CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 5 April 2009

Lepak @ CCD


Salam.

Malam tadi, aku singgah sebentar kat Empire Mall untuk solat magrib selepas 'berlari-lari'. Lepas solat, alang-alang dah ada kat sana, aku pun fikir untuk singgah di Nilgris, tengok-tengok makanan yang aku berselera untuk makan malam nanti. Tiba-tiba aku terserempak dengan seseorang. Dia bukanlah kawan aku pun,kami sebelum ni hanyalah hi-hi & bye-bye je. Tapi selamba je lah tegur. Dia beri tahu aku yang dia sedang mencari-cari hadiah untuk hari jadi kawan dia. Aku tengok,tiada siapa yang aku kenali disekeliling dia,so aku tanya dengan siapa dia datang. Dia beri tahu yang dia datang sorang-sorang sahaja.

Aku terus menuju ke Nilgris, tapi bila tengok ramai sangat orang kat dalam,aku terus batalkan hasrat untuk masuk. Dalam bergerak balik, aku nampak lagi mamat tu,so aku pun ajak dia melepak di CCD. Memang kekok pada mulanya untuk mulakan bicara dengan orang yang kita tak rapat, lagi-lagi bahasa yang digunakan bukanlah bahasa ibunda. Tapi lama-lama ok je.




Dalam aku berusha mencari modal untuk berborak, tiba-tiba boleh pulak aku tanyakan kenapa aku biasa nampak dia berjalan sorang-sorang. Lepastu dia mula bercerita life dia dengan kawan dia. Dipendek kan cerita, dia beritahu yang dia tidak suka dengan life kawan-kawan dia yang lain yang suka minum arak, clubbing dll. Lepas tu timbul persoalan dalam hati aku, apa yang buatkan dia memilih untuk tidak melakukan benda itu sedangkan tiada larangan dalam agama yang dia ikuti. Lama-lama aku tak tahan,TERkeluar juga soalan itu. Ok,aku tak expect pun yang dia akan jawap, and expectation aku betul. Dia hanya senyum. Aku hanya membalas dengan berkata yang aku nak tahu jawapan dari dia, sebab bagi aku, aku nak tahu pandangan mereka yang berlainan agama dengan aku. Aku turut jelaskan yang agama Islam melarang untuk melakukan benda-benda tersebut.

Sebelum kami beredar, dia beritahu aku yang bagi dia, perbuatan yang kawan-kawan dia buat itu salah bagi pandangan dia, dan dia pilih untuk hidup dengan lebih bermoral.

Namun malangnya, dia juga beritahu aku dalam ramai-ramai kawan yang dia sebutkan tadi (yang minum dan ber-clubbing) ada seorang yang Muslim.

3 kata-kata kawan:

amarladin said...

susah nk tgl agama nek moyang. huhu. tp bile org islam pon camtu lagi la.

NADE said...

weh
sape kwn ko tu?
sape?
:P

Mohd Izwan Samion said...

ammar: yup

nade: ;)