CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 12 September 2009

Nur Kasih

Salam..

Sejak minggu lepas, aku diperkenalkan dengan drama melayu berjudul Nur Kasih. Pada mulanya "hek ele,drama melayu..tak pe ah,poyo and jiwang je lebih tu". Apetah lagi sekarang tengah giat mengumpul series 'omputeh' yang bermula kembali pada musim luruh ini. Tapi bila member SMAPK aku dulu yang sama kepala pun mencadangkan untuk layan drama melayu ni,so aku pun mula lah mencari-cari sesiapa yang empunya drama ini. Alhamdulilah, jumpa juga..terima kasih cik Faridah =)

Banyak scene daripada drama ini boleh diambil pengajaran. Tapi scene yang paling aku suka,akan aku cuba uploadkan di sini. Harap-harap tak kena saman dengan tv3. So bagi sesiapa yang mahu melayan drama ini, silalah layari website tv3 (aku dah tolong promote ni, jangan saman plak!).

Scene 1 - Ujian Hidup & Taubat


Scene ini menjelaskan maksud ayat dari surah Al-Baqarah 34-37. Ayat ini menjelaskan kisah Nabi Adam a.s yang diuji dengan godaan syaitan...

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. Dan Kami berfirman " Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman "Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan". Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Quran 2:34-37)



Scene 2 - Nur (petunjuk)






"Setiap manusia adalah fakir,namun dalam kefakiran itulah Tuhan memberikan petunjuk..inilah yang disebut Nur."


Scene 3 - Kekuasaan Allah






Scene ini menerangkan detik perubahan pada watak Adam setelah diuji dengan kematian kandungan isterinya.. Ayat Al-Quran yang dijelaskan dalam scene ini diambil dari surah Al-Baqarah ayat 28...

Mengapa kamu kafir kepada Allah padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?
(Quran 2:28)




Sekarang baru episode 16, masih banyak lagi episode mendatang dan insya'Allah lagi banyak ilmu dan peringatan yang akan kita dapat jika sama-sama kita fikirkan maksud cerita yang mahu disampaikan. Bagi aku,best doh and enjoy habis belajar ilmu-ilmu agama dalam bentuk yang lain seperti ini. Atau lebih bagus jika aku cakap,lagi senang (dan menarik) untuk aku fahami tafsiran Al-Quran jika disampaikan dalam bentuk movie. Manfaatkan setiap perbuatan even dalam aspek hiburan kita dengan benda-benda yang berfaedah.. =)

1 kata-kata kawan:

oren said...

hehehe...episode up to 10th layan la..banyak mesej...tapi 11 onwards lebih kepade unsur relationship wantara hero dan heroin..but cerita ni agreed memang bes...terhibur dan rase kelainan..unsur islam banyak diterapkan..=)