CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 11 May 2010

Malu Bertanya..

Salam..

Hari ini aku pergi hospital setelah 3 hari duduk terperap dalam bilik. Walaupun aku tahu,perasaan bosan duduk dalam bilik itu tidak akan berubah dengan kebosanan duduk dalam OPD,opthal..tapi dah tiba giliran aku untuk bertugas,so aku kuatkan diri juga untuk pergi.

Kali ini lain sikit. Buat pertama kali aku dan Dr. Taha [co-intern] dipanggil oleh Dr. Anupama [kalau tak,kami just duduk baca buku atau borak kosong]. Seraya memperkenalkan kepada kami kepada seorang makcik tua, dia menyuruh kami bawa pesakit itu ke bilik FFA. Macam biasa, buat muka yakin dan berkata 'OK mam!'
Sambil berjalan menuju ke bilik yang aku sendiri tak tahu di mana, aku cuba mencari-cari maksud FFA room itu sendiri. Tiba-tiba bahu aku dicuit oleh Taha lalu dia bertanyakan soalan yang bermain-main di dalam fikiran aku. HAHAHAHA adeh~ masalah besar ni. Dengan muka tak-tahu-nak-buat-macam-mana,kami pergi bertanya kembali kepada Dr.Anupama maksud FFA itu sendiri. [malu bertanya,salah bilik nanti] ...FFA-> Fundus Fluorescein Angiography. [Itulah akibatnya kalau pergi posting tanpa ada perasaan untuk study subject yang mana kami belajar 2 tahun yang lepas. ]
Basic info pasal pesakit kali ini, dia merupakan pesakit kencing manis [Diabetes Mellitus] untuk 15 tahun,dan sekarang datang ke ophthalmology opd untuk follow up kes diabetic retinopathy. Makcik ini dikirakan bernasib baik,sebab datang awal ke hospital untuk rawatan mata. Diberitahu kepada kami oleh Dr.Anupama, hampir 90% of DM patients akan menghadapi retinopathy selepas 10 tahun mempunyai kencing manis, yang membezekan hanyalah tahap serius [severity] penyakit itu.





Complications untuk diabetic retinopathy ini adalah seperti vitreous haemorrhage, detachment mahupun buta. Kami dijelaskan management untuk kes ini dan rawatan yang diberikan kepada pesakit ini adelah laser disebabkan ia merupakan jenis proliferative diabetic retinopathy. Sambil melihat Dr.Anupama melakukan laser therapy, dia berkongsi dengan kami tuduhan yang dilemparkan oleh pesakit kepadanya suatu ketika dahulu.

Perlu dijelaskan kepada pesakit bahawa rawatan laser ini hanyalah bertujuan untuk menghalang komplikasi penyakit ini berlaku, maka rawatan ini bukanlah bertujuan untuk menyembuhkan penyakit itu sendiri. Pendek kata, jika rawatan ini diberikan di tahap awal, maka masalah hilang penglihatan dapat dicegah. Rawatan ini juga memerlukan follow up dan mungkin perlu dilakukan berulang kali. Apa yang berlaku, pesakit Dr.Anupama yang pernah dia rawati, menuduh Dr.Anupama penyebab dia hilang penglihatan. Pada hakikatnya, pesakit tersebut hanyalah datang menerima rawatan untuk sekali sahaja, itupun ditahap kritikal [penglihatan sudah terjejas tapi masih tidak buta], dan berhenti menerima rawatan disebabkan tiada perubahan. Akibatnya, penglihatan yang separa terjejas pada mula rawatan menjadi buta dan ini tidak akan berlaku jika pesakit itu faham akan tujuan rawatan yang hanya boleh mencegah dari buta dan bukan untuk mengembalikan penglihatan yang sempurna.

Dokter yang berniat baik menolong pesakit juga boleh dipandang serong. Untuk elakkan ini berlaku lagi, sebagai seorang dokter,kena lah jelaskan betul-betul tujuan rawatan [nasihat yang kami terima]..dan pesakit itu sendiri perlu tanpa rasa segan silu bertanyakan soalan jika tidak faham.[malu bertanya,hilang penglihatan] =p


p/s: esok masuk kampung untuk buat eye camp =p

6 kata-kata kawan:

MomoN said...

hahahah.. xpernah puuuunnn diorg sebut pasal FFA room masa posting last yr..
balik2 suruh kitorg masuk dark room
or bilik yg dia wat visual field tu..

Mohd Izwan Samion said...

haha xpe2, at least now hazimah dah tau..bilik ni kat hujung sekali [paling dalam]..so nnt jd intern,jgn ah blurrr mcm sy =)

naim said...

erk..

custom term paper writers said...

The good enough article of I is very interesting. Prices on placing of the buttons are different but everybody chooses that to him it is comfortably and that answers his necessities and possibilities.

write research papers said...

This is so cool..thanks so much for the info. Love it!

hand made candles said...

I will recommend my friends to read this. I will bookmark your blog and have my children check up here often