CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 21 June 2009

Sabar je lah yek..

Salam

Baru-baru ni salah satu kisah yang bagi aku sangat-sangat memberi pengajaran ke atas diri aku terjadi. Rasanya ok lah kalau nak share kat sini.

Aku sedang melawan rasa ngantuk ketika aku study di library. Macam-macam aku buat, minum air dah separuh botol, pembalut gula-gula pun dah berterabur atas meja. Dalam hati,berulang kali aku memohon padaNya untuk memberikan aku kekuatan. Sebab pada saat dekat-dekat nak exam ni, teramat memerlukan kekuatan, terutama kekuatan melawan rasa malas (tidur).

Sedang aku mamai, tiba-tiba aku perasan ada bayang-bayang sebelah aku. Memang termakbul lah doa aku, terus segar aku dari rasa ngantuk. Bila aku toleh, aku lihat rakan lama aku yang pernah suatu masa dahulu rapat dengan aku. 'Ni apahal pulak mamat ni buat kat sini. Tak puas hati lagi ke dengan aku.'
Dia tunduk rapat ke telinga aku untuk bisik dan ajak aku keluar sebentar. Alasannya,dia mahu cakap sesuatu. Aku apa lagi, buat jelingan tak puas hatilah ke arah muka dia. Tapi aku tengok, dia lepak je,nampak jujur le pulak muka mamat ni kali ni. So aku pun dengan menunjukkan sifat tak ikhlas dan kerek bangun dan bergerak keluar library.

Imbau kembali kisah aku dengan dia...kami sungguh rapat dulu. Pendek kata 'kamceng' gila lah. Tapi disebabkan satu peristiwa, kami rengang dan sampai sekarang memang tak tegur lah orang kata. Buat hal masing-masing.

Terjadi satu peristiwa yang menyebabkan dia salah faham dengan family dia. Dengan seribu satu hujah dan alasan,dia menuduh aku yang buat. Tapi mestilah aku tak buat! ;) Bila difikirkan balik, memang tidak boleh disalahkan dia juga. Sebab, semua hujah dan alasan pasal tuduhan itu memang benar-benar nampak molek ditujukan ke atas aku. Pendek kata,kalau aku jadi dia pun, aku buat benda sama KOT. Masa tu, aku memang dah tak mampu buat apa-apa.Tiada satu pun alasan tuduhan dia yang boleh aku sangkal. Aku jadi seperti orang gila kot time tu. Berulang kali aku cakap 'Trust me dude, I didn't do that'..Rakan-rakan yang lain pun jadi serba salah. May be bagi diorunk pelik lah kot kalau tuduhan kawan aku itu benar, pada masa yang sama, tak ada alasan juga untuk mereka nak back up aku. Memang time tu rasa macam tak ada sapa pun boleh selamatkan aku. Cuma diri aku sahaja yang tahu dan yakin bahawa tuduhan itu palsu.

Itu semua peristiwa yang berlaku bertahun-tahun yang lepas. Sejak dari detik itu, kami tak bertegur sapa lagi. Bertahun-tahun tu tuduhan itu kekal sebagai misteri untuk diri aku!!

So bila kami dah kat luar library, dia pun mula rapat dengan aku dan tersenyum. 'Ni apsal plak senyum-senyum ni'. Perkataan pertama yang keluar dari mulut dia 'Sorry dude'......

Pendekkan cerita, dia mengaku dia silap dengan tuduhan dia. Dia pun baru je sedar pasal perkara sebenar disebalik peristiwa itu. Fuh~ lega gila, terjawap lah sudah tuduhan misteri kawan aku tu.

Apa yang aku dapat, hikmah dari hal aku dan kawan aku ni adalah...dalam keadaan kita keseorangan menghadapi tuduhan, kita perlu sabar. Percayalah, kita tidak sesekali keseorangan kalau kita sentiasa ingat pada Allah. Ni bukan sahaja boleh diaplikasikan (gile gempak word aku ni) untuk perkara menghadapi tuduhan sahaja...malah dalam semua masalah hidup kita juga. Jangan takut! Kalau tak sekarang pertolongan itu sampai, kalau betul-betul kita di jalan dan di pihak yang benar, yakinlah pada pertolonganNya.

Camca: Taniah kat akak aku sebab dikurniakan cahaya mata yang comel!! Ashraf Hakim bin Azizi pada 18/5/2009. Alhamdulillah. Makin besar tanggung jawap akak aku. Mak orang dah!! ;) Aku pun dah bertambah jugak tanggung jawap, PAK NGAH le katekan ;)

Friday 12 June 2009

Jawapan

Salam..

Memang lama betul tak singgah sini. Alasan macam biasa,busy. hahaha

Dalam minggu ni banyak aku baca berita pasal negara-negara Islam. Seperti isu pilihan raya di Iran dan Lebanon. Tapi sebelum tengok negara luar,baik usha-usha negara sendiri. WOW!! aku terkejut bila aku terjumpa satu artikel dari Yahoo News. Cerita pasal perubahan yang dilakukan di negeri Kelantan. Alhamdulillah, akhirnya keraguan aku untuk parti ini terjawap. Dulu aku tertanya-tanya juga, betulkah niat dan matlamat parti PAS itu untuk pembentukan negara Islam?? Insya'Allah..sedikit demi sedikit perubahan kearah itu mula nampak. So bagi aku, tiada alasan lain untuk kita tidak sokong pemimpin yang mengamalkan kepimpinan Islam. Tapi,aku lebih suka kalau kita memilih pemimpin itu berdasarkan kepimpinan bukan parti. So fikir lah sendiri pasal benda itu. Tepuk dada,tanya iman.

Aku terfikir sekarang apalah riaksi rakan-rakan bukan Islam. Jangan risau, tiada penindasan kalau BETUL-BETUL Islam itu diamalkan. Lihat sahaja kepimpinan Nabi kita dahulu. Insya'Allah doa yang terbaik.


KUALA LUMPUR (AFP) - - Malaysia's conservative opposition Islamic party has urged a ban on skimpy outfits in public parks in a northern state it controls, a state official has confirmed.

A Chinese language daily on Wednesday published pictures of a park sign urging non-Muslim users to cover up in the PAS-ruled state of Kelantan.

"We just want to educate Muslims that they should wear clothes according to Islamic teachings and to the non-Muslims, we encourage them to respect each other in Kelantan," Takiyudin Hasan, the state cabinet minister in charge of local government, tourism and culture told AFP.

The signboard tells non-Muslim women to wear tops that have sleeves and which are long enough to cover the waist. Trousers have to be knee-length and there should be no skin-tight outfits, it says.

The local government does not have the legal power to enforce the ban, but previous recommendations it has made, including the banning of heavy make-up and high heels, have been widely obeyed.

Malaysia's 27 million population is dominated by Muslim Malays but also has large ethnic Chinese and Indian minorities who have raised concerns over the rising "Islamisation" of the country.

PAS-ruled Kelantan has banned gambling, restricted the sale of alcohol and requires men and women to queue in separate lines at shops as part of its move towards a more "Islamic" way of life.