CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 2 October 2008

Kembara Ramadhan

Assalamualaikum

Habis dah sebulan berpuasa. Banyak juga benda berlaku dalam Ramadhan kali ni,tapi mostly aku dah cerita dalam post aku yang lepas. Cuma untuk kali ni,aku ingat nak share sikit pasal kelainan yang aku cuba buat untuk akhiri Ramadhan kali ni. Tapi tak adalah serius mana,walaupun ayat intro aku kali ni agak skema. ;)

Masa usrah terakhir dalam bulan puasa kali ni,buat di rumah aku. Actually agak silap timing gak,sebabnya Habib berhajat nak join sama, tapi silap tengok tiket flight kot sampai dia terlupa masa usrah tu dia dah balik ke Malaysia. Tak pelah, tahun depan insya'Allah boleh buat lagi. Tapi tulah,dah dia tak ada,kene lah aku handle sorang-sorang pada mulanya. Tapi sebabkan ada je orang yang baik hati dan paham,so ramai je yang tolong. Akhirnya, alhamdulillah, boleh je berjalan agak lancar.

So lepas usrah tu, aku ada borak-borak dengan Abe. Tiba-tiba datang pula idea untuk akhiri Ramadhan kali ni dengan buat something yang lain dari lain. Kami pikir,bagus gak kalau try solat terawikh di masjid-masjid selain dari Nur Masjid.

25th, kami decide pergi ke Kudrali Masjid. Masjid ni merupakan masjid pertama kami pergi tunaikan solat jumaat di India. Sebab ketika tu hostel kami (1st year) di Lalbagh,jauh gak la dari rumah aku sekarang. Area Kudrali ni ada 2 masjid yang jaraknya kurang dari 500 meter. Aku dulu selalu pergi ke masjid yang berada di antara 2 simpang jalan,masjid yang mana nampak lebih usang ketika itu. Tapi sekarang masjid tu dah berubah wajah,tapi masih under construction ah. So malam tu, kami pergi lah ke masjid yang satu lagi. Cakap pasal kelainan masjid ni menunaikan terawikh daripada Masjid Nur adalah bacaan imam nya yang amatlah laju. Tak silap aku, aku tunaikan solat isya' dan terawikh 8 rakaat dalam masa kurang dari 30 minit. Imam masjid tu pun memilih surah-surah lazim untuk setiap rakaat.

26th- aku, Abe, Shauqi dan Alimin berbuka puasa di National Palace. Makan lembu. Disebabkan dah berada di area market road, kami pilih masjid yang berdekatan untuk tunaikan terawikh. Tapi aku lupa pulak nama masjid tu. Sebabkan jalan di Mangalore sekarang ni banyak yang ditutup, so aku letak motor kat kedai tu dan jalan kaki je. Cakap pasal kelainan masjid ni pula,memang ah lain. hahaha..mula-mula sampai je aku nampak papan tanda untuk jemaah perempuan. So dah ada persamaan dengan Nur Masjid.Kiranya masjid ni akan ber-terawikh agak lama (compare dengan Kudrali Masjid). Tapi lepas je isya' ade sorang ustaz berdiri depan dan cakap something. Seperti biasa,aku tak kan paham apa yang dia cakapkan,tapi aku boleh agak-agak sikit,sebab dia mix dengan arab (gila ah,masih paham arab lagi rupa2nya aku ni =p ) Yang aku paham,dia akan buat 8 rakaat je,so aku rasa ok aja,sebab memang niat aku nak buat 8 je. Terawikh start kul 8.30..so aku macam biasalah,cuba dapatkan tempat yang betul-betul bawah kipas. Jemaah kat sini memang amalkan untuk betul-betul rapatkan saf sampaikan jari kaki kami bertemu antara satu sama lain. Sampaikan tak ada ruang untuk duduk tahyat akhir (so aku buat sama macam tahyat awal). Lepas surah Al-Fatihah, imam tu mula baca surah lain. Ayat yang dibaca bukanlah ayat yang aku hafal..so aku rasa masjid ni pun cuba buat 'satu malam satu juzuk'. Tapi kenapa pulak 8 rakaat je?? Rupa-rupanya..punyalah lama untuk imam tu habiskan satu rakaat,aku rasa 4 pages Quran kot dia baca dalam satu rakaat. percaya tak,untuk 2 rakaat pertama tu, ambik masa 3o MINIT untuk habiskan!!! so lepas je 2 rakaat 1st tu,aku jeling kat Shauqi, hahaha..aku nampak dia senyum sinis,tanda untuk terus tabah tunaikan yang selebihnya..hahaha..ok lah tu. Kami selesai terawikh pukul 9.45,balik dengan penuh rasa kagum sebab mampu habiskan juga terawikh di masjid tu yang may be untuk kali pertama dan terakhir kami buat kat situ.


27th-kami berbuka di rumah abang Salam,senior kami di sini. Banyak betul dia masak,udang,sotong,ikan dan nasi lemak! Kenyang habis lah. Lepas makan je,aku,Abe dan Shauqi pergi ke Kankanadi Masjid. Masjid ni aku pernah pergi sekali last year. Tu pun sebab ada majlis gotong rotong di rumah anak yatim yang betul-betul bersebelahan dengan masjid tu. Masjid ni simple aja,tok imam dia baca surah-surah lazim dengan speed yang boleh diterima ;)

OTW ke rumah Dr. Mubashir

28th-kami dijemput untuk berbuka di rumah kawan kami, Dr. Mubashir. Jauh juga rumah dia ni,lebih dari 20 km dari rumah aku. Kami pergi dengan 5 motor (9 orang). Aku bawak Abe, Wari bawak Naim, Halim bawak Alimin dan Joe bawak Mahfiz. Shauqi lak bawak moto naim sorang-sorang. Gerak pukul 4.50 (plan pukul 4.30)..tapi kami sesat. Salah aku juga sebab aku yang jalan depan. Kami menghala ke Kerala (south),padehal sepatutnya ke Bagalore (east). Aku rasa dah lebih dari 15km jalan,baru lah kami perasan,so kena lah patah balik. Kami sampai je betul-betul masa berbuka puasa. Actually kami plan nak ambil daun kelapa untuk dibuat ketupat,tapi dah malam. So balik dengan perut yang penuh je. Sebabkan kami semua ada klas esok paginya,so kami kena balik malam tu gak. Memang lah penat rasa badan seban jalan jauh (sekali dengan sesat punyer pasal). Lepas tu,jalan pulak sangatlah teruk. Lubang kat jalan tu,kalau hujan,ikan pari pon boleh hidup (menunjukkan betapa dalam dan besarnya lubang tu,walaupun aku rasa agak terlebih lah describe). Tapi alhamdulillah,kami selamat sampai.

Itu jelah yang aku lakukan dipenghujung Ramadhan kali ini. Saja,mencari kelainan dan mencari peluang untuk hiburkan hati bila terfikir nak balik beraya kat Malaysia.

2 kata-kata kawan:

habib said...

waaahhh..mnarik sungguh.. sonok aper solat kat suma mesjiD..hehe.. lenkali aku nk join gak..

Mohd Izwan Samion said...

tahun depan puase n raye cni k..hehehe