CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 15 July 2009

Kenduri

Salam...
Sangat lama aku tak tulis kat sini. Sebenarnya banyak je yang berlaku dalam masa aku mendiamkan diri ni. Banyak yang aku alami dan aku pelajari. Ujian demi ujian aku hadapi, alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk hadapinya...kejayaan aku itu melibatkan banyak benda. 1st mestilah petunjuk daripadaNya. Juga support dan doa daripada family dan rakan-rakan sekeliling.

Pada masa yang sama juga, aku diberi kesempatan untuk buat plan pergi berjalan-jalan ke Eropah. Tapi tak lama pun,memandangkan cuti yang ada hanyalah 10 hari. So sempat cover 3 cities sahaja. Cukop lah untuk masa yang terhad ini,apatah lagi kewangan yang terhad juga ;)

Disebabkan banyak sangat benda yang berlaku, banyak nikmat yang Allah berikan, aku memang rasa teramat bersyukur "Alhamdulillah..." Aku pun tak tahu macam mana nak tunjukkan rasa berterima kasih aku kepada rakan-rakan semua di sini, maka aku dan Habib plan buat kenduri..Pada asal nya tak tahu apa tujuan kenduri ini..cuma terlintas di kepala aku pasal kenduri ni bila Habib berkata "Lama gak tak buat makan-makan..", Pada masa itu,aku memang tak tahu nak balas apa dengan ayat dia tu..apelah yang dia maksudkan ni..Tapi bila fikir balik, Habib memang suka masak-masak semua dan ditambah dengan sikap pemurah dia, maka aku faham lah kot maksud ayat dia tu sekarang.

So pada 5th July, kami buatlah majlis..lebih kepada majlis kesyukuran + majlis doa selamat nak berjalan ditempat orang yang sangat asing bagi aku + majlis untuk batch aku yang nak exam...fuh~ sekali aku gabung banyak benda dalam satu majlis tu..

Di sini juga nak cakap terima kasih kat Cik Kiah kerana sekali lagi menjadi penaja makanan sampingan-sup lembu yang mantap! Terima kasih juga kat orang manipal yang sudi tolong masak ;) Terima kasih juga kat rakan-rakan yang sudi datang makan dan memeriahkan majlis...tidak dilupakan juga terima kasih kepada Mahfiz dan Goda dengan hidangan lepas majlis nya ;)

Sini aku share sikit beberapa gambar yang diambil oleh Cik Kiah..



Juadah yang simple aja..


Ini dia Encik Habib kita! Taniah ah dapat pegang jawatan biro kerohanian MiSAI (Malaysian Student Association-India)




So diharapkan majlis ini mendapat berkatNya..insya'Allah..doakan aku selamat pergi dan pulang berjalan-jalan k!! hehe ;) Selamat pulang ke tanah air bagi rakan-rakan yang balik Malaysia!!
(tapi.......kita ade exam kan esok untuk seminggu...haish~)

3 kata-kata kawan:

MomoN said...

wah!bercuti di eropah ye?ini sungguh menarek :P

all the best for ur sessional :)

rashiD said...

perghh..
euro trip..
bebaik le geng, penyakit bnyk skang..
enjoy~

..tp all d best exam dulu..
ha ha..

Mohd Izwan Samion said...

hazimah: best2..ikot jejak anda le..hehe

rashid: tu ah pasal..nway thanx!