CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 4 August 2008

Rempit Lagi..



Weekend kali ni,kitorunk bdk2 KMC pergi melawat masjid yang baru dibina, Badriya Juma Mosque. Jarak dia dari tempat aku agak jauh,30 minit perjalanan naik motor. Sebenarnya,kitorunk pergi sana untuk menyerahkan duit kutipan sumbangan bagi menampung sedikit perbelanjaan pembinaan masjid tu.
Nur Masjid

Zohor (1 p.m) kami berkumpul di Nur Masjid. Lepas solat,kami bergerak ke rumah pakcik Abas. Ade makan free tu,so macam biasa, mana boleh lepaskan peluang macam ni.Sampai je di rumah pakcik Abas, aku nampak banyak betul makanan,nampak lain betol. Walaupon aku dah 3 tahun lebih kat India,tapi ni baru 2nd time aku makan di rumah orang India. Agak lain ah cara diorang hidang,variety lauk memang banyak.Dengan layanan pakcik Abas yang mesra lagi. Aku hanya mampu tersenyum gembira =p


Pakcik Abas melayan kami sebagai tetamu (haish...baik hati sungguh pakcik ni)


Yang membuatkan aku tersenyum riang....layan2


Makanan special dari Mangalore. Kitorunk suke gile kurma tu, rase ala2 masak lemak cili padi,dimakan dengan kepingan roti dari tepung beras (kot)


Lepas makan, sementara tunggu yang lain habis,aku bermain dengan cucu pakcik Abas, Muhammad. Aku rasa dia ni sebaya dengan adik aku, Saril. Agak lincah and nakal,sama ah perangai dengan adik aku tu. Cuma yang lain,aku tak boleh berkomunikasi sangat dengan dia. Aku kompius gak,nak cakap english ke,kannada atau urdhu (hindi)..last2 aku mix je english and hindi (atau aku reke bahase baru kot).



Pukul 3 p.m kitorunk gerak,mulakan perjalanan ke Badriya Masjid. Jalan yang agak berlubang2 (India mmg mcm ni,dah biase..). Alhamdulillah,kami dipermudahkan Nya, langit mendung,tapi tak hujan, walaupon jalan tu berlubang2, tapi tak de siape yang jatuh.Kami semua 4 motor (7 orang). Aku bawak Zul, Habib bawak Alimin,Halim bawak Mahfiz dan pakcik Abas sorang..(Alimin serik sebab ade pengalaman jatuh motor dengan pakcik Abas)

Kira-kira pukul 3.30, kami sampai. Agak besar masjid ni untuk jemaah kawasan kampung tu. Alhamdulillah, hampir sempurna aku nampak pembinaan rumah Allah ni. Kami mulakan dengan solat tahiyatul masjid. Lepas tu dengar lah penjelasan sikit-sikit pasal masjid tu oleh pakcik Abas. Lepastu aku dan Zul mengambil beberapa gambar untuk simpanan kami.

Pandangan luar Badriya Juma Mosque yang masih dalam pembinaan.


Madrasah yang uzur di tepi masjid,buat masa ni,madrasah ni jadi bengkel pembinaan masjid.


Pandangan dalam masjid yang masih dalam pembinaan


Lepas tu kami asar berjemaah. Then, Alimin menyerahkan duit kutipan kepada wakil jemaah sana. Kami diberitahu bahawa duit sumbangan tu akan digunakan untuk mebeli lampu2,kipas, jam dan beberapa barang dalaman yang lain.

Tak sangka lak,kat luar masjid kami disajikan dengan air kelapa. Sambil minum tu,kami berborak-borak dengan pakcik-pakcik yang ramah sungguh dengan kitorunk.Sebabkan bahasa yang digunakan kami tak paham sangat,macam biasa ah,kepala angguk-anguk je tanda setuju dengan apa yang diorunk cakap. Bila diorang senyum, aku pun senyum. Bile diorunk gelak,aku mule blurr, diorang buat lawak pasal ape ni?? Aku assume sebab dekat kawasan masjid, so semue kate-kate diorunk tu baik-baik ah kot..


Bersalaman sebelum gerak balik


Sambil minum air kelapa, Halim kecoh bercerita pasal magic

Sebenarnya, berdekatan dengan masjid tu ada zoo, tasik dan Manasa water park. So lepas kami bersalam-salaman dengan pakcik2 kat sana, kitorunk pilih tuk melepak di tasik. Ni 2nd time aku sampai kat tasik tu. Tak de ape pon tasik tu,tapi ok lah kalau pergi sana ramai-ramai. Sambil pusing tasik tu,sambil dengar Mahfiz buat lawak..terhibur gak ah.Berjalan-jalan tepi tasik sambil dengar lawak Mahfiz


Habib, Zul, aku, Mahfiz, Alimin

Pukul 6.30, kami gerak pulang ke Nur Masjid tuk maghrib. Lepas solat,kitorunk pegi Bharat Mall tuk dinner. Mula-mule Alimin ajak pegi CCD,tapi nasib baik penuh, tak de seat(mane kenyang makan kat CCD),so kitorunk decide dinner kat food court baru kat atas. Lepas makan,kitorunk gerak pulang..

Seronok ah habiskan weekend macam ni. Tak de ah duduk lepak dalam bilik je kumpul lemak. Sebab kami budak2 KMC cuti cuma on Sunday je,so memang kene guna habis2 ah..next weekend tak de ape2 plan lagi ni...ade cadangan?? manipal kot..

Abu Hurayra reported that Rasulluallah s.a.w said:
If any of you give in charity the equivalent of one date out of money that you earned honestly. Then Allah will take it into His right hand and increase its reward for the one who gives it, in the same way as you raise a young foal, until it increases to the size of a mountain.
(Sahih Muslim)

6 kata-kata kawan:

Anonymous said...

act, not bad la da pic...hehe.. pic dukung bdak tu nmpak real n hidup (ala2 pengomen proffesional x?)

Mohd Izwan Samion said...

=p

Anonymous said...

tu nak dtg manipal tu tadek lain la tu kan? kan? kan?

Mohd Izwan Samion said...

nak jumpe ko le! bg semangat tuk exam hahaha

mr.thex said...

cet.kamera nikon.haha.patutla lawa

Mohd Izwan Samion said...

tau ah die dah ade Nikon D40 skrg...(nanti pinjam yek) hehehe