Weekend kali ni agak lain. Habib ade clas trip,so awal2 pagi dah kuar. Alimin ada ajak pergi join jemaah kat Nur Masjid. Majlis start kul 10 pagi,tapi aku TERbangun lambat plak. So ingat nak join lepas zohor je,tapi setelah diajak oleh Abe,aku pergi gak ah. Sampai masjid kul 11 pagi.
Mula2 sampai tengok banyak betol kereta kat luar masjid.Aku dah mula rasa lain (datang lambat),tapi bila aku nampak Abe yang baru je sampai,trus hilang rasa bersalah. hehe. Rupa2 nya ada orang nikah kat masjid tu. So aku trus pergi ke ground floor sebab diberithu jemaah semua kat sana.
Terkejut habis ah,memang ramai orang. Banyak halaqah (group kecil2) dibuat. So aku terus mencari2 group KMC aku. Lepas tu aku nampak Dr. Ismail pun ade. Lepas berta'aruf sikit2,kami gerak ke main hall masjid tu,sebab ada talk. Penceramah cakap bahasa Urdhu, dan sebelah dia ada translator Malayalam. Both bahasa aku tak tau,so kami buat group asing di belakang and seorang ustaz menjadi translator untuk kami. So kat sini nak share beberapa isi ucapan yang aku dapat dan paham..
1.Diceritakan pada zaman Rasullullah s.a.w berdakwah,ramai orang kafir meminta nabi menerangkan asal usul agama Islam,sebab mereka semua mendapat agama asal mereka yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. So nabi menjelaskan bahawa Islam itu tiada asal usul keturunannya, 'lam yalid walam yulad' atau lebih mudah jika kita refer balik surah Al-Ikhlas.
3.Diberi perumpamaan dunia sebagai bayang-bayang. Jika kita berjalan kearah membelakangi cahaya (kebenaran),maka bayang-bayang itu akan menjauhi kita. Dan pabila kita sampai ke tempat yang tiada cahaya,maka akan hilang ah bayang-bayang itu di dalam kegelapan. Namun jika kita berjalan kearah cahaya (ajaran Islam), maka bayang-bayang itu akan ada di belakang kita,ibarat bukan kita yang mengejarnya,malah bayang-bayang itu sendiri yang ikut kita. Maksudnya,jika kita sentiasa membuat usha mendekati agama Islam,maka kita tidak akan lost dalam dunia yang fana ni,malah dunia itu akan ikut kearah hidup kita yang diterangi dengan Islam.
4. Perumpamaan seterusnya, diibaratkan hati kita sebagai tasik, di mana terdapat 4 terusan (canal) mengairi tasik tu. 4 terusan itu adalah percakapan (mulut),pendengaran (telinga), penglihatan (mata) dan pemikiran (akal) kita. Kira jika salah satu terusan ini mengairi didalamnya air yang kotor,maka kotor lah hati kita.
5. Sebagai penutup kepada talk tu, dia menyeru agar semua Muslimin untuk sama-sama teguhkan Iman kita. Iman yang teguh diibaratkan sebagai seketul batu,manakala iman yang rapuh diibaratkan seperti seketul tanah yang keras. Pabila hujan lebat (dugaan di dunia),maka mereka yang mempunyai iman yang teguh akan kekal teguh,manakala jika iman kita rapuh,maka akan hanyut lah kita bersama air hujan yang melimpahi tanah.
Banyak gak lagi isi-isi ceramah tu,tapi sebabkan aku tak mampu salin dan ingat semua (copy gune hs je),so aku kurang yakin dengan isi-isi yang lain. Selepas talk tu,kitorunk Zohor jemaah,kemudian makan!!! Mutton Biryani tu..layan2..sambil makan,sempat berkenalan dengan beberapa sahabat baru yang berkongsi pinggan dengan kami. Lepas makan,kami balik,sebab lepas asar,kami budak-budak Malaysia ada meeting dengan penceramah.Kami diberitahu,penceramah tu mempunyai family di Malaysia.
Bukan untuk bermegah-megah,tapi hanya nak kongsi bersama apa yang aku dapat dari weekend aku kali ni. Insya'Allah moga segala usha kita diberkati Nya.
Assalamualaikum..
2 kata-kata kawan:
Salam'alaik...so,moral of the day...kalo gi memane, bawa buku notes kecik...boleh tulis sume isi tazkirah...hehe...
lg banyak kite tulis,lg banyak dpt share dgn org lain kan??...lagipun...'insan' tu sifatnye pelupe..;)
btw,good info..syukran!
hehe..baiklah..lepas ni sy langgan buku 555 yek..nway thanx dgn cadangan tu =p
Post a Comment