CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 30 August 2009

Hari Penuh Dengan Pengajaran


Salam.

Awatlah poyo sangat tajuk post kali ni. hahaha mari aku terangkan sebabnya...

Pada hari ini, dimulakan dengan..TERlalu lambat bangun sahur, dengan perasaan badan separuh demam dan tidak sihat. Aku hanya sempat meneguk air kosong di dapur. Sementara tunggu waktu subuh berjemaah di masjid, (pukul 5.20a.m which is 30 minit selepas azan subuh), aku teruskan membaca Kundu. Actually, pada pagi ini, aku ada medicine end posting exam. So sangat lah cuak,ditambah lagi dengan kesihatan yang kurang baik (cuak exam kot). Pada mulanya, study di meja study...tapi aku rasa,aku lagi banyak 'study' facebook dari medicine book, so aku beralih ke atas katil,yang kononnya bertujuan untuk menjauhkan diri dari laptop. Namun,apakan daya...study medicine atas katil+sangat awal pagi+malam tadi tidur lambat+rasa badan tidak sihat+katil dan bantal yang empuk+kipas yang berpusing laju+badan dibaluti selimut= maka jawapannya sangatlah jelas..zzzZZZ

Aku terjaga pada pukul 6 pagi!!! Itupun selepas terdengar dentuman pintu yang ditutup Habib pulang dari masjid. haish~ So bergegas solat dan sambung study balik. Tengok jam,lagi sejam setengah sahaja untuk aku cover Respiratory System dan Cardiovascular system!!! Ape lagi, pengang highlighter dan dengan lajunya mewarnakan page2 yang hitam putih tanpa rasa bersalah sama ada faham atau tidak. [camca:jangan study last minute,tidur awal malam before exam,jangan study atas katil,jangan melengahkan solat]

So pada pukul 7.30 pagi,aku bergerak ke Wenlock Hospital. perut sudah mula berbunyi kelaparan (1st time tak bersahur,so masih tak biasa). Sampai je di hospital,aku lihat wajah2 patients yang agak asing bagi aku. Aku cuma kenal 3 orang daripada 12 orang yang berada di sana. Hadoi! Stress aku!! Perut berasa lagi lapar (sebabkan stress). Meneglupor aku menunggu detik dipanggil angka giliran. Aku mulakan dengan short case, dan aku dapat CVS case. So dengan keadaan meng-control gelabah aku,aku cuba mulakan dengan bertanyakan details pasal patient aku...general examination, aku dapati ada pedal edema..erm,dengan yakin aku tulis. Dalam auscultation pulak,aku dengar mumur,bila aku palpate carotid pulse,aku confirmkan ianya adalah systolic murmur di mitral area..'ooo so pansystolic murmur lah ni'...

Lepas 20 minit berlalu, examiner pon datang. Aku dengan muka berpura-pura-yakin mulakan case presentation aku. Tiba-tiba dia pegang kaki patient aku,lalu picit. Dia kata 'anda yakin patient ni ada edema??' grrrrr aku pun buat-buat yakin dan cakap YES! aku picit kaki patient itu balik,dan alhamdulillah..berlekuk juga kaki dia..'ermm ok,just mild edema'..dalam hati,aku berkata 'hek ele..mild pon,ade gak kan edema!!' tapi senyap jelah,sambil senyum sindir.

Bila part auscultation pulak, dia kata yang ada lagi mumur selain pansystolic di mitral area..erghh betol ke dia ni..betol lah kot. Bila dia tengok aku mengelabah,dia pon kata..'it's ok..continue with your other findings'...abaikan lah... [camca:yakin dengan apa yang dibuat,jika kita yakin kita benar]

Long case aku, aku dapat seorang makcik yang ada masalah respiratory system (history of TB) dan now dah develop cor pulmonale (ada COPD gak now). Masalah betol lah,baru aku perasan,aku tak pernah buat complete case respiratory untuk female patient!!! so 'tersipu-sipu' aku membuat measurement dan auscultate makcik tu. [camca: RV Bhat pernah berkata..untuk menjadi doctor yang berjaya, belajar dari patient tanpa memilih perbezaan antara mereka]

Habis sahaja endposting..aku berasa sangatlah lega. Tapi badan rasa sangat letih sebab lapar dan penat mengelabah. Balik je bilik,tak boleh berehat,sebab kene prepare slides untuk seminar pukul 3!! Aku dapat tajuk Respiratory acidosis-compensation. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. [camca:prepare awal-awal,so tak adalah kalut last minute]

Habis je seminar, aku boleh berehat untuk sejam. Pukul 6 petang,aku dan rakan-rakan KMC lain berkumpul di Maharaja,untuk memulakan perjalanan ke rumah anak-anak yatim Bunder. Selepas semua berkumpul di sana,kami mulakan perjalanan. Alhamdulillah,semua selamat sampai kira-kira 20 minit sebelum masa berbuka. Pada mula aku sampai di sana,terkejut juga melihat keadaan rumah anak yatim tu yang bagi aku sangat sempurna (di India). Alhamdulillah,masih ramai mereka yang berhati mulia memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Kami berbuka di sana sambil ditemani adik-adik yang sangat ramah dan innocent gila muka mereka =)

Selepas berbuka puasa, kami naik ke dewan solat untuk solat magrib berjemaah. Pada masa kami menadah tangan untuk berdoa,tiba-tiba bulu roma aku mula meremang pabila mendengar mereka dengan satu suara yang kuat dan yakin menyebut 'Amin' dan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w..terdetik dalam hati,mengingati betapa sucinya hati mereka. Aku maksudkan, mereka tahu, tiada siapa yang boleh menolong mereka,mereka tiada ibu bapa untuk mengadu...hanyalah Allah tempat mereka memohon dan mengadu nasib...Ya Allah, betapa kuatnya iman mereka kepada Mu, dengan rasa yang bersungguh-sungguh dan satu,mereka memohon padaMu..aku yang selama ini dikirakan bernasib lebih baik dari mereka,mungkin alpa dan leka,hakikat sebenar kekuatanMu dan kepadaMu sahajalah tempat aku memohon...ampuniku ya Allah...

Selepas solat,kami adakan sesi tazkirah. Lepas tazkirah,kami turun kebawah balik untuk dinner. Pada masa dinner, aku duduk bersama Nasir (antara mereka yang senior di sana-18 tahun). Nasir boleh bercakap dalam English,so agak mudah aku bertukar cerita dengan dia. Seorang budak,paling kecil di sana, berumur 6 tahun duduk disebelah Nasir. Sekali lagi hati aku mula diingatkan kembali,betapa mulianya hati mereka. Aku lihat dengan jelas, Nasir sambil berborak dengan kami, menyedukkan nasi kepada budak 6 tahun itu..dan melayan dia seperti mereka adalah adik beradik. Ya Allah, Kau telah pisahkan mereka daripada ibu bapa mereka, tapi Kau telah kurniakan mereka saudara baru yang sama-sama menjaga dan berasa tanggung jawap sesama mereka. Ya Allah, Kau Maha Adil dan mengetahui apa terbaik untuk hambaMu.

Selepas dinner, kami pergi ke masjid yang bersebelahan dengan rumah anak yatim itu. Selepas menunaikan solat Isya' dan Terawikh, kami mula beransur pulang dengan seribu satu pengajaran dan peringatan atas diri kami...Alhamdulillah

Tuesday, 25 August 2009

House Warming Party + Iftar +Terawih + Birthday Celebration-Alimin

Salam
Alhamdulillah, selamat dah aku dan Habib pindah ke rumah baru,Royal Ascot. So untuk memanjatkan rasa syukor dan sempena menyambut bulan Ramadhan, aku dan habib buat majlis makan-makan. Disebabkan juga tak sempat kami menyambut hari jadi Alimin, kerana perintah berkurung (curfew) time berbuka puasa, maka aku plan nak sambut juga pada hari ini. Tapi malang, birthday boy tak hadir pulak pada masa potong kek. So dipotong oleh Wari..








p/s: kami yang sungguh riang-ria =)



Motor baru Bob--> FLAME!!