CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 28 September 2008

Sheer Korma

Salam Ramadhan semua..

Lama betol aku tak tulis kat blog ni. Saje,malas nak fikirkan sangat,lagipun tak banyak sangat idea yang nak dikongsikan. Setiap hari hampir sama je di bulan puase ni. Since Ramadhan nak habis dah,boleh lah aku cerite sikit Ramadhan aku kali ni secare keseluruhan.

Permulaan Ramdhan yang agak ok. Di India ni,bukan macam Malaysia,duduk depan TV lepas maghrib,menunggu pengumuman bila mula berpuasa. So di sini,dah jadi tanggungjawap kami budak laki pergi masjid bertanyakan pada ustaz-ustaz di sana. Nak jadikan cerita,India ni agak lain. May be sebab besar,so tak boleh diharap sangat dengan bertanya pada kawan-kawan yang study ditempat lain bila mula berpuasa. Contohnya pada tahun ni, rakan-rakan di Bangalore berpuasa lambat sehari dari kami. Kami mula berpuasa pada 1st September,sama dengan Malaysia.

Minggu pertama Ramadhan aku,aku bersahur sorang diri di rumah. Sebab Habib pergi main bola di Tamil Nandu. Sebabkan dah sorang-sorang ni,mestilah susah untuk aku bangun sahur. Nasib baik ada orang yang baik hati tolong gerakkan sahur. Memanglah senang dia gerakkan aku,sebab dia sekarang di Malaysia. India ni lambat 2jam setengah dari Malaysia,so kira dah siang dah di Malaysia ketika aku baru nak bersahur. Anyway, thanx alot ye cik Syikin. =p

Untuk merasakan suasana Ramadhan tu,aku decide untuk berbuka di Nur masjid. So tak delah aku busan berbuka di rumah sorang-sorang. Memang meriah di masjid tu,sama seperti tahun-tahun lepas. Hidangan tidak ah seberapa,tapi cukup lah untuk isi perut ni. Tapi paling aku suka and memang susah nak jumpa ditempat lain adelah minuman yang disajikan itu. Sedap gile,ade gak aku try cuba buat,tapi mestilah gagal.hahaha..nak je aku berguru macam mana buat minuman tu,tapi nanti apelak orang pikir,pergi ke masjid bukan nak berguru pasal agama,tapi pasal minuman. Hahahaha..so pendam je lah dalam hati,ade rezki tahun depan boleh rasa lagi! hehe

Sebabkan Habib tak ada dirumah,lepas buke di masjid,aku keluar lah dinner dengan sesiapa yang sudi. Macam-macam tempat aku pergi. Layan aja semua,tapi itulah,di India ni,pergilah mana-mana aja,rasa makanan dia tetap hampir sama. Rasa 'garam masala' tu memang sure akan aku rase gak lah walau beze mane pun nama makanan tu. Tapi itulah dia bezanya makanan di Malaysia dan di sini kan. So baik ah enjoy selagi aku di sini (walaupun terpaksa sebab tiada pilihan),nanti dah balik Malaysia susah nak rasa.

Bila Habib dah balik, barulah kitorunk prefer dinner kat rumah je. Tapi still berbuka di masjid sebab tak nak lepaskan merasa minuman itu. hehehe.. Namun ditengah-tengah bulan Ramadhan, perkara yang aku sangat-sangat berharap tidak mahu berlaku,terjadi kembali (ape ayat aku ni??). 2 tahun lepas,kami disini melalui Ramadhan dengan kenangan pahit. Ketika itu Hindu di sini bergaduh dengan Muslim. Ketika itu aku tinggal di hostel bersama tempe-tempe. Perintah berkurung tu selama hampir seminggu. So boleh tak korunk bayangkan aku berbuka dengan makanan hostel. Ok,ni bukan Malaysia k,aku dulu di SMAPK ok je berbuka di hostel (tapi masih merungut lah). Kali ni di India,yang mana selalu hidangkan vegetarian! So pernah sekali tu aku ingat lagi,lauk buke aku adalah kacang hijau masak kari berwarna hijau!!! Masa tu dah dihujung riot tu,sebab tu lah telur tak ade di hostel. So kene lah aku longgarkan tekak telan benda-benda tu. Rakan-rakan Malaysia yang lain aku tak sure pulak macam mana. Dengar cerita diorang makan biskut aje. Tapi itulah kisah pengorbanan kami study di sini.

Pada tahun ini pula, Hindu menyerang gereja,yang berdekatan dengan rumah aku. So apelagi, riot lagi lah,even kali ni antara Hindu dan Kristian,tapi since dah riot,semua orang rasa tak aman. Kenelah curfew lagi. Haish..teruk betul. Tapi kali ni aku tinggal di luar,dan alhamdulillah,stok ayam aku masih ada,so tiadalah aku rasa teruk mana,malah enjoy cuti!! hehehe..tapi aku rasa tak best sebab rasa tak selamat untuk pergi ke masjid,so rindulah pada minuman yang aku suke tu. haish..

20th,kawan-kawan manipal aku balik dari Malaysia. So aku ape lagi,pergilah ke Manipal untuk berbuka dengan diorunk. Borak-borak dan tunaikan terawikh di sana. Esok nya,aku bersahur dengan air kosong je,sebab Manipal tak ada kedai yang bukak pagi-pagi buta. Tapi ok lah,Hafiz dah bagi tau awal-awal,so malam tu kami 'moreh' agak berat,kira sekali untuk sahur lah ni. Terima kasih bagi tumpang rumah. Esoknya,aku dapat biskut raya dan coklet dari Syikin. Banyak betul dia bagi. Terima kasih. Ammar pulak belanja aku dvd. Terima kasih gak.

22nd, Habib bergerak balik ke Malaysia. So tinggal sorang lagi. Hahaha. Tapi kali ni agak lain,aku dah mula rasa mood raya datang. 24th usrah buat di rumah aku. Mahfiz (president baru kitorunk n chef berbakat besar) dan Alfian datang kerumah aku awal untuk masak. Lepas tu usrah buat macam biasa selepas kami solat isya' dan terawikh beramai-ramai. Sebabkan berbuka dirumah aku kali ni,tak boleh lah aku merasa minuman itu kali ni..

Sebabkan aku cukup bersemangat sejak Habib balik raya dan ada kuih raya,so aku dan Abe decide nak pergi ke lain-lain masjid untuk berterawikh. Aku namakan Kembara Ramadhan (sbb tu aku letak ayat ni sbg status YM aku). Tapi aku rasa baik aku cerita pasal ni lain kali lah. Sebab masih tak habis mengembara lagi ni. hehehehe..

p/s Name minuman yang aku suke itu- Sheer Korma

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

Assalamualaikum

4 kata-kata kawan:

.... said...

salam..hehehe...sy xpernah rasa sheer korma kat msjd tu,tp kalo dh abg kata sdp,mksdnya mmg sdp kot...hehehe...

Rasanya tak lambat lagi kot untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf zahir dan Batin...kalo ada pape yang saya wat ke yang mengguris hati dan perasaan abg,mntak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki tau...manalah tahu terlanjur kata ke hape,mohon sejuta kemaafan!

P/S:kepada bro Mahfidz,abg kelentong saya ek???bukan pulao r...sheer korma r...mcmne chef blh xth nama resepi ni???huhuhu...

Anonymous said...

hehee..kembara ramadan tuu.. rugi aku x de..nway..selamat hari raya wan..maaf zahir batin..

Anonymous said...

Lamanye x tulis blog,letih pose ek or letih masak..hehe...nway,Alhamdulillah sume slamat semasa RIOT itu,dugaan ramadhan kan...lagi satu,pergi masjid nak terawikh ke nak minum air tu??xpe2,kalo tersilap niat,lepas minum betulkan balik niat ye..huhu.. last but not least,nice post!aja!! (ok x?membina ke??) Selamat hari raya,maaf zahir dan batin~

Mohd Izwan Samion said...

pian: pulao tu nasi goreng india le..hehehe..nway,mahfiz mane pandang makanan india,so xtau ape name..

habib (betol ke): wei balik wei!! bosan doh~

syikin: hahaha..sy minom minuman tu time buke lah..bkn time nak g terawikh..hehehe