CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 6 March 2009

Bangau Yang Kurus

"Bangau oh bangau kenapa engkau kurus, macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul........"

Nilah antara lagu jadi bahan siulan aku masa kecil-kecil. Masa tu aku pikir, comel dan sedap lagu ni. Agak unik lah.So aku boleh hafal lagu ni dengan lancar (dulu lah).

Aku teringat gak, masa kecil-kecil aku nyanyi lagu ni bersama kawan-kawan aku, ramai orang dewasa (ibu bapa) bertepuk tangan sambil tersenyum. Mereka happy kot tengok kitorunk happy. Biasalah, naluri ibu-bapa kan macam ni.

Dah besar sikit, masa mula belajar sains, aku mula perasan penggunaan lain lagu ni. Bak kata cikgu sains aku, untuk fahamkan rantai makanan atau siratan makanan, ambil contoh dari lagu ni.

Baru-baru ni, kawan aku nyanyi balik lagu ni. Bila aku dengar je,aku pun terus join sama nyanyi. Lepas tu,bila masuk penghujung lagu tu, kitorunk mula fikir lain. "Macam mana lah orang melayu nak maju kalau dibesarkan dengan lagu macam ni," kata kawan aku. Aku pun bertanya sebab dia berkata macam tu. Menurut kawan aku, lagu ni seolah-olah mengajar kita menyalahkan orang / benda lain..kira tak terima kelemahan diri lah ni.
"OOooo ok"

Pendek kata, tidak semua benda akan difahami dengan cara yang sama untuk generasi yang berbeza.


Semalam Abe memperkenalkan lagu zaman kecil-kecil yang kini diubah suai jadi lagu lebih rancak. Best juga lagu ni. Layan aja....

4 kata-kata kawan:

Anonymous said...

da way u r thinking impressed me.. it's hard 4 me to give a compliment but this is wut im thingking rite now- 'byk pk' is not a kelemahan,it is ur kelebihan... but mind about da limit bcoz it'l bring about depression
-meowmeow-

Mohd Izwan Samion said...

anony: thanx..haha,yup..dun worry, imipramine always wif me =p

miza said...

aku singgah kt blog ni n dgr lagu ni..
cam best plak..,lagu apa ni?grup apa yg nyanyi?

Mohd Izwan Samion said...

miza: engelica - tanya pada siapa