Salam
Last month aku jumpa kawan aku yang agak lama aku tak jumpa. Yang aku perasan kitorunk mula tak rapat sejak 'perubahan' yang aku buat. Kawan lebih memilih mendiamkan diri. Pendek kata, kawan tidak suka sangat dengan perubahan pada diri aku. Walaupun pada awalnya, dia agak open and ok dengan perubahan ni,tapi sekarang dah lain. (ni sape yang berubah ni?? hahaha).
So masa aku jumpa kawan, rasa macam cuak gak. Ok ke idea aku ni,atau just buatkan keadaan menjadi buruk. Tapi sempoi sajalah, dengan mengharapkan akan berlaku sumthing yang baik. So bila jumpa je kawan, kami terdiam seketika. Lepastu kawan mula berkata-kata dan menjadi sempoi, seperti tiada apa yang berubah. Kami mula borak pasal benda-benda lain. Aku cuba elakkan dari berkata-kata perkara yang berunsurkan perubahan aku itu.
Aku rasa, kawan tidak memahami betul-betul pasal perubahan aku. Tapi aku memilih untuk mendiamkan diri, mengharapkan dia akan faham dikemudian hari.
Tapi bila aku fikir balik, disebabkan kawan mendiamkan diri, menjadikan aku terfikir-fikir dan mempersoalkan pasal perubahan aku itu. Aku sentiasa bertanya, adakah salah perubahan yang aku buat ini? Kalau salah, kenapa kawan tidak tegur direct?? Namun sekarang aku faham, disebabkan kawan mendiamkan diri, menjadikan aku menyedari perubahan aku itu, dan lebih berhati-hati dalam meneruskannya. Mungkin jika dia berkata-kata, manjadikan keadaan lebih teruk (jika salah caranya).
Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan dia adalah di pihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di tepi Syurga. Dan barangsiapa sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan dia adalah berada dipihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di tempat yang lebih tinggi di dalam Syurga.
(Bidayatul Hidayah)
camca: sebab itulah cikgu pernah berkata, kadang-kadang, dengan perbuatan (diam) boleh menjadikan teguran lebih berkesan berbanding kata-kata.
2 kata-kata kawan:
sape kawan tu?
nk tau! hehe
....?....
diam membawa byk maksud,tp beware sbb kdg2 bleh jd mcm gunung berapi yg x aktif tu...huhu
Post a Comment