CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 28 July 2008

Bomb!!



Briefcase yang dipercayai ade bom di dalamnya ???!!!


Hari ni aku dapat gak habiskan puasa sunat aku. Alhamdulillah. So untuk meraikan kejayaan aku kali ni, Alimin dengan murah hati nak belanja berbuka puasa. So kitorunk decide nak berbuka di National Palace. So lepas solat maghrib,kitorunk gerak ah ke restaurant tu.


Sampai je kat sana, Alimin tunjuk kat aku sms yang dia terima..

'Hey don't go out anywhere...2 bombs found in mangalore stadium....and 1 in central market!'


Untuk pengetahuan korunk, National Palace tu kat Central Market ah. Kami tak nampak plak orang kat situ kecoh2. So aku pikir tipu je sms ni. Aku pon ajak je Alimin masuk tuk makan. Lapar ah,sebab tadi just telan air kosong je. Lagipun tak kan nak lepaskan peluang makan free!!

Kami oder beef garlic fry, beef coating, 2 veg fried rice dan mushroom manchuri. Ok ah tu,sikit2 dah ah mintak,orang belanja pun, beringat2 ah. Masa makan pun,kami dapat sms yang sama dari kawan2 KMC yang lain.

Lepas makan,kitorunk pergi Nur Masjid, solat isya'. Lepas ta'lim, Alimin berborak dengan kawan tempe dia. Dia cakap, memang betul pon ade bom, tapi dah dimatikan dah. Alhadulillah semua selamat. Aku pun rasa lega ah,syukor tak jadi apa2 masa kitorunk kat Central Market tadi. Ikut sangat kehendak perut,sampai sms mcm tu pon kitorunk abaikan.

Terima kasih pada rakan2 yang bagi sms tu.Dila, Wari, Wendy and Hazimah. Ingat gak korunk yek..tapi tu ah,dah hidup di negara orang,kawan2 sekeliling ah penganti family pun.

Bila balik bilik,aku dapat YM mesej dari Dila. Dia send aku link ni. Korunk bace ah sendiri kalau nak tau pasal berita bom ni.

Aku nak sertakan kat sini pic yang menunjukkan tempat kejadian, Mangla Stadium,Mangalore. Tengok ah sendiri macam mana orang2 sini handle kes bom ni..lawak gak aku tengok,tapi itulah tempe..dalam link yang aku bagi tadi,kalau korunk tengok,ramai je 'tempe2 sedar' yang bg komen lepas tengok pic ni semua.

Tengok ah sendiri berapa ramai orang yang 'menonton' dan berada di tempat kejadian. Diorunk ni tau ke tak yang bom tu meletup??!! Kompius gak aku.. haish~

Yang ni menunjukkan kegagahan polis2 Mangalore. Tak payah pakai apa2 protection pon. Power ah diorunk!!
Bagi sesiapa yang tak tahu,sebenarnya isu bom di India sekarang sudah agak teruk. last 3 days ade 8 letupan bom di Bangalore (ibu negeri dimana kitorunk stay),yang mana melibatkan 2 orang maut. Sehari selepas tu di Ahmadabad, Gujrat yang mana melibatkan ramai orang terkorban dan cedera. Last year di Hyderabad, di perkarangan Makka Masjid,pada masa tu umat Islam sedang melakukan solat jumaat. Kalau di Kashmir (utara India),jangan cakap ah berapa kali kes bom ni.So diharapkan korunk yang berada di mana-mana,doakan ah keselamatan kami. Moga niat kitorunk datang ke sini untuk menuntut ilmu tercapai dan selamat pulang ke tanah air. Amin~
Assalamualaikum..

7 kata-kata kawan:

rashiD said...

sempoi super,
budus pun ade,
ingat mende tu meletup macam mercun agaknya,
haii...

Mohd Izwan Samion said...

hahaha..tula pasal..xpe2..jadikan tauladan =p

Aleng said...

haish..diorg ni mmg hebat..
ni kalau meletoop ni mau bersorak dak 2nd year dpt tgk autopsi...
nyway mantap la body skuad penusmah bom dorg..hahaha

Mohd Izwan Samion said...

bkn bdk KMC je, Yanapoya n Father Mullers pon sorak habis..silap2 yg kat Belgaum pon diorang hantar..
body skuad pemusnah??..no komen hahahaha =p

Anonymous said...

kalo betul la ade bom tak ke naye. lawakla tempe2 ni. berani x bertempat...

nadira said...

whoaAa~ abg2 polis kt sane gagahnye~ mcm dlm filem tamil je.. hick~ gile cool!!;p

anyways... glad u guys are fine, Alhamdulillah :) kitorang doakan korang semua slamat pulang ke tanah air nnt. Amin....

take care~

-naDira

Mohd Izwan Samion said...

hani: tu ah senario orang sini,tp bkn semua ah,bila bace komen2 diorang dlm link tu,ade je yg tegur...

nadira: thanx doakan kami..unik kan tempat aku study ni..lain tempat,lain ragam nyer...nway ni bkn hero2 tamil ah,ni hero2 kannada (bkn canada yek) hehe