CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 8 September 2008

Karena Jintan Manis

Kali ni weekend aku diisi dengan kehadiran kawan-kawan manipal aku (hint..orang yang sama dengan post yang lepas hehehe). Alhamdulillah,kira nya kali ni aku dapat ah berpuasa dengan manusia lain,tak de lah berseorangan lagi. Diorunk sampai tengah hari. So lepas solat zohor, kami tak tahu dah nak buat apa. Bulan puasa ni susah gak nak gerak. Biasanya bila budak-budak Manipal datang,aku bawak pergi makan je. Nak dijadikan cerita, kawan aku ni baru balik dari Ooty. Mantap ah tempat ni,tempat ni gak lah yang aku 1st pergi jalan-jalan bila aku sampai di India. Sapa-sapa yang pergi sana mesti kene try coklet dia. Takdelah best mana,tapi ok lah untuk rasa sumthing yang lain. So aku pun kirim ah coklet dari dia,sebab lama dah tak rasa. Tapi kawan aku ni ada beli coklet ni gak untuk junior aku kat sini,so nak jadikan cerita,untuk mengisi masa kosong sebelum berbuka,kami pergi lah ke Bijai. Bagi coklet tu seminit dua je,tapi menjual 'minyak urut' tu lama pulak..besar betol botol minyak tu,lambat nak habis. hahaha

Bila masuk asar,kami gerak ke surau Saibeen. Lepas solat,kami gerak ke Bharat mall,sebab kawan aku ni hobi dia mengumpul transformers,kira nak cari koleksi yang baru lah ni. Cari punya cari,tapi tak jumpa pulak yang menarik hati. Tapi yang tertarik kat benda lain pulak. Satu seluar 'celoreng' (betul ke? tapi yang ala-ala askar lah).
Ade 3 color berbeza. Agak cool ah seluar ni,tapi aku memang tak suka sangat seluar selain jeans (tgk ah lay out blog aku ni). Tapi untuk meyakinkan member aku ni beli seluar tu,aku pun turut serta mencuba seluar tu. Sekali bila aku sarung je,memang rasa selesa ah,and not bad gak..tapi harga dia agak mahal ah. Kalau betol-betol minat,memang berbaloi ah beli,tapi kalau untuk pakai sekali je,memang membazir ah. So aku decide tak nak beli. Tapi bila aku tengok member aku ni dalam dilema,aku pun cuba lah meyakinkan dia untuk beli. Aku pun tak tau kenapa lah aku boleh jadi promoter. Nak jadikan cerita,aku dengan rasmi nya rasa aku menjadi promoter yang berjaya!! dia angkut gak seluar tu.


Lepas beli seluar tu,kitorunk gerak ke ruangan bahan-bahan dapur. Aku mencari jintan manis (cumin seed)..tapi aku tak tahu macam mana rupa dia. Aku rasa bentuk dia macam beras,tapi warna hijau kotor..ye lah kot. Tujuan aku cari bende ni sebab aku nak try resepi baru yang aku dapat dari kawan aku. Ayam masak Palembang (nama tak boleh blah betol!)..Aku pikir nak masak untuk sahur esok pagi. Masalahnya,dah le tak tahu rupa dia macam mana,nama jintan manis tu pun aku tak sure. Ada gak aku tanya,dan budak-budak kelas aku lain kata nama 'tempe' dia adelah jeera.Alhamdulillah,dipermudahkan gak untuk aku jumpa. Bila dah agak yakin itulah bende nya,member aku ni pulak cakap yang jintan ni ada 2 jenis. Satu yang manis,dan satu yang putih. Entah lah,bagi aku asalkan jintan,tu pun dah cukop bagus.

Bila dah hampir buka,kami gerak ke Noor Masjid. Berbuka di sana dengan buah-buahan yang disediakan FREE. Lepas tu,kami solat maghrib berjemaah. Nak solat tu,kami letak le barang-barang tu di tepi dinding masjid. Namun malang betul,sesudah solat je,aku nampak dah tak de beg yang isi barang-barang tu. Perghhh cuak gak aku,tapi dalam hati aku,aku mengharapkan yang kawan aku tu dah ambil awal-awal beg tu. Bila aku toleh kearah member aku,aku nampak muka dia pucat lesi dah (BM ni kan??) Tergamam gak aku. Sedang kami mencari-cari beg tu,dengan harapan ada orang lain mengalihkan tempatnya,datang pulak seorang ustaz yang aku kenali semasa sesi taklim yang lepas-lepas. Dia bersalaman dengan aku,aku pun hulur tangan sambil mata liar melihat sekeliling mencari beg. Lepas tu,dia pulak bertanyakan khabar aku. Dalam hati aku,nak je aku blah,ye lah,dalam aku cuak-cuak ni,boleh pulak dia beramah mesra. Tiba-tiba aku dengar ajakan dia untuk join jemaah ke Manipal next weekend. Perghh lagi lah aku tergamam and mula rasa lain. Walaupun otak kita ada 2 belah,tapi aku rasa,aku nak guna kan kedua-dua belah tu memikirkan pasal beg yang hilang. Tapi pada masa sama,aku kena paksa gak mencari alasan untuk jemputan ustaz ni. Nasib baik masih ade ruang untuk aku keluarkan kalimah "insya'Allah ustaz".

Selepas jawapan aku tu,ustaz tu berlalu pergi. Aku pun terus mencari-cari beg yang hilang. Tapi gagal. Bila aku kenangkan peristiwa lepas,beriya-iya aku mem-promote kawan aku ni beli seluar tu,terasa bersalah pulak dalam hati. Dan pada masa sama,aku teringatkan jeera aku!! Kami give up,perut pun lapar. Kami gerak ke kedai makan yang jual lembu. Dalam perjalanan ke kedai tu pun,mata kami masih liar melihat tangan-tangan mereka yang pulang dari masjid. Tiba-tiba aku sedar kesilapan yang aku buat dengan ustaz tu. Ade ke patut aku abaikan ustaz yang ajak aku kearah kebaikan. Memang tak patut..tapi tu lah,keadaan aku masa tu agak serabut.

Sampai je di kedai tu,kami pun meminta makanan yang kami nak. Tapi biasalah,mood kami ketika tu tak delah happy,tapi lebih pada rasa bersalah dan simpati. Tapi semuanya bertukar menjadi neutral balik bila kawan aku yang kehilangan seluar tu mengeluarkan ayat ni..
"Dah tak de rezki aku. Bila pikir balik,dalam masjid pun boleh jadi benda ni. Aku anggap, adalah salah silap aku yang aku pernah buat sebelum ni sampai diuji sebegini rupa" (tak delah ayat dia sepoyo ni,aku ubah-ubah sikit lah kasi gempak)..

Lepastu,aku kedengaran lawak dari kawan seorang lagi..
"Aku rasa,pencuri tu ambil sebab nak kan jintan manis tu lah. Sebab seluar tu kecil je size dia" (sebab kawan aku tu kecil dan tempe badan semua besar-besar). Dalam mood yang agak muram tu,kami tergelak besar mendengar lawak tu,dan akhirnya mood kami kembali baik.

Banyak pengajaran boleh kita ambil. Lihat saja pada jawapan kawan aku yang kehilangan seluar tu,penuh dengan seribu kebenaran. Pasal jintan manis aku pulak, kalau ikut benar,tak delah penting sangat pun untuk buat resepi baru tu,tapi KERANA JINTAN MANIS tu,seluar kawan aku hilang (lawak kawan aku) lalu memberi aku seribu pengajaran, dan kerana ia gak,kami kembali ceria. Setiap satu kejadian tu ade hikmahnya. Hanya Allah yang tahu..tahu dikalangan hambaNya siapa yang mampu menerima ujian tertentu..

Allah tidak menguji (membebani) seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(286:2)

Assalamualaikum..

3 kata-kata kawan:

Anonymous said...

hurmm... betul.. sedih mmg sedih kalau bende yg kita suke,sayang..hilang.. lagi2 baru beli.. ishh.. pedih2.. tapi betul juga kata "kawan" izwan tu.. mungkin ada kesilapan kita yg ALLAH nak betulkan.. dan ada sahabat saya yg lain kata (masa sy hilang brg dulu)..
mungkin ALLAH nak ganti dgn benda yg lagi gempak.. kita je xtau apa yg gempak tu... apa2 pun.. kita kene bersyukur walau ditimpa musibah.. hanya yang terpilih je ALLAH beri ujian kan?
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”[al-ankabut 29:2]

amarladin said...

ustaz ajak gi manipal xnak plak skang..ish2..

Mohd Izwan Samion said...

hazimah: ;)

ammar: hahaha..ade kesempatan aku pegi lah..