Assalamualaikum.. 31st Aug tarikh keramat negara kita. Aku percaya,semua rakyat Malaysia menyambutnya,tapi mungkin tidak sama cara sambutan itu. Aku berharap,cara sambutan kita itu tidak melanggar ajaran Islam. Bukan apa,sebenarnya sambutan kemerdekaan ini lebih kepada rasa syukur kita kepada Allah atas kemakmuran dan kebebasan negara kita. So pandai-pandailah kita fikir balik,bagaimanakah caranya kita harus tunjukkan rasa bersyukur kita itu.
Perpaduan Teras Kejayaan. Tema sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke 51. Aku rasa semua orang paham erti ayat tu. Agak simple,tapi bukan senang nak laksanakannya. Tapi insya'Allah, dengan usha yang berterusan dan doa,akan tercapai dan kekalah kemakmuran negara.
Cakap pasal perpaduan ni,terlalu besar maksudnya tu. Mungkin sekali imbas,bagi kita rakyat Malaysia,kita akan terus terfikir pasal perpaduan antara pelbagai kaum di negara kita.Perpaduan antara kaum ni telah lama diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara kita yang terdahulu. Alhamdulillah,bagi aku,isu perpaduan kaum nampak kemantapannya sekarang.
Sebenarnya isu ni kami bincangkan dalam usrah semalam yang diadakan di rumah Alimin. So banyaklah pendapat yang kami kongsikan bersama. Bagi aku,isu sekarang ni lebih kepada perpaduan lain.Bagi aku, rakyat Malaysia sekarang mula berpecah atas dasar fahaman politik yang berbeza.
Baru-baru ni ketika aku balik ke Malaysia,isu utama terbentang di dada akhbar sekarang adalah senario politik Malaysia. Aku tak berpihak pada mana-mana parti,sebabnya aku sendiri tak tahu hal sebanar politik di Malaysia,sebabnye hidup berjauhan di negara orang. So sumber yang boleh aku dapat pun amatlah limited. Aku tahu,isu politik tu sekarang memang nampak teruk,tapi menjadi kewajipan kita juga untuk mengambil tahu hal berkaitan.
Namun,perpecahan diantara rakyat Malaysia berasaskan politik ni nampak semakin teruk. Sebenarnya,aku mula sedar hal ini since aku sekolah rendah lagi. Aku pernah menetap di satu kawasan di mana perpecahan politik amatlah ketara. Satu kampung ni,terdapat 2 masjid, di mana jemaah bagi setiap masjid ni adalah berbeza. Yang membeza kan mereka adalah fahaman politik. Kalau lah isu perpecahan ni just berlaku pada solat 5 waktu,may be boleh diterima lagi (dengan alasan rumah mereka yang sama fahaman politik tu berdekatan dengan kawasan masjid yang berbeza). Namun,yang sungguh aku kesalkan bila hari jumaat. Since aku darjah 5,tak pernah masjid yang aku pergi (bukan berasaskan politik,tapi yang diiktiraf JAIM) cukup makmum nya. Kiranya,selepas solat jumaat,kami kene mengerjakan lagi solat zuhur berjemaah. Memang ketara isu ni,dan lebih malang lagi,isu ni diketahui JAIM pada akhirnya. So tak silap aku,bila aku form 2 kot,masjid yang pada mulanya diiktiraf JAIM terpaksa diturun taraf menjadi surau dan tidak dibenarkan melakukan solat jumaat di sana, dengan alasan tidak cukup jumlah jemaah. Sekarang aku dah berpindah ke tempat lain. Alhamdulillah,kejadian seperti itu tak brlaku di tempat aku sekarang. Namun perkara tu mestilah akan aku abadikan dalam ingatan aku. Sanggup kah kita melihat benda yang sama ni berlaku berterusan? Bagi aku, walau kita berbeza macam manapun,namun bersatulah atas nama agama Islam kita. Perpaduan dan rasa cinta sesama umat Islam memang banyak dititik beratkan dalam Islam.
It is not lawful for anyone to abandon his brother in Islam for more than 3 nights, that when they meet he ignores the other, and the other ignores him, and the better of the 2 is the one who greets the other first.
(Sahih Muslim)
Abu Musa reported that Prophet Muhammad s.a.w said:
A believer to another believer is like a building whose different parts buttress each other.
(Sahih Muslim)
Abu Zarr reported that Prophet Muhammad s.a.w said:
Do not consider any good deed trivial even if it is only that you meet your brother with smile.
(Sahih Muslim)
Happy Birthday Malaysia!!
Assalamualaikum..
5 kata-kata kawan:
selamat hari jadi malaysia.
ingatkan tadi da sampai kedai levi's bangalore, hehe..
anyway, cun~
hahaha..saja buat perubahan..berkenan pulak kat lay out ni..nway thanx
sikit gila org kat qariah ko~!
kampung ko ade 3 masjid la ye dulu~!
agak kecik lah..tapi tak tahu ape terjadi sekarang ni..bukan 3 lah..masa tu 2 je lagi..
post yang bagus, saya suka ini. salut untuk kamu saudara camca di negeri seberang. inilah yang saya suka dari asia tenggara umumnya.
Post a Comment