Assalamualaikum..
Waa,lame betul aku tak tulis apa-apa dalam blog ni. Banyak gak reason kenapa aku tak tulis. 1st sebab tak ade idea nak tulis,sebab sekarang usrah dah tak ada and sikap aku yang susah betul nak bukak buku-buku untuk jadi rujukan. Lagipun macam aku cakap dalam post yang lepas, aku busy sikit dengan medicine posting and sesional exam. Tapi tu alasan je kot,sebenarnya aku sendiri yang malas nak tulis.
Banyak benda gak berlaku dalam tempoh aku 'senyap' ni..tapi malas lak nak cakap kat sini,sebab nanti nampak macam diari lak. hahaha..bosan ah nak cita pasal kisah hidup aku. Ape-ape pun, last weekend, aku, Abe, Alimin dan Halim merempit lagi ke Manipal. Kira ni kali ke-2 ah aku pergi manipal naik motor. Pada mulanya malas gak nak naik motor,tapi nampak gaya Abe and Alimin agak bersungguh-sungguh nak naik motor pergi Manipal, so ok je ah kot. Actually kat sana ada dianjurkan Food Festival. Kira student Malaysia kat sana bukak gerai jual makanan Malaysia lah. Lagipun masa tu batch aku baru je habis exam. So konon-konon nak relax-relax lepas exam ni,pergi ah melepak kat sana. Padahal tak de lah pulon mana aku exam kali ni,tapi time relax,aku join aja. hahaha..
Ni 2nd time aku pergi Food Festival ni. last year pon aku pergi. Tapi tahun ni since aku kenal ramai gak budak-budak Manipal,so agak lebih seronok ah pergi sana...better ah dari tahun lepas. Lagipun member aku bukak gak kedai..Apiz and housemates dia bukak kedai ABC and junior KDU aku pula bukak kedai soto. Boleh lah, boleh lah puji masakan diorunk. Sedap ah..and memang ada rasa seperti masakan di Malaysia. Sebab diikutkan,agak susah nak masak masakan Malaysia kat India ni. Sebab banyak gak benda yang tak boleh dapat..seperti tepung pulut. Ye ah,banyak gak kuih muih kita yang gunakan tepung ni kan (KOT)..tapi boleh gak budak-budak ni buat cendol and onde-onde (buah Melaka)..kalau tak silap aku, benda ni kene guna tepung pulut KOT..hahaha Banyak lagi juadah lain,pendek kata rugi lah sapa-sapa budak Mangalore yang tak turun Manipal time tu..hahahaha..
Sekarang ni aku busy gak lah prepare untuk final exam 3rd year. Tapi dalam tension dengan exam ni,banyak pulak benda lain yang aku buat. Macam 3 hari lepas aku baru je habis layan cita Jepun. 1 Litre of Tears. Memang mantap cerita ni. Memang ah banyak je sedih,tapi tu abaikan je lah. Yang buat benda ni best sebab betol-betol banyak moral values yang boleh kita ambil dari cerita ni. Secara ringkas, cerita ni mengisahkan seorang budak perempuan yang baru berusia 15 tahun dan dikenal pasti menghidap penyakit spinocerebellar ataxia. Disebabkan penyakit ni, lama-lama budak ni jadi lumpuh. Persoalan yang selalu timbul dalam diri budak tu adelah kenapa diri dia dipilih untuk menghidap penyakit tu? So bagi mereka yang bukan beragama Islam, susah lah kalau nak diberikan jawapan takdir. Tapi bagi kita yang beragama Islam,kita semua beriman dengan Qada' dan Qadar kan. Tapi bagus lah cerita ni, tunjukkan bagaimana dia hadapi dugaan hidup yang bagi aku amatlah berat tuk dihadapi. Bagi sapa-sapa yang tak layan lagi cerita ni, pergilah download and layan. Best tu, tak rugi tengok even nak dekat exam..hahahaha
Video ost 1 Litre of Tears
Masa nak dekat exam ni gak,tiba-tiba hobi aku mengambil gambar menjadi-jadi. Adelah hasil gambar aku yang aku share kat flickr. Bagi sapa-sapa yang sudi,pegi lah usha-usha and bagi komen sikit. Almaklumla,baru lagi nak berjinak-jinak dengan bidang ni. Banyak betul member-member aku yang share ilmu dia yang buat aku minat dengan fotografi. Thanx ah kat Musa, Nadirah, Zul dll.
So preparation tuk exam kali ni,aku bertekad tuk study di library. (baru 2nd day,dah rasa agak goyah dah ni). Susah tuk aku study kat bilik,banyak betul dugaan. Tapi aku nak cerita kat sini,dalam aku study malam ni kat library, aku ternampak seorang junior tempe ni. Ni bela janggut dan pakai kopiah ke library. Bila aku lihat dia,terdetik pulak kat hati aku, rasa kagum kat diri dia yang cukup 'berani' tunjulkan amalan sunah dia walaupon agak dipandang 'kurang' sesuai di sini. Sebab bab simpan janggut ni, bagi pendapat aku lah pernah ditegur oleh prof aku kepada kawan aku yang simpan janggut. Pernah gak aku tanyakan persoalan ini kepada ustaz semasa aku di BTN. Entah lah,ustaz tu hanya balas dengan senyuman. Pendek kata,dalam keadaan diri aku sekarang, aku tak tahu nak kata apa. Rasa ingin tu ada lah juga untuk simpan (sikit je pun janggut yang aku ada kalau aku simpan panjang kalau nak compare dgn budak-budak tempe). So bagi sapa-sapa pernah bincangkan isu ni,sudi-sudi lah kongsikan idea korunk yek.
Cakap pasal sunnah ni, aku ada mintak hadis-hadis dari Alimin..so aku rasa nak share juga lah kat sini. Semoga dapat lah sedikit sebanyak menjadi panduan kita...
(HSR. Ahmad 4/126; At-Tirmidzy 2676; Al-Hakim 1/96)
(Al-Lalikai 1/94 no. 136 dan Ad-Darimy 1/58 no. 16)
(Ad-Darimy 1/66 no. 143; Al-Ibanah Ibnu Baththah 1/324 no. 169; Al-Lalikai 1/87 no.108 dan Ibnu Wadldlah 32)
( HR Muslim)
Ok lah..ni je yang aku sempat share untuk kali ni. Doakan aku dan rakan-rakan KMC dipermudahkan dalam exam kami. Semoga segala usha kita mendapat keberkatan daripadaNya.
Assalamualaikum
5 kata-kata kawan:
http://www.youtube.com/watch?v=1_mDJEpyFJ4
thanx Fadirul aka Padi.. nway,aku balik 2nd Jan ni..ade rezki jumpe ah..
uuu besarnye motor kamu. huhu.. nk tumpang. heee.. =D
smart ah motor dia.haha.
anyway,
website aku safuan.co.cc je.
aku clik gmba tu error page kuar..
Post a Comment