CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 4 September 2008

Saudara Baru

Hari ni aku berbuka dengan budak-budak Malaysia yang lain. Ni lah iftar aku yang proper sikit. Kalau tak,tinggal sorang kat rumah ni,nak masak pun malas. So makan je ape yang ada. Lepas solat isya' dan terawikh,kami adakan usrah macam biasa. Kali ni kami membaca surah Al-Baqarah dari mula. Diringkaskan cerita, dalam ayat yang kami baca tu,kami bincangkan tentang 3 golongan yang diceritakan. Golongan mereka yang beriman,orang kafir dan munafik. So bagi siapa yang nak tahu lebih,bukak lah tafsir Quran tu yek..hehehe banyak pengajarannya.

Pada mulanya,aku rasa berat hati gak untuk pergi usrah kali ni. Yelah,aku prefer terawikh kat masjid (azam tahun ni nak full terawikh..hehehe). Lagipun Nur Masjid buat setiap hari satu juzuk Quran dibaca oleh imam. So kalau dapat ikut setiap hari,kira khatam Quran bersama imam ah ni. Lagipun aku dapat tahu ramai yang tak dapat hadir usrah kali ni. Tapi alhamdulillah,Dia lebih mengetahui apa terbaik. Bila difikirkan balik,dengan usrah ni,kami bincang tafsir Quran. Memang lah ayat yang kami bincangkan tu cuma 1/5 dari satu juzuk Quran,tapi at least,aku dapat pengajaran dan ilmu dari perbincangan tu. Pendek kata, yang lebih penting adalah fahaman ayat-ayat Al-Quran itu sendiri,bukannya bilangan ayat itu semata-mata.

Aku tertarik nak share 2 ayat dari apa yang aku dapat semalam..

Sesungguhnya orang-orang kafir,sama saja bagi mereka,kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup.Dan bagi mereka siksa yang amat berat.
(6-7:2)

Sebenarnya dari 2 ayat ni membuatkan aku teringat kisah seorang kawan aku kat Manipal. Ketika hampir semua budak Manipal ni balik Malaysia berpuasa dengan family,dia boleh pulak nak stay je kat Manipal. Tah hapa yang menarik kat Manipal,aku pun tak tahu (sorry ah orang Manipal,kutuk sikit-sikit je). Aku ada pelawa dia untuk lepak dengan aku kat Mangalore ni,sebab aku pun sorang je sekarang. Tapi dia tanak datang pulak. Mula-mula aku fikir,apsal lak mamat ni nak sombong gila dengan aku ni..hehehhee..

Tapi selepas dia jelaskan yang dia sekarang ada tanggung jawap lain kat Manipal. Beberapa bulan lepas,alhamdulillah,seorang saudara baru kita hadir. Seorang PG Indian memeluk agama Islam. So sekarang ni, kawan aku tu tengah membantu dia dalam memahami ibadat puasa. So bila kami berborak aritu,dia ada gak cerita yang dia berubah sekarang. Dalam usha dia menunjukkan cara-cara beribadah as a Muslim,dia pun mendapat faedahnya. Kononnya dulu-dulu, kawan aku ni jarang je solat terawikh 20 rakaat BELAKANG imam (dia yang kata lah,nway..ade ke orang solat depan imam??) Pendek kata,kisah ni sama seperti perumpamaan yang aku sering dengar ketika join jemaah kat Mangalore ni. 'Dalam kita berdakwah ni,boleh diibaratkan seperti melontar bola ke dinding. Kita baling bola tu,dia akan pantul kepada kita balik'..kiranya kita laksanakan juga lah apa yang kita dakwahkan tu. Alhamdulillah..moga usha dia mendapat keberkatanNya dan untuk sedara baru kita tu,kita sama-sama panjatkan kesyukuran dan berdoa moga lebih ramai yang akan mendapat hidayah.

Bila difikir balik 2 ayat yang aku nyatakan tadi,memang membuatkan aku terfikir panjang. Aku sebenarnya dulu duduk satu rumah dengan rakan India yang lain..lama gak,setahun lebih. Cuba gak aku tunjukkan cara-cara Islam,tapi tu lah,hidayah Allah itu milikNya,dan Dia maha mengkehendaki. Memberi kita peringatan gak. Jangan lah fikir yang kita sekarang ni menikmati nikmat Islam dan iman akan kekal. Haruslah kita bersyukur dan berdoa agar 2 nikmat terbesar ni kekal dalam diri kita dan kita akhiri hidup kita dengan husnul khatimah. Insya'Allah.

Assalamualaikum..

2 kata-kata kawan:

.... said...

Alhamdulillah...walaupun saya tak layak untuk menilai,tapi saya dapat rasakan hidayah Allah itu ada pada abg..insyaAllah,marilah kita bersama-sama meneruskan perjuangan kita di bumi India ini,dalam apa jua cara sekalipun..blog ke,SMS ke...yang penting kita ikhlas dan kita pun dapat penghayatannya...amin..

Mohd Izwan Samion said...

aja-aja fighting! ;)