CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 20 September 2009

Esok Hari Raya

Salam..

Ramadhan tahun ini berlalu sangat pantas. May be sebab di awal Ramadhan, aku busy prepare untuk medicine end posting exam. Tahun ni agak lain keadaan sebelum raya. Memandangkan Malaysia yang dijangka beraya pada hari ahad, so kami semua pun plan buat sambutan raya hari ahad juga. Seperti tahun lepas, aku plan nak masak kuih keria. (walaupon aku pon tak tahu apelah kaitan hari raya dengan kuih keria). So semalam (sabtu), kami pergi ke pasar untuk beli barang-barang buat keria. Sekali peniaga di sana yang Muslim berkata, most probably raya hari isnin. Aku pun dah pelik..dan pada pukul 9 malam barulah semuanya confirm yang raya pada hari isnin.

Pagi tadi,aku call family yang sibuk beraya di rumah nenek Batu Pahat. Biasalah,suasana raya,mula lah adegan ayat-ayat sayu. Ada juga aku mengadu pada ayah aku yang aku rasa kecewa juga sebab apa yang dirancangkan tak jadi. Tapi aku ditegur oleh ayah aku. Dia ingatkan pada aku untuk bersyukur,sebab aku diberikan sehari lebih untuk bertemu dengan Ramadhan...alhamdulillah =)


Mood raya aku bermula pabila menerima kad raya daripada dia =) Siap ada duit raya (RM1 je ke??)




28 Ramadhan, (sabtu), aku dapat pula butang baju melayu. Ingatkan dah tak sempat sampai. Alhamdulillah, sampai juga dalam keadaan yang baik.



Beberapa hari sebelum raya, dapat 'beraya' dengan Asyraf =) Tak pernah lagi sentuh Asyraf..tapi ok lah, dapat tengok dia pun sudah cukup bagus.


Persiapan memulakan proses buat kuih keria!! ho yeah!!!


Kemas rumah yang tak pernah dikemas oleh aku sejak pindah =)


Itu dia, baju raya sudah digantung! (sila abaikan longgokkan baju atas katil itu)

Hari last berpuasa, kami satu batch berbuka di rumah Wari..antara hidangan yang dia sajikan adalah sate (sedap gile ah) dengan kuah kacang, nasi impit+sup=soto, dan juga kuah lode (gambar bawah). Terima kasih Wari sebab menaja makanan berbuka!!



Selesai berbuka puasa, kami bergerak ke Ecropolis, memulakan misi membuat kuih keria.. sedang ayik menggentel dan membentuk kuih keria (atas) dan digoreng oleh Alimin (bawah).

(aku tak tahu kenapa dia senget,dan tak tahu macam mana nak tegakkan gambar ni) =(


Selesai dengan kuih keria, kami sambung dengan membantu junior membuat kuih jala. Actually, benda yang sama jugalah yang kami buat tahun lepas. Membuat benda-benda ni bukan sahaja sekadar memenuhi tugasan kami, malah lebih kepada untuk mewujudkan suasana dimalam raya. Bak kata mak aku, raya di mana-mana pun sama sahaja,terpulang pada kita macam mana nak membuatkan dia meriah. Bawah menunjukkan cara-cara menebar roti jala yang ditunjukkan oleh Wari =)


. video

Akhir kata... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

1 kata-kata kawan:

naim said...

haha. da tayang baju raya kat sini cane nak surprise~! ;p