CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 8 October 2008

Open House

Assalamualaikum..

Hari jumaat lepas aku dapat sms dari Habib yang balik raya di Malaysia..boleh pula dia tanya "Ade ape-ape ke nak kirim?". Tiba-tiba terlintas pula kat kepala aku untuk buat open house. Actually di India ni aku tak pernah buat lagi open house. Sebelum ni aku tinggal dengan tempe,so macam mana lah nak buat. So tahun ni,alhamdulillah,dapat pulak housemate yang cool and sempoi,so boleh lah kut penuhi hajat terpendam ni. Pada mulanya pening gak fikir sorang-sorang untuk tarikh nak buat open house ni,sebab kalau boleh nak ajak sama rakan-rakan dari Manipal. Tapi bila Habib balik je on Monday tu,aku nampak ketupat palas. Mestilah tak tahan lama,so kami decide nak buat open house tu esoknya, hari Selasa 7th Oct.

Sebabkan nak mudahkan kerja,kami pilih nasi ayam untuk disajikan malam tu (disajikan?? BM gile ayat aku).. Lepas tu, Kiah dan housemate dia pula bermurah hati mahu sumbangkan mee hailam (kuah asing tapi),so bertambah mudah lah kerja aku. Pendek kata,kalau habis lah nasi ayam tu ke nanti,ade jugalah benda yang boleh mengenyangkan perut tetamu yang datang. Mizerq dan housemate dia pulak bermurah hati menyumbangkan 3 jenis kek berasaskan coklet (kek batik, tiramitsu dan..ape yek name kek lagi satu tu??). Bukan itu sahaja, paneer masak ..(tak tau gak nama) dan juga rendang ayam. Banyak betul orang yang membantu. Naim dan Safwan pula menyediakan air. Mantap-mantap kerja budak-budak ni. Aku rasa,disebabkan sumbangan diorang ni lah yang menjayakan majlis kami malam tu. So pendek kata, walaupun rumah aku yang nampak dibuka habis (open house), tapi sebenarnya ini adalah hasil ramai orang. Kira gabungan 4 rumah di Maharaja lah ni. Terima kasih kepada semua ahli rumah yang terlibat!! Tak lupa juga pada korunk yang datang bersama buah tangan, dapat kek lapis Sarawak,kuih-kuih raya,kek raya dan minuman.

Tapi tanpa tetamu,apelah gunanya majlis. Aku nak cakap kat sini, orang yang datang semua nya cool gila. Sebab tu lah bagi aku,hilang rasa penat buat keje bila tengok korunk enjoy malam tu (ye ke korunk enjoy??). Tapi bila aku tengok korunk senyum je dalam pic yang aku dapat,so boleh lahkan aku assume korunk enjoy. Sebabkan aku dan Habib dari 2 batch yang berbeza,so kami jemput semua Muslimin n Muslimat dari 2 batch ni lah. So total dalam 50 lebih. Habis gempak rumah aku dengan kehadiran diorunk ni. Mantap ah korunk! Lepastu aku jemput sama junior-junior KDU aku dulu yang sekarang di Manipal. Pergh,korunk memang best ah,sanggup tu tempah teksi dari Manipal datang ke sini dan terus balik malam tu juga. Sorry ah korunk,sebab agak susahkan sebab buat malam,tapi aku rasa masa tu jelah terbaik. Anyway,harap korunk rase berbaloi ah datang kerumah kami k!. hehe..Tak lupa juga tetamu dari MMMC (Manipal),7 orang semuanya. Walaupun ade klas hari tu,diorunk sanggup gak meredah jalan-jalan yang berlubang naik bas datang ke sini. Nak jadikan cerita,siap berpecah disebabkan ade 2 biji bas color hijau (amacam? habis baik x ni aku cuba describe susah korunk datang sini)..tapi ok ape,korunk lah yang menjadi tetamu aku paling lama kalini. Sekali dengan breakfast ek. hahaha..nway, thanx to all lah..sebabkan korunk semua..majlis kami meriah!!

Suasana bersama mereka yang hadir....



Rakan-rakan KDU college..


Rakan-rakan MMMC...

Melayan tetamu..




Tuan rumah pun lapa gak..



Juadah...




Nak cakap kat sini,aku dan Habib mohon maaf kalau ada apa silap dan kekurangan untuk majlis kali ni. Yelah,rumah kecil je,so may be tak selesa mana. Tapi tu kami dah bukak habis dah rumah. Aku rasa tak de pun ruang di rumah aku yang korunk tak masuk. Bilik aku dan Habib pun jadi tempat korunk lepak makan. Hahaha..(ape-ape rahsie yang tak best senyap2 sudeh k!) Untuk mereka yang tak dapat hadir,aku rasa aku faham reason korunk..KMC,Manipal ade end posting exam..tak ape, insya'Allah ade rezki,tahun depan buat lagi KOT. Akhir kata...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

6 kata-kata kawan:

Anonymous said...

cayalah korg!terre sggh wat open house!bley wat 2 3 kali lagih nih!bulan raye pnjg lagi.wahahahaha

Anonymous said...

yosh!terima kasih kerana menjemput.. tapi ingin mohon ampun sbb x tlg apa2 persiapan.. tlg makan dan tlg tapau makanan je... hehe.. millions of thanx! owh ye.. saya pun mau mintak ampun bebanyak spjg perknalan kita nih ada salah silap... huhu.. mana laa tau kan.. yg buat silap salu x sedar tp yg tekena tu salu yg terasa... jadi saya mohon ampun atas segalanya~

Anonymous said...

izwan!!! makaseh menjemput!
sungguh sedap dan aku sungguh gembira malam itu.

HabHas said...

alhamdulillah..everything goes to d almighty allah 1st.. tenkiu pade suma and aku benar2 bersyukur dapat member yg sempoi mcm korg suma.. bak kate izwan..ilang suma penat sih.. arigatou naa..tenkiu bebanyak wan.. termakbul gak hasrat kite wat open house,,umah lain bile lagi?? :p

Anonymous said...

wah,ade sarang semut ahh...kek cjoc nmpak mcm sedap je..mizerq...nak gak!!!

Mohd Izwan Samion said...

kia: betol2 bulan raye panjang lagi..next week umah ko kan?? cantek ah! ;)

hazimah: bekas ditapau tu jgn lupe pulang dengan BERISI yek..hehehe (melabur) ;)

aisyah: haha,mekasih gak sbb datang ;)

habib: alhamdulillah... (sambung sental periuk jom!!)

syikin: lalalala..sedap betul sarang semut tu..hush~ rugi sape tak rase..nway mizerq,jgn bg die!! (nada dengki) =p