CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 15 September 2008

Puji dan Kembang

Assalamualaikum..

Tiba-tiba aku teringat life aku masa di KDU college dulu. Aku ade kenal dengan seorang budak perempuan ni,dia ni jenis yang simple je. Kami lain kelas,sebab dia buat law. Tapi untuk subject math,kami jumpa lah. Disebabkan dia ni sebangsa dengan aku,so dia rapat lah juga dengan rakan-rakan aku yang lain. Pernah juga dia join kami budak-budak medic ni dinner sebab kami semua duduk di rumah flat yang sama di Kota Damansara.

Satu malam tu, ketika sedang lepak-lepak di kedai Sayang Salhah (tempat lepak kami), kami bincang pasal study bersama rakan-rakan yang lain. Aku ada memuji seorang daripada rakan aku. Puji sebab dia ni baik,banyak amalan dan bagi aku dengan amalan dia yang banyak tu,dia dipermudahkan dalam study. Tapi tiba-tiba,kawan aku tu (budak perempuan yang aku cakap mula-mula) tegur aku. Dia kata tak elok memuji orang depan-depan (sebab member yang aku puji tu ade join sama dinner malam tu). Teguran dia tu nampak tak serius,so aku tak delah kisah sangat masa tu.

Tapi baru-baru ni aku mula teringat balik teguran dia tu. Sebab adalah baru-baru ni seorang daripada kawan aku memuji apa yang aku buat. Tapi aku rasa tak selesa dengan pujian tu. So perkara nilah yang aku nak bincangkan kali ni.

Memang lah diakui,siapalah yang tak suka dipuji. Habis kembang satu badan bila dipuji. Hidung kembang lah, dada kembang lah dan ada yang kata, punggung pun mengembang bila dipuji. Tapi bagi aku,dalam semua benda yang mengembang tu,ada satu yang mengucup..keikhlasan diri. Disebabkan pujian tu,habis hilang rasa ikhlas..bila hilang rasa ikhlas, maka timbullah rasa riak.

Rasulluallah s.a.w pernah berfirman:

Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang iaitu sifat bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti dan merasa bangga dengan diri sendiri.

Cakap pasal riak ni,seperti yang ramai ketahui, riak adalah syirik khafi atau senang cakap,syirik kecil. ( Satu lagi bahagian syirik adalah syirik jali iaitu syirik yang jelas seperti menyembah berhala). Sebenarnya, bila dah timbul rasa riak ni,amatlah susah nak hilangkan..sebab orang kata,bila dah kembang satu badan,mula lah rasa masyuk gila, dibuai pujian orang. Tapi malangnya, dengan riak ni, dia boleh menghilangkan pahala amalan kita itu. Kiranya,menjadi sia-sia lah sahaja kita beramal. Ada dinyatakan di dalam hadis..

Sesungguhnya ada orang yang mati syahid akan dihumbankan ke dalam api neraka pada hari kiamat nanti. Lalu ia (orang yang dihumbankan ke api neraka) berasa hairan dan mengadukan halnya kepada Allah sambil berkata: "Wahai tuhanku! Bukankah aku telah mati syahid dalam membela agama Mu?". Allah menjawap "(Tidak) Sebenarnya engkau sanggup mati syahid supaya engkau dikatakan seorang yang berani. Dan telahpun dikatakan orang demekian kepadamu. Maka itulah ganjaranmu."



So dalam hadis ni jelas lah dinyatakan bahawa segala amalan yang diiringi dengan sifat riak akan menjadi sia-sia,malah pujian orang yang kita harapkan itu sahajalah yang kita dapat, bukanya ganjaran pahala. So dalam kita memuji kawan kita,kenelah beringat sikit. Janganlah dengan pujian kita itu membuatkan kawan kita itu sia-sia amalan dia. Kita berkawan untuk menolong dia menjadi baik, bukannya nak mensia-siakan hidup kawan kita. Tapi kalau tak puji,nanti kawan kata tak dihargai pula?? hahahaha..so puji biar berpada-pada. Kalau tak puji pun tak apa,sebab orang yang berlaku ikhlas, tak mengharapkan pujian orang lain ;)

Assalamualaikum..

0 kata-kata kawan: