CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 15 March 2011

MAKSIMA 2011

Majlis Konvokesyen, Sukan & Integrasi- Mangalore [MAKSIMA] 2011
Anjuran MSAI-Mangalore dan JPA




Sunday, 13 March 2011

Dia Kawan Aku

Salam..


"Wei, ko nak pindah duduk dengan aku tak..Ada prob dengan tempe ah,so plan nak pindah rumah..tengah carik orang ah ni" aku cakap 3 1/2 tahun lepas.

Berikut bukan aku yang cakap..tapi ayat last tu boleh ah kira aku yang cakap..

Into the dim lit, bare walls of my world,
You entered, bringing light and life to me,
The vivid colors, painted with a swirl
Of wit and charm, of personality,
With tender care, you added comfort, warmth,
And images that line the now bright walls.
I look upon them fondly, bringing forth
A thankfulness that you walk in these halls
With me; our friendship has become a part
Of my world now; it has its special place,
Within my being, life, and in my heart,
Your name hangs right beside your smiling face.
Remembering just how drab these walls had been,
I have to thank you for the light, my friend.


Happy birthday Bib! Tak jumpa dah kat India ni..good luck bro!
Bill next month n sewa rumah aku xbayar lagi..ko langsai kan ah nanti k.. =)

Saturday, 12 March 2011

Vella Buddies!!

Salam..


1st year @ physio & micro lab
'Apsal harmoni sangat group aku ni..'
'Bajet bagus siot budak ni..'
'Wah! Mana dia tau benda ni..siot ah!'
'Power betul budak ni, kene rapat ni..'
'Hek ele, mentang-mentang boleh jawap tadi, nak tolak orang ketepi pulak..nak sangat duduk depan, pegi ah!!'
'Dah ah sempit, rambut kembang dia ni dah 2 orang punya space dia ambik..'

2nd year @ Wenlock Hospital
'Budak-budak ni banyak dah ke baca?'
'Nasib baik ko pon datang lambat Anahit..'
'OIT! oit!! pergh, nasib baik tak kena penumbuk..yang aku pegi sangap besar2 depan prof cowboy ni ape pasal..budak ni pun,bukan nak sound awal2..'

2nd year @ Attavar Hospital
'Power gila senior2 aku ni..'
'Hek ele, kaki kipas sungguh senior ni...balik sudah ah..lenguh ni kaki nak layan bos..'
'Wah! Lawa gak senior ni sorang..dah ah tahu semua benda'


3rd year @ Wenlock Hospital
"What?! You guys don't wanna come starting on tomorrow.." [ayat bajet bagus]
'Tulah..aku dah cakap, kan dah kene ignored dengan prof..prof ni pun satu,dah ada exam,tak kan ah nak datang posting..emo betul ah..' [ayat ni pun bajet bagus]

4th year @ Wenlock Hospital
" Oh, ya! I TOTALLY agree..we should come in the evening yaar..come on guys..we are final year student now!!" [ayat plan nak kipas prof]
"Nice job Arun! I guess he likes us now...keep it up guys!" [ayat berjaya kipas prof]

Interns @ Facebook
Anahit Kaur "M gona miss u all so bad..ws soooo gud meeting..better come all of u for convo :D"
Arundhati Das "i shld've been thr!! our med unit will always rock! :)"

Wednesday, 9 March 2011

Another 1 month


Salam..

Tepat-tepat lagi sebulan dari detik ni aku akan pulang ke Malaysia for good. Alhamdulillah, matlamat utama aku datang ke sini sudah hampir tercapai. Segala puji-pujian kepadaNya.

Perasaan aku sekarang, aku pun tak tahu. Mestilah rasa happy dan excited nak balik Malaysia dan mulakan hidup baru kat sana. Hidup sebagai orang dewasa, mempunyai kerjaya, rasa lebih bertanggung jawap atas family sebab tinggal lebih dekat dengan mereka, dan insya'Allah akan mula fikirkan kehidupan baru dengan orang tersayang.

Tapi memang tak boleh nafikan juga, kehidupan aku disini selama 5 tahun lebih, bukan lah boleh aku lupekan begitu sahaja. Kalau ikut hukum kira-kira, hidup aku kat sini cumalah 1/5 dr umur aku sekarang. Tapi kalau difikirkan balik, pada usia 20-25 tahun aku kat sini, umur inilah yang buatkan kita kenal dunia sebenar, sedar akan tanggung jawap dll..maka tidak dinafikan life di India sungguh bermakna.

Berapa ramai manusia aku kenal di sini. Bermula dari kawan sebilik, serumah, sekolej mahupun kawan sama tempat kerja [aku tak rasa ada word 'sekerja'..ke ada?].

Berapa banyak ilmu aku dapat di sini,. Dari ilmu perubatan, agama [usrah/jemaah/etc], bahasa [Kannada pun aku dah boleh sekarang ok!], masak [credit to Habib yang cukup2 berbakat besar, walaupon kami mempunyai deria rasa yang agak berbeza], menunggang motor [aku belajar naik motor ada clutch kat sini ah], bergaul atau bersosial [aku dulu pemalu orang nya =) ] mahupun ilmu menguruskan urusan-urusan harian [ bayar bil, bayar insurance, sign agreement rumah, urusan jual beli..yelah,masa di Malaysia, duduk bawah ketiak parents,mana ada chance nak buat benda ni semua]. Tak lupa juga, ilmu tulis blog! [camca dilahirkan di India..tempe ah ko camca!]

Oh! Tak semua benda baik je aku dapat di sini. Tapi aku rasa, benda-benda buruk pernah je aku cakap kat sini, dalam sesi luahan perasaan terhadap tempe. =) Seburuk mana pun benda tu, kalau kita sedar ianya buruk/salah, kira bagus ah. Maksudnya kita boleh belajar dari kelemahan/kesilapan orang mahupun diri.

THANK YOU ALLAH..mentakdirkan aku belajar di sini disamping nikmat-nikmat Mu yang lain.
THANK YOU INDIA..bagi aku peluang dan sudi menerima kehadiran aku [nada sinis].
THANK YOU KAWAN..memberi aku teman mengenali erti kehidupan.
THANK YOU TEMPE..mengajar aku erti kehidupan dan kesabaran.

Saturday, 5 March 2011

Sudah Bukan Milik Aku


YAMAHA GLADIATOR
31/8/2006 - 5/3/2011