CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 13 September 2008

Cakap Memang Mudah,Kasi Buatlah..

Assalamualaikum..

Lama dah aku tak menulis. Aku just post kan lagu-lagu beserta lirik untuk 2 entry yang lepas. Saja aku sertakan lirik tu agar mudah untuk kita fahami maksud lagu tu. Lagu 'Ku Mengharapkan Ramadhan' tu aku pilih sebab bersesuaian dengan suasana sekarang. Mengharungi bulan mulia ini yang dimulai dengan penuh rahmatNya dan diakhiri dengan keampunanNya.

Dalam kita tingkatkan amalan di bulan mulia ni,timbul pula persoalan 'Adekah kita ikhlas?'. Bagi aku, mungkin senang untuk kita lakukan ibadat secara zahirnya dengan banyak. Seperti tunaikan solat sunat terawikh 20 rakaat,mengkhatamkan Al-Quran dalam masa sebulan dan tidak ketinggalan juga memberi sedekah (di India ni agak mudah caranya untuk melakukan amalan sedekah). So tergerak lah hati aku untuk letak lagu 'Sesungguhnya'. Kalau kita hayati lirik lagu ni,terutama pada korus lagu ini, amat jelas ditekankan tentang nilai keikhlasan dalam beramal itu amatlah penting. Di sini,aku nak share satu hadis..

Abu Saeed al-Khudri reported that Muhammad s.a.w said:
For every servant of God who fasts one day for the sake of Allah, then God Almighty will distance his face from the Fire (of Hell) by seventy years.
(Sahih Muslim)

Jelaskan makna hadis ni dan bagi aku betul-betul sama dengan apa yang hendak disampaikan dalam lagu tu. Lagu itu pun dikeluarkan khas untuk bulan Ramadhan tahun 2007. Mungkin penulis lirik ini mahu sampaikan hadis ini dalam bentuk yang lain,dalam bentuk yang mungkin lebih mudah untuk anak muda mudi sekarang terima (termasuklah aku yang mendengar lagu ini dulu,barulah jumpa dan sedar kehadiran hadis ni). Yang penting, bagi setiap amalan kita ni,kenalah kita sertakan dengan niat yang betul,iaitu ikhlas kerana Allah. Tapi,dalam ibadat puasa ni,ada kelainan sikit yang aku ketahui. Dalam satu hadis qudsi menyatakan..

Allah berfirman (di dalam hadis qudsi) bahawa setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh kali sehingga sampai tujuh ratus kali ganda (mengikut keikhlasan dan keindahan amalan tersebut) kecuali puasa,maka puasa itu untuk Ku dan Akulah yang akan langsung membalasnya (dengan balasan sangat banyak yang tidak terbilang banyaknya).

Dalam janji Allah dengan balasan untuk mereka berpuasa ini,namun ada diingatkan kepada kita bahawa bukanlah mudah. Maksud aku, puasa ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja,tapi jauh lebih dari itu. Nabi Muhammad pernah menyatakan..

Berapa banyak orang yang puasa, yang tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Aku rasakan ramai yang tahu apa yang patut kita buat dan apa yang patut kita jauhkan di dalam bulan Ramadhan ni. Bukanlah maksudnya bulan lain kita boleh kembali jadi liar..hahaha..cuma bulan Ramadhan ini kita boleh jadikan sebagai bulan untuk kita siapkan diri menghadapi bulan-bulan yang lain. Cakap memang mudah,kasi buatlah tengok!! hahaha..sama-sama kita cuba..moga dipermudahkan untuk kita..amin

Assalamualaikum..

1 kata-kata kawan:

.... said...

jom bro!sama2 kasi buat tengok...insyaAllah kalau hati ikhlas kerana Allah,mesti boleh punyakan,kan,kan?