Salam..
Hari ini lama juga aku spend masa lepak dalam bilik. Hari ini lecture habis awal dan memandangkan bulan Ramadhan,aku tak tahu nak jalan mana,so terus balik ke rumah. Lepas berbuka,baru sahaja hidupkan motor mahu ke masjid,hujan pula turun dengan lebatnya. Memandangkan kedudukan rumah baru aku yang jauh ke dalam,maka susah untuk aku menahan auto (public transport kat sini). So aku lepak sahaja di bilik. Terasa terasing betul malam ini. Tak ada orang untuk berborak dan melepak.
Dalam aku bosan sorang-sorang kat bilik,tiba-tiba mengingatkan aku balik kisah aku dengan saudari X. Dia bukanlah kawan rapat,yang biasa aku tegur, walaupon kami dalam satu kuliah yang sama. Tapi dijadikan cerita,masa aku 3rd year dulu,satu hari aku datang lambat dan prof sudah mula mengajar. So tanpa fikir panjang,aku duduk sahaja di mana-mana tempat yang kosong, dan ditakdirkan aku duduk di sebelah X.
Selepas selesai mengajar,prof tadi keluar. So kami pun menunggu untuk prof yang lain datang,. Ditentukan pada hari itu,prof yang kedua datang lambat. Banyak juga masa yang ada. Kelas sudah mula bising. Semua orang mula bercerita hal masing-masing. Namun dia senyap sahaja membelek-belek lecture note yang ditulisnya tadi. So aku dengan rasa serba salah menegur dia. Lama juga aku tunggu balasan teguran aku itu. Dengan rasa berat hati,dia membalas teguran aku. Fuh~ lege, berbalas juga teguran aku..Namun kemudian,dia memberitahu aku dia tak suka sangat bercakap dan bergaul dengan orang ramai dan prefer untuk mendiamkan diri. Aku pun berasa pelik,tapi sebabkan rasa nak hormat pendirian dia,aku pun senyap sahaja. Lagipun, aku bukan kenal dia macam mana.
Selesai lecture pada petang tu, aku pun bergerak keluar dari klas. Tiba-tiba aku dengar dia memanggil aku dari belakang dan meminta maaf jika apa yang dia lakukan tadi buat aku terasa. Oh,may be sebab aku TERbuat muka kot dengan kata-kata dia tadi.
Dipendekkan cerita, bagi dia,dengan mengasingkan diri dari orang ramai membuatkan dia lebih selesa. Bagi dia,lagi banyak bergaul dengan orang, lagi banyak ragam yang dia akan jumpa dan menyebabkan lagi banyak hal yang dia akan fikirkan. Lagi banyak dosa yang dia akan buat seperti mengumpat dan mengutuk, dan juga risau akan membuatkan orang lain tersinggung dengan perlakuan dan kata-kata dia.
Sejak dari hari itu, aku hanya memerhatikan dia dari jauh. Aku tak tahu, adekah benar ataupon salah dengan pemikiran dia itu. Adekah ini yang dinamakan kera sumbang?? Atau ini adalah cara dia untuk memperbaiki diri dia menjadi orang lebih sempurna.
double special
7 years ago
7 kata-kata kawan:
kalu dia happy mcm tu takpelh...
tp jarang manusia zaman skang suka ASING kan diri...
ade jugak yg suka abeskan masa sendiri tp at least once or twice perweek spend time ngn kawan2...
huks..tertanye2 laks aku sape gerangan saudari nih..=) forsure bukan aku lah kan..hahaha.. hm but personally aku rase masing2 ade reasons behind anything..lebih baik diam daripada bercakap kosong tak gitu..huhu gedebok!! utk diri sendiri..
dia just kurangkan bercakap benda2 yg x penting kot..x slh kot cmtuh.kalo kita pikir dr sudut yang baik,niat dia tuh x slh r =)
some ppl are just quiet in nature..but they are actually nice person when u know them in person. hmm, apa lagi...cuba la kenal dia lebih dlm lagi..hehehe :)
maybe die x bemaksud pon sebenanye kate2 die tuh tp untuk create a convrsation. tp ko plak x respon btol. haha.
terima kasih pandangan korunk..betul2,kita boleh terpikir2 je ape yang dia pikir,tp jawapan sebenar dia dan Tuhan je yang tahu.
Cuma terpikir,kalau dengan mengasingkan diri seketika untuk mengurangkan dosa seharian,ok pe =)
kawan ko nie sgt menarik =0
Post a Comment