Salam
Hari ini merupakan hari ke-2 aku berkhidmat dalam medicine department. Disebabkan semalam merupakan hari bersejarah dimana Karnataka (negeri aku bermustautin sekarang) officially menjadi part of India 50tahun lepas, maka aku sepatutnya melapurkan diri pada hari ini. Tapi tidak melapur mana lah sebab aku disuruh pergi ke camp di Shaktinagar.
Tempat ni berada kira-kira 20minit dari hospital universiti aku. Tapi kira dah cukup pendalaman lah jugak tempat ni. Aku sudah dimaklumkan dari awal,pesakit yang datang ke sini adalah warga emas. Secara jujur,aku suka merawat golongan warga emas dengan alasan mereka sangat 'cute' dan cukup 'pemurah' dalam berkongsi semua cerita mahupun pengalaman. Walaupun aku tidak faham sangat apa yang mereka perkatakan (diorunk cakap kannada sangat laju & vocab diorunk sangat tinggi wo!) tapi aku cukup kagumi cara mereka mengadu dan menyatakan masalah kesihatan mereka.
Layanan yang diterima sangat best. Kami disambut dan dilayan sungguh mesra oleh kakitangan hospital itu. Siap dapat breakfast free! Oh,aku tak sempat nak makan pagi tadi sebab kena datang awal (1st day kena ah tunjuk baik n sopan). Pada awalnya agak lama aku dan rakan setugas Dr. Azie melayan setiap sorang pesakit. Tapi diberitahu kepada kami ada 60 pesakit menunggu di luar dan kami hanya ada kira-kira 2 jam lebih sahaja,maka tidak dapat lah aku berlebih beramah mesra dengan pesakit yang lain.
Selesai tugas kami, sister memberitahu ada lunch free! untuk kami. Kami dibawa ke canteen berhadapan dengan hospital tadi. Sangat bersih dan terurus tempat ni (perbandingan dibuat untuk tempat2 di India sahaja k!). Aku bertanya kepada sister mengenai tempat ini, dan sister menjelaskan ini adalah temple yang ada kaitan dengan hospital tadi (aku pun tak tau apelah yang berkaitnya benda ni). Aku perasan Dr.Azie memalingkan kepala dia kearah aku. "???"
Setelah diberitahu untuk membuka kasut, kami diasingkan mengikut jantina. Dibentangkan helaian daun pisang diatas meja disusuli dengan cawan besi yang berisi separuh air kosong. 'panas buta macam ini dia bagi separuh gelas je air!' Aku melihat kearah driver bus, rupanya air itu digunakan untuk membersihkan daun pisang tadi.Kemudian datang budak kecil dan pakcik tua menghidangkan makanan di atas daun pisang itu.Seperti yang aku jangkakan,makanan yang dihidangkan itu adalah pure-veg maka halal lah untuk aku makan. Selesai makan, aku dihidangkan pula dengan butter milk.
(nampak tak keladak susu yang dicampur dengan limau dipermukaan air)
Balik ke Mangalore dengan perut yang kenyang dan awal (disebabkn aku pergi camp,maka tak perlu datang shift petang!!) Tapi aku ada persoalan di sini..adakah kita dibenarkan pergi ke temple? Kalau korunk ada jawapan,sila lah share berserta dalil yek..thanx!
6 kata-kata kawan:
persoalan saya, kenapa tak boleh pergi temple?
maka jawapan saya utk persoalan anda, adalah...boleh. tapi jangan lah dok buat apa yg diorg buat kat temple tu.
err.. kalau jawapan saya salah sila betulkan.(sheh!tanya lah alimin :) )
err..kenyang ke makan nasi byk tu?? musykil..ngee~
kalau x salah bleh je org Islam masuk rumah ibadat agama lain sebagaimana org bukan Islam boleh melawatmasuk dalam masjid..selagi xda niat lain yg menggoyahkan iman.nak sertakan dalil, x jumpe..=)
aku teringat hidangan pagi dan tgh hari dekat Udaane(name tempat kem tu)
lazat giler aku rase..alhamdulillah tak sakit perut ke ape2.otw balik kenyang dan tidur sebab kenyang.
selamat bermedicine=)
Boleh pergi tapi bukan ikut ibadat cara mereka
Assalam. Article anda menarik hati saya..saya pun bole dikira ' otai india student' tahun 1984...ok, nak kongsi sikit tentant pi temple..bole ke tak?. jawapannya : Jika di kaji dari sudut tauhid dan keimanna, TIDAK wajar..saya dulu pun menghadapi situasi yg sama..banyak temple yg saya tidor baring...tapi saya berhenti buat demikian setelah dapat nasihat dari kyai di pensentren jawa.Dia kata perkara itu bole melemahkan cahaya keimanan. Hope no offend.
Awesome blog. I enjoyed reading your articles. This is truly a great read for me. I have bookmarked it and I am looking forward to reading new articles.Keep up the good work!
Post a Comment