CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 11 April 2010

Nangka Busuk

Salam..

Dengan alasan busy dengan exam dan enjoy cuti di Malaysia, aku mulakan balik blog aku ni...
Alhamdulillah, banyak benda manis [pahit pun ade gak] yang berlaku dalam tempoh 4 bulan yang sudah berlalu ini. Paling buat aku happy dan syukor adalah dengan melihat nama aku sekarang sudah panjang dengan kehadiran dua huruf 'keramat' ..hehehe


Aku pun rasa,aku nak ubah rentak tulisan blog aku mulai dari detik ini. Pendek kata cari angin baru lah pulak. Aku nak share pengalaman aku sepanjang aku menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi India ini. Sebelum tu,meh aku cakap sikit, aku ada setahun sahaja lagi di sini [YES!] untuk buat internship, sebelum mendapat semula kewarganegaraan Malaysia 100%. =)
1st posting aku adalah surgery, unit F di hospital kerajaan, Wenlock. Kalau diukur dari kelengkapan hospital, mestilah Wenlock ini jauh ketinggalan. Tapi kalau dibandingkan dengan ilmu dan pendedahan yang boleh aku dapat, Wenlock sangat lah jauh lebih bagus daripada private hospital kolej aku, KMC hospital. Kira aku nak cakap rezki aku murah lahni aka lucky, alhamdulillah =)
Kalau korunk pelik,kenapa baru sekarang aku nak menghadap lap top dan bukak page selain facebook dan meng-up-date blog aku...hari ini adalah hari bersejarah bagi aku. Aku dapat conduct operation for the 1st time. OK,walaupun simple, just amputation and debridement, tapi bagi aku,dah cukop baik lah tu,diberi kepercayaan untuk aku memotong 2 jari kaki [great and 2nd toes]. Serba sedikit pasal kes pakcik ini, Abu [bukan nama sebenar] =)...ia adalah kes kencing manis yang tidak terkawal tahap gula dalam darah [uncontrolled diabetes mellitus]. Sebab si Abu datang ke hospital adalah dengan kehadiran ulat [maggots] di dalam kaki dia yang nampak sudah rapuh dan busuk.





Bila dibuka balutan kaki [bandage] si Abu, kelihatan ulat itu berusaha keluar dari celah-celah kumpulan daging yang dah busuk. Bila aku letak iodine, makin banyak yang keluar [korunk bayangkan macam nangka busuk]. Opkos aku rasa geli pada mulanya, tapi at the same time aku rasa excited and 'bersyukor' sebab dapat kes,yang bagi aku baru dan mencabar. Bermula dengan misi memburu ulat,aku dapat keluarkan kira-kira 10 ulat dengan jayanya.haha. Lepas itu,misi membuang kumpulan daging busuk bermula disusuli dengan misi meng-expose 2 tulang metatarsal. Kemudian, dihulurnya kepada aku gunting gergasi yang digunakan untuk memotong 2 tulang itu [bone cutter] . Pergh,itu adalah part paling cool! Lepas dah buang ape yang patot termasuklah ulat-ulat, kaki si Abu dibalut kembali dan dihantar ke post-op ward.

p/s: kurangkan gula dalam kuali,
kalau tak nak ulat di kaki =)

3 kata-kata kawan:

shida ahmad said...

Tahniah sebab name da makin pnjang skrg..
waa,besnye..xsaba nk abeskn lg 2thn..hihi..
All da best doc,kutip pngalamn byk2 kt sane=)

scOotBerry said...

cOngrats~ ade Dr suda~ hihi...rawat patients elOk2 eh~

MomoN said...

coolness..saya mahu belaja besungguh2!