CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 11 March 2009

Bangun Awal

banGGa aku hari ni. Aku berjaya bangun pagi dan pergi kelas pediatrics!! Bukan senang aku berjuang untuk bangun pagi seawal ni. ;)

So tadi belajar pasal hypothyroidism. Sebabkan pediatrics, lebih bincang pasal congenital hypothyroidism, pendek kata, penyakit yang disebabkan kekurangan hormon thyroid sejak dari lahir lagi. Actually, disebabkan kekurangan hormon ni, pertumbuhan badan terbantut dari segi fizikal mahupun mental. Tapi, alhamdulillah, zaman sekarang hormon ni boleh diberi kepada pesakit dari luar (replacement therapy). Tapi itulah, kalau hormon ni diberi lambat, maka segala pertumbuhan minda dan mental sebelum rawatan akan terganggu. Kira kalau dapat diberi seawal selepas lahir, maka boleh lah membesar dengan normal.

Dalam lecture tadi, ada ditunjukkan gambar mereka yang berjaya dalam rawatan mahupun yang gagal mendapat rawatan awal. So mereka yang gagal ni datang dalam keadaan bantut dan terencat. Mostly, diorunk ni orang miskin yang duduk di pendalaman...ataupun parents mereka kurang kesedaran tentang isu ini.


Congenital Hypothyroidism

So ape yang aku pelajari, keadilan tu kadang-kadang susah dilaksanakan betul-betul. Kadang-kadang, penindasan seperti ni boleh berlaku disebabkan keadaan sekeliling (kemiskinan, kawasan pedalaman). Disamping itu, kepentingan ilmu pengetahuaan pun penting. Seperti kisah tersebut, rawatan penyakit itu available je di India ni, tapi sebabkan kemiskinan dan kejahilan parents, maka anak mereka 'tertindas' untuk mendapatkan rawatan sepatutnya. Dalam isu ini, siapa yang boleh disalahkan?? Hahaha, (jadi bangau yang kurus). Inilah nasib, bukan mahu salahkan nasib, tapi Allah lebih mengetahui siapa dikalangan hambaNya mampu menerima ujian tertentu.

Salam.

2 kata-kata kawan:

norfaridahanum said...

bangun awal as in malamnya kul 8 dah tido..tuh pun nk berlagak ke??? TEEEETTTTTT!

Mohd Izwan Samion said...

itu sekadar intro (dah kecik pon word bangge tu) ;)