CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 17 December 2008

Nama Saya..

Assalamualaikum..

Makin lama,makin suram lak blog aku ni. Ala-ala hangat tahi ayam je orang kata. Pada mulanya banyak betul yang aku tulis,but recently macam dah kureng je. Last month satu pos je..hahaha..nak buat macam mana,ade tugasan lain.

Alhamdulillah dah selamat dah semua theory paper aku and semalam baru je habis practical community medicine. So tinggal lagi ENT practical (Sat) and last one ophthalmology practical (Wed). Then,merdeka lah aku sekejap. So far,tak tahu lah macam mana nak cakap,dah buat terbaik kot,so tawakal je lah. Harapkan doa dari korunk semua k..doakan aku dan kawan-kawan KMC yang lain. Insya'Allah..

Cakap pasal exam ni,bila dah habis theory paper nyer exam, so rasa agak lega lah. A night before community medicine pract,aku keluar makan dengan kawan aku. Konon-konon mahu bincang pasal statistic lah,sebab lama sangat dah aku tinggalkan ilmu maths ni. Tapi macam biasa lah,kalau dah bukan kat library tu,amat lah susah nak fokus kat study. So at last,bincang pasal benda lain. Tapi tak de lah aku nyesal pon,sebab topik yang kami bincang ni pun ade faedahnya. Bagi aku,ilmu tu tak terhad untuk akedemik je kan (tapi kalau dah malam exam tu,faham2 je lah,kene ah study tuk subjek esok!! sengal betul)..

Kami bincang pasal hal-hal disekolah dulu. Banyak gak,kongsi kenangan pasal zaman muda mudi (sekarang pun muda lagi). Pendek kata zaman yang masih 'mencari-cari' lah ni. Tiba-tiba kawan aky tanya...
"orang panggil ko apa ha dulu kat sekolah??"..
hahahaha..soalan yang agak seronok tuk kami bincangkan malam tu. Aku tak jawap pun soalan tu...sebab tak sempat pun aku jawap,dia dah jawap sendiri soalan tu untuk diri dia. Bila aku dengar je nama samaran kawan aku ni, memang kalau ikut kan hati, mahu saja aku terguling-guling dalam ccd tu...lawak bangat dong!! Memang jauh gila dari nama asal dia yang sedap telinga didengar... "ko tau tak kenapa orang panggil aku &^%$%"....aku just gelengkan kepala tanda tak tahu,walaupun aku dah boleh agak sebab dia,tapi sebabkan agak sensitif kot,so better dengar dari mulut dia aja...tapi serius memang lawak...
Dalam hati aku, terimbas balik lah panggilan nama yang pernah aku dapat dizaman sekolah SMAPK dulu..(tapi dah tak lagi dah) dan zaman KDU dulu gak..masing-masing ade reason nya aku dapat nama tu. (so rakan-rakan smapk n kdu,jangan lak timbulkan balik nama tu..) hahahaha..

So aku pun terdetik tuk tahu lebih pasal topik ni..so aku ada lah buat rujukan balik..ni antara hadis yang aku dapat pasal panggilan nama seseorang.....

Jabir ibn Abd Allah is reported to have narrated that a man named his newborn son as Mohammed. The people said that they would not permit him to call his son by the name of the Messenger of Allah, so he took the matter to the holy Prophet s.a.w and said..
"O Messenger of Allah, a son has been born to me and I have named him Mohammed, my people are not permetting me to name him after the name of the Messenger of Allah."
The holy Prophet s.a.w replied..
"Name yourselves (after my name) but do not use my Kunya, for I am Al-Qasim and I disburse the blessings of Allah (knowledge of religion, spoils of war and Zakat) amongst you."
(sahih Muslim)

Ibn Umar is reported to have narrated that the Messenger of Allah s.a.w said..
"The names dearest to God Almighty are Abd Allah and Abd Al Rahman."
(sahih Muslim)

Ibn Umar reportedly said that Hadrat Umar had a daughter named Asiya (disobedient), so The Messenger of Allah s.a.w changed her name to Jamila (beautiful).
(sahih Muslim)

Mohammed ibn Amr ibn Ata' is reported to have said..
"I named my daughter Barrah, then Zainab bint Abu Salama told me that The Messenger of Allah s.a.w forbade us to use that name, as my name was Barrah, but the Apostle of Allah s.a.w said that she prided herself with piety in that name. So the holy Prophet s.a.w changed her name to Zainab."
(sahih Muslim)

Dalam hadis yang 1st tu, kira menjawap soalan aku selama ni..'kenapalah orang melayu ni suka betul namakan anak dia dengan dimulakan Muhammad/Mohd/Mohammad..kira macam nama aku gak lah ni..'..alhamdulillah,sekurang-kurang nya nama aku ada lah maksud yang baik,sebab setakat ni aku tak jumpa lagi makna 'IZWAN' itu sendiri. Cakap pasal nama aku lak,bukan nak bangga diri lah,tapi adalah kawan India Muslim aku sini tanya aku makna nama aku,sebab bagi dia nama aku baru lagi kat sini,tak pernah dengar,tapi sedap disebut. Tapi tulah,malangnya aku beritahu yang nama IZWAN itu tiada maksudnya,tapi Mohd (Muhammad) tu besar maknanya..hahahaha..(boleh pulak promote nama aku)

Hadis yang 2nd tu pulak boleh lah diambil panduan untuk sesiapa yang sedang dan akan mencari-cari nama untuk mereka yang baru atau akan lahir.

Hadis yang 3rd and 4th tu tunjukkan betapa nama yang sempurna dan elok maknanya amat ditekankan oleh Rasullullah s.a.w sendiri..so tu lah,kadang-kadang kita ni yang selalu lupa,sesedap rasa je ubah nama orang yang sedap maksud dia menjadi terus sumbang..bukan apa,kalau kita fikir balik, bukan senang mak dan ayah kita mencari nama yang terbaik untuk anak mereka..dengan penuh harapan dan impian diorang tanamkan disebalik nama kita ni. So walaupun kita rasa cool dan 'mantap' dengan nama gelaran yang diberikan oleh kawan kita (apetah lagi kalau nama tu kita tak suka gila)..fikir-fikir kan lah impian dan harapan parents kita..lagipun nama itukan doa..tapi tahle,kalau nama samaran tu tak bawa makna yang negative,should be ok lah KOT kalau ada niat nak abaikan impian and harapan parents kita..tapi kalau lah nama samaran itu membawa makna yang negative (seperti nama yang dinyatakan dalam hadis 3rd n 4th)..so sama-samalah berusha mengubahnya,baik tuan punya nama itu sendiri mahupun rakan-rakan yang memanggil nama itu. Tegur-tegur lah kawan,nama pun kawan, sama-sama mahu yang terbaik untuk kawan kita, so doakan lah dia dengan nama yang baik.hahaha..ala-ala macam ucapan friendship day pulak..

ok lah,ni jelah idea yang aku ada. Moga teguran ni membawa kita sama-sama menjadi mereka yang lebih baik. Memang susah KOT nak berubah,tapi dengan niat yang ikhlas dan betul,insya'Allah akan dipermudahkanNya..

Assalamualaikum..

p/s: jangan terkejut lak lepas ni aku panggil nama korunk penuh..lol

0 kata-kata kawan: