CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 25 March 2009

Kisah Seorang Pak Guard

Salam

Bob (bukan nama sebenar) baru habis PMR. Malangnya,result yang dia dapat bukanlah gempak. Dia merupakan anak Dato' dalam kawasan yang dia tinggal. Ayah dia memiliki sebuah syarikat baru. So ayah dia dalam usha mencari calun untuk memegang jawatan pegawai pentadbiran syarikat barunya itu. Jauh dalam sudut hati ayah dia, mahu sahaja dia berikan jawatan itu kepada anaknya. Namun, selepas memikirkan perangai anaknya yang sentiasa membunag masa, tidak mendengar kata, lemah, sentiasa melakukan kesalahan dan paling penting, tidak berkelayakan (setakat PMR je); maka si ayah mula sangsi. Namun selepas dipujuk oleh anaknya, yang mengatakan dia mahu berkerja untuk tampung diri, si ayah pun memberi jawatan sebagai pak guard (mengikut kelayakan si anak). Si anak berasa sedih dengan jawatan itu. Namun si ayah menjanjikan gaji yang lumayan, even gaji yang lebih daripada gaji pengarah, membuatkan si anak mula happy dan sudi bekerja.



Pada hari pertama Bob bekerja, dia bersemangat, datang awal dan berpakaian smart. Pada waktu petang, pabila si ayah pulang kerja, keluar dari syarikat itu dan melepasi pintu keluar, kelihatan si anak berdiri segak menjalankan tugas di pondok guard. Hati si ayah berasa sayu, namun ditelannya sahaja di dalam hati. Si anak melambai-lambai tangan pabila melihat si ayah melepasi dirinya. Di dalam hati Bob berkata, "Tak apa, satu hari akan ku buktikan yang aku layak memegang jawatan pegawai pentadbiran itu".

Selepas beberapa bulan sahaja, si anak sudah mampu memiliki kereta mewah Audi R8. Apabila ayah dia melepasi pintu pagar, si anak melambai-lambai tangan kepada si ayah sambil berkata. "Lihat, saya sudah ada kereta sendiri. So berilah saya jawatan pegawai pentadbiran itu ayah". Si ayah dengan nada sayu berkata, "Bukan itu yang melayakkan kamu memegang jawatan itu. Sambung study, dapatkan ijazah yang berkaitan, maka ayah pasti akan memilih kamu untuk memegang jawatan itu".

Si anak mula sedar dan menyahut cabaran si ayah. Apabila si ayah melepasi pintu pagar syarikatnya, diperhatikan anaknya sedang asyik membaca buku. Di dalam hati si ayah,berasa sungguh gembira melihat PERUBAHAN anaknya itu.......

camca: Kenapa bukan Muslim sendiri yang 'mentadbir' dunia ini?

~Bob=Muslim

~syarikat=dunia

~kereta mewah=bangunan tinggi-tinggi, negara paling banyak minyak etc.(nikmat atau kejayaan yang diperolehi setelah melakukan kebajikan atau usha, selain daripada nikmat atau kejayaan mentadbir dunia)

~PMR=lemah, tidak berupaya melawan musuh

~ijazah=kuasa mentadbir, berani menjalankan 'amal makruf nahi munkar'

~perubahan=????










Idea daripada ceramah Ust. Abdul Halim

6 kata-kata kawan:

che sue said...

salam,

perubahan itu bila seseorang muslim mempunyai Izzah terhadap islam dan menyedari bahawa segala2 yg disekelilingnya itu hanyalah sekadar pengaruh2 yang tidak membawa sebarang faedah pada dirinya. bila ada kesedaran itu barulah boleh bangkit semula untuk mendapat jawatan "pengarah urusan".

perubahan itu bila kita back to the track kepada tujuan penciptaan manusia -->hamba Allah, Khalifahtullah --> mendapat keredhaan Allah

anyway nice analogy by ustaz halim. terima kasih kerana berkongsi.

lembah bujang said...

pak guard baca buku apa??
kalu buku ngarut2,
betambah sayu lah hati ayahnya itu..
sbb perubahan arah makin tak guna!

nice belangkungsawa =)

Mohd Izwan Samion said...

sue: thanx! lame x dgr cite ko..

sean: ;)belangkungsawa tu ape??

MomoN said...

nice comparison. :)
hope that we can make the change!
change is not an easy task but yeah strive for it!
bukannyer hanya cari jalan mudah utk mentadbir "syarikat" kan?

(lama betul dah x komen kat sini)

Anonymous said...

-perubahan inside-out bermula dr fardu muslim, baitul muslim, mujtama' muslim, daulah islamiyah sampailah uztaziyatul alam.

-dalam membentuk individu ke arah itu, evironment antara aspek memainkan peranan penting suksesnya mencapai matlamat.

-seteguh manapun pegangan, kalau biah tidak membantu (ie sentiasa disajikan hiburan tanpa henti,pengaruh kehidupan yang tidak berpaksikan agama, perundangan yang tidak berasa kan Al-Quran, amal makruf yg sentiasa disekat dsb)ramai saja yg boleh gugur.

-ya kita perlukan 'ijazah' untuk mengubah environment kufur ini. agar proses pembentukan individu muslim berjalan lancar.

-anda mampu mengubahnya...

Mohd Izwan Samion said...

hazimah: betul2..thanx sebab memberi komen kembali! ;)

remaja masa depan: ;)