CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 15 March 2011

MAKSIMA 2011

Majlis Konvokesyen, Sukan & Integrasi- Mangalore [MAKSIMA] 2011
Anjuran MSAI-Mangalore dan JPA




Sunday, 13 March 2011

Dia Kawan Aku

Salam..


"Wei, ko nak pindah duduk dengan aku tak..Ada prob dengan tempe ah,so plan nak pindah rumah..tengah carik orang ah ni" aku cakap 3 1/2 tahun lepas.

Berikut bukan aku yang cakap..tapi ayat last tu boleh ah kira aku yang cakap..

Into the dim lit, bare walls of my world,
You entered, bringing light and life to me,
The vivid colors, painted with a swirl
Of wit and charm, of personality,
With tender care, you added comfort, warmth,
And images that line the now bright walls.
I look upon them fondly, bringing forth
A thankfulness that you walk in these halls
With me; our friendship has become a part
Of my world now; it has its special place,
Within my being, life, and in my heart,
Your name hangs right beside your smiling face.
Remembering just how drab these walls had been,
I have to thank you for the light, my friend.


Happy birthday Bib! Tak jumpa dah kat India ni..good luck bro!
Bill next month n sewa rumah aku xbayar lagi..ko langsai kan ah nanti k.. =)

Saturday, 12 March 2011

Vella Buddies!!

Salam..


1st year @ physio & micro lab
'Apsal harmoni sangat group aku ni..'
'Bajet bagus siot budak ni..'
'Wah! Mana dia tau benda ni..siot ah!'
'Power betul budak ni, kene rapat ni..'
'Hek ele, mentang-mentang boleh jawap tadi, nak tolak orang ketepi pulak..nak sangat duduk depan, pegi ah!!'
'Dah ah sempit, rambut kembang dia ni dah 2 orang punya space dia ambik..'

2nd year @ Wenlock Hospital
'Budak-budak ni banyak dah ke baca?'
'Nasib baik ko pon datang lambat Anahit..'
'OIT! oit!! pergh, nasib baik tak kena penumbuk..yang aku pegi sangap besar2 depan prof cowboy ni ape pasal..budak ni pun,bukan nak sound awal2..'

2nd year @ Attavar Hospital
'Power gila senior2 aku ni..'
'Hek ele, kaki kipas sungguh senior ni...balik sudah ah..lenguh ni kaki nak layan bos..'
'Wah! Lawa gak senior ni sorang..dah ah tahu semua benda'


3rd year @ Wenlock Hospital
"What?! You guys don't wanna come starting on tomorrow.." [ayat bajet bagus]
'Tulah..aku dah cakap, kan dah kene ignored dengan prof..prof ni pun satu,dah ada exam,tak kan ah nak datang posting..emo betul ah..' [ayat ni pun bajet bagus]

4th year @ Wenlock Hospital
" Oh, ya! I TOTALLY agree..we should come in the evening yaar..come on guys..we are final year student now!!" [ayat plan nak kipas prof]
"Nice job Arun! I guess he likes us now...keep it up guys!" [ayat berjaya kipas prof]

Interns @ Facebook
Anahit Kaur "M gona miss u all so bad..ws soooo gud meeting..better come all of u for convo :D"
Arundhati Das "i shld've been thr!! our med unit will always rock! :)"

Wednesday, 9 March 2011

Another 1 month


Salam..

Tepat-tepat lagi sebulan dari detik ni aku akan pulang ke Malaysia for good. Alhamdulillah, matlamat utama aku datang ke sini sudah hampir tercapai. Segala puji-pujian kepadaNya.

Perasaan aku sekarang, aku pun tak tahu. Mestilah rasa happy dan excited nak balik Malaysia dan mulakan hidup baru kat sana. Hidup sebagai orang dewasa, mempunyai kerjaya, rasa lebih bertanggung jawap atas family sebab tinggal lebih dekat dengan mereka, dan insya'Allah akan mula fikirkan kehidupan baru dengan orang tersayang.

Tapi memang tak boleh nafikan juga, kehidupan aku disini selama 5 tahun lebih, bukan lah boleh aku lupekan begitu sahaja. Kalau ikut hukum kira-kira, hidup aku kat sini cumalah 1/5 dr umur aku sekarang. Tapi kalau difikirkan balik, pada usia 20-25 tahun aku kat sini, umur inilah yang buatkan kita kenal dunia sebenar, sedar akan tanggung jawap dll..maka tidak dinafikan life di India sungguh bermakna.

Berapa ramai manusia aku kenal di sini. Bermula dari kawan sebilik, serumah, sekolej mahupun kawan sama tempat kerja [aku tak rasa ada word 'sekerja'..ke ada?].

Berapa banyak ilmu aku dapat di sini,. Dari ilmu perubatan, agama [usrah/jemaah/etc], bahasa [Kannada pun aku dah boleh sekarang ok!], masak [credit to Habib yang cukup2 berbakat besar, walaupon kami mempunyai deria rasa yang agak berbeza], menunggang motor [aku belajar naik motor ada clutch kat sini ah], bergaul atau bersosial [aku dulu pemalu orang nya =) ] mahupun ilmu menguruskan urusan-urusan harian [ bayar bil, bayar insurance, sign agreement rumah, urusan jual beli..yelah,masa di Malaysia, duduk bawah ketiak parents,mana ada chance nak buat benda ni semua]. Tak lupa juga, ilmu tulis blog! [camca dilahirkan di India..tempe ah ko camca!]

Oh! Tak semua benda baik je aku dapat di sini. Tapi aku rasa, benda-benda buruk pernah je aku cakap kat sini, dalam sesi luahan perasaan terhadap tempe. =) Seburuk mana pun benda tu, kalau kita sedar ianya buruk/salah, kira bagus ah. Maksudnya kita boleh belajar dari kelemahan/kesilapan orang mahupun diri.

THANK YOU ALLAH..mentakdirkan aku belajar di sini disamping nikmat-nikmat Mu yang lain.
THANK YOU INDIA..bagi aku peluang dan sudi menerima kehadiran aku [nada sinis].
THANK YOU KAWAN..memberi aku teman mengenali erti kehidupan.
THANK YOU TEMPE..mengajar aku erti kehidupan dan kesabaran.

Saturday, 5 March 2011

Sudah Bukan Milik Aku


YAMAHA GLADIATOR
31/8/2006 - 5/3/2011


Tuesday, 2 November 2010

Makan FREE!!


Salam

Hari ini merupakan hari ke-2 aku berkhidmat dalam
medicine department. Disebabkan semalam merupakan hari bersejarah dimana Karnataka (negeri aku bermustautin sekarang) officially menjadi part of India 50tahun lepas, maka aku sepatutnya melapurkan diri pada hari ini. Tapi tidak melapur mana lah sebab aku disuruh pergi ke camp di Shaktinagar.



Tempat ni berada kira-kira 20minit dari hospital universiti aku. Tapi kira dah cukup pendalaman lah jugak tempat ni. Aku sudah dimaklumkan dari awal,pesakit yang datang ke sini adalah warga emas. Secara jujur,aku suka merawat golongan warga emas dengan alasan mereka sangat 'cute' dan cukup 'pemurah' dalam berkongsi semua cerita mahupun pengalaman. Walaupun aku tidak faham sangat apa yang mereka perkatakan
(diorunk cakap kannada sangat laju & vocab diorunk sangat tinggi wo!) tapi aku cukup kagumi cara mereka mengadu dan menyatakan masalah kesihatan mereka.

Bilik OPD

Layanan yang diterima sangat
best. Kami disambut dan dilayan sungguh mesra oleh kakitangan hospital itu. Siap dapat breakfast free! Oh,aku tak sempat nak makan pagi tadi sebab kena datang awal (1st day kena ah tunjuk baik n sopan). Pada awalnya agak lama aku dan rakan setugas Dr. Azie melayan setiap sorang pesakit. Tapi diberitahu kepada kami ada 60 pesakit menunggu di luar dan kami hanya ada kira-kira 2 jam lebih sahaja,maka tidak dapat lah aku berlebih beramah mesra dengan pesakit yang lain.

Selesai tugas kami, sister memberitahu ada lunch free! untuk kami. Kami dibawa ke canteen berhadapan dengan hospital tadi. Sangat bersih dan terurus tempat ni (perbandingan dibuat untuk tempat2 di India sahaja k!). Aku bertanya kepada sister mengenai tempat ini, dan sister menjelaskan ini adalah temple yang ada kaitan dengan hospital tadi (aku pun tak tau apelah yang berkaitnya benda ni). Aku perasan Dr.Azie memalingkan kepala dia kearah aku. "???"
Setelah diberitahu untuk membuka kasut, kami diasingkan mengikut jantina. Dibentangkan helaian daun pisang diatas meja disusuli dengan cawan besi yang berisi separuh air kosong. 'panas buta macam ini dia bagi separuh gelas je air!' Aku melihat kearah driver bus, rupanya air itu digunakan untuk membersihkan daun pisang tadi.Kemudian datang budak kecil dan pakcik tua menghidangkan makanan di atas daun pisang itu.Seperti yang aku jangkakan,makanan yang dihidangkan itu adalah pure-veg maka halal lah untuk aku makan. Selesai makan, aku dihidangkan pula dengan butter milk.

Dari atas kiri pusingan jam..[garam], [sayur kacang panjang+parutan kelapa], [sayur labu air masak kari], [nasi bulat2 besar] =), [hirisan kelapa manis+beras bakar], [manisan gulab jamun kot tapi versi kering]


Untuk pengetahuan korunk,tidak semua orang boleh telan air ni. Bila aku cuba telan,aku dapat rasa lidah aku cramp!! dan perut aku kembang. "masalah lah macam ni,kalau aku tak habis minum or makan,sure dianggap membazir oleh pakcik2 ni! adekah aku patut telan gak??" aku melihat lagi kearah driver bus kami,perghhh nasib baik dia pun banyak makanan tak habis,tapi baik punya dia cover..dilipatnya daun pisang tadi supaya boleh disorokkan makanan yang berlebihan..aku pun follow aja.


Butter milk
(nampak tak keladak susu yang dicampur dengan limau dipermukaan air)

Balik ke Mangalore dengan perut yang kenyang dan awal
(disebabkn aku pergi camp,maka tak perlu datang shift petang!!) Tapi aku ada persoalan di sini..adakah kita dibenarkan pergi ke temple? Kalau korunk ada jawapan,sila lah share berserta dalil yek..thanx!

Monday, 18 October 2010

Swagatham!!

Salam..

16/07/2010 - 31/07/2010 - LT posting..maka peluang untuk aku menyambut baby..berikut adalah 1st 10 babies yang aku sambut..


SWAGATHAM!!














Pelbagai ragam dan rupa baby ni pose untuk aku =)..apa-apa hal pun,mereka sungguh suci dan comel.
LT posting sungguh menguji segala jenis sifat dalam diri, terutama sekali tahap kesabaran....

Sabar berkerja untuk 12jam sehari,
sabar melayan perangai para bakal ibu yang mengadu kesakitan [nasib baik aku tak faham apa diorunk cakap] ,
sabar melayan perangai sister yang selalu emo,
sabar menjalankan kerja sampingan [chai baya!],
sabar menahan telinga tatkala semua orang dalam dewan bersalin bersatu hati menyuarakan ayat yang sama dengan lantangnya "BIKKI AMMA BIKKI!!!" [maksudnya..'teran ah makcik oit!],
sabar tatkala seluar yang baru beli [sebab tak sempat nak basuh] disimbahi air ketumban,
sabar menahan bau tatkala disuruh teran mengeluarkan baby tapi si bakal ibu ini teran benda lain pulak!,
sabar memberi tumpuan yang bersungguh-sungguh dicelah kangkang si ibu tatkala berusha menjahit luka episiotomy
sabar melayan perangai rakan sekerja datang lambat [time kerja 12jam macam ni, seminit pun berkira wo!]
sabar dalam usha menidurkan diri di bilik yang dipenuhi tikus mahupun nyamuk tatkala bertugas waktu malam
dan dipenghujung posting ini,aku bersabar dalam menerima dugaan menghadapi dengue

..............tapi tatkala melihat baby yang comel pose depan cam aku, rasa amat berbaloi dengan semua hal-hal ini =)






Setiap kejadian ada hikmah, disebabkan aku kena musibah dengue, maka aku dapatlah menamatkan LT posting 2 hari lebih awal.

p/s: SWAGATHAM = Selamat Datang in Kannada
p/s: post ini bukan niat untuk riak atau merungut,tapi bertujuan berkongsi pengalaman..jangan hentam aku pulak k =)

Tuesday, 11 May 2010

Malu Bertanya..

Salam..

Hari ini aku pergi hospital setelah 3 hari duduk terperap dalam bilik. Walaupun aku tahu,perasaan bosan duduk dalam bilik itu tidak akan berubah dengan kebosanan duduk dalam OPD,opthal..tapi dah tiba giliran aku untuk bertugas,so aku kuatkan diri juga untuk pergi.

Kali ini lain sikit. Buat pertama kali aku dan Dr. Taha [co-intern] dipanggil oleh Dr. Anupama [kalau tak,kami just duduk baca buku atau borak kosong]. Seraya memperkenalkan kepada kami kepada seorang makcik tua, dia menyuruh kami bawa pesakit itu ke bilik FFA. Macam biasa, buat muka yakin dan berkata 'OK mam!'
Sambil berjalan menuju ke bilik yang aku sendiri tak tahu di mana, aku cuba mencari-cari maksud FFA room itu sendiri. Tiba-tiba bahu aku dicuit oleh Taha lalu dia bertanyakan soalan yang bermain-main di dalam fikiran aku. HAHAHAHA adeh~ masalah besar ni. Dengan muka tak-tahu-nak-buat-macam-mana,kami pergi bertanya kembali kepada Dr.Anupama maksud FFA itu sendiri. [malu bertanya,salah bilik nanti] ...FFA-> Fundus Fluorescein Angiography. [Itulah akibatnya kalau pergi posting tanpa ada perasaan untuk study subject yang mana kami belajar 2 tahun yang lepas. ]
Basic info pasal pesakit kali ini, dia merupakan pesakit kencing manis [Diabetes Mellitus] untuk 15 tahun,dan sekarang datang ke ophthalmology opd untuk follow up kes diabetic retinopathy. Makcik ini dikirakan bernasib baik,sebab datang awal ke hospital untuk rawatan mata. Diberitahu kepada kami oleh Dr.Anupama, hampir 90% of DM patients akan menghadapi retinopathy selepas 10 tahun mempunyai kencing manis, yang membezekan hanyalah tahap serius [severity] penyakit itu.





Complications untuk diabetic retinopathy ini adalah seperti vitreous haemorrhage, detachment mahupun buta. Kami dijelaskan management untuk kes ini dan rawatan yang diberikan kepada pesakit ini adelah laser disebabkan ia merupakan jenis proliferative diabetic retinopathy. Sambil melihat Dr.Anupama melakukan laser therapy, dia berkongsi dengan kami tuduhan yang dilemparkan oleh pesakit kepadanya suatu ketika dahulu.

Perlu dijelaskan kepada pesakit bahawa rawatan laser ini hanyalah bertujuan untuk menghalang komplikasi penyakit ini berlaku, maka rawatan ini bukanlah bertujuan untuk menyembuhkan penyakit itu sendiri. Pendek kata, jika rawatan ini diberikan di tahap awal, maka masalah hilang penglihatan dapat dicegah. Rawatan ini juga memerlukan follow up dan mungkin perlu dilakukan berulang kali. Apa yang berlaku, pesakit Dr.Anupama yang pernah dia rawati, menuduh Dr.Anupama penyebab dia hilang penglihatan. Pada hakikatnya, pesakit tersebut hanyalah datang menerima rawatan untuk sekali sahaja, itupun ditahap kritikal [penglihatan sudah terjejas tapi masih tidak buta], dan berhenti menerima rawatan disebabkan tiada perubahan. Akibatnya, penglihatan yang separa terjejas pada mula rawatan menjadi buta dan ini tidak akan berlaku jika pesakit itu faham akan tujuan rawatan yang hanya boleh mencegah dari buta dan bukan untuk mengembalikan penglihatan yang sempurna.

Dokter yang berniat baik menolong pesakit juga boleh dipandang serong. Untuk elakkan ini berlaku lagi, sebagai seorang dokter,kena lah jelaskan betul-betul tujuan rawatan [nasihat yang kami terima]..dan pesakit itu sendiri perlu tanpa rasa segan silu bertanyakan soalan jika tidak faham.[malu bertanya,hilang penglihatan] =p


p/s: esok masuk kampung untuk buat eye camp =p

Saturday, 1 May 2010

my 1st '1st May'

Salam..


1st May- Hari pekerja aka Labour Day...aku meraikannya di Goa =)

Walaupun aku baru mula berkerja [intern pun dikire kerje lah kan,sbb org dah tak consider aku sebagai student lagi dan dapat gaji ], tapi sejak aku dilahirkan lagi, aku dah anggap tarikh ini sebagai satu hari yang aku akan raikan. " Selamat Menyambut Hari Kelahiran Abah! "

Sebabkan pertama kali aku meraikan Labour Day, aku pun mula tertanya-tanya pasal tujuan ianya diwujudkan. Cara paling mudah dengan merujuk kepada pakcik wiki...

"Labour Day or Labor Day is an annual holiday celebrated all over the world that resulted from the labour union movement, to celebrate the economic and social achievements of workers . The majority of countries celebrate Labour Day on May 1, and it is popularly known as May Day and International Workers' Day , while some celebrate on the first Monday of September.

The celebration of Labour Day has its origins in the Eight-hour day movement, which advocated eight hours for work, eight hours for recreation, and eight hours for rest."


Pergh banyak pula nama lain bagi 1st May...tapi part yang last sekali tu terkecuali lah kat India..pernah je aku kerja 18 jam under surgery posting, but now hanya 2 jam under ophthalmology posting!! hahaha Lain tempat, lain ragam...asalkan dapat cuti,layan~

Friday, 30 April 2010

....surgery.....

Salam..

Hari last aku dipandang sebagai seorang surgeon di mata-mata pakcik dan makcik di Hospital Wenlock. OPKOS aku masih tak layak mendapat title itu, tapi aku layan je setiap kali aku dipanggil doctor oleh mereka tatkala aku menukar balutan luka mereka, mencucuk jarum kedalam salur darah mereka dan berulang-alik masuk keluar dari dewan bedah.
Terlalu banyak benda aku pelajari dari unit aku. Lagi buatkan aku rasa bersyukur,sebab tidak semua rakan sejawatan aku mendapat peluang yang sama. Tapi aku yakin,ada juga kelebihan mereka di unit yang lain =)


Berdiri belakang - Dr.Hanif [co-intern], Dr.Sandeep [PG], Dr.Ranjeet [ass.prof II], Dr.Izwan [aku ah tu]
Duduk depan - Dr.xxx [prof unit lain] =) , Dr.Sunil [ass.prof I]


Dr. Sandeep [PG] - dia memang cool habis, sabar layan aku yang terkapai-kapai belajar benda baru. Tapi bila aku dah boleh buat,dia terus lepas tangan,maka ringanlah kerja dia. Tapi bagus je, kedua-dua pihak dapat untung..aku dapat ilmu dan skill, dia pula dapat meluangkan masa lebih lama dengan ibu dia yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan.

Dr. Sunil dan Dr.Ranjeet - Dua orang prof yang sungguh tulus menjalankan tugas. Dr.Sunil agak mesra dan ramah dengan aku, tapi sebabkan masalah susah nak faham perbualan KAMI, maka agak terbatas. Tapi aku anggap mereka sebagai idola aku, berasaskan kerjaya lah tapi. Mereka sungguh ramah dengan pesakit [ciri yang paling aku kagum], ikhlas dalam melakukan kerja dan punctual gila!!


Dr. JP Rao [gambar atas,duduk]- Big Boss aku ni!! Walaupun jarang mewujudkan diri di hospital, dan sangatlah mempunyai jam-dari-planet-yang-lain, tapi dia masih diperlukan sebagai rujukan. Seorang surgeon yang sungguh berpengalaman, yang membezakan dia dengan prof aku yang lain. BRAVO!!