CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 11 August 2008

Pulon wei!! Good Luck

Macam aku cakap dalam blog aku yang lepas,aku nak habiskan weekend aku kali ni kat Manipal. Tapi lambat gak aku decide nak pergi sana. Budak2 batch 19 tengah uni. exam and budak2 batch 20 ade test isnin tu. Tapi sebabkan aku nak balik Malaysia jumaat ni,so kene lah melawat diorunk dulu kan..hehehe..harap tak susahkan korunk..

Mula2 plan nak gerak 9 pagi,tapi hujan ah. So kul 10 hujan stop,aku n Habib gerak gi naik bas. Sebabkan hujan,malas nak naik motor. Sampai sana lunch dengan budak2 ni.

Banyak gak aku dapat kat sana. Belajar bahasa Sarawak, Kelantan mahupon Jepun. Paling best belajar cara2 nak bezekan duit palsu India...menarik tu,sapa2 nak tau,msg aku ah..tak boleh bagi tau kat sini atas tujuan keselamatan =p
Masa balik,dalam bas tu aku dapat sms dari Halim. Dia kata ade bus strike. Tapi aku nampak ade je bas kat Manipal,so aku rase Halim saje je tu. Tapi betul ah,tengah2 jalan tu,polis tahan bus kitorunk. Aku pun tak tau pasal ape,malas nak layan perangai tempe2 ni..so aku n Habib ikut je diorunk. Selagi bleh sabar,memang kene sabar dengan tempe ni. Kami diarahkan tuk tukar bas. So lambat ah kitorunk sampai. Sepatutnyer sejam setengah je perjalanan,tapi dah jadi 2 jam setengah..(sabar2).. terpakse asar dalam bas je (sabar2) MEMANG TEMPE!! (dah tak tahan sabar) huhuhu

Last week usrah buat kat rumah aku. Aku diminta ulas pasal buku bertajuk 'Isu2 Fiqh Perubatan Semasa'. Aku pilih persoalan ' Apakah hukum dokter lelaki merawat pesakit wanita?'


Dalam aku baca buku tu. Aku terjumpa ayat Al-Quran ni. Rasa best lak nak share kat sini sebab banyak kaitan dengan hidup kita semasa.

Surah Al-Ahzab bermaksud 'golongan-golongan yang bersekutu. Perang Al-Ahzab berlaku antara orang Islam dengan Yahudi + Musyrikin + Munafik.

Ayat yang aku nak share ni pasal peristiwa yang berlaku dalam perang tu lah. Pada ketika tentera Islam dikepung oleh pihak lawan,sebahagian daripada mereka dah pikir yang Islam akan kalah n give up. Namun sangkaan mereka salah. Allah memnurunkan bantuan Nya dalam bentuk ribut taufan yang akhirnya menyebabkan pihak lawan lari bertempiaran. (rumusan dari 33:9-27)

So ape yang aku nampak,dalam kita hadapi cabaran, tak kisah lah ape pun bentuk cabaran (study ah kalo kite ni pelajar)..so kene ah tabah and yakin akan pertolongan Nya. Sesungguhnya kadang2 kita diuji oleh Allah,nak tengok sama ada kita ni cepat melatah and mengaku kalah (give up). Patut nya kita yakin,tiada apa yang mampu menghalang jika kita ditakdirkan dengan kemenangan mahupun sebaliknya(kun faya kun!). So hanya pada Allah kita meminta pertolongan..(mcm bese je bende2 ni..ala,saje nak ingatkan diri aku n korunk)

So pada kawan2 yang tengah exam sekarang ni,teruskan ah study tu (pulon wei, jangan x pulon, nnt nyesal!). Sambil berusha, jangan lupa diiringi doa. So sama2 doa kejayaan kita berserta niat yang betul..
Insya'Allah..


Assalamualaikum

3 kata-kata kawan:

Aleng said...

kan da ckp..ko x caye bas strike..hahahahaha
mmg tempe la tempe ni..haish...

Anonymous said...

=p

Mohd Izwan Samion said...

Halim: tempe goreng memang sedap

Syikin: macam mane yek nak beze duit palsu? =p