Salam
Baru-baru ni salah satu kisah yang bagi aku sangat-sangat memberi pengajaran ke atas diri aku terjadi. Rasanya ok lah kalau nak share kat sini.
Aku sedang melawan rasa ngantuk ketika aku study di library. Macam-macam aku buat, minum air dah separuh botol, pembalut gula-gula pun dah berterabur atas meja. Dalam hati,berulang kali aku memohon padaNya untuk memberikan aku kekuatan. Sebab pada saat dekat-dekat nak exam ni, teramat memerlukan kekuatan, terutama kekuatan melawan rasa malas (tidur).
Sedang aku mamai, tiba-tiba aku perasan ada bayang-bayang sebelah aku. Memang termakbul lah doa aku, terus segar aku dari rasa ngantuk. Bila aku toleh, aku lihat rakan lama aku yang pernah suatu masa dahulu rapat dengan aku. 'Ni apahal pulak mamat ni buat kat sini. Tak puas hati lagi ke dengan aku.'
Dia tunduk rapat ke telinga aku untuk bisik dan ajak aku keluar sebentar. Alasannya,dia mahu cakap sesuatu. Aku apa lagi, buat jelingan tak puas hatilah ke arah muka dia. Tapi aku tengok, dia lepak je,nampak jujur le pulak muka mamat ni kali ni. So aku pun dengan menunjukkan sifat tak ikhlas dan kerek bangun dan bergerak keluar library.
Imbau kembali kisah aku dengan dia...kami sungguh rapat dulu. Pendek kata 'kamceng' gila lah. Tapi disebabkan satu peristiwa, kami rengang dan sampai sekarang memang tak tegur lah orang kata. Buat hal masing-masing.
Terjadi satu peristiwa yang menyebabkan dia salah faham dengan family dia. Dengan seribu satu hujah dan alasan,dia menuduh aku yang buat. Tapi mestilah aku tak buat! ;) Bila difikirkan balik, memang tidak boleh disalahkan dia juga. Sebab, semua hujah dan alasan pasal tuduhan itu memang benar-benar nampak molek ditujukan ke atas aku. Pendek kata,kalau aku jadi dia pun, aku buat benda sama KOT. Masa tu, aku memang dah tak mampu buat apa-apa.Tiada satu pun alasan tuduhan dia yang boleh aku sangkal. Aku jadi seperti orang gila kot time tu. Berulang kali aku cakap 'Trust me dude, I didn't do that'..Rakan-rakan yang lain pun jadi serba salah. May be bagi diorunk pelik lah kot kalau tuduhan kawan aku itu benar, pada masa yang sama, tak ada alasan juga untuk mereka nak back up aku. Memang time tu rasa macam tak ada sapa pun boleh selamatkan aku. Cuma diri aku sahaja yang tahu dan yakin bahawa tuduhan itu palsu.
Itu semua peristiwa yang berlaku bertahun-tahun yang lepas. Sejak dari detik itu, kami tak bertegur sapa lagi. Bertahun-tahun tu tuduhan itu kekal sebagai misteri untuk diri aku!!
So bila kami dah kat luar library, dia pun mula rapat dengan aku dan tersenyum. 'Ni apsal plak senyum-senyum ni'. Perkataan pertama yang keluar dari mulut dia 'Sorry dude'......
Pendekkan cerita, dia mengaku dia silap dengan tuduhan dia. Dia pun baru je sedar pasal perkara sebenar disebalik peristiwa itu. Fuh~ lega gila, terjawap lah sudah tuduhan misteri kawan aku tu.
Apa yang aku dapat, hikmah dari hal aku dan kawan aku ni adalah...dalam keadaan kita keseorangan menghadapi tuduhan, kita perlu sabar. Percayalah, kita tidak sesekali keseorangan kalau kita sentiasa ingat pada Allah. Ni bukan sahaja boleh diaplikasikan (gile gempak word aku ni) untuk perkara menghadapi tuduhan sahaja...malah dalam semua masalah hidup kita juga. Jangan takut! Kalau tak sekarang pertolongan itu sampai, kalau betul-betul kita di jalan dan di pihak yang benar, yakinlah pada pertolonganNya.
Camca: Taniah kat akak aku sebab dikurniakan cahaya mata yang comel!! Ashraf Hakim bin Azizi pada 18/5/2009. Alhamdulillah. Makin besar tanggung jawap akak aku. Mak orang dah!! ;) Aku pun dah bertambah jugak tanggung jawap, PAK NGAH le katekan ;)
double special
7 years ago
2 kata-kata kawan:
pak ngah!
sronok tgk ko menulis blog mcm dulu2 blk..penulisan cara yg dulu.sgt sempoi n x berat.tp pnuh makna.br best KOT =P
P/S:saje je nk kecoh lagik,aq kat m'sia.haha!
faridah: hahaha thanx ;)
Post a Comment