CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 18 October 2008

Commed n Medicine

Assalamualaikum..

Lama dah tak jengok kat sini. Sibuk gak lah dengan study sekarang ni. Lagipun sekarang tengah medicine posting, so banyak yang kena dibaca sebelum pergi posting,kalau tak,hangus lah aku kena salai dengan prof. Harini 3rd day aku posting medicine. Kali ni aku dapat unit A Wenlock Hospital. So far,aku rasa ni lah posting medicine paling best if nak compare dengan 2 posting sebelum ni (3rd n 5th sem). May be sebab aku dah 7th sem kot,so banyak gak lah aku dah tau sikit-sikit pasal medicine,so tak delah blurrrrr je datang posting (seperti 3rd n 5th sem). Tapi aku rasa lebih semangat sebab unit aku kali ni, prof die sangat lah baik hati. Bukanlah maksud aku yang prof sebelum ni jahat, cuma kalini aku lebih suka sebab diorunk jarang tanya soalan (kalau tanyer pun,sure aku tak tau jawap nyer) dan diorunk suke ambil kelas,so banyak lah benda baru yang aku dapat. Kira berbaloi ah pergi posting dan taklah rasa pergi semata-mata untuk attandance je.

Unit kali ni, o.p.d die hari isnin,so isnin petang tu kenelah aku pegi hospital ambik case. Hari sabtu lak,kami akan ade seminar,so batch aku kene present,bergilir-gilir. Hari-hari lain,present case dekat prof. Tu serba sedikit lah pasal posting untuk sesiapa nak tau. hahaha..

Last posting aku adelah commed (community medicine). Ni subject utame 3rd year. Tapi sangatlah bosan pada mulanya. Ye lah,sebab kene belajar pasal community kat India ni (bukan Malaysia,tapi yang lagi leceh,ade gak prof yg suruh cari data pasal Malaysia,so kene lah surf internet). Tapi biasalah, prof aku selalu ingatkan yang subject ni sangat penting,sebab akan diajar skil untuk apply medicine kat community level. Aku pun angguk saja kepala. Tapi, lama-lama,aku rasa best lak posting commed kali ni. Sebab kami diagih-agihkan kedalam group yang kecil, 12 orang. Lepas tu kami disuruh buat chart or ape-ape je model untuk diletakkan dalam muzium commed KMC. Kami dapat tajuk Bioterrorism. So kami semua decide nak cakap pasal 4 main diseases je under topic ni..anthrax,plague,small pox and botulism. Rancang punya lah rancang, lepas tu bila jumpa our guide yg 1st,dia kurang setuju,so kami ubah sikit,ikut idea dia. Esoknya, guide kami tu tak datang lak,so kami kena jumpe yang lagi satu,dia pun tak puas hati dan ubah lagi idea tu. At last,aku rasa dah macam kapal angkasa lak model kami. Actually kami plan nak siapkan awal,sebab due date dia pada raya ke-3. So kami plan nak siapkan sebelum raya lagi. Tapi susah lah macam tu dengan idea yang berbeza-beza, tapi alhamdulillah..dipermudahkan juga urusan kami..and non-Muslim group members aku sempoi,malam raya tu,diorunk cuba habiskan (Muslim lain sibuk masak untuk jamuan raya). Bagus gila dapat member yang paham keadaan ni. Thanx guys!!

Gambar- dalam usha menyiapkan projek kami..







Itu adelah last commed posting aku. Syukur,at last aku enjoy juga subject ni. Sebab dalam subject ni ade juga belajar maths balik (statistik). Mula-mula jenuh gak mengingat kembali formula-formula yang pernah aku belajar dulu,tapi syukur, dapat juga lah ingat balik. End posting test dia pulak ade spoters,viva and theory questions. Aku ingat lagi, dalam viva aku,lepas aku present case diabetes, examiner tanya aku soklan maut... "Tell me about your project.. your guide happy with it?" (sambil menggoyangkan kepala)...aku pun dengan senyuman, menggoyangkan kepala juga tanda "Yes!" =p Kesimpulannya bagi aku posting comed kali ni aku dah buat yang terbaik dan enjoy gila..

Assalamualaikum..

2 kata-kata kawan:

hazimah said...

unit A wenlock mmg best!! :)
saya suka unit !A wenlock. :)

muahaha. xtau pulak commed ada muzium. kat ne muziumnyer?

Mohd Izwan Samion said...

yup..best ah unit A. pernah posting sane ke?

hahaha,aku pun xtau kat mane..tp dah prof cakap buat bende tu untuk diletakkan kat muzium,ade je ah kot..