blog is a good one! Its original, thanks for the info! Is there a way I can tell my people about this post.
I’m quite sure I’ll learn many new stuff right here! Good luck for the next!
- car rental service | car rental services | car rental india
Post a Comment