CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 28 August 2008

Orang tanyer,kita jawap..tu pun kalau kita tau jawapan lah...

Pernah satu hari, ketika aku keluar jalan-jalan dengan kawan aku, kitorunk borak-borak pasal isu agama. Dia timbulkan satu persoalan. Aku tau jawapan bagi persoalan tu,so aku jawap ah. Lepas tu dia bertanya kat aku dalil bagi jawapan tu. Memang ah berasap satu badan pada mulanya. Yelah,dia yang timbulkan soalan and aku jawap,lepas tu nak pertikaikan pulak. hahaha.

So aku pada mulanya diam je. Lepas tu aku rasa aku perlu bagi tau alasan aku. Memang benar aku tak tahu mana-mana dalil Al-Quran mahupun hadis pasal isu tu. Tapi aku jelaskan bahawa benda tu lah yang diajar dan aku amal ketika aku di sekolah dulu.

Daripada peristiwa tu,aku rasa boleh aku belajar something ah. Jangan lah kita ni beramal sesuatu tapi tak tahu apa alasan atau dalilnya. So nanti korunk tak de lah kene sebijik macam aku tu. Tapi yang lagi penting adalah bagi mengukuhkan keimanan diri kita gak. Sebab kalau kita tahu sebab dan dalil,maka insya'Allah kita akan terhindar dari kesesatan (tak delah ikut je kata2 orang membuta tuli je).

Aku rasa semua orang tahu pasal rukun iman dan rukun Islam. Tapi persoalannya,tau ke asal usul benda ni?? (ni bukanlah persoalan yang sama untuk peristiwa tu k). Terus terang kalau persoalan ni ditanya pada aku,aku sure akan jawap dengan muke ragu2 dan malu yang aku just tau dari guru-guru agama aku since sekolah rendah lagi (hafal untuk exam).

Aku terjumpa satu hadis ni yang diriwayatkan oleh Abu Hurayra (Sahih Muslim)..

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w ketika sedang duduk dengan beberapa orang sahabat,maka datanglah seorang manusia. Dia bertanya pada nabi..
"Apakah itu iman?"
Nabi pun menjawap, Iman itu adalah percaya kepada Allah, Malaikat Nya, kitab-kitab Nya, nabi-nabi utusan Nya, Qada' & Qadar dan hari akhirat.. (rukun Iman lah ni)

Pemuda itu pun bertanya lagi
"Apakah itu Islam?"
Nabi membalas bahawa Islam itu adalah menyembah Allah sahaja dan bukan yang lain (kalimah syahadah), menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu. (rukun Islam lah ni)

Pemuda tu bertanya lagi
"Apakah ibadah yang sempurna (al-ihsan)??"
Nabi menjawap, ibadah yang sempurna adalah menyembah Allah seperti kita melihat Nya ataupun seperti Dia melihat kita.

Kemudian pemuda tu bertanyakan mengenai hari akhirat.Nabi menjawap...
" Sesungguhnya yang menjawap soalan ini tidak mengetahuinya lebih baik dari yang bertanya, tapi saya akan beritahu kamu 5 tanda-tanda bagi hari akhirat"

"Seorang ibu yang melahirkan tuan kepadanya. Mereka yang tidak berilmu dipilih menjadi ketua. Penunggang unta yang bermegah dengan kejayaannya. Manusia berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi. Tanda yang ke-5 hanya Allah yang mengetahuinya.."

"Sesungguhnya Allah, hanyalah pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia lah yang menurunkan hujan,dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(31:34)"

Kemudian pemuda itupun beredar. Kemudian nabi menyuruh sahabat memanggil pemuda itu kembali namun gagal. Kemudian nabi berkata bahawa pemuda itu adalah jelmaan Jibril.

Kira lepas ni kalau orang tanyer,boleh lah gak jawap. Tapi ni cuma satu contoh je. Malah yang lebih penting lagi adalah pengajarannya iaitu beramal dengan ilmu dan pada masa yang sama, ilmu tanpa amal pun tiada gunanya..

Assalamualaikum..

2 kata-kata kawan:

NuR^QaLBi said...

Salam izwan..hmm,even post kali ni simple,but i got something from it..alhamdulillah..

mmg betul..penah ade sorg shbt ingatkan sy..yg umat Islam skrg ni kbykannye beramal dgn ilmu 'warisan'..ape yg kite belajar since skolah rendah,tu lah yg kite amalkan smpai skrg..tanpa ade usaha or inisiatif dr dlm diri sendiri untuk menghalusi dan lbh menghayati ilmu tu sendiri...

mgkin kdg2 kite terkejut bile kite jumpe dgn sst ilmu yg bertentangan dgn ape yg kite amalkan slame ni...tp tu tak mustahil dgn adenye kajian lebih mendalam ttg ilmu yg kite amalkan...=)

sorila pjg plak komen...hehe..
sy just nak berkongsi 1 laman web yg byk menyatakan dalil yg sahih ttg mcm2 ilmu yg kite amalkan slame ni...-hafizfirdaus.com-

and ni mgkin article yg quite ok n sesuai, bersempena Ramadhan yg bakal tiba..
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/RisalahPuasa/new/index.htm

wassalam..;)

Mohd Izwan Samion said...

Hanim: syukran ya..(lame x gune arab)..hehe..memang betol ape yang awak dan kawan awak tu cakap..insya'Allah sama2 kita usha perbaiki diri and amalan seharian kita..thanx dengan link yang diberi..komen panjang2 lagi bagus,dapat gak belajar sumthing..