CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 5 August 2008

Tempe ooOohHhhhHH Tempe!!

Baru balik dari Empire mall, keluar dengan Halim. Nak cita kat sini pasal perangai tempe,yang makin lama buat aku rasa rimas tahap mentibang ni.

Aku mula-mula plan nak beli kemeja baru tuk aku pakai masa majlis perkahwinan akak aku. Sebabkan family aku decide nak pakai baju warna biru, so aku memang aim kat baju biru je ah. So aku masuk ah satu kedai ni kat Empire Mall tu. 1st time aku masuk kedai tu. Kedai tu agak nampak gempak ah dari luar. Banyak jual pakaian formal ke office ah. Sebabkan ade poster besar gile 'sale up to 60%', so teruja gak lah aku nak masuk.

Memang betul ah ade sale,tapi untuk stock yang lame2 je. Tapi aku memang dah agak dah macam tu(masak dengan perangai tempe). So sedang aku rambang mata cari baju warne biru,aku nampak ah kat hujung kedai tu, deretan kain2 ela. So aku pun tanyer ah kat promoter sorang tu, dia kata boleh beli kain,then boleh upah jahit baju kat kedai tu gak. Bila aku tanyer harge total,aku rasa agak o.k ah kalo ade yang aku minat (biru).

Mula2 aku tengok2 kat deretan kain yang warne biru. Tapi tah le,semua nampak sama macam baju2 aku yang lain (aku banyak baju biru). Tiba2 kat hujung deretan kain tu, aku nampak kain warne putih. Teringat lah aku nasihat Ustaz Salam.

Ustaz Salam pernah tegur aku dan kawan2 aku yang lain pasal pemakaian kami ke masjid. Dia tegur lah, kalau boleh jangan lah pakai baju2 yang bewarne cerah ke, gelap ke. Sebab dia ade cerita kisah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, yang mana nabi pernah menegur seorang sahabat yang berpakaian gelap ke masjid. Lalu setelah ditegur,sahabat itu pulang dan membakar pakaian tu. Kemudian nabi tegur kembali sikap sahabat tu, nabi berkata sepatutnya pakaian itu diberikan kepada kaum hawa.

Lebih kurang macam tu lah kisahnya. So aku pun terlintas tuk beli kain putih yang bercorak jalur2 untuk dijadikan kurtha. So aku tanya lah harga kain. Harga agak murah kalau nak compare dengan yang siap. Lagipun aku agak susah nak cari baju kat India ni,sebab aku kurus kot. So lepas tu aku tanya harga upah tempah. Promoter tu pegi lah tanyer si tailor. Tailor tu pon dengan yakin ambik pita ukur and terus ukur labuh kurtha yang aku nak,sebab nak tau berapa panjang kain perlu aku beli.Lepas tu dia bagi tahu yang kos upah adelah Rs&&&. So bila total,harga dia lebih kurang sama dengan harga kurtha yang dah siap (yang elok punyer lah). So aku pun setuju je.

Lepas bayar tuk harga kain,aku disuruh jumpe tailor. Dia ambik ukuran baju lengkap. Lepas tu aku nampak dia buat bil. Terkejut aku,nampak harga yang diletak 2 kali ganda dari harga yang dijanjikan untuk upah jahit. So aku tanyer dia kenapa. Dia kata Rs&&& adalah tuk harga kurtha pendek. So aku pun tersenyum blurrrr....

Tiba2 aku teringat kisah kawan2 aku yang lain. Kisah dimana diorang kene tipu dengan tempe....

1. Kisah kawan baik aku yang disuruh pindah dari rumah yang di sewa. Diberi masa sebulan lebih je tuk cari rumah lain. Malang nya lagi, masa tu dia tengah uni. exam. Lepas uni exam pulak,diorunk ade sesional exam. So dirunk kene ah menumpang rumah kawan2 yang lain.
2.Kisah orang yang sama. Berlaku semalam. Masa diorunk mencari rumah tu,diorunk jumpe dengan satu broker ni. Dia tunjuk ah satu rumah kosong. Lepas tu dia mendiamkan diri. So kawan aku ni cari ah broker yang lain. Pendek kan cerita,broker yang baru ni pun cadangkan rumah yang sama. So sebabkan exam semua,kawan aku ni pon o.k je lah dengan rumah tu. Semalam, broker yang 1st tu ikut kawan aku sorang ni dari kolej sampai ah ke rumah baru dia. Then,dia mintak duit konon2 upah bayaran sebab tolong dia cari rumah tu. Padahal,bukan dia yang uruskan dan kawan aku ni dah bayar kos upah tu kat broker yang lagi satu. Dia mintak Rs7000. Kawan aku gaduh mulut dengan dia,then dia mintak kurang Rs4500. Tapi nasib baik kawan aku ni agak sedar akan sikap tempe,so dia abaikan je tempe tu mengamuk sorang2. Aku puji sikap kawan aku ni.
3.Kami yang tinggal di Maharaja Residency ni kene bayar extra Rs200 untuk maintainance dengan alasan yang kami ni orang luar yang menyewa di apartment tu.

Dengan kisah2 kawan aku tu,aku pun terasa aku kene tipu ni. So aku tak pikir banyak,aku nak dia jelaskan apa yang dia buat ni. Lepas tu dia nak ngamuk2 lak dengan aku. So aku terus jumpe promoter yang aku deal dengan dia awal2 disebabkan aku paham sangat ape yang dia cakap.

Gaduh2 mulut je lah si promoter tu dengan tailor. Aku just bagi tau,yang aku nak bayar dengan harga Rs&&& seperti yang telah dijanjikan mula2. Sebenarnya memang salah si tailor sebab dia menipu bila promoter tu tanyer dia harga upah. Akhirnya si tailor tu pun setuju (terpaksa kot) tuk bagi harga Rs&&&. So aku bayar je lah. Dia mintak balik bil tadi. So aku bagi,bila aku dapat balik bil tu, aku nampak yang dia mengubah tarikh siap baju tu. Aku pun terus je bagi tau si bos,lepas tu tah hape diorunk borak and gaduh,last2 dapat balik tarikh asal.

Sebenarnya bukan lah sebabkan duit tu sangat. Bagi aku,main point dia adalah sikap diorunk yang ingat senang2 boleh tipu kami as foreigners ni?? Diorunk ingat aku baru lagi ke kat sini. Dah agak masak dah dengan diorunk ni.

Tujuan aku buat post ni bukan ah nak meng-aib-kan sapa2. Cuma bagi kawan2 yang kat India ni,jangan bagi muka sangat kat tempe2. Memang kadang2 kita rasa malas nak layan, and ikut je kehendak diorunk...tapi lama2 kene pijak kita nanti (semangat ni)..huhuhu

Assalamualaikum..

6 kata-kata kawan:

Nurul Asyikin Binti Mohd Ali said...

btol2!!!!slalu kene tipu harga auto...pernah skali tu org auto mintak double harga biase d bayar,sbb dia baru tau MP park kat mane...dah le direction pon kene bagitau...bile btau harga biase,dia bargain2 pulak???ishhh,panasss...huhu... so bg je duit yg harga biase n tinggalkan dia bebel sorang2! weeee~ best2! (actually,1st time bertindak begitu,tetibe ade strength nak lawan blik sbb slalu sgt kene tpu,hishhh!)

rashid said...

COBAAN...

bagus duk India ni.. Sebagai medan latihan menaikkan tahap kesabaran dan kecerdikan laksana sang kancil dan kura-kura. Silap2 leh jadi medan naik ke'kaki'an dan ke'tangan'an. Tapi disebabkan kita ni ke'orang luar'an, maka terpaksalah banyakkan ke'sabar'an..

Mohd Izwan said...

Syikin: hahaha,thanx share cite..betol ah tu. Kalo malas layan,dari sumpah2 dia,baik blah je..bile penat,die berhenti ah cakap n menipu tu..

Rashid: hahaha betol2..

INCREDIBLE INDIA!!

Anonymous said...

wah...truknye kat sane...slalu kena tipoo tu..biasa la kalau tgk org asying ni..hehehe.

Anonymous said...

sape kawan ko tu??

Mohd Izwan said...

anony:sapekah anda?? huhuhu